(Gambar) PM Najib Razak Sertai Konsert Suara Kami 2011! Sempoi!

suara kami 2011

Suara Kami 2011 telah berlangsung semalam dengan JAYANYA. Suara Kami 2011, motifnya saya sendiri masih kurang jelas tapi Suara Kami 2011 ni ada 1 keistimewaan pada saya. Apa? Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak turut serta!

Pergh! Rasanya kalau saya yang anjurkan Konsert Suara kami 2011 tu memang saya akan bangga lah sebab Perdana Menteri pun datang beri sokongan kan? Tapi, saya tahu masih ada suara-suara “sumbang” yang mengutuk PM sebab kononnya datang nak raih undilah. Macam-macam saya baca semalam dekat Twitter.

Sedih. Saya bukan tali barut kerajaan ke apa. Sorry. Saya tak tertarik dengan politik. Saya juga tak tak kata yang PM kita ni betul 100% ke apa. Mana ada kan? Cuma, yang buat saya sedih ialah masyarakat kita tak ada rasa hormat. Bayangkan Konsert Suara Kami 2011 tu ada hashtag sendiri semalam.

#SuaraKami2011 ni lah hashtag untuk Konsert Suara Kami 2011. Semua orang akan baca. Malangnya boleh pula rakyat Malaysia sendiri yang main-mainkan nama PM mereka sendiri. Malu kot dekat orang luar. Hal buruk dalam negara, jangan sampai negara lain tahu. Baik buruk perangai PM kita, nama beliau berada belakang nama Malaysia. huwaa!!!!

Malulah sikit. Hormatlah dengan pemimpin kita. Sebenarnya boleh juga kalau tak nak hormat sebab memang kita as Muslim memanglah tak diajar taksub dengan sesiapa cuma janganlah melampau. Kalau macam ni lah cara kita layan PM kita, orang luar boleh hasut rakyat Malaysia kot. Lama-lama kacau bilau. Orang luar memang suka ambil kesempatan!

Dah lah, malas nak sembang panjang (panjang dah kot.hahahaha!). Konsert Suara Kami 2011 pun dah tamat. Baguslah. Sebenarnya konsert tu pada saya berjaya cuma mungkin sebab kita masih dalam bulan Syawal. Jadi, saya rasa kurang syiok sikit nak mengadap (even dekat tv) artis luar negara berjoget -..-

Artis Malaysia, rasanya tak ada masalah. Tapi, artis luar yang diundang dekat konsert Suara Kami 2011 semalam adalah sangat mengerikan cara mereka buat persembahan. hahahaha!!! Sumpah, saya tukar channel. hehehehe! Kita tolak dosa ke apa. Itu saya pun berdosa. Cuma, tak sanggup saya nak tengok perempuan tertonggeng. kikikiki. Segan!

Apa-apa pun, tahniah untuk artis Malaysia yang turut serta dalam Konsert Suara Kami 2011 semalam. Antaranya Hujan, Yuna, Faizal Tahir, Stacy, Pop Shuvit, PsychoUnit & Rabbit Mac, Soul Krazy, Altimet, DJ Fuzz and legendary Rock Guitarist Collaboration – Man Kidal, Joe Wings, Kit Search dan Hillary Ang featuring Azlan Typewriter dan juga ramai lagi (credit to blog abgteror)

Artikel Berkaitan

19 responses to “(Gambar) PM Najib Razak Sertai Konsert Suara Kami 2011! Sempoi!

  1. PM terigt zaman muda2 die kot

  2. Najib ni xdela trok sgt. tp perangai dan sifat keborosan bini dia tu yg buat org meluat.

    • yes. yang tu terpaksa angguk kepala.hahahaha!! tapi, bukan dia sorang macam tu. mmg cara orang kekaya ni macam tu. tak tahu nak abiskan duit dekat mana agaknya.huwaaa!!! beri kat kite2 ada baiknyer 😛

  3. Politik Malaysia menghalalkan segalanya, politik barat pun tak boleh lawan lah.

  4. hehe biasalah…ada yg kurang gemar dengan RM sampai PM sekali kena tempiasnya ..tak sempat tengok pun konsert ni.best ke?ho3

    • hahahahaha!!! ye betul. RM punya pasal kot -..- PM tak adalah teruk sangat. if teruk sekalipun, for me kita kena tahu respect orang juga. melampau kadang2 baca tweet2.huhuhu

  5. lepas pergi icity PM boleh pergi konsert merdeka suara kita…wah semangat juga tapi semalam saya tak tengok…layan cerekarama…

  6. Jawapn hari ni 6..

    aish.. kak Mah pon ade gak.. hehe

  7. tengok kat tv macam meriah semacam je.balakang tak tau pulak citernya.biasala tu.ada je yang tak puas ati.

  8. Daripada tgk konsert tu, baik duk umah tgk bola. sah2 Man Utd menang 3 -1 lawan Chelsea.. Glory2 Man Utd. hehe

  9. orang sentiasa tidak pernah puas dan senang …

  10. fuhh, hebatlah pak najib..

  11. Dulu masa JT remaja, baru lepas 18 tahun, memang suka tengok konsert2 ni. seronok sgt tgk artis terkinja2 atas pentas..

    skrg ni, bila dah naik usia dah bleh pikir..buat apa kita support konsert2 ni..hasilnya, masalah moral negara kita jugak yg semakin teruk. keseronokan diutamakan, agama diketepikan..hasilnya laki perempuan bergaul bebas, buang anak merata2..

    remaja dgn hiburan mmg kita ssh nk jauhkn..bila pemimpin sendiri yg support konsert2 camni..apa la nasib anak2 muda pada zaman akan datang. Islam tu ada lagi dlm diri ke tak entah..sedih2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge