Cukai Topup Sebanyak 6%. Berapa peratus rakyat Malaysia Yang Setuju??
9 Sep
Cukai Topup Sebanyak 6% agak-agaknya membebankan tak? Cukai topup ni memang macam berpatutan tapi kalau cukai topup ni dikenakan pada semua golongan tak kira susah ke tidak. Apa akan terjadi?
Entahlah, agak susah nak komen sebab siapalah kita nak protes? Bukan ada yang nak ambil kira pun. hahaha!! Tapi, tak apa. Sekadar berkongsi pendapat tentang cukai topup sebanyak 6% ni apa salahnya. Kan? Saya pun ada hak bersuara. chewah! Ok, saya beri pandangan peribadi saja. Mungkin logik dan mungkin tidak.
Bila diberitahu cukai topup sebanyak 6% dikenakan untuk semua telco samada Digi, Maxis atau Celcom semalam. Saya mulanya nak mengamuk juga. hahahaha! Yelah, dah lah saya ada 2 kad prabayar. Aduh. Mujur bukan 3. kikiki. Tapi, bila difikirkan semula. Tak adalah nak marah sangat.
Pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan ITU, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini Khamis. Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.
Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.
Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.
Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.
- Mstar.com.my
Mungkin sebab, saya tahu. InsyaAllah saya masih mampu untuk bayar cukap topup 6% tu. Masih tidak membebankan saya. Kalau saya shopping macam-macam boleh, tak akan nak bayar cukai yang tak seberapa tu nak berkira. Itu, buat masa ini. Tapi, risau juga bila time-time sesak tak ada duit. hah? Macam mana kan?
Lepas tu, fikir pula kalau orang lain macam mana? Diorang semua ok ke dengan cukai topup sebanyak 6% yang dikenakan tu setiap kali menambah nilai kad prabayar diorang kan? Kalau pelajar sekolah yang rata-ratanya dah ada handphone nak “cekau” duit dekat mana? Kalau masing-masing ada 3 handphone macam mana? Hah!!! Kesian kan?
Kalau secara logiknya, golongan yang pakai kad prabayar ni biasanya golongan yang tak ada pendapatan tinggi. Biasanya. Tapi, mungkin ada juga yang saja nak guna kad prabayar. Kita ambil majoriti ok. So, agak-agak cukap topup sebanyak 6% ni akan membebankan diorang ke tidak? Pada saya, YES! Terbeban.
Kesian kan? Hmmm. Saya tak sure berapa peratus rakyat Malaysia yang setuju dengan cukai topup yang dikenakan ni. Apa-apapun, korang yang betul-betul anak Malaysia tu, jangan lupa jawab quiz suka-suka berapa peratus “keMalaysian” korang ni. hahahaha!!! Syiokkkk wooo.
p/s: Benci eh, malam ni tak ada Tahajjud Cinta. Takkan nak pergi wayang tengok Hantu Bonceng pulak? Review macam majoriti kata biasa-biasa saja. ahaks!





untuk orang jarang topup macam aku..tak rase terbeban sangat..
tapi untuk budak2 sekolah yang mak bapak tanggung kos topup tu..kofem kalau nak bergayut..kene pikir 56ploh kali.=D
[Reply]
Lizz Reply:
September 9th, 2011 at 1:23 pm
aku dok terfikir. budak2 sekolah mmg akan topup macam biasa cuz masing2 tengah “naik” bukan fikir pasal duit2 ni. kang nanti if tak ada duit, diorang mencuri camner?huhuhu
[Reply]
Yes terbeban. Kalau student sahaja mungkin hanya merasakan cukai top up sahaja. sedar tak sedar, byk benda nak naik mendadak kebelakangan ni seperti caj astro, barang makanan, pamper anak, susu..mcm2.. mcm saya yg berfamili lg la. Nak mkn pizza pun kene 6%.. dulu 4%je. hmmm…
[Reply]
Lizz Reply:
September 9th, 2011 at 4:08 pm
kan? itulah. siapa ntah yang luluskan cukai camni. tak fikir pada golongan yang banyak tanggungan. minyak kete lagilah.jap naik jap turun naik balik. camtu jelah sudahnyer
[Reply]
susah nak kata… depa pun nak jugak duit kita … dan kita pun nak juga pakai hp… huhuuu
[Reply]
Lizz Reply:
September 9th, 2011 at 4:11 pm
hahahahaha. apa pun tak boleh kan???grrrr
[Reply]
dah lama tak pakai topup. pakai pascabayar lebih sng dan lebih jimat sbnrnya
[Reply]
Lizz Reply:
September 9th, 2011 at 4:13 pm
dah serik pakai bil. maybe tak sesuai untuk orang yang sllu subscribe untuk internet. kita dah amik pakej tapi bil still ikut kilobytes. huh. terus tak guna dah
[Reply]
cer baca entry aku BAHAHAHAHHAHAHA
http://www.ieyra.com/2011/09/cukai-tambah-nilai-sebanyak-6.html
[Reply]
Lizz Reply:
September 9th, 2011 at 4:19 pm
aku dah baca n dah komen. pastu tersuke sebab ada name aku.pergh!! malu siot blogger popular mention.eeee, segan silunyer.bahahahahahah
[Reply]
neyra Reply:
September 10th, 2011 at 2:41 am
popular jadah!
[Reply]
ramai yang suka kaitkan dengan statement, kalau beli barang mahal boleh, takkan 6% nak berkira. Namun begitu perlu diingat 6% yang dihabiskan itu adalah berterusan setiap kali topup. Berbeza dengan shopping atau beli gadget yang dibeli sekali sekala sahaja.
[Reply]
Lizz Reply:
September 9th, 2011 at 4:27 pm
ye betul juga. topup tu 1 keperluan asas dah sekarang ni.if orang kaya bolehlah kan, tak terasa duit keluar. mmg xseberapa tp if yang biasa2 ni. pergh.sakit kot
[Reply]
kita bayar jelah cukai tu ya ramai-ramai huhuhu
[Reply]
Lizz Reply:
September 9th, 2011 at 4:35 pm
memang kena bayar, bayar jelah.huhuhuhuhuhu.sad.hahaha
[Reply]
tak setuju sebab tinggi sangat cukai naik . klau naik 1% sure tak mengamuk .
[Reply]
Lizz Reply:
September 9th, 2011 at 4:38 pm
itulah. if 3% pun boleh terima. ini banya sangat kot
[Reply]
Nasib baiklah kerajaan tidak mengenakan cukai terhadap udara yang kita sedut setiap hari.
[Reply]
Lizz Reply:
September 9th, 2011 at 4:51 pm
hahahahaha!!if buat, kerajaan gilossss
[Reply]
Pacifista - X Reply:
September 9th, 2011 at 9:46 pm
nak jual ikut kati ke?haha…
[Reply]
Lizz Reply:
September 11th, 2011 at 5:09 pm
ikut jumlah umur je.hahahaha.bayar cara pukal
[Reply]
suara blogger ni biarlah sampai kepada PM kite. hehe. sian org2 yg x keje cam aku. makan kat mekdi 6% dah. klu makan kat piza hut 16%. mahal2
btw, detail about cukai ad dalam my latest post. klu sudi baca la. hehe
[Reply]
Lizz Reply:
September 11th, 2011 at 5:11 pm
harapnya PM bagilah sikit kelonggaran. hehehe. memang ada golongan yang tak mampu if semua mende nak cukai.
[Reply]
So, agak-agak cukap topup sebanyak 6% ni akan membebankan diorang ke tidak? Pada saya, YES! Terbeban.
berlaku typo kat situ kak.. hahahahaha
[Reply]
Lizz Reply:
September 11th, 2011 at 5:13 pm
hahahahaha!!! rajin check typo -..-
[Reply]
Fakarepain Reply:
September 11th, 2011 at 8:39 pm
of course..hihihi
[Reply]
nak nyibuk komen gak lah.. bergantung kepada keperluan pengguna
kalau rase 6% tu tersangat besar, tak yah top up selalu. 1 bln sekali top up lah 30 hengget. lepas tu kurang2 kan lah bersms, berckp lelame. tak de lah kene selalu top up ye dak? rakyat malaysia masih bernasib baik berbanding rakyat america or UK, tax lagi menggila tinggi. -_-
[Reply]
acap Reply:
September 10th, 2011 at 3:31 am
Dekat UK and US, even though diaorg punyer tax melambung tinggi, citizen diaorg dapat balik benefit ape yg diaorg bayar in terms of diaorg punyer welfare, service and etc. but for us…. the increase actually manages to make our citizen to suffer more and more each time without even taking into consideration about their welfare and inability to cope with this matter. The implementation of this 6% tax should not go on at all. Well, from what i know, in another country for example, the prepaid topup $10 have a value of $30 in it which is way more than what they have paid for and this is possible because the telco are competing against themselves to give the best service to the people. It would be very wonderful if our telco provider could do something like this. This is just my humble opinion….
[Reply]
Denaihati Reply:
September 11th, 2011 at 10:52 am
Ya ke terseksa subsidi beras, petrol, gula dan macam2 subsidi lagi tu kerajaan tak tolong ke???
[Reply]
Lizz Reply:
September 11th, 2011 at 5:24 pm
fara~yep. betul. tapi, rasanya kita2 yang dah matured ni boleh buat macam tu. tapi, golongan2 yang “payah” sikit nak urus diri n duit mmg akan terseksa ar ngan cukai ni.hehehehe!!! tapi, nasib2lah kan. kene urus btol2
acap~thanks a lot 4 ur very informative opinion. im not sure how telco service in other county especially in UK or US. but thanks for sharing with us here.
bro denaihati~ yes, kerajaan ada tolong. tapi, itu semua barang keperluan.kerajaan mmg kene bagi subsidi if tak mati semorang kene ikat perut.hehehe!! but for me, prepaid ni terlalu tinggi 6%. mungkin pada golongan yg mampu.mmg tak terasa. sikit tapi golongan yg susah maybe terasa sikit. hopefully diorang xnaik lagi.
[Reply]
memang tak nampak bebannya hari ini…akan datang bertimbun-timbun
[Reply]
Lizz Reply:
September 11th, 2011 at 5:28 pm
coming soon. grrrrr
[Reply]
arrayah.info – Haram Pemerintah Malaysia Mengenakan Cukai Top Up Telefon Pra Bayar
[Reply]
Lizz Reply:
September 11th, 2011 at 5:31 pm
wallahualam. saya kurang ilmu untuk menghukum tentang ini.
[Reply]
pakai je la bil kalau dah memang pengguna telefon yang tegar.kalau setakat sms je,masih relevan untuk guna prepaid.
[Reply]
Lizz Reply:
September 11th, 2011 at 5:37 pm
betul. kalau selalu bergayut better bil jelah kot
[Reply]
harap kerajaan dapat timbangkan balik terhadap kenaikkan tax tersebut yg boleh membebankan rakyat ..
nampak gayanya byk main FB ngan twitter le lepas ni..:)
[Reply]
Lizz Reply:
September 11th, 2011 at 5:38 pm
hahahahahaha!!!! tapi ada jugak yg main twitter n fb guna SMS.prepaid jugak tuh
[Reply]
Kita ada pilihan yang paling bagus iaitu kurangkan penggunaan hp jadi tak perlu bayar 6%. Duit bergayut kat hp dan sms tu kalau infaq kat mereka yg memerlukan lagi bagus.
[Reply]
Lizz Reply:
September 11th, 2011 at 5:42 pm
kalau lah saya ada kuasa dalam kerajaan Malaysia, saya akan bagi cadangan supaya boleh pungut cukai sebanyak 6% ni tapi pendapatan yang berjuta ni infaq kan pada jalan yang benar. malaysia belum boleh jadi negara yang 100% mengikut Islam. cuma islam sekadar nama je.huhuhuhu
[Reply]
memang susahlah. sebagai peniaga top up guna sms.. dah kena cukai.. nak kena minta 60 sen.. ada gak yg berkira 60 sen tu.. kalau yg top up RM7 dah jadi keje nak kira cukai dia.
[Reply]