Tips Mudah Cari Muka Surat Untuk Setiap Juzuk Dalam Ayat Al-Quran

ayat al-quran

Ayat Al-Quran merupakan kalam Allah. Rugi kalau Ayat Al-Quran ni kita tidak amalkan sebaik mungkin. Ayat Al-Quran jelah pun kan sumber untuk kita orang Islam ni. Saya bukan nak sembang pasal berapa helai saya baca atau menunjuk apa-apa.

Tak ada kerja saya nak menunjuk soal agama ni. hahahaha!! Sungguh bukan saya. Soal nak baca ayat Al-Quran ke tidak, itu hak individu. Kadang-kadang, hati manusia ni bukan kita yang control tapi saya percaya hidayah Allah tu yang penting.

Cuba Teka Dahlia Teck Pegang Tangan Siapa, Penjaga Gol Ke?

Cuma, apa yang saya boleh cakap pun dekat sini, sebolehnya jangan abaikan terus ayat A-Quran. Saya pernah lalai selalainya dalam bab ni. Al-Quran ada depan mata, tapi tengok je. Al-Quran Online pun ada je dalam laptot ni. Memang rasa “kosong” hidup waktu tu. Mungkin sebab saya lupakan perkara wajib kot. huhuhuhu

Tapi, alhamdulilah. Allah tegur dan saya ambil mulakan balik bacaan ayat Al-Quran. Mula-mula bukan setiap hari tapi bila saya perasan yang hidup saya macam lebih tenang lepas baca surah dalam kalam Allah ni, saya cuba sebaik mungkin (kalau sempat) untuk baca walau 1 muka surat je pun. very the tidak senonoh 1 page ek? -..-

Mr. Bean Keluar Hospital Selepas Cedera Ringan

Haiya, terpesong pulak dari tajuk.hahahahaha!!! Oklah, berbalik pada tajuk Tips cari muka surat untuk setiap juzuk dalam ayat Al-Quran. Saya google maklumat tadi, dan dapat tips bermanfaat ini di blog ini dan saya rasa patut dikongsikan woo. Tapi, kalau ada yang dah tahu, abaikan jelah.hehehehe.

Tips Cari Muka Surat Untuk Setiap Juzuk Dalam Ayat Al-Quran

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82.

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Credit to: scripters.ning.com

Amacam? Dah cuba tak tips cari muka surat untuk setiap juzuk dalam ayat al-quran ni? saya dah cuba dan memang menjadi!!!! wohooo. Senang lepas ni nak teruskan program Tadarus yang dianjurkan oleh blogger comel Zara ni. hehehehe. Now ada Al-Quran Online lagi senang ok!!

p/s: Semalam saya tulis entry Blogger Copy Paste Tak Akan Kemana kan? Alhamdulilah, dah selesai case tu. Bagus owner blog tu. Mengaku salah dan minta maaf. Thanks adik. Kalau korang nak tahu tips untuk popularkan blog korang, baca entri Cara nak popularkan blog di Google, Yahoo dan Bing ni. Good luck!

Artikel Berkaitan

15 responses to “Tips Mudah Cari Muka Surat Untuk Setiap Juzuk Dalam Ayat Al-Quran

  1. Terima kasih atas perk0ngsian. Pernah baca tips ni. Tapi dh lupa.

  2. hurmmm…. bagus tips nie liza… lepas nie boleh la masuk ustazah pilihan….

  3. malu nak cakap tapi ambil iktibar juga…tak pernah tahu tentang muka surat pertama setiap juzuk Al-Quran…maksudnya helaian pertama setiap juzuk bukan muka surat setiap juzuk bukan…

    • huhuhuhu.tak faham ayat akhir tu. tapi, rasanya macam ni. juzuk dan surah tu berbeza. juzuk mungkin macam bab dan surah topik kecil. biasanya muka surat dalam al-quran cuma tunjuk page setiap surah tapi jarang ada page untuk juzuk. kan?

  4. aku nak komen pasal program tadarus hohoho menarik. boleh upgrade lagi idea tu hehehe

  5. Terima kasih atas informasi ni.. Selama ni pun tak tau ada formula ni.. Jadi tercari one by one muka suratnya.. 🙂

  6. ustaz aku dulu ada cerita. sah, aku lupa sangat dah benda nih..

  7. alhamdulillah.tips yg bagus..di sini pun dan tunjuk penting belajar math hehe

  8. Trimas 😉 ada jugak tips berguna ni. maklumlah minggu lepas dah start taddarus. terkial-kial aku cari mukasurat juzuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge