Tips Malam Pertama Tinggal Di Asrama

Tips malam pertama bukan berkenaan projek suami isteri. Tips malam pertama yang saya tulis ni merupakan tips malam pertama duduk di asrama. Saya rindu asrama sebenarnya!!hahahaha

Ok, kalau entri-entri sebelum ni saya dah ajar tentang teknik asas SEO, program insentif bulanan anjuran MyNewshub, ada juga saya tulis entry berkenaan video yang katanya awan jatuh dari langit dan macam-macam lagi. Kali ni, saya nak santai je. Tajuk, tips malam pertama tinggal di asrama!

Golongan Gay Malaysia Aktif di Facebook

Amacam tajuk tips malam pertama tinggal di asrama ni? Kalau nak join sembang, jomlah! Saya pasti, ramai jugak antara readers blog saya ni yang tinggal di asrama kan? Tak kira lah, asrama sekolah, kolej atau universiti. Janji asrama. Mesti ada pengalaman kali pertama tidur berjauhan dengan keluarga kan??? hehehehe!


Saya tak tahu lah kalau korang semua ni teror kan first night duduk dekat asrama terus happy semacam ke apa. Tapi, kalau saya susah jugak nak sesuaikan diri. Iyalah, baru first time jauh dengan keluarga kan? Rindu 1 hal, lepas tu nak biasakan diri dengan environment baru pun 1 hal jugak.  So, saya nak beri sikit lah tips malam pertama tinggal di asrama. hahaha!!!

Sikat Rambut : Remaja Berdepan Risiko Maut

1. Kuatkan semangat. Jangan nak “gembeng” sangat.

Tips malam pertama tinggal di asrama yang pertama. Biasalah, masa mula-mula berjauhan memang rasa macam sedih sikit. hahaha!! Tapi, janganlah sedih melampau sampai. Benda ni asas. Psikologi je sebenarnya. Kita kena cakap kat diri sendirilah, yang kita tak akan ada masalah nak sesuaikan diri dengan kawan-kawan dalam asrama ni. Mesti boleh punya!

2. Buat-buat busy

Tips malam pertama yang ini memang saya suka buat sejak dekat kolej lagi. First time kena jauh dengan family. huwaaa!!! Macam nak menangis. Apa saya buat? Saya buat-buat busy kawkaw. Saya kemas almari lah, saya susun katil lah, saya buat-buat rajin sapu 1 bilik lah. wakakaka!!! Buat lah apa-apa pun, asalkan bole saya lupa sekejap sedih kena jauh dengan family tuh.hehehhe

3. Cari kawan ramai-ramai

Ok, tips malam pertama tinggal di asrama yang ini paling mujarab! hahaha. Rugi siapa tak ikut ok. Silapnya sesetengah daripada kita ni, berat mulut nak bertegur. Memanglah susah orang macam ni. Pada saya, masa baru-baru dekat asrama ni..kita tak kenal kawan-kawan kita kan? So, apa yang saya boleh suggestkan. Korang kawan je dengan semua orang. yes, semua. Nanti dah lama-lama, baru boleh sort balik kawan mana yang betul-betul ngam dan mana yang boleh nak teruskan. Itu lain cerita!

4. Keluar. Jangan duduk dalam bilik

Tips malam pertama tinggal dekat asrama ni kira mujarab jugak. Kalau boleh, jangan biarkan diri kita ni seorang dalam bilik. Bahaya. Lagi pulak korang ni jenis “gembeng”. haiya!! Susah maa. Nanti mulalah nak teringat dekat family!!!hahahaha. So, lebih baik ajak kawan-kawan keluar bilik. Sembang dan buang masa sesekali tak apa   😛

5. Jangan telefon parents

hahahaha!!! ok, tips malam pertama tinggal asrama ni macam kejam sangat tapi kalau nak ikut, ikutlah. Kalau tak, jangan. Saya buat sebab saya rasa kalau baru-baru kena tinggal ni, lepas tu nak call parents yang jauh tu…erk!!! Terseksa je. Kalau bukan kita yang nangis, mesti parents kita yang sedih.wakakakak!!! Better, cari alasan untuk tidak call diorang.

So, dekat atas ni antara tips malam pertama tinggal dekat asrama berdasarkan pengalaman saya sendiri. Korang pulak macam mana? Ada ke tips lain nak tambah? hehehehe!!!

Tips Malam Pertama Tinggal Di Asrama

Artikel Berkaitan

42 responses to “Tips Malam Pertama Tinggal Di Asrama

  1. Terbaiklah kak liza, harap boleh dijadikan tips di kemudia hari.

  2. hahahahaha.. tajuk tak hengat… :p
    nasib baik fizz pikir positif je.. lalalalala..

    kalau bab tinggal tmpt baru, suasana baru mcm kat asrama.. satu je maslahnya.. nak sesuaikan diri mkn masa.. tp lama ok lah.. tp part no 5 tu kalau parent lak yg call camne? hahahahaha..

    • hahahaha. tapi betullah tajuk tu kot.malam pertama yang selalu bermasalah sket masa stay dekat asrama ni.fikir positive je.hahahahaha.

      itulah, pandai cari alasan. if dia call,buat2 cakap nanti call balik.ada hal.hahahaha. bohong sunat.kang ternangis diorang susah hati -..-

  3. kakak-kakak duduk asrama tapi bila sampai turn saya dah tak boleh lepas, sebabnya rumah kosong…tak merasalah sampailah zaman u baru lepas dari kepompong…form 6 pun duduk rumah ishk3…

  4. ko masuk asrama balik ke?

    • taklah.aku teringat masa first day aku masuk matrik dulu.ada member aku macam muka orang kene paksa masuk penjara je aku tgk.tu yg bg tips kat adik2 ni.hahahahah

  5. 1st time dok asrama masa form1, punya xleh tidoq, ingt lagi, orang lain semua tidoq dah, yang saya ni xleh lena jugak, gerak kawan baru nak ke tandas, kawan xnak jaga pulak, sebenarnya gerak tu sebab takot haha. last2 tertidoq macam tu jela. lama-kelamaan semua kembali normal hehe

    • hahahahaha. kan? mesti ada yang macam ni tapi tak apa time tu Form 1. ini tak, kadang2 ada yang dah masuk uni tapi grrrr macam teruk sangat tgk die kene tingga tu.jadi murung plak -..-

  6. kan bagus kalau anak murid saya baca entri ni.especially form 1 ni.gembeng semacam.asyik call parents je nak balik.”kang aku bagi pang-pang kang baru tau”.huhu…

  7. tips paling berkesan dimana2 pon, CARI KAWAN RAMAI2. mmg paling mujarab lah. nodoubt. hehe

  8. Malam pertama saya di asrama masa form 1. Masa tu orang lain sibuk nak sukan, saya yang tidur awal 😉

  9. anim87

    Baca ini tringat blik kenangan mlm prtama duk asrama ms belajar dl..mmber sebilik kejut sembahyang subuh 4 pagi.hahaha adakepatut..mngigau apa ntah.

  10. BETUL2 .. mesti cari kawan (no. 3) takut kena cop sombong plak … pernah tinggal asrama masa form 6 dulu … yg lain2 tu x menyempat nak buat sebab malam jer terus kena ‘ragging’ … huhu seminggu2 tu …

  11. x igt pulak masa mula2 ddk asrama..kalau parents hantar pun dorg terus balik. lps dorg balik tu trus berani p shopping sowg2..muahahahaha

  12. sejak form 1 till belajar aku duduk luar
    jauh dari mak abah. hari pertama masuk asrama
    memang ler rindu kat mak sbb dia paling rapat dgn aku.
    tapi lepas seminggu aku relax dan enjoy.. BULI??
    ohhh… aku buli senior ada… har3

  13. Biasanya seminggu pertama kan ada aktiviti sampai lewat malam…..ikut pengalaman saya dapat tido lena….sebab keletihan….lagipun besoknya nak bangun pagi kan….

  14. masa 1st day masuk matrix dulu ada sorang pompuan nangis kuat betul. dia sempat tahan seminggu je duk matrix, pastu quit hehe

    • hahahaha!!kan?teruk nyer sampai camtu sekali?masa matrik aku dulu ade jugak yang homesick tapi just tak boleh nak fokus study tapi xderlah die sampai keluar matrik

  15. tajuk je dah mengancam dah. dah baca terancam pula. hehe.

    baca entri ini, tiba-tiba terimbas kembali kenangan diasrama. banyak kenangan manis – suka & duka.

  16. teringat malam pertama kat matric, hujan lebat ribut kilat petir sabung menyabung.. walaupun rasa takut, wat dek je sebab x rapat lagi ngan rumate.. takkan nk gi tido kat katil dia plak.. haha

  17. boleh tak tambah tips yang ke 6.. “harus telefon suami/isteri”… khas untuk mereka yang sudah kahwin tapi tinggal asrama.. haha
    bukan apa.. kalau yang bujang tak telefon parents kira okey lagi.. tapi kalau dah kahwin tak telefon suami/isteri, confirm ada yang merajuk nanti..

  18. hehe… another tip, do not let anyone disturb your sleep… 🙂

  19. yup. jangan call parents…..
    karang jadi lain pulak. haha

  20. terima kasih kak liza.. akan saya manfaatkan tips malam pertama ni semua hahaha

  21. Pingback: Tips Malam Pertama Tinggal Di Asrama | UmarFaruq.Com

  22. miss momok

    i ade dpt tawaran mrsm baru2 ni….esok tarikh lapor dirinyeww…huwaaa…sedeyyyy!!!sedeyy!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge