Pantun Lawak Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri dah nak sampai dah. Berpantun hari raya aidilfitri pun syok jugak kan? Pantun hari raya aidilfitri ni saya dapat dekat blog-blog rakan blogger. Enjoy lah ya!!

Kalau orang melayu tak tahu berpantun, memang tak best lah kan. Sempena hari raya aidilfitri ni, apa kata kita sama-sama belajar buat pantun hari raya! Selain beri ucapan raya biasa je hahahaha!! Best ke tak, itu belakang kira lah kan. Nanti dekat bawah ni, saya nak beri pantun saya.ahaks!

Pelajar Rusia Dipenjara Rogol Pelajar Malaysia

Koleksi Pantun Hari Raya Aidilfitri  (Lawak)

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

anak pak abu tu naik tractor ler bukan naik lori
sebab boleh tengok makwe dia angkat baja
selamat hari raya aidilfitri
saya ucapkan pada yg puasa jerr

Kelantan Benarkan Konsert Jom Heboh Diadakan

amelia tu tak pandai dayung sampan
gi kedai beli gula melaka
bulan syawal jer ker boleh bermaafan
bulan yg lain tak leh ker

anak pak mail sampai klinik gigi awal-awal
sebab dia gi kerja naik kereta
syawal tu… tetap ler syawal
tapi maner bole lupa semua sengketa

aper ker jadah mencari pelangi
ooo… anak pak sahak tu namer dia asfan
kalo kesilapan tak diulangi
camner kita nak bermaafan

anak pak jusuh masa tu tengah melantak ketupat
masa pengsan tu..dia pun tercekik gigi
jap tadi nangis… pas tu start mengumpat
raya tahun depan… mintak ler maaf lagi

bukan ker mak senah sendiri yg tembak gagak
dia tembak ngan boyfriendnyer
maaf tu..maaf ler jugak
duit raya?… sudahhhhh!!! taaaakk der makner
nyerrrr!!

anak sedara mak kiah jual cendol
kelessss… anak mak kiah ader kuasa sakti
aper kelas makan dodol
lebih baik makan spagetthi

anak mak esah tu namanyer siti
sebab gemuk… namer glamour dia fetty
pandu kereta berhati-hati
nanti boleh nengorat cetty

anak mak leha tu kerjanyer buat jalan
menantu dia pulak jual sekaya
kalo dah silap tengok bulan
camner ler plaks nak beraya

anak mak itam si fitri tu main polis sentri
menantunyer si fatin tu main plak buai
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir sahaja… .batin tu… .issshhh… tak
sesuwaiiii!!

Credit to : Budiey dan Isu Hangat

Ehem, saya pun nak jual pantun hari raya aidilfitri juga ok. Terimalah pantun hari raya yang tak menjadi sangat ni.hahahaha!!


Anak monyet main roller coaster beriya-riya,

Tapi tersangkut dekat celah pokok peria,

Saya ucapkan selamat hari raya,

Tak reti-reti ke nak beri duit raya.

Sila jangan nak gelak sangat baca pantun hari raya aidilfitri saya tak berapa nak menjadi dekat hujung tuh. bahahahaha!!! Selamat Hari Raya Aidilfitri untk semua ya!! Kalau nak download lagu hari raya, boleh klik di sini. Kalau nak download drama Cinta Dari Kaabah bolehlah klik di sini pulak. thanks!

Artikel Popular

37 Comments

  1. anastasyea says:

    Saya jawab ya !

    Budak-budak kutip duit raya
    Berhenti sekejap lepas lelah,
    Kalau liza razak nak duit raya,
    Jangan segan-segan datang rumah.

  2. razis says:

    nak jawab jugak:

    Apa ke jadahnya tgk TV di hari raya,
    Lebih baik pegi ziarah saudara mara
    Kalau Liza tak malu nak duit raya,
    Silalah dtg ke rumah saya.

    • Lizz says:

      kahkahkahkah!!wooo. hebat hebat!!jap, nak beli :P

      kejar ayam nak masak lauk hari raya,
      tapi ayam lari pecut masuk jalan raya,
      kalau betul nak bagi duit raya,
      nanti saya datang pagi-pagi raya

      • razis says:

        saya jual balikla mcm nie. mcm syok jer.

        Masak ketupat dalam belanga,
        Belanga dicuri dari rumah cik Liza,
        Maaf cik liza pagi-pagi raya tak bolehla,
        Sebab saya pun nak kumpul duit raya.

  3. afiq aiman says:

    buai laju2 sampai pokok sena,
    apa dalam baju hanya duit raya,
    ampun dan maaf sari saya sekeluarga,
    buat empunya blog dan pembaca setianya…

    haha TERmerapu pulak :) salam aidilfitri

    • Lizz says:

      main mercun jangan sampai hilang jari,
      nanti merana nangis tak henti-henti,
      empunya blog cap ayam ni menyusun jari,
      kot-kot pernah buat salah sampai tersinggung hati.

      wakakaka!!syok pulak jual beli pantun ni :P

  4. akmalhilmi says:

    tigt time pantun raya bg by sms
    hahhaaha

  5. cik tiniey says:

    Menu sahur dengan mee rojak
    Berbuka pula dengan gulai ikan aya
    apo kono ejang mintak-mintak
    dah besar mana sesuai dapat duit raya!

    hahahaha…..belasahhhh….jual balikkkk kt liza…;p

    • Lizz says:

      ikan aya tu ape hah??hahahah

      rama-rama tak boleh kawen dengan katak,
      nanti kena gelak dengan kawan-kawan semua,
      ini bukan sesi mintak-mintak,
      tapi nak tolong up kan pahala korang semua!

      kahkahkahkah!!

  6. broFami says:

    makan karipap sampai tersedak
    karipap kari sgt lah sedap
    apa yg ada di blog lizarazak
    minta maaf kalau saya singgah kejap..

    hehe

    • Lizz says:

      tekak haus minum air kelapa,
      pergh sedap giler tak tahu nak kata apa,
      blog lizarazak tak ada apa-apa,
      cuma cerita bantai entah apa-apa.

      bahahahaha

  7. azura says:

    Pergi beraya ke rumah Cik Liza
    Dijamu nasi goreng berlada
    Ucapan selamat hari raya untuk anda
    Moga bersua dihari muka.

  8. namaakulynn says:

    hahahha. semua bestttt! :)

  9. Dauspozi says:

    ASSALAMUALAIKUM KAK LIZA!!!

    Encik Ramli pikat Zaiton,
    Selalu dating setiap selasa,
    Aus dan Liza sekutu syaiton,
    Diharamkan raya sebab tak puasa.

    Bulan Ramadhan syaiton digari,
    Hari kiamat baru dia mati,
    Selamat hari raya wahai ponti!
    Jangan lupa duit raya nanti.

  10. cik dara says:

    Lepas makan rasa nak ter-berry,
    kelas ko ja, maintain lagi ko berdiri,
    ampun maaf daku pohon dari diri,
    salah silap mohonlah dibuang ketepi.

    hahaha..

    • Lizz says:

      mak nak masak lauk kari ikan tenggiri,
      tapi lepas tu cancel sebab dia nak pergi majlis menari,
      nasib baik pantun kau beri best tidak terperi,
      kalau tidak memang dah lama aku humban masuk lori

      kahkahkahkah!!

  11. pharmalif says:

    Dodol dikacau, lemang dibakar,
    Daging diparang, rendang jangan dilupa,
    Budak dah angau, duit raya tak sabar,
    Orang tua dikenang, jom balik kampung beraya.

    SELAMAT HARI RAYA!!

    • Lizz says:

      main baling selipar asyik tak kena,
      sakit hati jugaklah dibuatnya,
      pantun ni macam ada tak kena,
      cuba check balik atau kena beli dengan harga murah punya!

      kikikikiki

  12. nurmisnan says:

    hahahaha… masing2 berpantun raya
    aku balas syair boleh??

    emmmmmmmmmmmmmmmmmm…..
    samat hari raya.. hik3
    terkono sudah…

  13. nak pinjam boleh? nak pinjam masuk dalam entri ucapan khas raya ni.hehe…

  14. Nuar Haruha says:

    Berbaju kebaya di hari raya,
    Jalan merata penuh bersopan;
    Hari raya hari mulia,
    Bersama kita saling bermaafan.

  15. titan says:

    serius, aku tak tahu ko dah pandai buat lawak sekarang ye. hehe..

  16. Nak pantun versi Jawa boleh?

    Nyimpan jenang nang jero tin,
    ngesok arek digowo mareng suro,
    keluputan kulo lahir batin,
    salah silap njalok ngapuro

    Terjemahannya:

    Simpan dodol di dalam tin,
    esok mahu dibawa ke surau,
    Dosa saya lahir batin,
    salah silap mohon diampunkan. :)

  17. hafiz says:

    Hari ini hari raya aku nampak kuih raya aku makan kuih raya

  18. razlina says:

    anak pak abu tu naik trator,
    nmpk mak we dia agky baja,
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
    saya ucpkan pada yang puasa saja….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge