4 Sebab Kenapa Anda Perlu Sukakan Blogging

Artikel ini ditulis oleh: Saudara Afiq Aiman ( Pemilik dan Pengasas FokusBlogger )

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari Liza Razak kerana sudi menerbitkan post saya di sini.

Sebelum meneruskan post ini, saya ingin bertanyakan soalan; apa yang anda dapat dari blogging? Mungkin anda memulakan blogging secara suka-suka, atau anda menjadikan blogging sebagai “modal” untuk anda memulakan bisnes internet. Walau apa pun tujuan asal anda blogging, pastikan anda menggunakan blog sebagai medium kebaikkan, bukan untuk menjatuhkan mana-mana individu.

Promosi Arak Sempena Hari Raya Aidilfitri?

Sebagai menjawab persoalan saya itu, di bawah ini saya kongsikan antara sebab kenapa anda perlu sukakan blogging.

1: Berkongsi Idea/Pendapat

Dengan blogging, perkongsian idea atau pendapat mampu dilaksanakan dengan mudah. Sebagai contoh, saya sedang berkongsi pendapat bersama anda tanpa perlu duduk semeja. Apa yang saya lakukan hanya menulis, menghantar artikel, dan pendapat saya sedang dibaca oleh anda semua sekarang. Dengan blogging juga, kupasan isu-isu semasa mampu dipercepatkan. Namun, terserah kepada blogger bagaimana untuk kendalikan semua ini; sama ada dengan cara bijak atau sebaliknya.

2: Pembelajaran Secara Tidak Langsung

Adakah anda dikurniakan kepandaian dalam blogging secara semula jadi? Jika ya, maka anda orang yang bertuah. Bagaimana pula yang memulakan blogging dari “0”? Adakah mereka tidak bertuah? Tidak! Mereka sebaliknya beruntung kerana setiap hari mereka belajar bagaimana untuk tingkatkan trafik blog, mendapatkan PR yang lebih tinggi, dan memantapkan ilmu SEO. Kesemua ilmu itu akan mereka manfaatkan suatu hari nanti. Blog bukan medium kejayaan serta-merta sebaliknya ia memerlukan masa untuk membuahkan hasil.

3: Membina Rangkaian

Dengan blogging, anda mampu membina rangkaian sesama blogger dan pembaca blog. Dari situ, anda mula kenal mereka yang datang dari pelbagai latar belakang berbeza. Ada yang bergelar guru, akauntan, pelajar, dan macam-macam lagi. Rangkaian yang terbina digunakan untuk membantu diri sendiri atau membantu orang lain seperti menyelesaikan masalah seseorang blogger atau yang sedang diamalkan sekarang, membantu mencari insan yang hilang 

4: Menjana Pendapatan Pasif

Tidak mustahil jika ada yang sanggup berhenti kerja semata-mata untuk fokus 100% terhadap blogging kerana blogging mampu menjana pendapatan lumayan jika kena pada caranya. Tetapi saya tahu, tidak ramai yang blogging kerana wang (walaupun blog dipenuhi iklan). Apa pun, hasil yang kita dapat melalui blogging boleh dianggap sebagai hadiah selepas penat membangunkan blog.

Apa Yang Anda Suka Tentang Blogging

Kini tiba masa untuk anda pula berkongsi apa yang anda suka tentang blogging. Adakah dengan blogging, anda mampu membina personaliti atau identiti tersendiri? Apa kata anda kongsikan bersama kami di sini.

Gambar: thezartorialist.com



Artikel Berkaitan

34 responses to “4 Sebab Kenapa Anda Perlu Sukakan Blogging

  1. Terboek punya artikel! Love this. Thanks for sharing this Kak Liza 😀

  2. yaa..saya sokong keempat-empat sebab itu.

    • sepatutnya ada banyak lagi. cukup 4 dulu sebagai permulaan 🙂 yang selebihnya akan saya kongsi kemudian. atau mungkin penyubiru boleh kongsikan dengan menulis post khas tentang ini 😉

  3. cik liza taknak jemput saya ke menulis kat sini?hehe… (tak malu! orang tak jemput,ko terhegeh2.huhu…)

    penulisan yang baik dan cermat afiq 😀 lepas ni boleh la menulis kat blog aku pulak 😀 macam la blog aku ni layak terima penulisan orang ni.jauh lagi perjalanan 🙂

  4. empat2 tu sume betul dan memang berkenaan dengan diri aku.. tp yg paling nk jaga adalah yg no 3 tu. 😀

    p/s: ada masa, guest writing di azah.my pun boleh jugak 😛

  5. tidak ramai yang blogging kerana wang (walaupun blog dipenuhi iklan)–> pedas je.wakaka!tapi aku setuju blog ini medium terbaik untuk berkongsi ilmu,pengalaman,bina persahabatan.sangat menarik apabila wujud satu keluarga besar blogger yg memberi ilmu,teguran dan pertolongan walaupun belum pernah bersua muka

    • haha. takdelah, dah ada sesetengah blogger cakap aku blog bukan sebab duit, tapi bila masuk blog dia nah amik iklan penuh, kenapa tak buat blog review iklan je, kan senang 🙂

  6. antara sebab lain blogging ni nk nasihat manusia dengan selitkan entry brbentuk informasi dan kritikkan membina..

  7. menjana pendapatan tu bukan cara aku blogging lah pada peribadi aku.sbb aku blogging sekadar mengisi masa lapang..

    Entri Terkini : Tips berjimat ketika di hari raya #apeponboleh
    Entri terdahulu : Shopping Raya yang sakan

    • baguslah kalau macam tu. sesetengah blogger pada awal pembabitan dalam arena blogging memang tak pandang duit, tapi bila dah mula nampak boleh buat duit dengan blog, dia lupakan tujuan asal blogging. sebaiknya berikan pembaca yang terbaik, insha Allah hasilnya akan datang sendiri

  8. saya dapat kawan-kawan online yg sy hanya nampak muka dan bergelak ketawa melalui komen twitter Kikiki 😛
    sy suka blogging sbb kekadang apa yg nak dickp tak terkeluar, baik keluarkan melalui blog 😀

  9. nursarah puteri

    aku mmg suka menulis so medium blog adalah jalan terbaik.. mmg kepuasan yg sendiri je tahu.

    • ye saya pun suka menulis. tambah2 bila hasil penulisan kita tu dihargai (komen, kongsi artikel, dsb) jadi, salah satu alternatif untuk mengembangkan penulisan tu ialah melalui blog 🙂

  10. neo

    lain orang lain sebab untuk menulis, masing-masing punya alasan tersendiri. aku menulis sebab minat dan suka berkongsi dgn rakan sesuatu yg baru. bonus sekiranya boleh menghasilkan pendapatan dari blog

  11. SS

    cayalah FokusBlogger. hehe

  12. saya pon suka menulis dan berkongsi dengan orang.. besides, kita pon dapat feedback daripada orang lain.. so kita boleh tahu apa betul ke tak benda yang kita pikir selama ni.. hoho 🙂

  13. Setuju Liza!!
    satu lagi, boleh dan x mustahil boleh dapat jodoh kalo ayat blogging power. Haha 😛

  14. kalau ikut turutan aku 3, 4, 2 dan 1. bermula dengan hanya suka-suka dan kini fokus pada berkongsi ilmu.

  15. menjana pendapatan pasif tu yang susah sikit…. perlukan usaha yang gigih..

  16. teringat iklan petronas..

    saya suka rumah saya..:p

    “Saya suke belog saye..”
    “Kenape saya suka belog saya?”
    “Sebab die besttttttttt”

    hahahaha..

  17. Moga readers blog ni dapat input berguna ok dari fokusblogger

  18. tips-tips yang menarik. 🙂

  19. sebab dapat berkenalan dengan gadis johor cam cik liza nie….hehehehe

  20. Saya bersetuju dengan 3 sebab pertama, namun sebab ke-4 bergantung kepada strategi dan usaha empunya blog.

    Kebanyakan blogger di barat cenderung mempromosikan affiliate, atau menghasilkan produk sendiri berbanding bergantung kepada syarikat-syarikat pengiklanan. Apa pun, ia terpulang kepada strategi dan matlamat empunya blog 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge