Sinopsis Drama Supermak TV3

sinopsis drama supermak tv3

Drama Supermak TV3, malam ini menggantikan drama Juvana. Rasanya Drama Supermak ni boleh ke lawan Juvana? Tengok Drama Supermak malam ni, baru boleh komen. hahahahaha!!! Lama Nasha Aziz tak berlakon kan?

Kiranya, Drama Supermak ni maybe boleh naikkan balik nama Nasha Aziz. Iyelah, dah lama diam. Kalau ada pun, Nasha berlakon dalam telemovie je kot. Entah, maybe saya tak perasan. Apa-apa pun, kena layan malam ni dulu baru boleh sembang panjang.

Drama Supermak TV3 ini, kalau kita tengok dari sedutan dekat TV macam ala-ala drama superhero tapi versi perempuan lah.hahahaha!!! Not badlah, ada jugak kelainan watak Nasha Aziz kan? Kalau asyik watak cintan cintun pun boring jugak.

Tiket Malaysia vs Singapura Dijangka ‘Sold Out’, Dapatkan Segera Esok!

So, jangan lupa saksikan Drama Supermak di TV3 malam ini (Isnin) jam 9 malam. Sementara tu, bolehlah layan sinopsis drama ni dulu. Selamat menonton!!!

SINOPSIS DRAMA SUPERMAK

Drama Supermak mengisahkan tentang seorang ibu bernama Amy Salim ( lakonan Nasha Aziz) yang mempunyai kuasa dan kekuatan luar biasa yang diwarisi dari warisan nenek moyangnya yang berketurunan dari Riau.

Cerita bagaimana keturunan Amy memperolehi kuasa luarbiasa ini bermula apabila nenek moyangnya yang bernama Thani menyelamatkan seekor burung garuda yang tercedera terkena panah sakti. Setelah diselamatkan, burung garuda itu tiba² bertukar menjadi seorang wanita yang sangat jelita umpama bidadari. Sebagai membalas jasa kepada Thani. Burung garuda tersebut menganugerahkan 5 kuasa sakti kepadanya dan diperturunkan ke generasi seterusnya sehinggalah diwarisi oleh Amy.

Amy pula yang merupakan generasi ketika ini hidup bahagia bersama suaminya (seorang anggota polis) disamping 2 orang anak mereka iaitu Ayesha dan Amril. Kebahagian keluarga mereka mula tergugat apabila diganggu oleh musuh tradisi nenek moyangnya iaitu Bashar (lakonan Zul Yahya) yang menguasai Kuala Lumpur ketika itu. Bashar amat ditakuti oleh semua orang kerana mempunyai kuasa api yang amat kuat. Semua orang yang memusuhinya akan dibakar sehingga menjadi debu.

Selain watak Bashar, terdapat juga watak lain yang mempunyai kuasa dari keturunan yang sama seperti Camelia yang mempunyai kuasa ais, Khalil yang mempunyai kekuatan telekenetik dan Ghazi yang berupaya untuk menjadi halimunan. Oleh kerana hendak mendapatkan kuasa mutlak dari pingat yang retak lima. Bashar dan Camelia bergambung tenaga untuk menentang Amy dan seterusnya menguasai kelima² elemen kuasa sakti tersebut. Nak tahu cerita seterusnya. Sama² kita tunggu dan lihat. Siapakan yang akan berjaya merebut kelima² keping pingat tersebut dan memperolehi kekuatan mutlak.

Credit to: Anastasyea.com

Artikel Berkaitan

6 responses to “Sinopsis Drama Supermak TV3

  1. tgk poster mcm The Incredibles je. huhu

  2. macam best jer.. tapi cerita nih dah dekat2 nak puasa… huhu

  3. woowww… macam menarik… malam ni ke?
    ak ni memang peminat nasha aziz. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge