Perhimpunan BERSIH 2.0 : Titah Khas Yang di-Pertuan Agong

titah khas agong bersih 2.0

Perhimpunan BERSIH 2.0 memang jadi perbualan ramai lah kan. Apa Perhimpunan BERSIH 2.0? Tujuan perhimpunan bersih ni apa? Hmm, baca artikel ini dan komen-komen readers. 9 julai ni akan ada atau tidak Perhimpunan BERSIH 2.0 ek? Hmm, belum pasti. Yang pasti Titah Khas Yang di-Pertuan Agong dah dikeluarkan.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Baca artikel penuh di: Mynewshub

Kalau dah Yang di-Pertuan Agong bertitah, rasanya eloklah kita sebagai rakyat jelata ni ikut seperti yang disarankan? Mendapat perhatian daripada Ahli Jawatankuasa Induk Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), dan ini kenyataan rasmi telah pun dikeluarkan.

BERSIH 2.0 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong atas sokongan baginda terhadap aspirasi rakyat jelata untuk reformasi sistem pilihan raya.

BERSIH 2.0 akan patuh kepada titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk berdialog ke arah mewujudkan satu konsensus nasional bagi reformasi sistem pilihan raya dan proses pembangunan demokrasi di Malaysia.

BERSIH 2.0 memohon mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk mempersembahkan isu-isu yang diambil berat oleh rakyat jelata serta aspirasi bagi reformasi pilihanraya dan proses pembangunan demokrasi untuk dilaksanakan dengan segera selaras dengan kehendak Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk rekonsiliasi nasional.

Info lanjut: Website BERSIH 2.0

Saya daripada tak tahu apa-apa tentang Perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan berlangsung 9 Julai ini pun, sudahnya dah tahu serba sedikit dah. hahaha!! Memang mula-mula tak nak amik tahu tapi betul juga kata kawan saya, Malaysia ni negara kita. Tanah Air kita. Mahu atau tidak, kita kena ambil peduli tentang isu di dalamnya. heh!!!

Saya cuma boleh doakan Malaysia sentiasa aman jelah. Berkenaan Perhimpunan BERSIH ni, saya pun tak berapa faham. Doa yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia. Amin.

Credit gambar: YanmieOnline.com

p/s: Kalau dekat Brunei ni, mesti dah ikut je apa kata Agong. Sistem beraja pun ada bagusnya jugak kadang-kadang. huhuhu

Artikel Berkaitan

15 responses to “Perhimpunan BERSIH 2.0 : Titah Khas Yang di-Pertuan Agong

  1. baguslah kalau dah batal. lebih elok kalau diterjemahkan ketidakpuasan hati dalam PRU kelak πŸ™‚

  2. aku suka style yang dipertuan agong ni..gaya dia style..xlembik..

    • yezza!! dalam cara berlembut ngan rakyat ada ketegasan jugak. aku pun suka. mula-mula diam, bila dah rasa perlu baru bersuara. suka!!!hehehe

  3. Agong dah bertitah 2 Lizz…jaga2 ada yang mereti

  4. Sebagai blogger, kita kena tahu dan cepat untuk melaporkan apa yang berlaku dalam negara kan Lizz?

  5. tulah…
    ikut apa yang dah diarahkan..
    aku lagilah tak tahu sangat…

  6. Semoga perhimpunan tersebut tak akan dilancarkan
    lebih elok berbincang secara aman

  7. Aaa. Jangan ada yang buat pasal masa perhimpunan. Saya tak setuju cara perhimpunan ni. Elok dibuat di meja bulat.

  8. Pingback: Ingat Bersih Ingat Perjuangan Mereka | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge