Pandangan Tentang Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011

Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011 dah tamat tapi ceritanya masih segar kan? Saya dah malas nak sembang Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011 lagi. Jadi, ini entry last pasal Perhimpunan Bersih dalam blog ini. Untuk tahun ini lah.hahahaha!! Saya pun ada hak bersuara kan?

Jadi, ini apa yang saya boleh simpul dan belitkan tentang Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011. Ini pendapat peribadi saya saja. Mungkin tak sama sekali dengan pendapat orang lain. Jadi, nak komen biar guna bahasa orang beradab. Tak suka nak gaduh-gaduh. ekekekeke.

1. Mulanya, saya nak sokong Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011 sebab saya cuma dapat informasi seolah-seolah macam perhimpunan macam ni boleh menyatukan rakyat berbilang bangsa di Malaysia ni. Ok, Boleh baca entry saya berkenaan Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011 ni di sini. Kiranya, mula-mula saya sokong Bersih.

2. 1 Week sebelum Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011 berlangsung, saya dah rasa lain macam bila aktivis semua sibuk berbalah dekat lama Twitter. Ok rimas. Saya pelik kenapa macam ramai sangat tak sokong Bersih. Kebetulan, ada orang tinggalkan komen di entry yang saya nyatakan di atas. Boleh check dekat ruang komen. Beliau senaraikan tuntutan Ambiga melalui IFC. Saya terkedu habis. Kenapa? Baca.

INI ADALAH SENARAI TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC ย (Sumber: Najib Hassan)

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak bolehโ€ฆ dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


Pendapat peribadi saya sebagai orang Islam yang duduk di negara Malaysia: Saya sedih dan takut kalau-kalau Datuk Ambiga berjaya dengan tuntutan beliau. Saya bimbang Agama Islam bukan lagi jadi AGAMA RASMI Malaysia. Tak mungkin saya bergembira kalau Islam hancur macam ni dekat negara sendiri. Hmm Umat Islam sedang diperalatkan.

3. ย 2 Hari sebelum Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011, saya mengaku ada merungut sebab roadblocks sana sini. Ingatkan perhimpunan dekat Kuala Lumpur, Johor Bahru tak akan diganggu. Cheh. Bayangkan 3 roadblocks in same days! Gila ke apa. Saya boleh faham kalau sekatan tu untuk tujuan check road tax ke pemandu mabuk ke. Silakan. Tapi, ini tidak. Saya pun tak tahu tujuan sebenar. Saya memang marah siapa yang anjurkan Bersih tu. Sebabkan Bersih, polis kena buat kerja stupido macam ni. Wasting time kot. Denaihati ada update Live video trafik sekita KL semalam.

4. ย Semalam, Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011 diadakan. Berjaya ke tidak? Berjaya. Berjaya buat rakyat Malaysia kucar kacir. Berjaya buat Malaysia famous di dunia dengan kes beribu-ribu orang dijalanan. Orang negara luar bersorak tunggu masa nak campur tangan. Alang-alang dah kucar kacir kan? Haih. Sedih!!!

Ok, itu saja pendapat murahan daripada saya. hahahaha!!! Kesimpulannya, saya tak nampak kejayaan apa-apa pun daripada Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011. Enough said. Thanks. Penat betei menulis camni. wakakakaka.

p/s: Kalau nak komen, silakan. Tapi komen gaya orang cerdik sikit please. Maceh.

p/s/s: Betulkan jika saya silap beri info ye. maceh

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

55 responses to “Pandangan Tentang Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011

  1. objektif tu ok cuma dalam menilai kesan peristiwa ini perlu dari banyak perkara.. ada gak baca blog2 yg hanya provok itu ini..provokasi lebih mengeruhkan keadaan..

    • yang provok tu bukan tahu 100% berita pun. ada yang sekadar dengar mulut2 orang sana sini then publish cerita. macam tuntutan ni, bukan semua yang tahu. so,beriya dia sokong bersih. rsanya kalau dia islam n tahu tentang ni, tak banyak skit mestie die boleh fikir impak kot.. thanks izwan bg pendapat.hehehe

      • Anak Malaysia

        Assalamualaikum Lizz, adakah sumber ttg tuntutan itu benar atau cuma provokasi pihak2 tertentu untuk memburuk2kan Bersih 2.0

        Ini tuntutan sebenar mereka @ http://bm.bersih.org/?page_id=2673

        sementara link kpd Najib Hassan sudah tidak beroperasi, saya syak.. maaf ๐Ÿ™‚

        Saya tidak memihak kpd mana2 pihak, saya berdiri di tengah dan bersikap sederhana. Dari pemerhatian & pengalaman saya selama 25 tahun lebih, Kumpulan BERSIH ini tidak akan berbuat demikian jika tidak ada masalah dari akar umbinya.

        Saya penyokong kerajaan tetapi sudah byk kali juga RAKYAT menyuarakan ketidakpuasan hati cara pentadbiran mereka…sila rujuk sekali lagi
        http://bm.bersih.org/?page_id=2673

        Kerajaan yg kita sokong sepatutnya melakukan sesuatu dlm hal ini agar kumpulan2 yg saban hari smakin byk muncul tdk bangkit menyatakan ketidakpuasan hati mereka… bg mewakili RAKYAT.. yg sudah lama penat berdiam diri

    • rosman muhamaf ali

      Saudara Izwan, saudara seorang Islam? Kalau bukan tak apa. Tapi kalau saudara seorang ISLAM, saudara tatapi betul2 tuntutan si ambiga tu. Pelik kalau saudara setuju dan tak faham apa tujuan tuntutan2 itu.

  2. Anon

    Salam. Sy nk mengucapkan terima kasih kerana menyokong bersih ๐Ÿ™‚ Sy nak ulas sikit lah kan, cuba awk fikir kalau polis hny menghantar anggotanya utk mengawal supaya tidak ada apa-apa yg buruk berlaku. Ada ke roadblock, traffic jammed dan sebagainya? Utk apa dia pergi tutup semua jalan? Supporter BERSIH bukannya nak pergi bom rumah Najib. Mereka cuma ingin hntr memo kpd Sultan. Kata negara demokrasi, bila dah buat mcm ni tak bagi dijalankan pulak.

    • agak betul apa si anon ni cakap.mungkin sebab dari awal usaha nak diadakan perhimpunan ni secara aman dinafikan.kalaulah mereka benarkan sahaja perhimpunan itu diadakan di stadium merdeka,diberi permit secara sah.pasti tak berlaku banyak sangat kerosakan.polis hny perlu kawal stadium itu sahaja daripada berlaku sebarang kekacauan sebagaimana garispanduan yg diberikan semasa permit diluluskan..

      soal ambiga,itu isu lama yg mungkin sesetengah org dah lupakan namun harus diberi perhatian serius.apapun,penyelesaiannya harus dibuat secara hemat jangan sampai ada kerosakan atau kekacauan seperti mana bersih 2.0 ini..

      semoga Malaysia terus dirahmati Allah.amin.

    • salam. thanks sebab guna bahasa beradab. really appreciate even tulis Anon but saya ok. hehehe.

      ada logiknya jugak cuma pendapat saya mungkin polis ni banyak tengok cerita2 luar negara. asal ada reformasi je mesti ada letupan lah, cedera sana sini. hehehe. itu yang mereka bersiap sedia.

      tapi, part roadblock tu memang sakit jiweeee. buang masa tak bersebab.aduh!! dan pasal memo tu, isi memo tu mungkin kita semua boleh terima tapi cara buat perhimpunan dekat tengah2 kota metropolitan n kita situlah tourist/kedutaan negara luar berkumpul tu yg mungkin buat ramai x setuju.

      ok,ada pendapat x berkenaan tuntutan yg kat atas tu? saja nak dengar pendapat orang.hehe

      • part polis terpengaruh dgn movie tu tak tahan tu.hehe.kalau bukan movie pun,mereka lupa tgk drama gerak khas yg bersopan dlm menjalankan tugas tuh ๐Ÿ˜€

        roadblock tu sebenarnya tak perlu pun.mereka terlalu paranoid dgn rakyat.mereka risau rakyat memberontak seperti mana yg berlaku di mesir atau libya.mereka lupa rakyat kita masih ada budi bahasa.

        mcm sy cakap sebelum ni,niat mereka nk serahkan memo tuntutan adalah betul kalau dinilai pada objektifnya tapi cara mereka kurang tepat dengan pergi ke jalanan.apa perlu pergi ke sana?kenapa tak tulis sahaja surat mohon mengadap pada Agong?

        pandangan peribadi.jgn ada yang sentap ๐Ÿ˜€

        • kikikikiki.betul gak kan? gerak khas lembik semacam -..-

          majoriti rakyat kita memang berbudi bahasa tapi ada jugak yang tak izwan. tengok saja perang dalam twitter semalam. saya sendiri kena. rude sangat bahasanya. itu baru dalam twitter. dalam perhimpunan semalam? Wallahualam.

          kan? objektif memo tu memang dah cun dah. tuntutan tu semua logik akal tapi cara salah. thanks share pendapat. insyaAllah tak ada yang sentap kat sini.hehehehe.ok jer

      • terpaksa buat perarakan/perhimpunan macam tu semata2 nak serahkan memorandum kpd Agong. kalau buat cara biasa semestinya tak sampai, itu semua orang pun dah tahu.

        takziah kpd keluarga sorang pengikut BERSIH 2.0 yg meninggal baru2 ni. arwah dah mintak nak lepaskan gari sbb dia dah rasa lain macam tapi polis tak benarkan. akhirnya meninggal dgn tangan bergari

    • pada saya bila berkumpul ramai-ramai dalam membawa isu besar, kebarangkalian emosi menguasai pemikiran itu tinggi..jadi sebab itu kawalan dilakukan dengan ketat..

      • pada sy, kalo ikot yg betol, kne buat syura..tp bila dah xde pluang untuk duduk smeja berbincang dengan baik, apa lg mereka mampu buat, demonstrasi jalan terakhir.

  3. Diorang sepatutnya lebih professional dalam apa jua yang diorang nak buat..bukan berarak seolah2 seluruh rakyat malaysia sokong perjuangan diorang.

    • ya,saya setuju. alasan nak buat perhimpunan sebab kalau ikut cara “betul” susah. tapi,diorang lupa ke Tuanku Abd Rahman n pejuang2 lain tu bukannya senang2 nak tuntut kemerdekaan Malaysia. mana ada jalan pintas. itu jelah yg saya sedih. nak tuntut hak ke apa, mungkin boleh dipertimbangkan sebab semua ada hak.

  4. kalau ini yang dituntut BERSIH memang patut dihapus kira tetapi IFC salah satu persatuan yang melibatkan diri dalam BERSIH…maka mereka yang mewakili BERSIH yang perlu membuang IFC dari dikaitkan dengan BERSIH sebelum tindakan lebih membimbangkan, lihat sahaja perjuangan DAP sudah sesak nafas orang2 Melayu Islam…

    • jap,saya perlukan masa sikit nak fahamkan maksud IFC dan bersih tu.

      ok, got it.

      DAP?? hmm, ye betul. tapi,xnak komen panjang sebab tak tahu info sangat. kang silap susah.hehehehe. pasal tuntutang ambiga to IFC tu, saya tak tahu kenapa..saya rasa macam lambat laun macam boleh jadi kenyataan.kalau macam nilah goyahnya rakyat malaysia. orang suruh himpun, diorang ikut. orang suruh menyalak pun diaorang ikut. kesan2 selepas itu tak diambil kira -..- sedih sedih

  5. bersih ni memang nk publisiti, xde kerja carik kerja, xde modal gaduh carik modal gaduh, dah xsabar nk g neraka so laluan pintas diorng ke neraka.. seriusly anti bersih

    maaf kalau terkasar bahasa

    betul ke malaysia ni best?
    http://eleventx.blogspot.com/2011/07/great-place-for-tourism-malaysia.html

    • boleh tahan agak kasar.huhuhu. neraka ke tidak tu bukan urusan kita kot.tak sure lah diorang nak publisiti cane. maybe.for me, nak kata anti bersih tu tak jugak sebab kalau kita baca tuntutan BERSIH ni memang btol. tapi caranya je salah.

  6. hahaha.. liza.. liza.. kau mmg carik pasal letak entry ni. lol. tp yg komen2 pon aku bace sopan je. aku pon xde la taw sgt2 pasal politik ni. sorry to say la .. hehe.. tp pasal tuntutan ambiga tu agak kurang la. aku slaku seorng muslim yg mendapat A1 dalam spm syariah islam. aku xsetuju la. heeee… tp ape2 pon ni negara korang jugak. so korang berhak bersuara.. kalo aku makan roti canai korang pon boleh makan roti canai jugak. ok aku xtaw ape kene menggene nye.. haha.. hope one day nnti kte smua dapat bersatu balik. im really looking fward for it la. mcm mase lawan bola kat stadium.. kite smua jd kawan kan?. sokong negara kite. kan seronok!!

    • apa salahnya aku letak entry camni wei?hehehehe. aku tak ada memaki hamun,aku beri pendapat aku. orang lain maybe lebih suka tengok,diam tapi dalam hati memaki hamun. impaknya zero.huhuhu.

      jangan keliru. tuntutan tu bukan tuntutan ambiga pasal BERSIH. itu kes lain tapi cuma aku apa yg aku faham, org yg sama buat perhimpunan ni tapi menggunakan nama BERSIH. tapi beliau pernah buat tuntutan yang macam di atas tu dulu. tak ke pelik camtu?

  7. BERSIH 2.0 hanya baik pada nama. Diorang cuba memanipulasi word BERSIH tu.. padahal takdela bersih mana pun. Lebih kepada Reformasi time DSAI je

  8. em..payah aku nak cakap. Nanti aku cakap..korang pangkah aku..haha..

  9. Asalamualaikum…ya saya setuju dengan pendapat awak berkenaan dengan IFC dan Ambiga. Memang saya tahu perkara itu.tapi,

    masalahnya Bersih ialah isu yang sama sekali tak ada kaitan langsung dengan IFC tu walaupun di pimpin oleh orang yang sama. Saya pun nak juga kutuk Ambiga , tapi nak kutuk dalam isu IFC bukan Bersih.

    Bersih ialah satu tuntutan dari pihak NGO dan pembangkang untuk meminta 8 perkara untuk di selesaikan oleh kerajaan. Dalam 8 perkara ini, kebanyakannya telah di tuntut semasa Bersih 1.0 lagi antaranya seperti penggunaan dakwat kekal selepas pengundi mengundi. Ini kerana banyak keraguan timbul dan cakap cakap belakang berlaku [email protected] Bukan menuduh cuma meragukan.

    Selain itu, Bersih juga menuntut TV di Malaysia memberi peluang samarata kepada semua parti politik tak mengira BN atau sebaliknya. Ini amalan demokrasi yang negara kita amalkan seperti juga negara negara lain. Di Malaysia tidak berlaku kesamarataan ini. Contoh paling mudah, adakah awak pernah lihat dalam Televisyen aktiviti kerajaan negeri Selangor, Kelantan , Pulau Pinang dan Kedah di siarkan di TV?. Kalau ada pun hanya perkara 2 negatif sahaja sedangkan banyak juga yang mereka buat?. Kenapa? sebab kerajaan di negeri tersebut bukan di miliki oleh BN.

    Tuntutan kempen pilihanraya 21 hari. Selama ini kempen pilihanraya hanya diadakan selama 8-10 hari sahaja. Bagi pihak kerajaan yang menguasai media , kempen mereka tidak susah kerana kempen boleh di salurkan melalui TV sahaja dan boleh sampai dalam tempoh 8 hari itu. Tapi bayangkan pembangkang yang tak ada acess kepada media. Kalau ada media pun hanya ada Harakah. Itu hanya media parti bukan umum. Tahukah Liza bahawa, di Sarawak yang luas terbentang itu contohnya kalau dalam masa 8 hari masih tidak cukup untuk mana mana parti sampai. Kerana mobiliti yang terpaksa menggunakan bot dan pengangkutan air. Contohnya di tempat saya dulu terpaksa menunggu air pasang untuk keluar dari kampung.

    Pilihanraya bersih tidak merugikan kepada parti mana sekalipun. Bukannlah di katakan bila tuntutan di laksanakan BN akan kalah. Tidak. BN akan tetap menang jika kerja mereka buat orang suka.Malah kredibiliti mereka akan naik kerana menang dengan persepsi pilihanraya yang bersih.

    Persoalan ramai ialah kalau tidak bersih mengapa pembangkang boleh menang 5 negeri pada pilihanraya lepas?.

    Sebenarnya bukan itu persoalannya. salahkah mana mana pihak ingin membuat penambahbaikan ke atas perjalanan pilihanraya?. Ini pun satu bentuk transformasi yang kerajaan banyak buat sekarang. Jadi minta laksanakan paling kurang sebahagian jika tidak mampu keseluruhan buat masa ini.

    tahukah Liza, betapa mereka yang pergi itu sanggup bersusah payah serta menerima ugutan dan risiko dan ada yang meninggal hanya menyokong tuntutan tersebut.Tidak ada berlaku sebarang keganasan di cetuskan semalam.

    Mereka ini bukanlah golongan yang sedikit ini termasuk juga sasterawan negara kita A samad Said. Adakah beliau pun telah di hasut oleh Ambiga?. Kalau jawapannya ya, sampainya hati menuduh beliau sedemikian rupa.

    Ada masanya nanti bila kita nak berkata tentang IFC silakan. Buat satu enttri berlainan. Cuma jangan di samakan Bersih dengan IFC hanya kerana ia di ketuai oleh orang yang sama. Sekian…maaf kerana berbeza pendapat…banyak lagi saya nak huraikan, tapi bagi saya kebenaran bagi sesuatu pihak bukanlah kebenaran bagi yang lain. Saya tak meminta anda bersetuju dengan saya cuma berilah peluang untuk suara ini di dengar.

    • salam, thanks sebab sudi berkongsi pendapat. menarik baca. sebenar, BERSIH tu betul. maksud saya, dari segi tuntutan2 yang 8 tuh memang saya setuju dan rasanya orang lain pun setuju.

      cuma, caranya je yang salah. macam saya jawab komen atas2. betapa susahnya Tuanku Abd Rahman nk capai kemerdekaan. “susah” dan bukan dengan cara macam ni. beliau guna rundingan dan tunjuk rakyat Malaysia bersatu padu (ketika itu) tapi perhimpunan semalam?

      pada saya,silapnya cuma perhimpunan macam tu je. Tuntutan itu betul. hak kita as rakyat. tapi,kalau boleh biarlah cara orang bijak yg tahu fikir masa depan. positive n negative aspects patutnya boleh difikirkan dulu untuk siapa2 yg nak join.

      thanks yusri sebab share pandangan aww.

      • AYU

        betul2…lagi satu negara kita nie dah paling ok berbanding negara lain..manusia nie tak sempurna…jadi mana nak cari POLITIK adil kat dunia nie…bersyukurlah dengan yg ada nie….belajar dari peristiwa lama”zaman penjajah”negara luar tgg masa jer nak langkah kaki KANAN…JANGAN pa yg terjadi di P.PINANG merebak “1MALAYSIA”

        • saya suka dengan peringatan “zaman penjajah” tu. rasanya orang2 tua yang sempat rasa perit zaman penjajah tu mesti tak suka semua ni berlaku kan?

    • zshi

      nie I copy paste from my other comment on fb sebab panjang sangat tak larat nak retype..but I have to say it in here…

      i second the need to improve the electorial system..but i still do not agree on the need for a mass demonstration and disturb the public order..But it was vital to dismiss the crowd to avoid unnecessary chaos..and the police just doing their work.. i saw the police ask the crown to dismiss…. what u think would happen if bersih meet patriot? u think both parties are matured enough to co-protest peacefully? There are other means..in dialog.. in parliament..if u honor constitution so much why not use the right channel.. why we have MPs.. believe it or not there are like what ..60 opposition MPs in the parliament..protest there.. get it documented, do follow up, etc etc..why flood the streets? if u think of it this way, even if we have a 100% fair n clean election next round.. and everytime somebody not happy..they will take it to the streets simply because they have the right to do so? what do you think the significant of having ur MPs at the fist place.. and if u dont use ur MPs,, why vote.. and if u dont vote why care so much about the clean n fair elections? u see, u asked for it but u dont use it..for what? for fun?? u see the pointlessness of this whole thing?

  10. Atan

    Aduhai, tak tau la mana satu mamat yang bagi sumber salah pada kau pasal tuntuntan bersih tu. Zaman ni kan zaman IT, kenape la kau ni kurang cerdik sampai telan bulat2 sumber yang satu tu je.

    Ni hah, aku bagi kau sumber aku ni yang datang dari bersih itu sendiri.

    Manusia harus celik ilmu and cerdik pemikirannya di abad ke 20 ini. Bukanlah lagi zaman 70an lagi.

    http://bersih.org/?page_id=4111

    • sorry atan. awak ni keliru kot. tuntutan atas tu bukan tuntutan Ambiga berkaitan BERSIH pun. saya dah tahu link awak beri tu and tuntutan tu semua betul n saya setuju. itu hak kita as rakyat Malaysia bersuara. sorry, saya pelajar IT. memang tahu perkara tu .tak adalah cetek sangat pemikiran saya.maceh sebab sudi komen dengan bahasa yg manis ๐Ÿ˜‰

  11. cakap pasal bersih ni..rumah aku dah bersih..wakakaka..
    ok2 mood siyes..
    kalau betol la just nk anta memorandom bersih kat YDPA.knapa masa ambiga pergi menghadap YDPA aritu ,dia xserahkan.konon nak bagi sms perhimpunan bersih.kat sini dah nampak ada muslihat disebalik perhimpunan bersih ni.
    aku ada baca 1 blog ni tapi dah lupa.owner blog tu ckp..jika btol la bersih ni hanya semata2 berkaitan ngn spr dan tuntutan bersih itu adalah untuk kesejahteraan rakyat(kononnya)kenapa perlu dsebut REFORMASI sms perakakn tu.kat sini jugak dah nampak ada rancangan dr pemimpin pembangkang .
    satahu aku reformasi tu cukup banayk disebut semasa anwar ibrahim berusaha menumbangkan parti krajaan.tak ke pelik.
    bersih yang septutnya boleh jd bersih jd kelabu bila ad campur tangan berkaitan ngan politik..

    kesan buruk yang aku dapt lihat dr BERSIH ni..rakyat malaysia seolah2 sudah menjadi 2 puak .ko kate sane.sane kate kat orng situ.yang taksub sgt ngan bersih kondem orng yg xsokong bersih.
    kalo si ambiga tu nk pecahbelah rkyat malaysia..aku rasa..sikit sebnyak dia dh berjaya kot.

    aku xsokong mana2 pihak.just bagi pndangan.peace no war..

    p/s:pekerja alam flora dapat gaji lebih la bulan ni sbb bersihkan sampah sarap yg ditinggalkan slps perhimpunan bersih tu..=p

  12. Masing-masing ada ideologi masing-masing, saya harapkan rakyat malaysia supaya lebih bijak dalam membuat pilihan dan boleh memberi kritikan yang lebih kritis…

    • yes tapi berapa ramai antara rakyat malaysia yang boleh beri kritikan macam tu? sedangkan aku yang buat entry macam ni pun. yang beri pandangan peribadi pun ada yang tak suka. nak share pandangan pasal politik memang bukan hobi aku tapi cuma fikirkan pasal negara..jadi aku amik tahu jugaklah.hehehehe. just doakan yang terbaik buat Malaysia ๐Ÿ˜‰

  13. tu susahnya menulis tentang politik ni..macam saya mana mana pihak pun saya sokong kalau baik…macam Bersih kesilapan nya ia di buat di jalanan(dah apply stadium merdeka kena reject)…dan lantik si Ambiga jadi ketua..so orang dapat point nak kata macam2…kalau buat filem mesti laku kan Liza? hehehe

    • kahkahkahkah!!jangan buat filem ni please. aduh, rasa nak bako pawagam je nanti.ekekekeke. sebenarnya memang politik mana2 negara pun ada masalah dia sendiri. cuma, kita as rakyat kalau boleh kenalah jaga jgn sampai orang luar tahu. diorang boleh amik kesempatan

  14. wahed

    apa-apa pun aku tak suke ambiga tue.tengok muke dia dah nyampah…tapi nengok A samad said sayu pulak hati nie…(penah sekali terserempak ngan A samad said dalam lift kat miri..)sape suruh ambiga jadik ketua Bersih nie…kalo orang laein aku sokong..pendek kata aku tak sokong sebab Ambiga..kalo dah tahu niat dia dengan tuntutan IFC tue….faham fahamkanlah…fikirla yg mana paling mudarat…

    • huhuhuhu. samalah. rasa cam ambiga banyak agenda untuk kepentingan dia sendiri dan a.samad said tu tak. dia melayu mesti dia nak melayu yang “bersih” cuma joint si ambiga ni macam silap je.huhuhu

  15. lepas BERSIH apa pulak eh?

  16. anoni

    salam,hello ladies and gentlmn.. ehem… tuntutan ambiga tu soal kedua(rasanya dah lapuk ) and aku rasa tak mungkin dapatlah…ingt nie negara islam, jgn buat gila.. sekarang. bersih memperjuangkan ape? ambiga punya tuntuan ifc ke? atau? BERSIH 2.0 ?( http://bersih.org/?page_id=4111 ) hidup nie ada kontra..buat yg nie, yg ni penawar/penghalangnya… samada – / + … tu jelah komen aku… tq..nice post..and nice commenterssss…daa

  17. Pingback: Malaysian Lady of Liberty in Bersih 2.0 Rally

  18. Pingback: Pendapat Para Blogger Tentang Bersih 2.0 « Belog Aku =)

  19. P{erhimpunan ni lebih membawa keburukan dari ekbaikan

  20. ouh nampaknya bahaya gak si Ambiga ni.. baru saya tau… adeh.. dah bercelaru dah sekarang ni.. harap2 negara kita takde campur tangan negara luar.. kalau tak memang jatuh macam sesetengah negara arab tu..
    .

  21. Bercakap pasal bersih, bersih ni tak la bersih sangat sebab macam ditaja oleh pembangkang. banyak ketua pembangkang join bersih ni. so misi utama dia boleh dipersoalkan.

    pasal provokasi, kerajaan dengan pembangkang sama naik ja provoke tuh. masing-masing mengata dulang paku serpih.

    tak bagus pasal bersih, demonstrasi tuh dah nampak macam rusuhan, publisiti meluas and negara luar minat nak campur tangan. negara ASEAN berapa kerat ja tak bergolak.

    bagus pasal bersih, kasi goyang sikit kerajaan sekarang. lama sangat duduk kat atas, depa akan rasa macam depa tuh dewa. benda macam ni boleh buat depa sedar sikit. somehow, akan ada improvement sama ada dalam pilihan raya ataupun kebajikan rakyat sebab kerajaan akan pulun nak pancing undi lagi dan lagi. haha

  22. Neutral..

    Betul tu.. Bagi saya kalau betul2 NIAT nak serahkan memo dengan Agong.. tak perlu bawa org ramai2 BERARAK.. cukup 10 orang dah ok.. kalau bawa ramai2 takut NIAT tidak kesampaian pula.. yelahh.. kalau semua yg dtg niat hanya nak berarak secara AMAN tu ok juga.. kalau sebaliknya.. sapa yg susah.. rakyat di persekitaran juga.. tidak salah memperjuangkan hak rakyat.. tapi kenalah menggunakan akal fikiran.. saya percaya banyak cara yang lebih baik untuk menyerahkan memo tuntutan tersebut.. betul tak..

    • GuaAlef

      Hahaha…BERSIH 2.0 mmg tidak bersih jadinya, tuntutan je BERSIH tapi caranya hampeh…aku paling tak tahan bila orang Islam guna nama Islam dlm bab-bab nie…pergh…macam hipokrit pon ade gak…Malu la beb…aku pown Islam la gak tapi takkan la nk mempergunakan nama ISLAM dalam perhimpunan mcm nie…apeda…

    • HAHAHAHA...JQK

      Ko tgk la…ape MALAYSIA dapat…org-org negara luar pown amek port nk putar belit….byk gambar buruk-buruk je…buat malu jela perhimpunan nie….SULTAN dh bgtaw jgn memalukan negara…byk keburukannya…dh bertitah lagi tue…masih nk derhaka gak…SULTAN dh pk baek buruk perkara nie la wei, name pown KETUA NEGARA…si AMBIGA nie pown satu..time jumpe sultan hari tue (dlm bulan Julai la gak) xnk bg memorandum terus plak…sibuk nk bgtaw nk buat perhimpunan berarak ramai-ramai nk bg memorandom, dh jumpe bg jele kat SULTAN…apodacittt…nyusahkan rakyat…dh meninggal sorang rakyat MALAYSIA…dh taw sakit pergi jugak perhimpunan…innalillah…SULTAN dh bgtaw dok rumah,degil…perhimpunan mcm nie sure ade org kecoh pye…putar belit media,gmbar,mcm2 la…lagi2 anak2 muda zaman skrg yg suka memberontak…diorang suka bende2 mcm nie, padahal diorang nk enjoy je tue…hahahhahaha..so korang ade otak jgn letak kat lutut, korang ade akal pakai la sebaik2nya…so lu PK la sendiri…

  23. Pingback: Hina Lagu Negaraku. Pelajar Universiti Jenis Apa Ni? | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  24. Juare

    Aku plak nk bg komen kt cni.mmgla kita sbg rakyat berhak utk bersuara,tp ikutlah saluran yg betul.kerajaan dh bantah utk demonstrasi ni,tapi mngapa harus blaku juga?dh bg plk cdangan suh buat kt stadium melawati,nk jugak bdegil xkna tmpat.pe sbnrnya yg “bersih” ingin smpaikn?kalo ye pn nk berdemontrasi sgt, berarak je di laluan pejalan kaki,knapa nk berarak di tgh2 jln?cube fikir ckit knapa jln tutup saba cni,tntula sbb demonstrasi jlann ni akn mnyusahkn kpd pengguna jln yg lain.keselamatan yg xtlibat jugak perlu diambil kira.majoriti yg tlibat dlm “bersih” ni org mlayu.bangsa lain cuma nk pecah belahkn bangsa kita.yg negara luar tggu masa je nk takluk malaysia..pastu byk plak tali barut negara luar lg la senang segala prncangan.nk kata pimpinan skg xadil,”bersih” pasti ke pimpinan yg diorg sokong akn pimpin mcm yg diorg inginkn…korg igt senang ke nk jadi seorg pmimpin..syukurlah negara kita ni masih kaya lg.kaya dgn segala nikmat.

    • apasal pulak bangsa laen nk pecahkan bangsa melayu..1 melaysia ape..sume bangsa je pegi sokong bersih..depa pegi sebab nk tuntut yg 8 perkara tu hanya dgn anta memo je, hanya ambek masa slama 2 jam kalo tanpa gangguan tp apasal pihak kerajaan xnak luluskan lesen perhimpunan tu.itu masalahnya.xpasal2 mnyusahkan org lain yg xpegi berhimpun.but still saya rasa 8 tuntutan bersih tu wajar dituntut. setiap kali election ada jer yg dk main taktik kotor yg bagai,tolong highlight sket ek, benda yg kita dah jelas salah, keep happening in our malaysia, tp kita sbgai rakyat buat bodoh je.apa peranan rakyat?yg hanya kita complain hanyalah jalan jam, xbleh nk bergerak, road block spanjang jalan..leceh! pasal yg ifc tu, memang xdinafikan, ambiga ptot dikutuk, tp depa yg pegi berhimpun tu bkn pegi sokong ifc. perjuangan bersih dan ifc is a diff thing.sekian,

  25. rawda

    salam …

    tolonglah jangan jadi LEMBU yang diikat hidungnya , menonong je ikut kemana je tuan nye bawak . Fikir sikit pakai otak . Takkan lah para ulama akan turut serta jika tuntutan bersih adalah yang di nyatakan seperti di atas .. Ketahuilah bahawa anda telah DIPERBODOHKAN ..

    Paku yang menonjol pasti akan ada tukul yang memukul . Begitu jugak denagn isu bersih yang hangat pasti ada yang nak merosakkannya ..

    tapis dulu maklumat yang anda dapat baru buat keputusan dan kenyataan .. sila rujuk

    http://www.mediajer.com/MJ-v1/2011/06/8-tuntutan-himpunan-bersih-2-0/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge