Informasi: Kelebihan Ayat Kursi

Ayat Kursi memang banyak kelebihannya sekira diamalkan. Saya dah lama Ayat Kursi memang bagus tapi biasalah.Manusia. Selagi tak “warning” musibah,memang leka. hehehehehe! Bagus sangat kalau kita amalkan ayat kursi ni rupanya.

Ini sesi membuka pekung sendiri kot. Tapi,tak apalah. Masa sekolah,saya memang hafal ayat kursi ni dengan maknanya sekali. Memang wajib hafaz. Tak ada masalah. Tapi, bila makin lama tinggalkan kitab-kitab agama. Hilanglah ayat kursi dalam otak saya. Honestly, saya tak hafaz dah.

Waktu berjalan. 2 tahun lepas, saya buat umrah. Beberapa hari sebelum umrah tu, saya baca buku UMRAH. Alamak (dalam hati) ada dalam tu ayat kursi. Maksudnya, saya kena hafal balik ayat kursi ni untuk tujuan umrah. Kelam kabut semula.

Tapi, waktu itu cuma dalam fikiran saya. “Ok, aku perlu hafal semula ayat kursi ni otherwise masa imam aku akan baca surah 3 kul lah sampai habis ibadat aku dekat Mekah nanti”. Jadi, lagi 2 hari sebelum berangkat saya dah berjaya hafal semula. Alhamdullilah.

Kiranya, saya dah mula hafal balik ayat kursi ni 2 tahun. Tapi,yang tak senonohnya saya hafal ayat tanpa faham maksud da kelebihan pun. Main belasah je.

Tapi, ada something happen in my life lepas pulang dari umrah. Bukannya apa pun, cuma hati saya rasa gelisah aka tak tenang tanpa sebab. Boleh macam tu? hahahaha!! Saya pun tak tahu nak buat apa, sebab cuma ayat kursi je yang saya hafal. So, before tidur saya akan baca 3 kali ayat kursi.

Ok, ada kesan. Agak mengujakan jugaklah untuk manusia jakun macam saya ni. Rasa gelisah saya kurang. Ada masalah, tapi macam boleh kawal perasaan. Saya jadi tenang. Sejak hari itu sampai sekarang. Setiap kali saya rasa tak tenang atau ada masalah yang saya LANGSUNG TAK TAHU NAK BUA APA, saya akan baca ayat kursi banyak-banyak.

Alhamdulilah. Sorry eh, bukan nak kata saya baik. Nope. Cuma,apa yang saya boleh katakan. Saya rasa macam Allah permudahkan masalah saya. Kalau tak selesai pun, hati saya tetap tenang je. Hmm, hebat rupanya kelebihan ayat kursi ni ek???

Dekat bawah ni, saya sertakan kelebihan-kelebihan Ayat Kursi. Sharing is caring bebeh. hehehehehe. Sempena hari Jumaat yang mulia ni kan? Apa salahnya share sedikit ilmu. 1 jelah kot, mak saya selalu pesan. Bila kita berdoa, kena YAKIN. Itu penting. Yakinlah, Allah akan tolong kita. huhuhuhu.

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
  • Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Info Kelebihan Ayat Kursi

p/s: sinopsis dan trailer drama TAHAJJUD CINTA

Artikel Berkaitan

19 responses to “Informasi: Kelebihan Ayat Kursi

  1. wuuuuaaa.. beriman jugak kau ni ek liza 🙂 alhamdulillah.

  2. hehe..ustaz aku paksa aku hafal dulu. Siap dengan makna sekali. Tak hafal, tak leh keluar rehat..

    bila teringat balik..memang nak gelak. Tapi sebab tu la aku hapal ayat kursi ni. Makna dan kelebihannya je aje aku selalu lupa..

    • wakakakakaak!!samalah.aku kena hafal kalau tak balik lambat!!!! hehehehehe. tapi tak apalah, kita pun bukan makin kecik..hehehehe. tahu dah apa yang patut -..-

  3. Terima kasih kerana berkongsi ilmu Lizz.
    Saya memang guna ni untuk melindungi diri dari ilmu hitam.

    • hehehe. risau gak gak nak buat entry camni. siapalah sangat kan.tapi,kalau asyik fikirkan apa orang akan kata nanti..tak bergeraklah pulak.heheheh!!! mmg niat nak share pengalaman je. saya tahu pasal kelebihan utk lindung dr ilmu hitam tu tapi xpernah tahu details -..-

  4. Saya pun buka pekung sendiri…ayat kursi alhamdulillah hafal…maksud terjemahannya saya mula hafal dan baca seiring selepas tengok filem Karak…seriusly balik tengok citer Karak dua tiga hari ambil masa hafal terjemahannya…kesedaran secara tiba-tiba…

    • karak pun ada ek? saya tak tengok lagi.hehehe. tapi, aritu tengok rasuk. memang meremang bulu roma sebab banyak kali pelakon n diorang baca ayat kursi n terjemahannya sekali masa last movie ni. rasa insaf jugak sebab kadang2 ayat simple macam ni tapi kita xboleh nak hafal n fahamkan makna -..-

  5. yup,memang mujarab dibaca sebelum tidur or hati tak keruan..time sekolah dulu2 dilanda histeria ramai2…ayat kursi ni la yang selalu saya baca…dan juga bila balik kampung..Alhamdulillah,dipermudahkan…

    • itulah. memang btol bro. kalau hati tak tenang, baca ayat ni mudah je rasa. tenang sangat. maybe sebab rasa dekat dengan Allah kot. nak kena fahamkan btol2 ayat ni pulak pasni. maceh share pengalaman.heheh. syok gak if dapat cerita pasal histeria tuh.hikhikhik

  6. tak hafal maknanya. hafal ayat aje. Kena hafal ni makna nih..

  7. zik

    syukran2… hari2 baca nih… lepas sembahyang,ada bacaannya…sebelum tidur tuh pun elok juga…

  8. Insyaallah kita jadikan membaca ayat Kursi sebagai amalan harian. Masuk dalam wishlist saya.

  9. perkongsian yg bagus..memang patut amalkan pun.dengan siapa lagi lagi kita nak mohon perlingungan kalau bukan Dia ? 😀

  10. mintak izin copy entry ni ya.. =)

  11. Pingback: Kelebihan Ayat Kursi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge