HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce Tak Halal Ke?

HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce tak halal? Biar betul. Saya baru tahu yang HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce katanya ada asid deoksiribonukleik. Betul ke?HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce haram?

Saya tak tahulah kalau saya sorang je yang baru tahu kes ni. Tapi, jangan cepat percayalah ya. Saya pun baru jumpa artikel berkenaan HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce tak halal ni di sini tadi. Sumber, HARAKAH katanya. Wallahualam. Hari tu kecoh Barbicam haram. haih

So, ada sesiapa yang boleh confirmkan ke hah yang HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce tak halal? Betul ke? Even saya tak guna pun sos ni, tapi ramai jugak kawan-kawan saya yang selalu buy product ni. Kalau betul,nak kena beritahu lah kan.

Kalau baca di blog ini, siap ada surat daripada JAKIM yang mengesahkan HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce tak halal. So,nak kena percaya ke tak hah??? hehehehehe.

sos HP Tabasco haram

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dan merasa bimbang dengan pendedahan sejak akhir-akhir ini mengenai pelbagai produk makanan yang digunakan dengan meluas oleh umat
Islam mengandungi DNA babi. Presidennya, SM Mohamed Idris (gambar) berkata, terbaru pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendedahkan keputusan oleh Jabatan Kimia Malaysia yang menguji sampel produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce mengesahkan terdapat asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalamnya.

Laporan akhbar hari ini menyatakan semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarah menukarkannya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan DNA babi dalam produk berkenaan.

“Bagi umat Islam, sebarang isu yang berkaitan persoalan halal haram perlu diambil serius, kerana ia sesuatu yang amat sensitif kepada mereka,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. CAP juga, ujarnya menggesa pihak berkuasa bertindak tegas dengan menguji sampel produk berkaitan dengan sos selain daripada jenama berkenaan memandangkan begitu banyak sos yang dikeluarkan dalam negara atau pun dari luar negara.

Beliau menambah, perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana sos digunakan di dalam banyak bahan masakan di rumah dan juga di kedai, restoran dan gerai-gerai makanan terutamanya dalam makanan ala Barat. Menurutnya lagi, melalui pembangunan teknologi makanan, pemprosesan makanan menjadi semakin kompleks dan pengguna juga mempunyai pelbagai makanan yang diproses untuk dipilih dan keadaan itulah yang mendedahkan pengguna kepada pelbagai jenis makanan yang mungkin mengandungi bahan haram.

Oleh sebab itu, tegasnya CAP menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya menarik balik dengan segera penjualan dua produk itu yang dijual di Malaysia. “CAP menggesa rakyat Malaysia supaya berhati-hati dan menghentikan segera pengambilan sos sehingga kandungannya disahkan halal oleh Jakim,” ujarnya.

Pengguna juga, katanya perlu mengelak daripada mengambil produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage kerana Sijil Pengesahan Halal telah ditarik balik.

Sehubungan itu, ujarnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mestilah dengan segera mengambil tindakan untuk menarik balik sepenuhnya produk itu dari pasaran kerana ia sesuatu yang serius dan memerlukan tindakan segera.

Sumber: Harakah

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

17 responses to “HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce Tak Halal Ke?

  1. meo

    wah, ade kat pizza… sek baik xmkn… sos cili life sdp lg… 😀

  2. nasib baik x pernah dengar n x pernah makan, pape pun.. harap2 jgn jd mcm kes secret recipe, siasat betul2 dulu la.. klau dh confirm bgtau ak ek. 😛

  3. menakutkan.. macam mana nih, nak makan banyak benda makanan yang tak halal nih…isk2

  4. mcm biasa nampak sos ni…kat rumah memang tak pakai tapi kat restoran2 wallahualam…kat tempat saya ada kedai hab halal so boleh g kedai 2 survey barang2 yang benar2 ada sijil halal lebih2 lagi makanan…

    • memang biasa kot sebab dalam jusco pun ada.if tak silaplah.huhuhuh.bagus camtu,sekarang ni susah gak nak percaya sijil halal kat pasaraya2 besar ni.adoi

  5. anim87

    skarang ni bnyk tul kes mcm ni..nsb baik x pernah guna jenama ni.tp knp pihak yg brwajib sll trlepas pandang kes-kes mcm ni??

  6. neo

    aper yg aku tau – tobasco tu mmg pedas haha

  7. tak pernah makan atau try sos ni..best sangat ker??

  8. Abdul Halim

    Aslmualaikum kak liza,

    Ada hadis nabi yg sebut psl halal haram ni. sabda nabi s.a.w ” yg halal itu jelas dan yang haram itu jelas, diantara haram dan halal ada perkara syubaha (was-was), siapa yag menjauhi syubahah maka dia telah menyelamatkan agama dan dirinya, dan siapa yang menghampiri syubahah maka dia telah merosakan agama dan dirinya.” jadi kalau rasa was-was halal ke haram baik xyah ambik terus. wasallam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge