Fanpage Bantah Tayangan Tahajjud Cinta Tak Perlu Wujud

Tayangan Tahajjud Cinta telah dibantah oleh pelajar Jordan? Drama Tahajjud Cinta mungkin ada pincang sana sini tapi Tayangan Tahajjud Cinta ni bukanlah teruk mana pun berbanding tayang cerita lucah atau filem Mat Salleh kot.

Tonton Drama Tahajjud Cinta Online

Ini pandangan saya jelah tentang kewujudan Fanpage Bantah Tayangan Tahajjud Cinta di Facebook tu. Kalau pelajar Jordan adah hak membantah, saya sebagai pelajar Malaysia pun ada hak lah kan.ekekekekeke. Kenapa isu ni jadi kronik sampai macam ni?

Ok, saya faham Pelajar Jordan kurang selesa atau memang tak selesa langsung dengan Tayangan Tahajjud Cinta. Kita semua boleh faham mesej pelajar-pelajar ni melalui kewujudan Fanpage Bantah Tayangan TahajjudΒ Cinta. Masing-masing gunakan nama Islam. Jadi, semua orang tak boleh nak komen panjanglah kan.

Saya sendiri takut dapat dosa free. Tak pasal-pasal. Memanglah saya peminat Drama Tahajjud Cinta, tapi sekadar menonton. Mana yang baik, saya belajarlah. Mana yang kurang baik. janganlah buat. Tapi,nak bantah terus Tayangan Tahajjud Cinta ni tak adalah. Macam apa je. hehehehehe.

Malas nak cerita panjang. Kalau korang nak baca apa yang saya sibuk cerita ni, boleh cari Fanpage Bantah Tayangan Tahajjud Cinta sendiri. Baca update, dan baca komen sekali. Sorry to say, Admin yang update status tu alhamdulilah guna ayat baik. Tapi, yang komen tu. Erk. Pelajar Jordan ke macam tu?

Beri status Munafik pada orang, bukan perkara baik kot. Tapi, tak tahulah kalau ustazah saya salah ajar dulu.wakakakaka!!! Cuma, rasanya melampaulah cakap pelakon-pelakon semua munafik. Aduh. Bercakap macam orang tak ada agama je.

Sudahlah. Good luck untuk yang sokong kewujudan Fanpage Bantah Tayangan Tahajjud Cinta. Tapi,saya berdoa dalam hati dan usus terpaling dalam. Tak berjaya.kehkehkehkehkeh. Eh, boleh ke doa macam ni hah -..-

Niat orang, hanya dia dan Allah saja yang tahu. Mungkin pengarah Drama Tahajjud Cinta ada niat yang baik (saya pasti baik) cuma tersilap sikit masa mulai langkah tu biasalah. Mana ada manusia bijaksana dalam sekelip mata. Dia sendiri pun bertatih kan? Dulu free hair, bawak watak seksi, macam-macam

Sekarang? Berhijab dah, cuba buat drama-drama islamik, tapi bagilah dia peluang. Next time amik tahu jugaklah dunia hiburan sikit.hehehehehe!!! Semua cemuh, tapi korang tahu tak. Dengan adanya Drama Tahajjud Cinta ni, kak Erma dah bawa pelakon-pelakon Tahajjud Cinta pergi menunaikan umrah secara tak langsung.

Silap orang kita ni, suka lihat dan cari salah orang je. Sudut baik, tak nak pulak sebut. Apekebende entah punya perangai. Heh. Sudah. Dengan ini, selamat memenangi Bantahan Tayangan Tahajjud Cinta. Assalamualaikum.hikhikhikhik.

p/s: Nak komen silakan, tapi if over.saya masukkan SPAM aww.ekekekekeke

Artikel Berkaitan

68 responses to “Fanpage Bantah Tayangan Tahajjud Cinta Tak Perlu Wujud

  1. nak bantah tu tidaklah tapi jalan ceritanya kurang menarik.

  2. ehem, cubaan menulis komen secara berhemah, baru tau ada fanpage macam tu. Sempat tengok satu episod jer Tahajjud Cinta ni, nak komen lelebih kang ada orang makin marah, tapi mungkin kak erma patut buat kajian lebih mendalam mengenai beberapa babak dalam drama tu, sebab ia membawa genre islamik. Ada beberapa babak yang kurang sesuai dan bukanlah sesuatu yang dianjurkan agama islam.

    Semoga akan dapat diperbaiki dalam drama-drama akan datang.

    • ehem, bagus.aku pun suka baca.ehehehehehe.

      ok, betul gak cakap kau. aku setuju. buat kajian beberapa babak dalam drama tu. betul. mungkin kak erma terlepas pandang bab ni.

      pada aku, mungkin kak erma nak tunjuk mende reality. aku rs as manusia.if belaajr dekat mana pun, hawa nafsu tu xleh nak halang. cuma, aku faham jugak apa yg student jordan dok bantah ni. drama ni seolang meringankan hukum Islam.

      cuma, part buat page byk2 kutuk tu je yg aku kurengs.sian kak erma kot.neway, mesti dia dapat pengajaran dah. nice comment wei. thanks aww

  3. Yang diorg bantah sgt sbnrnya.. adalah pelakon tahajud cinta ni guna bahasa arab, hadis dan ayat quran bagai.. tp hakikatnya mereka ni adalah org yg tak macm tu pun.. tu sbb mereka kate pelakon ini munafik.. memang btul kita tak boleh menghukum seseorang.. tp kita sendir tahu kan.. kalo org tu berpura2 baik.. maknanya Munafik.. diorg yg buat fanpage ini pelajar lulusan agama so diorg tau hukum..

    • salam,

      itulah.mungkin sebab kita2 ni bukan pelajar lulusan agama. jahil. macam saya tulis, saya n rasanya ramai boleh faham..apa yg diorang (student jordan) marah sangat. cuma,cara buat fanpage banyak2, agak kurang bijak n bahasa diorang ada yang agak kurang enak dibaca. (serious, saya baca and was like “kena rude sangat diorang ni if btol beragama”).

      niat nak perbetulkan kak erma, tapi cara silap mungkin. huhuhuhu. neway, maceh komen.

  4. dah lame tak bukak fesbuk. musim hibernate πŸ˜›
    baru tgk 1 episod, yg no 2 miss sbb ade kenduri. fanpage tu tak lame lah tu nnt terminate dah. tak leh nk komen byk, sbb tak tahu ape kes dr mule πŸ˜€

  5. saya tak rasa drama tahajjud Cinta itu salah…kan baru je 2 episod…

  6. suka tgk fazura bertudung..cun giler!hehe

  7. nak buat drama yg perfect mmg xdpt la.. jgn la pandang negatif jer.. sekurang2nya ade gak kebaikan.. contohnya fazura nak kekal bertudung lepas blakon drama ni..

    mane tau lepas tu.. fans perempuan fazura pulak ikut sama nak bertudung.. idola la katakan.. hehe..

    • *cari button like jap* hahahahahaha. thanks sebab dah tambah 1 lagi point. itulah,macam kawan aku cakap.. kak erma ni ada niat lain jugak. dia bawak pelakon2 ni pergi mekah/jordan/madinah utk berlakon.tp,at d same time mungkin mana tahu dah jejak ke tempat2 suci ni hati diorang terbuka nak berubah kan?

      itulah yg aku maksudkan…diorang cuma nampak menda tak elok je.menda baik,mana ada diorang hebahkan? -..-

      • kalau ada kebaikan, Alhamdulillah. Tapi kalau ada keburukan, patutnya kita kena bersyukur sebab ada yang sudi menegur. Kalau tak, sampai bila2 pun kita akan sesat. Tapi kalau dia ikut “landasan” yang betul dari awal lagi seperti yg dikehendaki oleh pihak fanpage bantahan tu, rsnya tak lari sgt pun dr jalan cerita. n dia still boleh bawa para pelakon buat umrah dan pelakon2 still akn ada niat utk berubah. tak salah klau dia buang yg -ve tu dari awal2 lagi.

        ~ sekadar pandangan.sekali lg, jgn tembak aku πŸ˜›

        • kau ada baca tak harakah daily yang MPP ke siapa ntah tulis. itu cara teguran yg pada aku betul. dia tulis artikel. cara teguran nampak macam berilmu sikit ar. buat bantahan dgn cara fanpage n tunjuk plak diri masing2 yg katanya alim tapi guna bahasa kesat bukan cara berdakwah kot. btolkan aku if silap -..-

          tak,aku xtembak.kau tak guna bahasa rude.kikikikiki.ok je,aku suka baca komen2 bernas ni

      • oh mintak maaf, sekadar berkongsi pengetahuan… seperti mana kita berpuasa tanpa mengetahui kenapa kita berpuasa, maka apa yang kita dapat hanyalah lapar dan dahaga. begitu juga peminat2 yang taksub dengan seseorang artis, apabila memakai tudung tanpa memahami arahan menutup aurat dari surah an-nur dan surah al-ahzab, maka ia hanya perbuatan sia-sia. sekadar membalut kulit. fahamilah ibadah kerana Allah. islam itu mudah, tapi jangan di permudah-mudahkan islam itu. wallahualam.

        • salam, terima kasih kak nur atas nasihat ni. saya tak berani komen pasal tudung sebab terus terang saya pun baru pakai tudung dan masih belajar. saya tak nak komen panjang, saya takut saya keliru dan….hehehehe.

          tak apa, appreciate komen ni. mungkin saya perlu belajar lebih lagi. thanks kak

          • anak2 kecil pun memakai tudung tanpa faham sgt juga, tapi kan bagus begitu. lebih baik bertudung (walau pun tak paham sangat) drp tak bertudung lansung. boleh saja dari langkah yg baik ibarat anak kecil yg ikut solat (tak tau baca apa pun) lama-lama dia akan mempelajari. dari ikut-ikutan boleh jadi merasa bahagia bertudung dan memperbaikinya. sekadar pendapat peribadi dari insan yg jahil.

  8. Tapi saya akan tetap teruskan menonton TAHAJUD CINTA nie setiap minggu….

  9. Bila org cakap kita buat salah, terus bagi alasan “sume org x perfect”. Patutnya kita kena beristighfar, kembali kepada Allah “Ya Allah, ak dh silap rupanya” dan terus bertaubat. Bukannya mencari alasan “manusia mmg x lari dr buat silap”. Sampai bila pun kita takkan berubah ke arah kebaikan.

    Nak buat cerita pasal agama, bukannya blh buat main2. Pengarah patut kaji dgn sgt2 mendalam dan x patut terlepas pandang dr semua segi.

    Penonton yang bijak pandai bolehla menilai dan mentafsir, tapi kesian kat penonton yg jahil ilmu agama. Mereka akn anggap semuanya betul sebab cerita ni based on agama.

    Niat x menghalal cara.

    ~ Sekadar pandangan je, jangan tembak aku. πŸ˜›

    • part “Pengarah patut kaji dgn sgt2 mendalam dan x patut terlepas pandang dr semua segi.” tu yang aku maksudkan manusia memang tak akan perfect. aku rs,kak erma ada buat kajian jgk cuma itulah. terlepas pandang n maybe xhebat mcm pelajar jurusan agama. itu mmg silap kak erma.itu kurangnya.

      pada aku,yg jahil sket ni plak. masa aku tgk babak fazren bukak niqab ke apa ntah nama mende tu..heheheh. aku mcm dpt ilmu baru.sbb aku xterfikir pun buka niqab camtu berdosa besar. huhuhuhu.ok,jahilnyer aku -…..-

      • adik, sebenarnya, fahaman adik tuh dah salah. niqab bukan wajib, maka menyingkap niqab dalam scene itu bukan salah. yang salah sebenar nya adalah keluar berdua-dua an seperti itu. kenapa salah? apabila 2 orang bukan mahram bersama, yang ke tiga adalah syaitan. wanita berpurdah untuk mengelak fitnah, jadi apabila keluar berdua, wanita itu menjemput fitnah, membuat fitnah dan menjemput fitnah adalah sama dosa nya. perlakuan menyingkap niqab seorang gadis adalah terdorong dari nafsu, nafsu itu bersifat menipu. harap adik faham kenapa mereka marah…

        dan kedua, sekiranya si gadis penuh istiqomah menjaga cadar di mukanya sehingga memahari teman lelaki tersebut, kenapa sampai di malaysia, wanita itu membuka niqab nya? seolah niqab itu tiada nilai? jika tiada nilai kenapa di marahi lelaki tadi sampai kena langgar kereta? tolong lah faham… baca dan baca dan baca. ilmu mesti di cari… wallahualam.

        • salam, thanks sekali lagi. saya tak pandai sangat pasal niqab tu. itu silap saya.ngaku.ok, saya faham maksud akak. tak apa, kena tengok episod akan datang. mungkin ada sebab babak2 tu perlu ditunjukkan. thanks kak nur berkongsi pendapat n ilmu.

  10. em..ntahla..itu yang aku tak faham orang malaysia ni. Semua benda nak bangkang..astro nak boikot..baju kuning haram..lalalala..

    apa yang diorang nak sebenarnya???

  11. assalamu ‘alaikum…

    bukan hak kita utk menghukum para pelakon tu… hidayah adlh milik allah, dan Dia berhak utk memberikanny kpd sesiapa jua…

    teringat kata2 pensyarah sy semasa di U dulu… masy skrg lbh mengagung2kan artis berbanding ilmuwan dan alim ulama’. justeru itu, harus kita menggunakan artis2 tu utk tujuan berdakwah… kita harus melihat apa yg disampaikan, bukan siapa yg menyampaikanny… mana yg baik ambillah buat teladan, mana yg buruk jdkanlah sempadan…

    w/pun artis2 yg berlakon tu, hakikatny mrk tdk sama spt apa yg mrk lakonkan, tp sedikit sbyk mrk tlh menyumbang ke arah dakwah… bukan mudah utk mrk berlakon sebegitu, terpaksa bertudung n berpurdah… tetapi kita, apakah sumbangan yg tlh kita berikan? apakah sumbangan kita kpd dakwah islamiyyah?

    sy melihat org kita suka menghentam org kita sendiri… mrk tdk mahu memberi peluang, tp terus menghentam n menghentam… tetapi, bila sebut ttg filem @ drama barat bukan main lagi dok memuji-mujinya… cuba lihat berapa byk elemen tahyul dlm filem harry porter sbg cthnya… knp tak hentam?

    sekali menonton drama tahajjud cinta ni, ada juga yg sy kurang sng… tp di sebalik yg kurang sng tu, pasti ada byk lg ruang kebaikan yg blh kita ambil iktibar… seumpama setandan pisang, ada yg masak ranum, ada yg kelat, ada yg busuk… yg ranum kita ambil, yg kelat kita peram, yg busuk kita buang… tdk perlu kita buang kesemuanya…

    dlm hal ini, jika kita terus menghentam, yg dok bertepuk tgn adlh mrk yg bukan beragama Islam… mereka seronok melihat org Islam berbalah sesama saudara seagama mereka ttg khilaf n khata’ yg blh diperbetulkan jika diberikan ruang, tetapi org Islam terus menyokong sgl produk barat yg nyatanya byk memesongkan akidah n pemikiran Islam…

    sbnrny, agenda zionis di dlm perang saraf tlh berjaya… mrk tlh berjaya mendoktrinkan di dlm pemikiran umat Islam utk membenci saudara seagama mrk sendiri, n memperagung2kan barat…

    sama2lah kita berdoa, agar mrk2 semua akan diberikan hidayah olh allah swt… itu ujian utk mrk, sdgkan kita adakah kita menyangka kita tlh beriman sdgkan kita tdk diuji (mafhum surah al-‘ankabuut ayat 1-5)

    dlm hal ni, bencilah sgl yg salah, tp cintailah sgl yg benar… jgn2 hasrat murni pengarah n penerbit drama ni (pasti ada), menjd umpama debu2 yg berterbangan, dek krn masy lbh menilai perkara yg tdk baik drp yg baik…

    wallahu a’alam…

    • assalamualaikum Areef,

      terima kasih. suka baca komen kamu yg panjang lebar ni and setuju sangat apa yang kamu tulis. Bukan kita menggalakkan maksiat ke apa cuma rasanta unfair kan kalau kita cuma tahu menghentam perkara yg salah je.

      kenapa perkara baik dalam hiburan ni, diorang buat2 xnampak. dakwah ada macam2 cara. ini salah satu caranya cuma pincang sana sini..biasalah tp tak baik nak tutup rezeki orang. aibkan orang macam ni boleh buat orang lain pandang rendah kat pengarah drama ni.

      and saya tak terfikir pun pasal agenda zionis tuh and thanks sebab sentuh dalam komen ni. nice comment Areef. terima kasih banyak πŸ˜‰

  12. aku tak tgok sgt citer ni..so nk komen banyak2..xboleh la.mula2 mcm excited nk tgok sbb citer ni islamik kan..tapi bila tgok babak time fazura menegur fauziah bila watak sorang mamat tu mati..aku rase macam pelik plak.pengunaan ayat sopan tapi pengucapan ayat tu macam kureng je.fazura kena blajar dulu kot cara2 menyebut perkataan yg berunsurkan islam sepeti ustazah2.lembut dan sopan je.

    p/s:dah ala2 aku komen untuk af plak..wakaka..

    • oh aku ingat lagi scene tuh. kalau xsilap, memang watak fazura dalam TC ni macam tu. seorang perempuan yang tegas. so,cara percakapan pun memang tegas. berbeza dengan watak Fouziah as seri. watak dia wanita yg macam lemah lembut. tapi,kena tunggu episod 4 pulak.hehehhe

      xkesah. beri pandangan. hehehehe

  13. tak tengok cerita nih. takde masa sangat..

  14. walaupun Tahajud Cinta ni ada gak pincangnya sikit tapi drama ni lebih baik drp drama2 lain yg terang2 boleh merendahkan keteguhan iman penonton. sekurang-kurangnya ada juga usaha utk naikkan martabat agama Islam kepada masyarakat Islam dalam negara Islam kita ni.

    eh, ayat terskema sikit takpe kan? hahaha

    • tak apa. hahahaha!!! btol jugak. kalau nak dibandingkan dengan buat filem2 ada berunsur lucah or tayang filem mat saleh yang ada adegan kissing/peluk.. better buat drama yang memang realitinya wujud.

  15. meo

    erm, tak tgk lak cite nie lagi. takleh komen ape2…

    just nk ckp ur so cute

  16. salam,

    so, disebabkan org bising2, gigihla sy dok tonton kat youtube… tp bru smpi part 2 jer… sbb part 3 tkde org upload lg… bg sy citer ni, alhamdulillah so far so good. bagi mrk yg tdk menghayatiny dgn baik, pasti akan timbul slh fhm… mcm adegan wadi memegang tgn seri… ada org kata apalah pegang2, sbnrny bukan pegang2… tp terpegang… moral of the story sbb tu islam melarang berdua2an yg bukan mahram ni… tp org tk tgk yg lps tu seri marah atas apa yg wadi lakukan… bukan seri redha… n slps tu wadi dilanggar kereta… iktibar utk kita semua….

    • salam, yes memang apa yg awak faham tu sama macam saya jugak.mmg itulah mesej yang pengarah cuba sampaikan. ada moral of d story tapi masih ada yang tak boleh nak faham..tak boleh nak buat apa areef.hehehehe.thanks a lot for ur comments here.

  17. apapun, sy lebih suka cerita dari filem indonesia. seperti cerita Ketika Cinta Bertasbih. Pelakon2nya dipilih dari yg boleh menjadi teladan/role model kpd masyarakat. Cerita KCB juga menyebarkan kefahaman Islam yg jelas.

    Bukan seperti cerita di Malaysia ni. Hanya tahu cinta-cinta-cinta. Masyarakat kian pening dgn islam. Sebab dipengaruhi kefahaman yg salah oleh ‘pengarah yg berjinak2 dlm membuat cerita islamik’.

    (sekadar pandangan)

    • sebenarnya, drama2 diislamik di indonesia lagi teruk. maaf kalau cakap macam ni tapi itulah hakikatnya (tapi bukan semua,sesetengah je) pelakon berjilbab, membaca ayat al-quran dan jadi as islam tapi in reality dia adalah Kristian. pegang anjing. contoh chelsea olivia. tapi,kita xboleh nak cakap apa, sebab xtau cara penapisan filem/drama di negara orang.wallahualam.

      tak apa, saya tak kesah kalau beri pandangan dengan cara camni.hehehehe.

      • siapa chelsea olivia tu? pelakon KCB ke?
        ya sy akui, mmg filem indonesia ada juga yg liberal. Tapi yg habiburrahman tu sememangnya bagus filemnya. Pelakonnya pun bleh dijadikan role model. faham?
        Apa yg ingin sy tekankan bahawa kita ambil contoh dari filem KCB tu. Bukan maksud sy tiru semua filem indonesia. (ke x pernah lg tengok cite tu?)

  18. humblerone

    salam. pada pandangan aku,kau seorang blogger yang agak kurang dalam hal2 citer belakang. tak macam blogger2 lain yang aku selalu lawat dan fahami,mereka mengulas sesuatu dengan begitu signifikan.juga apabila ada hal yang mereka bantah,alasan mereka kemukakan memang meyakinkan pembaca tentang pendirian yang mereka kemukakan. tetapi kau dilihat cukop berbeza. semaki ramai yang menyokong kau dengan komen-komen dibawah artikel,semakin galak kau dengan pandangan kau sendiri. sedang kan sebahagian lain mendapati kau menulis dengan emosi,lebih kepada kepuasan sendiri,sehingga ada yang mengatakan kau blogger murahan sekadar cuba menyebut2 sesatu isu untuk menarik pelawat. isu yg kau olahkan pula yang memang sudah hangat,justeru penerimaan mereka terhadap apa yang hujahkan cukup menggalakkan. terbaru,mengenai fanpage di fb yang menyebut tentang drama itu lebih patut diharamkan,kau dilihat cukup2 teruja untuk menghentam mereka. pertama2nya,orang2 yg memberi komen dilaman itu bukanlah kesemuanya si pelajar dari jordan,kerana itu,sekiranya kau dapati ada komen di situ yang begitu teruk,janganlah sewenang2nya dikaitkan dengan pelajar agama disana. secara tidak langsung salah satu komen diatas telah melaknati kau sendiri,yakni bilamana dia mengatakan bahawasanya orang islam telah menghentam sedara seagama sendiri. seterusnya,disebut mengenai kebaikkan yang kau cuba sebutkan tentang drama ini yang mana disebalik kekhilafan2 yang berlaku dibawah arahan pengarahnya,terdapat lagi ruang kebaikkan yg masih boleh diambil iktibar. saudara admin,cubalah ambil dari kes pengharaman arak dizaman nabi saw,pengharaman arak adalah kerana demikiannya keburukkan arak jauh lebih banyak dan teruk impaknya berbanding kebaikan yg terdapat padanya. jika kita menganalogikan kes ini dengn isu drama ini ,kita dapati lebih baik drama ini diolah semula dengn kaji mengenai hukum2 islam yang lebih mendalam supaya tidak timbul kekeliruan dalam kalangan penonton.kerana terdapat berbagai kekhilafan yang berlaku dalam drama ini,sehinggakan dikhuatiri akan menjejaskan bahkan mendatangkan fitnah kepada lunas2 agama islam,baik orang itu sendiri mahupun daripada orang bukan islam. ini adalah lebih parah berbanding menghentam sedara seislam. saya tidaklah mengatakan tidak mengapa untuk menghentam sedara seislam akan tetapi saya menekankan bahawa perkara mendatangkan fitnah kepada agama adalah lebih teruk daripada itu. terdapat salah satu daripada komen yang ditinggalkan diatas menyebut bahawa kita kena pandang niat baik direktor untuk membuat cerita seperti ini yang mana lebih baik daripada cerita2 barat mahupun drama2 skeptikal lain,akan tetapi perlu diingat bahawa perkara2,yakni sebarang perkara berkaitan agama islam tidak boleh dibuat main2,kena buat betul2 meskipun dalam hal perfileman. kajian yg teliti perlu dibuat supaya selari dengan apa yang islam ajarkan. seterusnya secara sendirinya soal ftnah jatuh kepada islam dapat dielakkan. buat admin,sekiranya didapati tulisan saya ini sukar untuk dimengertikan,atau menjengkelkan kamu,sila pertimbangkan untuk dipaparkan diruangan komentar ini. jangnlah berat sebelah. tentang komen yang mengatakan bahawa kita perlu bersyukur skiranya kita melakukan kesilapan dan ada yang menegur,sesungguhnya saya mendapati itu adalah untuk kamu. selepas ini marilah kita bersama2 lebih mendalami hukum hakam agama,bukan lah sahaja menggunakan internet untuk berkgsi cerita,blogging,berhbg di fb dan sebagainya,tetapi juga digunakan untuk mencari hukum2 agama,seterusnya menambahkan pengetahuan kita supaya kelak kita tidak akan dipandang rendah dek orang lain. dan akhir sekali saya bersetuju dengan satu komen diatas mengatakan mereka pelajar lulusan agama,mereka tahu mengapa mereka beria-ria membantah dan mengatakan itu. bukanlah mereka sempurna tetapi mereka lebih berpengetahuan dalam hal2 agama dari kita2 disini. semoga apa yang kita kongsikan dapatlah kita ambil iktibar dan sampaikan.

    • salam saudara ke saudari,

      terima kasih atas teguran n komen ni. ada yang saya setuju and ada yang tidak. tapi tak apa. sama-sama beri pandangan dengan bahasa yang saya boleh terima macam ni, no problem.

      mana yang ok, saya terima. mana yang pada saya susah nak terima,tetap macam tulah. tak apa. terima kasih sekali lagi sebab beri pandangan kat sini. pasal fb tu, memang dah block dah pun sebab berbeza pendapat sangat2. semua nak menang, jadi biarkan saja. moga dapat ikhtibar.

      selamat menyambut bulan Ramadhan tak lama lagi πŸ˜‰
      thanks beri pandangan kat sini

  19. Pingback: Bila Semua Nak Menang, Kita Mengalah Tapi Bukan Kalah | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  20. aisya

    assalammualaikum….. humblerone, sye sngt kagum dgn hujah anda.. sngt manfaat dn juga bertauliah.. dari segi hujahnya juga.. bhasa penuh dgn sopan… sngt2 sya suka… alhamdulillah.. akhirnya.. ada juga insan yg menerangkn lebih luas lagi tntng perkara ini… sngt2 membuatkn sya terharu… semoga ALLAH merahmatimu juga umat2 islam yg lain… jazakallah khair… ^_^ salam ramadhan~~~~

    • waalaikumusalam,

      kan? bahasa sopan dan tak boleh nak buat orang marah pun. saya tak kisah orang menegur, kalau macam ni.hehehe. Aisya, thanks komen and baca. mana yang baik, amiklah. mana yang tak. jangan pakai. saya bukan betul sangat.masih belajar -..-

  21. kawe bantah fanpage yang digunakan untuk membuat bantahan… πŸ˜€ … Buang masa ajer kot? Kalu nak buat petisyen bantahan pon, pakai yg official ckit.. baru ler pihak2 tertentu pertimbangkan.. πŸ˜‰

  22. terus terang saya katakan.. org yg duduk dalam bidang agama seperti ustaz.. dan ustazah sebenarnya pun tak berapa suka tgk drama macam ni.. sebab mereka berpendapat.. ia lebih kepada merendahkan martabat org islam.. dan memberikan pandangan serong kpd org islam… institusi sekolah pondok… dan pelajar-pelajar jurusan agama di timur tengah…

    Mungkin erma fatimah.. ingin menunjukkan sesuatu kpd masyarakat.. tetapi perlu difikirkan cara yang lebih effektif.. untuk berdakwah tanpa menyinggung perasaan sesiapa

  23. assalamualaikum kepada admin.pemilik.dan penulis. yg sy ketahui adalah seorang wanita. artikel yg tgah panas. sbb cerita ni masih ditayangkan. dan mjadi bualan hangat. baik pelajar jurusan agama ataupun bkn jurusan agama. first sekali sy nk tanya saudari, saudari faham x apa yg terkandung didalam isi dan surah-surah al-quran nur karim. (sy cuba bcakap dgn sopan,baik dan sabar. ini krn kita sama sebagai kaum hawa dan berugama Islam). aurat dan punca kpd kotor hati. kalau saudari punya masa, carilah guru utk mempelajari ttg kewajipan yg diperintahkan oleh Allah swt didalam surah an-nur dan juga didalam surah al-ahzab. insha’Allah, saudari blh bhubung terus menerusi email,fb ataupun blog sy. terus terang sy katakan..sy teruja melihat tajuk Tahajjud Cinta tatkala sahabat2 sy tidak tahu cerita ini akan ditayangkan. sy berasa seronok sbb msia sudah membuka paradigma dgn membikin filem islamik yg sy anggarkan seperti ‘Ketika Cinta Bertasbih’ atau mgkn sekali lebih baik dari itu. apatah lagi ada yg berniqab @ berpurdah. sayangnya, bila sy tonton trailer TC, anggapan sy meleset sekali. hampa dan kecewa. kenapa? bukan krn selak niqab nk tgok muka. tapi rendahnya pemahaman masing2 mengetahui wanita itu FITNAH TERBESAR yg Rasulullah SAW tinggalkan buat laki2. tahukah saudari, seluruh tubuh saudari adalah fitnah. tahukah juga saudari dgn memakai shawl,tudung RM2,tudung yuna..singkat,singkat dan singkat itu blh menjerumus kpd zina? kpd jenayah rogol? kpd buang bayi? dan krn itu kenapa relevannya niqab dipakai jika ada kesedaran dikalangan perempuan islam yg akil baligh,berakal dan faham al-quran menutup aurat bukannya bertudung! ini krn pemahaman kita org melayu yg suka ambil Islam sikit-sikit tapi bukan seluruh al-quran itu dipraktikkan. bukan sy mengatakan saudari salah. tetapi sy ingin sekali berbicara dari hati ke hati dgn saudari. kita kadang2 suka memandang teguran itu sesuatu yg teruk dan seolah menghina. tetapi kita sendiri memperlekehkan agama kita. niqab itu pakaian isteri2 rasulullah saw dan ada hadis sohih diperawikan saidatina aisyah ra. ttg niqab. tahukah saudari bahawasanya bertudung labuh (menutup aurat) itu blh buat saudari dan muslimah2 yg lain dikenali wanita yg baik2..dan semoga Allah pelihara dri pandangan jahat laki2. oleh kerana itu, pelajar jordan dan sebahagian rakyat msia Muslim membantah tayangan tu. apatah lg disaat genting ini, rancangan mari mengaji ustaz zamri di hentikan. namun, cerita yg tidak ada susur galur Islam terus ditayangkan sehingga ibu saudara sy berkata “agaknya mcm ni lah budak2 jordan kt sana kan..pegi belajar tp bcinta….”. jgn kita menyumbang perkara yg blh buat sesama kita btelagah. jika saudari erma fatima sedar akan kekhilafan atas karya yg tidak seberapa ini telah mencalarkan hati ramai muslimah berniqab dan tidak bniqab…beliau akan mengeluarkan dari tayangan. ini krn motif kita membuat sesuatu cerita menyampaikan dakwah, biarlah yg betul2 smpi dihati…kerana perjuangan atas agamanya yg bangga dipeluknya. jgn kita mengulas sesuatu cerita kerana kita berasa org itu mgkn dpt hidayah driNya. mungkin dan kalau itu yg perlu dikurangkan didalam aspek beragama. ini kerana apabila kita bermungkin dan berkalau..kita hanya menidakkan takdir Illahi dan kita sebenarnya hanya suka hidup dalam khayalan. sy tersenyum membaca dgn kata “dia belum bersedia. kita doakan dia terbuka pintu hati..” selepas membaca perenggan ini, silalah saudari membaca dgn nama Allah yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Bismillahhirrahmanirrohim..Ya Allah aku doakan semoga si fulan, si fulan dll serta aku beroleh syafaat,hidayah dan inayahMu Ya Allah. Semoga aku dan si fulan,si fulan dll tidak lalai dgn menonton rancangan yg langsung tidak mberi manfaat terhadap aku. Jika aku kurang didikan agama, kau lahirkan generasi ku seterusnya agar amanah dalam beragama. Bukan hidup dlm nikmat tetapi tidak mensyukuri. Bukan hidup dlm nikmat tetapi tidak beriman keatas setiap perkara yg harus kami semua imani. tetapkan aku istiqamah. jadikan aku wanita yg bguna dan semoga aku buka al-quran dgn hati yg tenang, semoga Kau beri aku peluang membaca tafsir al-Quran dan mempunyai guru dalam mendalami Islam. Ini kerana jgn matikan aku dan si fulan,si fulan dalam keadaan jahil biarpun semasa umur 12thn dan 17thn dahulu ada kelas hafazan dan KAFA PAFA aku kena mengucap dua kalimah syahadah utk aku lulus kertas agama Islam. Dan semoga aku,si fulan dan si fulan dll menjadi insan yg mendengar nasihat. Ini kerana Islam mengajar aku Islam adalah syumul. Insan yg berhati bersih dan sayang dgn agamaNya akan bersabar dalam bermujahadah bukannya yg hidup dgn dunia hiburan tidak ingat akan mati. Tolong hambaMu yg jahil dan lemah dalam kehausan agamaMu agar ingatkan aku mati adalah perkara paling dekat,cepat dan hampir dgnku setiap hari. Kalau boleh nampakkan aku ttg kematian setiap hari, semoga setiap hari lidahku hanya utk berzikir,bermunajat kepadaMu. Maka dgn itu sebenar-benarnya tahajjud..bukan dgn beri aku lihat tahajjud cinta yg melalaikan. Ini kerana aku tidak mahu mematikan hati dan aku berdoa semoga si fulan, sifulan dll juga dibukakan pintu hati semoga kekal dan jgn kembali memakai tudung mengikut fesyen bereben dan semasa..tetapi menutup aurat dan bebrbuat semua hanya kerana Allah ta’ala” dan ini adalah sbnr-benar doa kalau betul2 nak berdoa…..ingatlah, setiap perlakuan,perkataan jahil atau khilaf. yg baik dan betul dan benar..akan dipersoal di alam baru sana….dan beringatlah, “sampaikan walau sepatah ayat…” hadis sohih nabi sampaikan supaya kita saling ingat mengingati sesama umat. ini krn walaupun sekuman zarah kekhilafan itu bila tiada yg menegur akan dipersoalkan juga…kerana itu pertanggungjawabkanlah setiap ulas bicara kita. sekian assalamualaikum~

  24. Pingback: Bantahan terhadap Drama Tahajjud Cinta. Tapi Makin Ramai Yang Teruja Tengok | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  25. Nak bantah ke tak ek?? Tapi tak penah tengok pun. huhuhu

    • haha bengong betui la….cuba cari balik hukum perempuan berlakon kat tv tu…..kalo yg tu dah x betui setakat bab lain tu x yah katalah…dah tu sebarkan aib org pun dah satu hal…kalo ada perempuan berpurdah bt gi 2 pun boleh ke dedah sana sini…lu pikirlah sendiri….

  26. Saya memang pengikut cerita Tahajjud Cinta..walaupun ada beberapa episod yang terlepas tapi masih tahu serba sedikit jalan ceritanya…

    1. Drama atau cerita itu tiada kena mengena dengan yang hidup atau sudah tiada. Kita perlu tahu hakikat kehidupan, tidak semua benda baik dan tidak semua benda itu tidak baik. Tak semua cerita betul dan tak semua cerita itu tidak betul. Sebagai manusia yang yang Allah kurniakan dengan akal fikiran, janganlah terlalu mudah melatah, tengok dulu, hayati, kaji & pertimbangkan. Yang elok dijadikan panduan yang kurang elok jangan diikuti..

    2. Saya tidak fikir pihak produser drama ini hendak menjatuhkan institusi2 pondok atau sebagainya. Saya fikir ianya adalah sebagai jalan cerita sahaja. Sekiranya penonton itu bijak, dia boleh menilai tidak semua Institusi sekolah pondok itu tidak baik.

    3. Bercerita tentang latar belakang pelakon yang melakonkan cerita tersebut, saya berpendapat..’kita tak perlulah melihat siapa yang menyampaikan, kita lihat apa yang disampaikan’, kita juga tidak boleh menerima sebarang ‘penyampaian’ secara membabi buta, kita perlu mengkaji dengan ilmu berlandaskan Al-Quran & Sunnah kerana itulah yang dituntut oleh Allah S.W.T, bukan mengkaji dengan emosi..

    4. Cara menegur cara Islam adalah cara bagaimana Rasullullah menegur sahabat2nya..dengan cara lembut & bersopan, cara berilmu, cara yang boleh sahabatnya ingat dan terkesan dalam hati..bukan cara dengan kasar & menggunakan bahasa yang tidak sepatutnya. Sebenarnya dengan cara “menegur” itupun kita boleh menarik orang bukan Islam jatuh cinta dengan Islam tetapi perlulah kena dengan caranya.

    5. Saya juga tidak fikir yang pihak produser tidak mengkaji terlebih dahulu sebelum menerbitkan drama ini. Sekiranya kita ikuti drama ini, banyak Nas2 Al-Quran berserta Hadis2 digunakan dalam cerita ini. Nas2 Al-Quran & Hadis2 tidak boleh diperkatakan dengan main2. Ia perlukan kajian dan rujukan sebelum ia ditafsirkan bimbang ia disalah terjemah atau tafsiran..Seperti yang kita tahu banyak Hadis palsu dan lemah yang selalu kita gunakan dan saya sendiri masih kurang ilmu untuk mengetahui hadis mana yang sahih, lemah atau palsu. Jadi melalui pendekatan media kita boleh menyebarkanilmu2 sebegini..

    6. Kepada admin, saya ucapkan tahniah, bersabar dengan tulisan dan komen2..semua org ada pendapat sendiri, cuma cara seseorang memberi pendapat itu berbea2, ada yang cara kasar, ada yang cara lembut & ada dengan cara berilmu… πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge