Drama Tahajjud Cinta Slot Zehra TV3 akan menemui penonton mulai 8 Julai (Jumaat) ini, Drama Tahajjud Cinta Slot Zehra ini menggantikan drama keranamu Laila dan Drama Tahajjud Cinta Slot Zehra TV3 ni nampaknya boleh jadi fenomena macam Nur Kasih rasanya.
Why? Ok, tengok saja barisan pelakon Drama Tahajjud Cinta ni. Kita ada Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin dan Neelofa dan ramai lagi pelakon hebat-hebat kot!!!!
Masa saya buat umrah hari tu, ada juga antara pelakon-pelakon Drama Tahajjud Cinta ni sekali yang buat umrah. Tapi, saya cuma jumpa Fouziah Gous dan Fazreen (Spa Q) je. Yang lain, tak nampak pulak kelibat. Mekah pun bukan kecik kan. hehehehe!!
Bagus. Makin banyak drama-drama berunsur keislaman dekat Malaysia sekarang. Semuanya bermula dengan Nur Kasih kan? Alhamdulilah. Baru-baru ni, Drama Kitab Cinta pun ada ditayang di TV Al-Hijrah dan Jumaat ni Drama Tahajjud Cinta pulak. Nice!
Soal pelakon-pelakon yang memegang watak alim dalam drama-drama ni, dan agak “terbuka” di luar tu, tak perlulah nak besar-besarkan sangat. Memang berdosa, tapi itu hal mereka dengan Allah. Kita ni siapa nak menjatuhkan hukum? Harap dalam Drama Tahajjud Cinta ni, pelakon-pelakon tak dapat nasib yang sama macam sebelum ini.
Jangan cari dosa free dengan menghina orang. Tengok jelah ye Drama Tahajjud Cinta tu. hahahaha!!! Doakan yang baik-baik saya untuk diorang semua. Jomlah, baca Sinopsis Drama Tahajjud Cinta. Jangan lupa mulai 8 julai, Jumaat 9 malam ok. Selamat menonton!!!
SINOPSIS TAHAJUD CINTA
Cerita bermula dengan kisah mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fouziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kepada Citra ) ada masalah dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan.
Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepda dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.
Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz. Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy).
Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri ( Fouziah Gous) dari menjadi isteri keempat. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.
Credit to: nurizspace
TEASER TAHAJUD CINTA
Website rasmi: Tahajud Cinta









Tengok kat gambar tu macam erma fatimah? dia penerbit ke?
[Reply]
Lizz Reply:
July 5th, 2011 at 12:29 pm
a’ah penerbit n pelakon sekali untuk Tahajjud cinta ni.hehehe.
[Reply]
Sabahan Bloggers Club Reply:
July 5th, 2011 at 9:33 pm
Kalau dia penerbitnya memang best. cerita ni mesti ada maksud tersirat dan tersurat.
[Reply]
Lizz Reply:
July 5th, 2011 at 11:25 pm
kan?tak sabar nak tunggu cite ni.
[Reply]
menarik nie…
mak meo suke layan cite mcm nie
[Reply]
Lizz Reply:
July 5th, 2011 at 12:35 pm
mak meo je??meo pun join sekali ar.ekekekeke
[Reply]
ouuhhh.. aku salah bg link. lol. btway aku suke kalo aaron blakon. hensem mcm aku jugak and mase trailer ni mula2 kuar. aku ingat yg pkai purdah tu tiz zakiyah. rupenye poziahgous. hehehe.. tekaan aku meleset.
[Reply]
Lizz Reply:
July 5th, 2011 at 12:37 pm
hahahahaha!!pastu tu nak fitnah aku kan!!aku geget ko kang hoi.hehehe. pelakon utama fazura n fouziah. tapi,ikutkan semua pelakon utama kot.hahahaha. ada watak masing2. aku nak tengok sebab jalan cerita byk arah islamic ni. ada hukum rejam semua.
[Reply]
tak sabar nak tengok Tahajud Cinta jumaat ni…iklan dah nampak menarik…
[Reply]
Lizz Reply:
July 5th, 2011 at 4:07 pm
a’ah.rasanya memang menarik. pelakon2 pun hebat semuanya. nak tengok aksi rejam bolehlah tengok nanti.hehehe
[Reply]
mcm best je ctr ni..
letter for you
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/dear-wenger.html
[Reply]
Lizz Reply:
July 5th, 2011 at 4:08 pm
memang best kot.hehehehe.
[Reply]
Boleh celen Nur Kasih ka? Hee.
[Reply]
Lizz Reply:
July 5th, 2011 at 11:26 pm
kena tunggu 1st episode.hehehehe
[Reply]
tak nak kata pasal free hair ke bertudung..
tapi lawa plak tizz pakai spek…!
haha…
[Reply]
Lizz Reply:
July 5th, 2011 at 11:30 pm
hahahaha.die memang lawa sangat. kecik molek je orangnya.baik lak tuh.hehehe
[Reply]
Tak sabar nak layan drama ni.. Pasti best!
[Reply]
Lizz Reply:
July 7th, 2011 at 9:55 pm
esok!!!hehehe
[Reply]
Drama yang ditunggu-tunggu oleh aku nie….:)
[Reply]
Lizz Reply:
July 7th, 2011 at 9:58 pm
me too!!! and peminat2 drama bergenre camni
[Reply]
Nampaknya dah semakin banyak drama sebegini ….bagus la at least kurang la nak import slot dari INDON tue….
[Reply]
Lizz Reply:
July 7th, 2011 at 10:08 pm
masalahnya,tak lama lagi ada pakej baru indo channel rasanya tapi bagus usaha penerbit drama camni.
[Reply]
dah lama ikut blog akak tp tak pernah nak comment…hehehe tak sabar nak tgk drama ni sbb ade fouziah gous.
[Reply]
Lizz Reply:
July 7th, 2011 at 10:13 pm
haiya. silent reader?malu aii camni.hehehehehe!!! ade orang skodeng dediam.ekekeke. thanks adik. a’ah,esok 1st episode.selain FG ramai lagi pelakon best2 ni nak tengok.hehehe
[Reply]
wahh..banyak awek comel-comel..
[Reply]
Lizz Reply:
July 7th, 2011 at 10:15 pm
hahahaha!kemain!mak-mak orang pun ade tuh -..-
[Reply]
>>>Memang berdosa, tapi itu hal mereka dengan Allah. Kita ni siapa nak menjatuhkan hukum?
bacalah surah annisa, kita jatuhkan hukum seperti yg Allah firmankan dalam Quran, bukannya suka suki nak jatuh hukum, yg u nak bela maksiat tu kenapa? nk tambah dosa bela maksiat? belakon konon berpurdah tp jahil utk faham tuntutan aurat sebenar.
smg pelakon2 MELAYU (Islam??) sempat bertaubat sebelum ajal menjemput!
[Reply]
Assalamualaikum wbt.
Kalau mahu ceritakan seorang yang berpurdah, kopiah, tudung litup buat maksiat, ia hendaklah disertai dengan mesej yang kuat bahawa perkara itu maksiat. Jangan masyarakat luar sana ingat dating, bermanja-manja dengan bukan mahram itu tak salah semata-mata ada drama tunjuk perempuan pakai purdah dating.
[Reply]
Tahajjud cinta sangat mengelirukan….sungguh tidak selari antara pakaian dan perlakuan …perempuan yang berniqab akhlaknya tak macam tu…saya bukan mengumpat tapi mengkritik drama islamik yg tidak up to standard nilai sosial Islam yang sebenar.
Watak yg tidak memakai tudung dlm drama tu lebih-lebihlah lagi, berpegang tangan dgn bukan muhrim…kita mencipta drama islamik, tapi perlaksanaannya mengundang dosa, jadi macamnana nak dapat rahmat Allah…takkan pengarah drama tak tahu…pegang tangan bukan muhrim hukumnya haram.
[Reply]
rizal Reply:
August 5th, 2011 at 9:47 pm
Cerita ni nak tunjuk nilai2 islam tp tak menerapkan betul2 apa yg dituntut islam, seolah olah bermain dgn agama plak …
[Reply]