seo

Bila Semua Nak Menang, Kita Mengalah Tapi Bukan Kalah

25 Jul

 Banner
  • Sharebar

Semua orang nak menang bila berdebat. Mana ada orang nak kalah. Kalau korang ada follow entry saya berkenaan Fanpage Bantahan Tayangan Tahajjud Cinta, mesti tahulah kot serba sedikit apa yang saya nak tulis. Saya tak menyesal tulis entry tu tapi yang saya kesal sebab lain.

Sebab masing-masing nak tunjuk hebat. Aduh, buang masa berdebat dengan manusia yang suka tunjuk hebat ni.

Ingatkan, perkara ni cuma berlaku masa zaman saya sekolah je. Rupanya, tidak. Saya tak kata saya betul, dan saya tak tuduh orang lain salah. Saya dengan si polan sama je. Masing-masing nak menang. Cuma, bezanya saya tak reti nak jadi serious sangat.

Jadi, saya beri pendapat dengan gaya santai. Si polan dan berpola-polan sana beri pendapat dengan cara yang agak kasar . Sebenarnya in reality, saya boleh memaki hamun orang ni. jujur sudah. Tapi, syukur sebab saya baru perasan.

Saya boleh kawal perasaan marah saya rupanya. bahahahahaha!!!! *puji diri sendiri kadang-kadang perlu*

Semalam, saya belajar perkara baru dalam hidup. Sebenarnya, bukan semua orang. Diulangi, bukan semua orang dalam dunia ni yang boleh dan pandai mengawal perasaan marah, perasaan nak hembuskan rasa tak puah hati, bukan semua orang walau siapa pun kita.

Breivik Bimbang Islam Kuasai Eropah

Ustazah atau ustaz, bertudung atau tidak bertudung, berjubah atau tidak, berpurdah atau tidak. Kita semua cepat dihasut syaitan. Rupanya, penampilan tidaklah secantik mana kalau tak tahu mengawal marah. Marah itu permainan syaitan, kalau tidak silap saya.

Saya memang biasa mencarut tapi bukan dengan semua orang dan saya mencarut hanya sekadar main-main dan itu memang cara saya bergurau kasar. Saya pun bukan baik sangat, bertudung bukan bermakna saya baik. Jangan gunakan alasan bertudung untuk rasa diri kita cukup sempurna.

Niat bertudung, niat berdakwah, niat apa sajalah. Sila perbetulkan. Sekian. Jangan harap saya nak hantar anak ke Jordan nanti.hahahahaha!!Ok, tipu je. ekekekekeke. Jordan tu tak salah, belajarlah dekat mana pun. Asalkan tidak membanggakan diri dan merasa hebat. heyho!

Saya dah unlike page entah apa-apa tu. Jujur saya cakap, itu bukan cara terbaik untuk menegur atau berdakwah sekalipun. Itu mengaibkan orang dan mementingkan diri sendiri. Tapi, macam saya cakap. Berdebat dengan orang yang rasa diri hebat ni memang penat.

Biarkan. Unlike dan jangan ambil tahu. Dosa saya sendiri dah bertimbun, tak terangkat.hehehehehe. Oh ya, Saya seorang blogger, ingat senang ke jadi blogger ni. Ok ini pun tipu. Saja nak bagi blogger baru cecuak.hahahahaha!!

p/s: Sorry kalau ada yang terasa dengan entry ni, tapi tak salah kalau kita main tulis-tulis dekat blog sendiri kan? hahahahaha.

p/s/s: Entry ni pun kalau kena bahan, suka hati. hehehehe


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

26 Responses to “Bila Semua Nak Menang, Kita Mengalah Tapi Bukan Kalah”

  1. myzons 25. Jul, 2011 at 3:13 pm #

    nasib baik blog aku santai2 jer… takda emosi2… huhu.. rileks sudah kan cik liza… huhu ,

    [Reply]

    Lizz Reply:

    huhuhu huhuhuhu jugak.hahahaha!! tak apa, mungkin aku jenis suka fikir2 and share pendapat kot. tangan gatai nak menulis.wakakakaka -..-

    [Reply]

  2. azura 25. Jul, 2011 at 3:53 pm #

    saya tak fikir ada kesalahan berat untuk drama tahajjud cinta sejak 3 minggu ni…kalau ada yang menolak tukar siaran sahajala…drama ni sedikit berat kerana adanya soal poligami dan penindasan terhadap kaum wanita…sedikit memberi pandangan tentang tanggungjawab seorang suami yang bergelar khalifah dan dicabangkan…senang cerita, drama Tahajjud Cinta agak sarat dengan penafsiran, memang wujud isteri yang terlampau taat, poligami, kisah cinta, suami yang pukul isteri, ibu bapa yang mementingkan diri sendiri dari anak-anak, pakai tudung labuh mahupun tak bertudung…itu realiti bukannya pura-pura…
    Jangan salah tafsir sudahlah, fikir positif…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    azura, thanks. sebenarnya saya dah penat nak tulis banyak kali da awak dah tolong saya dengan tulis komen ni.hahahaha!!! memang, betul. drama ni agak berat kan? tapi,dia buat kita ..lagi2 perempuan ni amik tahu tentang hak kita. perempuan bukan HAK mana-mana lelaki. perempuan ni cuma amanah. even kita kaum yg lemah. tapi ada masa kita kenalah tahu hak kita.

    [Reply]

  3. johnjosh 25. Jul, 2011 at 3:54 pm #

    ouhhh… yang kau ckp pasal tahajud cinta tu. same thing ke yg poja dok bising dlm twitter tu? hahaha… biase la. aku pon kalau boleh nk tunjuk hebat. walhal xde la hebat mane.. manusia kan. suke je tunjuk bakat.. kehkehkeh

    [Reply]

    Lizz Reply:

    dia beri pendapat dari pihak dia as pelakon cuz dia lebih tahu. dia dapat skrip and aku kompem dia lagi tahu jalan cerita n sebab musabab kenapa scene2 tu perlu ada. we all ckp perkara yg sama. a’ah. tu ar, manusia suka tunjuk hebat,tp tak kena tempat. aku lagi suka orang yg boleh terima pendapat n kalau nk beri pendapat bukan slumber caci tak bertempat. hehehehe.

    best x pantun aku wei? pat pat siku lipat. wakakakakaka

    [Reply]

  4. Pacifista - X 25. Jul, 2011 at 4:27 pm #

    dugaan berblog.redha je la cik liza.haha…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    dah lama redha. biasalah tu.hehehehehe

    [Reply]

  5. Azuan 25. Jul, 2011 at 4:35 pm #

    Emm, tak ambik port pun pasal drama tu.. hehe..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    jangan amik port langsung lagi bagus.hehehehe. tengok je drama tu.hahahahaha.guwau -..-

    [Reply]

    Azuan Reply:

    tengok pun tak gak.. hehe

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahahaha. tak ape, kau tengok je cite lain -..-

    [Reply]

    Azuan Reply:

    itu mmg dah.. hehe

  6. Azah 25. Jul, 2011 at 5:01 pm #

    satu je aku belajar dalam hidup, jangan cari gaduh dgn golongan yg macam tu. sebab diorang meyorok di belakang “agama” dan diorang je yg akn sentiasa nmpak betul sebab diorang berasaskan “agama”. sepatutnya kalau nak berhujah, kena keluarkan hadis dan dalil yang betul bukannya sumpah seranah orang lain hanya kerana kita ni jahil.

    ~ aku x refer kepada fanpage tu, ak refer kepada umum. walalupun hanya segelintir je yg “menyumpah seranah” mereka yang jahil, tapi tu cukup utk membuatkan mereka yg jahil ni memandang serong kepada golongan diorang. dan aku sedih bila berlakunya benda yg macam ni.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    a’ah dan terus terang aku cakap kat sini, memang aku dah pandang rendah sikit (sikit jelah) dekat mereka yang belajar ilmu agama ni. bukan semua, masih ada orang yg ada ilmu agama malah lagi hebat dr mereka2 ni…yang boleh aku tabik spring and jadikan rujukan untuk improve kan diri lebih baik tapi bukan diorang. sorry to say.huhuhu

    kita memang jahil, tak pandai balas dengan dalil n hadis macam diorang tapi aku proud dengan diri sendiri (eh terpuji diri ni..tak apa kan??wahahaha) sebab aku tak guna ayat kesat. tapi,diorang yang pada aku tak patut guna pulak….hmm, wallahualam. biarkan.

    aku tetap tunggu tahajjud cinta.hahahaha!cuma, dah teraweh nanti, tengok tonton jelah.hahahaha

    [Reply]

  7. Queen F 25. Jul, 2011 at 5:29 pm #

    ha’ah saya pon sekarang dah tak like dah page yang hentah hapa-hapa.. apa2 pon kalau kita tak pasti dalam sesuatu perkara, rujuk lah dengan org yang lebih tahu.. jangan maen taram je, atau lebih baik kita diam.. kang tak pepasal sebab kita boleh jadi gaduh pulak :| kan?

    [Reply]

    Lizz Reply:

    a’ah biarkan je. diorang ada mention my name jugak tu tapi malas dah nak balas. susah cakap dengan orang yg macam tu.biar.hehehehe. semua orang ada silap masing2 dalam case ni, semua nak menang. so,baik saya dok diam2. tengok tv lagi best.hehehehe

    [Reply]

  8. pjah 25. Jul, 2011 at 6:13 pm #

    ehh..aku blogger baru..aku cuak..aku cuak..wakakaka

    aku setuju ngn ko.blog kita suka hati kita la nak tulis apa cuma bila menulis tu ada batas yang perlu kita ingat.tak pepasal nanti dapat panggilan dari ISA.PDRM.CIA.FBI.dan seantero dengannya ajak dating.=D

    p/s:aku bukan blogger tegar walaupun dh betahun dlm dunia blog.ehehe =p

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kita bebas menulis.cuma tahu etika. kalau copy dari blog orang,silakan beri kredit. kalau nak menegur,silakan tapi jangan guna bahasa kesat.kalau nak luahkan pendapat,silakan tapi pandang2 kanan kiri janga sampai ada yang terasa hati. lebih baik merendah diri dalam blog sendiri, tak perlu nak tunjuk hebat sana sini. orang yang datang baca bukan vudus (tukarkan v to B.bahahaha) diorang tahu menilai cara penulisan kita.hehehehehe.

    thanks pjah, kau selalu beri komen aku entry ayamas cap kerbau aku.wakakakaka

    [Reply]

  9. Khairul 25. Jul, 2011 at 11:15 pm #

    Mungkin satu sahaja yg perlu saya tanya…

    Apakah tujuan anda menulis entri ini?

    Untuk melepaskan rasa marah atau untuk menegakkan kebenaran?

    Owh lagi satu…dosa mencarut memain dgn betul2 lain eh?

    hmmm..

    Lagi satu….kenapa anda bertudung? Sbb Allah suruh ke atau saje2?

    Saya nak tanya…adakah anda akan menunjukkan cara mencuri untuk mengelakkan kes2 kecurian?

    In simple words…adakah anda akan menunjukkan perkara2 negatif kepada seseorang supaya perkara negatif itu tidak dilakukan?

    Dan itu yg ditunjukkan drama tersebut….

    [Reply]

    Lizz Reply:

    sorry kalau xjawab soalan tepat sebab saya tak faham sangat soalan.huhuhu.but saya cuba jawab

    1. tujuan enrti ni supaya kalau ada yang rasa nak beri komen dekat page yang ahlinya lebih faham soal agama dan tahu hadis/dalil better jangan.susah nak bidas sebab tak ada org islam mana2 pun yang boleh sangkal tentang dalil Allah.

    2. dosa mencarut tetap sama. saya mencarut, saya dosa.orang lain carut, dia tanggung dosa. dosa tetap dosa.

    3. saya tak nak komen panjang soal tudung sebab saya baru bertudung lepas pulang dari menunaikan umrah beberapa tahun lepas jadi saya tak ada hak nak komen panjang.itu antara saya dengan Allah. jangan kelirukan saya, sebab saya sendiri masih mencari n belajar membiasakan diri.

    4. saya tak faham soalan awak yang ini.huhuhuhu.

    thanks, sebab bertanya cara baik.

    [Reply]

  10. pharmalif 26. Jul, 2011 at 12:49 am #

    Macam Joker ckp la..Why So Serious??!!!..man man sudah.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahaha. depends kot pada orang kan? layan jelah labu.hehehe

    [Reply]

  11. Bean Moreno 26. Jul, 2011 at 11:55 am #

    kesimpulannya susah nak tegakkakn kebenaran

    [Reply]

  12. Zida 27. Jul, 2011 at 6:43 am #

    Apa yang hot sangat ni? Tak sangka drama ni kontrobersi gila. Nak kena tengok ni apa yang hot sangat tuhh.

    [Reply]

  13. zuls 28. Jul, 2011 at 9:21 am #

    Nak menang! Nak Menang! Semua nak menang. Kalau biasa borak dengan orang-orang nak menang didunia nyata. Ada satu teknik yang best. Tengah-tengah dia sedap cuba menegakkan kemenenangan dia. Bagitau dia ” Eh, aku nak gi toilet jap”.

    [Reply]

Leave a Reply