Nisfu Syaaban, hari yang ditunggu-tunngu umat Islam. Nisfu Syaaban, malam pengampunan dan banyak kelebihan. Malam nisfu Syaaban disunatkan untuk kita membaca surah Yasin sebanyak 3 kali. InsyaAllah, rasa macam nak buat hari ini.
Jakun, tak pernah join orang baca Yasin 3 Kali dekat surau sempena meraikan malam Nisfu Syaaban memang camni. hehehehehe!!! InsyaAllah lah, kalau panjang umur petang ni akan ke surau. Join my mom sekali. Nasib dapat mak yang tak pernah penat ajak anak “tak berapa nak betul” macam saya ni. kahkahkahkah.
Rasanya, bro Denaihati pun dah banyak tulis artikel berkenaan Nisfu Syaaban ni kan? Antaranya Nisfu Syaaban malam pengampunan, Syaaban dan kelebihannya, Nisfu Syaaban untuk peringatan dan Nisfu Syaaban antara yang dilarang. Korang boleh refer ok kalau nak informasi lebih. *aku ni kurengssss nak lelebih pun.tak pandai.kuikuikui*
Saya jumpa doa yang kita boleh baca tiap kali selepas bacaan Yasin, kiranya each time habis baca Yasin pertama, korang baca doa dekat bawah ni. Then, sambung baca Yasin balik dan baca doa ini lagi. Selepas yasin ketiga pun sama. Doa Nisfu Syaaban ni saya jumpa di sini. Thanks for sharing!
Erti Doa Nisfu Syaaban:
Ya Allah …Yang Maha Pengurnia…tanpa dikuniai
Wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan
Wahai Yang Empunya segalah kemurahan dan pemberian
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkaulah Pelindung bagi sekalian pelarian
Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan
Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan
Ya Allah kiranya aku ini tersurat pada sisi Mu
Sebagai penjahat lagi terkutuk
Sebagai terhindar dari yang jauh lagi sempit tanpa rezki dariMu
Dengan segala kebajikan yang ada pada Mu
Ya Allah Hapuskanlah dari suratanMu itu Kejahatan yang tersurat tadi
Juga kutukan yang jauh dari kebahagiaan
Termasuk penghindaranku dari sisiMu dan kesempitan hidupku
Ya Allah tetapkanlah dalam suratan Mu
Sebagai orang yang berbahagia ….sentiasa beroleh rezeki
Menerima aneka kurnia dan kebajikan
Sebenarnya Engkau Ya Tuhan telah bertitah
Titahmu adalah Hak dan Benar
Tersurat dalam kitabMu yang diturunkan
Menerusi lisan Nabi Mu yang terutus
Yang bermaksud
Allah sesukaNya Menghapus dan Menentukan Sesuatu
DisisNya sahaja terdapat IBU KITAB suratan takdir
Tuhanku dengan penyerlahan Zat Mu Yang Maha Agung
Pada malam pertengahan bulan Syaaban yang Mulia Ini
Di mana berlakunya pembahagian dan penentuan dalam setiap perkara
Hindarkanlah dariku segala petaka
Yang aku ketahuinya ataupun tidak
Bahkan apa jua yang Engkau lebih mengetahuinya dariku
Kerana Engkau jua Yang Mengetahui tentang segala-galanya
Aku mohon Rahmat Mu Duhai Tuhan Yang Maha Pengasih
Dari sekalian Yang Mengasihani
Kiranya Engkau sampaikan selawat dan salam
Pada Penghulu kami Nabi Muhammad shallalahu ’alaihi wasallam
Serta kepada para keluarga dan sekalian sahabatnya
Amin
Credit to: Zanas









selamat membaca yasin dan berdoa… liza
[Reply]
Lizz Reply:
July 16th, 2011 at 2:47 pm
hehehe.insyaAllah..maceh -..-
[Reply]
nakaljoe Reply:
July 4th, 2012 at 9:00 pm
terima kasih dapat sy baca doa dalam bahasa melayu sb buta arab hehehe
[Reply]
As salam, sebenarnya tiada doa khas atau amalan khas yang diamalkan. Bukan itu sahaja, bacaan yasin 3 kali juga bukan merupakan sunnah Rasulullah S.A.W kerana tiada hadith yang menunjukkan Nabi berbuat demikian cuma ada hadith yang menunjukkan Allah akan mengampuni dosa hamba-hambanya yang meminta ampun pada malam hari. Sekadar ingin menyebarkan ilmu supaya tidak tersilap langkah. Ampun salah sekiranya tersilap.
Sumber untuk akak liza yang comei: http://www.pekanrabu.com/zubir/nisfusyaaban.html
[Reply]
Lizz Reply:
July 16th, 2011 at 2:51 pm
ye betul.setuju. memang tak ada doa khusus. yang ini mungkin boleh jadikan contoh jelah kot pada sape2 yang nak mudah. ikutkan Allah akan terima doa kita walau camner cara sekalipun. yang penting niat kita minta ampun. nanti akak rujuk link tu ok.maceh.heheheh
[Reply]
semoga doa kte diterima oleh Allah.Amin…suka link nie.thanz kak sudi kongsi gan kte.
[Reply]
Lizz Reply:
July 17th, 2011 at 1:00 am
Amin amin…sharing is caring dear.hehehehe.
[Reply]
salam nisfu syaaban!!
[Reply]
Lizz Reply:
July 17th, 2011 at 1:01 am
salam nisfu syaaban to u too ida
[Reply]
perkongsian yang baik…. sama-sama membacanya nanti eh..
[Reply]
Thank you for sharing.
Wasalam.
Rudy
[Reply]
aslmualaikum
mmg betul tdk ada ibadat khusus yg di tekan kan oleh Rsulullah s.a.w, tetapi ambik lah kelebihan malam nisfu sya’ban ni dgn beribadat. Tp jgn mlm nisfu sya’ban je kita baca yasin n g surau slps nisfu pon ke g jgk. Kalau manusia g rumah kita stahun skali ape kita rase, nikan Allah x patutlah kita g rumah Allah setahun skali….ade ulama menyebut ade lima golongan Allah x pandang dan bercakap dgn hambanya:
1. org yg syirik
2. orng yang ketagih arak trmasoklah dadah
3. orang yg memutuskan silaturahim( dgn adik beradik, kwn2)
4. org yg derhaka kepada ibu bapa ( bertuah kalau org 2 ade ibu n ayah lg)
5. org yang menyebarkan fitnah.
terima kasih wslam.
[Reply]