Sorry, Not My Taste!

Korang rasa janggal tak bila baca tajuk saya kali ni?? Erm…tentu tidak kan. Saya percaya setiap daripada korang sure selalu mendengarnya dan tak salah rasanya kalau saya meneka yang korang sendiri pernah mengungkapkannya…betul kan???…hehe!! Sorry, sengaja nak bagi kena -..-

Saya sendiri mengaku yang saya ada juga mengungkapkan jawapan di atas ni… Bukan apa, bila masuk bab nak mencari partner ni..tak dapat kita nak nafikan setiap orang ada taste mereka sendiri…baik saya, u all dan semualah manusia!!!Itu dah pasti kan…

setiap orang ada selera masing-masing. Ada diantara kita yang suka bila partner mereka lebih tinggi daripada mereka, tapi ada pula yang sebaliknya…Ramai yang kata pasangan tu akan nampak ideal sangat bila si lelaki lebih tinggi daripada yang perempuan. Tapi itu kata sebilangan je daripada masyarakat kita percayalah… Ada sahaja pasangan yang mana si lelaki lebih rendah daripada perempuan tetapi mereka masih nampak seperti PASANGAN IDEAL!!!! Malah lebih ideal daripada biasa

Kita perlu ingat, tiada manusia yang Tuhan jadikan cukup sempurna tau…

Saya agak kurang senang bila kuar jalan-jalan kat shopping complex ke kat mana-mana lah kan… then, terdengar mulut-mulut orang sekeliling yang menegur dan kadang-kadang tu sampai ada yang tahap mengutuk bila mereka terserempak dengan pasangan yang pada mereka agak KURANG COCOK. Mulalah diorang cakap “eh, nape yang lelaki tu rendah ek??”. Kalau tak pun, “ish,perempuan sket punye cun, lelaki cam mamat dadah je…”…Tak baik kan… Pada saya mereka ni patut diajar cara nak menghormati pilihan orang lain.

Kasi cuci sket otak diorang ni!!!! Mereka harus faham, lain orang lain taste bila nak cari partner ni. Jangan sesekali mempertikaikan pilihan hati orang lain! Dan yang paling penting, janganlah memandang rendah taste orang lain…Belum tentu orang lain akan lihat kita dan partner sebagai pasangan ideal gaks…hahaha!!!

Rasakanlah korang nanti yer bila korang plak di “judge”…muahaha!!! Bagi saya, setiap orang ada keunikan masing-masing..dan tak perlulah kita nak banding-banding apa yang ada pada kita dengan orang lain. Apa yang jauh lebih penting, ialah KESERASIAN antara kita dan our partner.

Bila Tuhan dah tetapkan jodoh kita dengan soulmate kita tu, terimalah seadanya….

p/s: entry ni saya pernah tulis untuk 1 of my frenz punya blog.as penulis jemputan.

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

23 responses to “Sorry, Not My Taste!

  1. kalau zaman dulu mak ayah jodohkan anak2 ikut jer…cer zaman sekarang macam tak releven jer…

  2. bagi aku..kalao cam payah sangt jodoh nk sampai…leh kalo der org nk jodoh2kan..heeee…ke acane tu?? ;p
    tapi bukan aku lah…hahha

  3. awek adik sy lagi tinggi dari dia.. ok jer tgk.. lg pun org kata rezeki murah.. 🙂

  4. Salam liza. ohoo…anem sebenarnya suka orang yang lebih tinggi dulu, tapi sekarang sedang berkawan dengan orang yang sama tinggi. tapi betullah,macam liza ckp xsemua sempurna 😀

    • salam..

      memang tak ada manusia yg sempurna kan? hehehe.yang penting kasih sayang and bukan fizikal saja. tinggi rendah, cantik ke tidak itu 4 me bonus 😉

  5. maklong saya lagi tinggi dari paklong saya… tapi bahagia hingga kini… skrg tgh bercuti di turkey setelah anak ketiga baru melangsungkan perkahwinan 🙂

    • anak ketiga dah melangsungkan perkahwinan…maksudnya dah lama perkahwinan mak long awak tu.wallawe!!! alhamdulilah. jodoh tu semua rahsia Allah kan?

  6. bila dah suka, tak peduli dah apa orang nak kata… ingat nenek yang kawin dengan pemuda tu?

    • hehehehehehe. nenek kawen ngan pemuda tu kecoh kan hal die dulu? tapi,rasanya pemuda tu mmg “care” dengan nenek tu.jadi utk elakkan mulut2 org…berkahwin adalah jalan terbaik 😉

  7. bukan semua tapi majoriti pilihan sendiri more pada nafsu.

  8. ken

    beauty lies in the eye of the beholder 🙂

  9. Kalau saya, biarlah apa orang nak kata, yang penting kita sayang kat dia…. 😀
    yang nak peluk dia tiap-tiap malam kita, bukan dorang. Hihihihi…..

  10. kdg2 terdetik jgk dlm hati ni, mm cm pelik je bf dia, cm pelik je gf dia.haha.tp siape je lah kita nk judge org lain kan.lbih baik dpt yg biasa2 tp mnyenangkan hati,drp dpt yg cantik meletop tp rasa insecure dgn dia,tkut dia beralih kt org lain. 🙂

  11. bekas awek aku..ada 2 orang yang tinggi. lebih 10 cm dari aku..oleh sebab ramai sangat racun diorang..aku beralah..

    lepas tu..dapat awek lagi cun. Alhamdulillah, Allah tu adill..

  12. Pingback: Harta Paling Mahal Yang Susah Dimiliki Hari ini Ialah Kejujuran Bukan Perodua Myvi Baru Itu! | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge