(Sinopsis) Drama Dewa Cintaku Slot Akasia TV3

drama dewa cintaku

Drama Dewa Cintaku, merupakan drama terbaru di Slot Akasia. Drama Dewa Cintaku menggantikan drama Nora Elena yang popular dan Drama Dewa Cintaku ini akan mulai ditayangkan di TV3 pada 20 Jun 2011 (hari ini) pada jam 7 petang.

Amacam? Agak-agak boleh ke Drama Dewa Cintaku ni lawan Drama Nora Elena yang memang meletup tu ek?

Kena tunggu first episode lah kan. Pelakon utama Drama Dewa Cintaku ni tidak lain tidak bukan Fasha Sanda dan Iqram Dinzly. Ok, saya tengok cerita ni ada 2 sebab je. First is saya dah baca Novel cerita ni dan keduanya sebab Iqram Dinzly bukan pasal Fasha Sanda. hehehehehehehehe.

Oh, Jangan lupa saksikan Lakonan Iqram Dinzly bersama Fouziah Gous dalam Rasuk pada 23 Jun 2011 nanti ok!!

Sementara tu, korang bolehlah layan sinopsis untuk drama Dewa Cintaku ni dulu. Kalau ikutkan hati saya, masa baca novel ni dulu. Saya nak sangat heroin dia ialah Rita Rudaini tapi entah macam mana Fasha pulak yang jadi heroin ni. huhuhuh. Layan jelah!!!

Credit gambar: Kisah Kami Semua

SINOPSIS DRAMA DEWA CINTAKU

Iqbal dan June masing masing ada sejarah hitam kerana menjadi mangsa perpecahan keluarga, mereka hilang kasih sayang, June pula pernah dikecewakan oleh kekasihnya. June sukar menerima cinta lelaki. Iqbal terpisah dari kasih sayang ibu dan kakak kandungnya sebab dari kecil bapanya dah bawa lari dia dari ibunya. Iqbal dibesarkan dalam keluarganya mewah dan kaya raya, dari kecil hingga remaja dia disuruh pentingkan pendidikan dan dia mewarisi pernigaan keluarga.

Iqbal masih teringatkan ibu dan kakak kandungnya, dia berusaha untuk menjejaki mereka. Iqbal dijodohkan dengan Selena tapi Iqbal tidak berminat selagi dia tak menemui ibu dan kakak kandungnya. Dalam pencariannya tu dia berkenalan le dengan penyanyi rock kelab malam bernama June. June ni jauh lebih tua dari Iqbal, Iqbal jatuh cinta dengan June tapi June ni jual mahal lak.

Iqbal berusaha mendapatkan cinta June, akhirnya berjaya sebab dalam diam June pun memang menaruh hati pada iqbal. Mereka akhirnya bertunang walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dari Selena dan jugak jarak umur. Sebulan lagi mereka berdua ni nak kawin, Iqbal dapat tau yang June ni ialah kakak kandungnya. Kesudahannya?

Credit to: Melvister.com

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

18 responses to “(Sinopsis) Drama Dewa Cintaku Slot Akasia TV3

  1. Assalamualaikum Nur Liza Sandha a.k.a Chinta Chanduri.. Nasib baiklah akak dah tulis “First is saya dah baca Novel cerita ni dan keduanya sebab Iqram Dinzly bukan pasal Fasha Sanda.”.. Gua datang nak bahan lu, mana la tau kot² dah mula minat Sandha.. kehkehkeh.. Opss.. gua komen off topic ek, sorry… ni tabiat buruk gua..

    P/s: Gua tak pernah layan slot Akasia.. LOL!

    • Waalaikumusalam… ah, memang tak ar kan nak tengok sebab dia!!wahahahahahahahaha. kemain tabiat buruk kau ek sekarang!!tapi menjadi betei ngan aku!!hahahahaha

  2. wahh
    lajunyer update pasal ni
    hehe
    pstt sejak bila nama ko jadi Nur Liza Sandha a.k.a Chinta Chanduri ni

    • a’ah. sekarang ada dah tahu hala tuju. memang minat tgk tv, semua drama bantai layan.so,kene update hasut orang lain gak tengok sama.ekekekekek. sandha???eeeeuuuuu

  3. Banyak juga drama adaptasi dari novel skg tp semua cita cinta je ni. Nak cerita action pulak.

  4. Rosyam Nor takde dalam ni? 😀
    Tak minat ler dengan fasha tu….

  5. mcm besh jewk…. lalalala…
    nk tgok juge la 😀

  6. jom kita tengok dia boleh lawan nora elena tak…

  7. Harap drama ni lagi best dari nora elena

  8. ada fasha sandha ker? malas nak tengok..

  9. Pingback: Slot Akasia Drama Dewa Cintaku TV3 | yanmieonline.com

  10. Pingback: (Sinopsis dan Trailer)Filem Rasuk Menggandingkan Iqram Dinzly Bersama Fouziah Gous | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  11. Pingback: Video Promo dan Sinopsis Cinta Elysa TV3 | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge