(Sinopsis dan Trailer)Drama Kitab Cinta Arahan Erma Fatima
2 Jun
Drama Kitab Cinta arahan Erma Fatima akan ditayangkan esok!!! Drama Kitab Cinta memang saya tunggu-tunggu sangat ni. Drama Kitab Cinta. Tajuk drama saja saya dah boleh agak drama ni mesti best punyalah. hahahaha! *konpiden itu penting ya kawan-kawan*
Ada 2 sebab utama kenapa saya tak sabar nak tunggu Drama Kitab Cinta ni. Pertama, untuk pengetahuan semua. Saya memang minat sangat-sangat dengan kak Erma Fatima. Baik daripada segi lakonan beliau, mahupun cerita-cerita arahan beliau yang sebelum ni.
Babe, Erma Fatima tu babe. *sedut inhaler* Bukan calang-calang pelakon hoi!!! hehehehe. Cuma, sejak beliau berhijab ni. Jarang sikit nak tengok kak Erma Fatima berlakon tapi tak apa. Wa tengok cerita-cerita arahan dia pun dah cukup kot!!! kahkahkah!! So, next is Drama Kitab Cinta!!!!!
Info yang saya cari berkenaan Drama Kitab Cinta ni, agak banyak jugaklah. Alhamdulilah. Senang sikit nak update dalam blog cap ayam ni. hehehe! Drama Kitab Cinta ni merupakan drama yang diadaptasi daripada sebuah novel nukilan Taufiq Rahman. Pastinya bergenre Islamik ni dan inilah sebab kedua saya tak sabar nak tengok Drama Kitab Cinta ni!!!
See, bukan Drama Nora Elena dan Trilogi Cinta saja yang diadaptasi daripada novel. Dah jadi trend sekarang!!!
Drama Kitab Cinta ini akan ditayangkan di TV Al-Hijrah mulai hari ini (2 Jun 2011) 8:30 malam. Apa yang menarik, pelakon cantik Nur Fazura berhijab dalam Drama Kitab Cinta ni. Nice nice!! Mesti cantik kan?? Saya pernah tengok Fazura ni dalam Qaisy dan Laila. Mantap babe lakonan dia!! *walaupun tak minat dia, tapi bab lakonan saya memang puji Fazura ni. Hebat!
Oklah, apa kata baca sinopsis Drama Kitab Cinta ni dulu. Nak tulis review pun tak boleh lagi sebab mestilah tengok dulu kan!!! Minta-minta bestlah drama ni dan tak mengecewakan semua. huhuhuhu. Good Luck untuk Kak Erma Fatima!!
SINOPSIS DRAMA KITAB CINTA (NOVEL NUKILAN TAUFIQ RAHMAN)
Kisah bermula dengan kehadiran tujuh orang mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat kajian di Kampung Telagasari. Kumpulan tersebut terdiri dari Rindu,Dewi, Intan, Zulaikha, Dicky, Doni dan Rangga. Di sana mereka telah bertemu dengan dua orang sahabat yang cukup akrab Umar dan Yusuf. Umar merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti di kota manakala Yusuf hanyalah seorang pemuda yang mengabdikan diri pada kampung sahaja oleh kerana dihimpit kemiskinan.
Cinta Zulaikha terhadap Yusuf dinyatakan melalui surat-surat Zulaikha yang dikirimkan kepada Yusuf sekembalinya ke kota. Namun Yusuf dengan berhati-hati membalas surat tersebut agar tidak memberikan pengharapan mahupun tidak melukakan hati Zulaikha.
Namun begitu tanpa disedari, Atikah teman sekampung serta jiran Yusuf turut mencintainya secara senyap-senyap. Perkara ini menjadi buah mulut orang kampung mengenai dua gadis yang mendambakan cinta Yusuf. Ianya membuatkan Yusuf dan ayahnya Ya’kub menjadi serba salah. Apatah lagi Atikah dan ibunya menggunakan pelbagai cara untuk menawan hati Yusuf. Maka timbulah fitnah yang diada-adakan oleh ibu Atikah terhadap Yusuf yang menyebabkan dia membawa diri jauh ke kota demi mengelak berlakunya fitnah yang lebih buruk.
Manakala Zulaikha pula oleh kerana kerinduan cintanya kepada Yusuf, telah mengambil keputusan untuk pergi menemui Yusuf di desa Telagasari. Namun, ternyata kedatangannya itu agak terlewat kerana Yusuf telah pun membawa dirinya ke kota. Maka Zalaikha nekad untuk tinggal di desa itu demi menjaga Ya’kub, ayah Yusuf walaupun ditolak orang tua itu. Zulaikha tinggal bersama Atikah dan ibunya tanpa mengetahui bahawa Atikah dan ibunya telah merancang untuk menghancurkan cinta Zulaikha dan Yusuf dengan memasukkan Umar, sahabat baik Yusuf sendiri sebagai orang ketiga. Maka oleh kerana kesunyian tanpa Yusuf, cinta Zulaikha telah beralih arah kepada Umar.
Di kota, Yusuf bekerja sebagai tukang pengilap kasut disebuah Masjid. Dia juga turut mendapat kepercayaan tuan imam untuk bertugas secara sambilan sebagai muazzin dan penceramah. Disitulah yang membawa kepada pertemuan dengan Ahsin Wijaya, ayah Zulaikah tanpa pengetahuannya. Pak Ahsin begitu tertarik dengan akhlak Yusuf sehinggakan dia menawarkan Yusuf untuk bekerja dirumahnya sebagai tukang kebun. Pak Ahsin telah menguji keikhlasan dan amanah Yusuf dengan beberapa kejadian, namun ternyata Yusuf adalah kuat imannya.
Di desa Telagasari, penduduk heboh memperkatakan bahawa Zulaikha dan Umar akan berkahwin. Ramai penduduk yang mengutuk serta membenci Zulaikha dan Umar. Bagi mereka, Zulaikha merupakan seorang yang munafik dalam cintanya terhadap Yusuf. Manakala Umar pula merupakan penjahat yang sanggup menikam sahabatnya sendiri Yusuf dengan merampas cinta Zulaikha.
Tapi segala-galanya terbongkar pada hari pertunangan antara Umar dan Zulaikha. Bersaksikan semua hadirin termasuk Yusuf dan ayahnya, Umar mendedahkan bahawa Umar sengaja berbuat demikian seolah-olah mencintai dan akan mengahwini Zulaikha demi keselamatan Zulaikha sendiri. Umar tahu perancangan jahat Atikah dan ibunya, lalu berpura-pura mencintai Zulaikha agar Zulaikha terselamat dari perancangan yang lebih jahat lagi. Umar memberitahu dia sekali-kali tidak akan tergamak untuk menghancurkan cinta sahabatnya sendiri. Lalu menyerahkan Zulaikha kepangkuan Yusuf dengan selamatnya.
Credit to: Nurizspace
TRAILER DRAMA KITAB CINTA
OST DRAMA KITAB CINTA







hahaha.. sempat kau sedut inhaler ea liza?? aku xminat sgt tgk2 drama ni.. tp aku taw kau pengulas yg hebat.. so insyaAllah la. aku tgk gak. tanda sokongan aku kat kau.. hahaha
[Reply]
Lizz Reply:
June 2nd, 2011 at 1:26 am
kahkahkahkahkah!!! aku akan make sure kau terjebak sekali!!! miahahahaha!!! aku dah tengok trailer die. nampak best, tapi kena tunggu esok ar
[Reply]
Lama juga tidak menonton buah tangan Erma Fatimah. Kali terakhir terbaca berita kontroversi sambutan sempena hari lahir beliau
[Reply]
Lizz Reply:
June 2nd, 2011 at 1:29 am
banyak drama arahan dia. cuma, kurang publisiti jer. kadang2 media massa ni memilih. haih. Padahal, hasil kerja kak erma best-best. esok tengok eh.hehehe
[Reply]
crita ni mula bila hah?
1hb ka 2 hb?
thx
[Reply]
Lizz Reply:
June 2nd, 2011 at 10:57 am
sepatutnya semalam tapi tv al-hijrah baru smlm ada kat astro 114..ada interview bagai semua tuh.so,1st episode will be tonite..tak sabar!!! wohooo
[Reply]
kat tv alhijrah ke? tak dapat jugak nak tengok sebab kat kelate takde lagi siaran tu rasanya
[Reply]
Lizz Reply:
June 2nd, 2011 at 4:18 pm
tv ni dah boleh tengok kat astro 114… try check.dapat tak.huhuhuhu.
[Reply]
saya nak tgk sebab ada fazura
[Reply]
Lizz Reply:
June 3rd, 2011 at 11:47 am
hahahahaha!! tengok tak semalam? bagus drama macam ni. ala-ala nur kasih. bergenre islamic.
[Reply]
cerita keagamaan ke ni?.Jadi trend plak ye kat Malaysia ni buat drama ambik dari buku..
[Reply]
Lizz Reply:
June 3rd, 2011 at 12:00 pm
yes. genre Islamic. semalam dah tengok drama kitab cinta ni. best! trend yang boleh bawa perubahan untuk dunia hiburan Malaysia hendaknya.hehehe
[Reply]
nur fazura…. aiiilabiuuuu…. plz marry me!
[Reply]
Lizz Reply:
June 3rd, 2011 at 12:55 pm
hahahahahahaha!!!! kemain meo!
[Reply]
Salam kunjungan blog menarik… singgah la ke blog saya
[Reply]
Lizz Reply:
June 3rd, 2011 at 12:58 pm
salam n thankss.. insyaAllah
[Reply]
smlm sy buka 114 tak dapat, try 994 dapat pulak. ada jugak member buka 114 dapat..huhu
[Reply]
Lizz Reply:
June 3rd, 2011 at 5:20 pm
lor ye ker? ingatkan semua yg ada astro dapat channel ni.huhuh. tapi cite ni best for me. try download if dah ada link nanti ek.hahaha.
[Reply]
Cerita ni memang touching, tahniah kak Erma Fatima, so rakyat malaysia tengoklah cerita bersiri ‘made in Malaysia’ bukan dok tengok sinetron Indonesia yg kekadang x masuk akal jalan ceritanya
[Reply]