Program Amal Twtupkaseh Dapat Liputan Harian Metro

Program Amal Twtupkaseh akhirnya dapat liputan Harian Metro! Alhamdulilah, Twtupkaseh ni salah 1 program dengan niat yang baik. Mudah-mudahan berjayalah untuk Aidasue and gang lain menjayakan Twtupkaseh ni. Good luck korang!!! All the best. hehehehe!

Ramadhan pun dah nak sampai. Rasanya bagus program Amal Twtupkaseh ni, sesuai dengan bulan yang mulia ni meh? Daripada sibuk-sibuk pasal Kumpulan Pengodam Anonymous yang katanya Ingin Menyerang Halaman Portal Kerajaan tu, ada faedah sikit kita fikirkan something yang macam ni. agagagaga!!

Silap siapa pun saya tak tahu. Asalnya daripada KRU studios kan? Bila Kerajaan Malaysia dah masuk campur, habislah. hahahaha!! Website “lubuk” nak download filem-filem kena blocked, memanglah ramai yang mengamuk. Haih, tapi susah nak cakap sebab diri sendiri pun download jugak!! wakakaka!!

Eh, lari topik ek?? ok ok. Jom baca apa yang wartwawan tulis untuk program Amal Twtupkaseh dalam harian metro 😉

“Acara kebajikan kami seterus–nya ialah lawatan amal ke Rumah Kasih Amal Bestari, sebuah rumah anak yatim di Kampung Melayu Subang, Selangor.

“Seramai 45 rakan Twitter berganding bahu menjayakan lawatan amal ini. Tujuan lawatan dan acara ini adalah untuk mengutip derma dalam bentuk kewangan mahupun barang keperluan dengan harapan dapat meringankan beban kanak-kanak kurang bernasib baik di situ,” katanya.

Lawatan ke rumah anak yatim akan diadakan pada 2 Julai 2011 dari jam 9 hingga 6 petang, tetapi sebelum itu satu pertemuan khas akan berlangsung untuk mengutip derma dan menerima barangan pada 17 Jun di Rasta, Taman Tun Dr Ismail bermula pada jam 9 malam hingga 11 malam.

“Orang ramai boleh memberi sumbangan kewangan mahupun dalam bentuk seperti buku, pakaian dan bahan membuat kuih raya (ini akan dibuat pengetua rumah ini supaya hasilnya dapat menampung perbelanjaan dan sewa rumah anak yatim) sepanjang tempoh ini sehingga 2 Julai nanti,” katanya.

Perkembangan Program Amal Twtupkaseh setakat ini. Wah, RM 10,000 bukan angka yang kecil ok!!! Alhamdulilah.


Cerita Aida yang berkerjaya jurutera, sambutan setakat ini amat menggalakkan.
“Selepas dua minggu program Twtupkaseh diumumkan, kami menerima sumbangan kewangan daripada pengguna Twitter sebanyak RM10,000, itu satu jumlah yang amat membanggakan.

“Kebanyakan sukarelawan yang terbabit dalam projek ini terdiri daripada golongan profesional seperti jurutera, pereka grafik, doktor, guru, pengurus syarikat selain

pelajar. Rata-rata kami bekerja pada waktu siang dan waktu terluang seperti waktu rehat dan hujung minggu, kami mengatur rancangan dan mengumpul dana untuk acara Twtupkaseh ini,” katanya. Untuk pertanyaan lanjut mengenai projek amal ini, Aida boleh dihubungi menerusi e-mel aidasue25@gmail.com.

Atas ni saya just letak keratan-kerata daripada artikel berkenaan Twtupkaseh ni. Baca artikel penuh di sini

Artikel Berkaitan

10 responses to “Program Amal Twtupkaseh Dapat Liputan Harian Metro

  1. Mungkin juga sebab ramai blogger yang buat entry pasal dorang ni. Tahniah buat semua atas kerja amal yang mulia. 😉

  2. alhamdulillah, masih ada yg ambil berat utk buat kebajikan 🙂

  3. Hallow :O

    Mana muka botox-free aku? Teda dalam blog post ini! Murka murka! >:O

    THanks weh buat blog post dedicated to #TwtupKaseh :8)

    Gua berbangga dapat blogger onggile yang sungguh berbakti pada masarakat :8l

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge