Peristiwa Israk Mikraj, Sejarah Agung Umat Islam

peristiwa israk mikraj

Peristiwa Israk Mikraj memang hangat diperkatakan dalam bulan Rejab. Peristiwa Israk Mikraj, antara peristiwa besar bagi umat Islam seluruh dunia. Biar di mana pun kita berada, Peristiwa Israk Mikraj tetap akan menjadi sejarah paling agung bagi umat Islam.

Peristiwa apa yang agung sangat? Pastinya peristiwa di mana Allah S.W.T menjemput Nabi Muhammad S.A.W ke langit. Peristiwa Israk Mikraj merupakan hari bersejarah umat Islam! 27 Rejab yang penuh bermakna. Pelbagai kejadian ditunjukkan Allah dan secara tidak langsung membuktikan kekuasaan-NYA. Allahuakbar!

Banyak sumber berkenaan Peristiwa Israk Mikraj ni, korang boleh baca secara details tentang peristiwa Israk Mikraj ini di sini. Cukup lengkap penerangannya tetapi perlu diingat, adalah lebih baik kalau korang mencari sumber lain juga. Jangan terlalu bergantung pada 1 sumber saja.

Tapi, untuk menerangkan serba sedikit tentang Peristiwa Israk Mikraj dengan lebih ringkas, saya kongsikan apa yang bro Denaihati tulis di dalam entry beliau bertajuk Israk dan Mikraj Hanya Kisah Dongeng di bawah ini. Mudah-mudahan memudahkan korang semua.

setelah Abu Talib dan Khadijah yang menjadi pelindung wafat kedudukan Rasulullah saw di Mekah semangkin terdesak dengan gangguan berterusan oleh pihak Kuraisy. Dalam kesedihan yang amat sangat, suatu malam pada tahun 621M ketika Rasulullah berada di rumah saudara sepupunya, Hindun Abu Talib, Baginda telah didatangi oleh Jibrail dengan diiringi Israfil lalu diISRAkan menaiki Buraq dari Masjidil-Haram ke Madinah, Bukit Tursina, Baitul-laham dan berakhir di Masjidil-Aqsa. Daripada Masjidil-Aqsa Rasulullah diMIKRAJkan ke langit dengan menaiki tangga yang diturunkan daripada Syurga ke Baitul-Makmur (betul-betul di atas Baitullah, Mekah), Sidratul-Muntaha, Mustawa, Sharirul-Aqlam, Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab bertemu dan berdailog dengan ALLAH swt.

Baca selanjutnya di sini

Kalau kita baca tentang peristiwa Israk Mikraj ni memang boleh meremang bulu roma. Betapa hebatnya kekuasaan Allah S.W.T. Kejadian yang berlaku pada dasarnya memang agak sukar untuk kita terima tetapi sebagai umat Islam, kita wajib percaya.

Percaya dan kemudian tak ambil apa-apa pengajaran pun tak ada gunanya juga. Adalah lebih baik, kalau kita percaya dan kemudian fikir-fikirkan “mesej” tersirat disebalik Peristiwa Israk Mikraj ini. Setiap perkara yang Allah lakukan, pasti ada sebab dan musababnya.

Mudah-mudahan, kita sama-sama dapat ikhtibar daripada Peristiwa istimewa ini. IsyaAllah, kalau ada ceramah berkenaan Peristiwa Israk Mikraj ni saya nak pergilah. Seronok even dah tahu ceritanya. hehehehe!!!!

* Kalau dulu, saya baca kisah Peristiwa Israk Mikraj ni macam “kosong” saja. Tapi, bila sudah ada rezeki melihat sendiri Kaabah, menyentuh kaabah, mengucup hajarul Aswad, mengelilingi Kaabah..Ya Allah, Tuhan saja yang tahu perasaan saya kot. Even tak pernah nampak Nabi Muhammad dan pejuang-pejuang Islam yang lain, tapi berada di Rumah Allah tu buat saya insaf dan rasa perlu sama-sama “menyampaikan dakwah” juga. Itu tanggungjawab kita. huhuhuhu

Credit gambar: kmkulim

Artikel Popular

14 Thoughts on “Peristiwa Israk Mikraj, Sejarah Agung Umat Islam

  1. alhamdulillah kerana pernah menjadi tetamu Dia.peristiwa israk & mikraj ni bukan sekadar kena ingat tapi kena sedar betapa kasihnya nabi pada kita berhubung pengfardhuan solat :)

  2. thx for the link lizz
    very informative

  3. Pingback: Wordless Wednesday : Israk dan Mikraj. Sebarkan! | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  4. sama-sama lah kita ambil iktibar dari peristiwa Peristiwa Israk Mikraj ni

  5. Pingback: Perhimpunan Bersih 2.0. Korang Sokong? | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  6. Bagus lah dah pergi ke sana.. aku pon teringin nak ke sana jugak.. pasang niat je, Insyaallah terlebih2 duit tu, kalau dijemput, nak pergi =)

    yours
    SH

  7. arrayah.info – 28 Rajab – Hari Di Mana Umat Islam Kehilangan Perisainya (KHILAFAH)

  8. Pingback: Cabaran Menguji Kemahiran Berblog oleh Denaihati | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation