Perhimpunan Bersih 2.0. Korang Sokong?

bersih 2.0

Bersih 2.0 ni apa sebenarnya? Kempen pembersihan ke? Bersih 2.0 bukan sebarang kempen ya korang. Perhimpunan Bersih 2.0 adalah lebih tepat kot nak bagi korang mudah sikit faham. hahahahaha!!

Tapi, saya pun baru jugaklah tahu pasal Perhimpunan Bersih 2.0 ni. Itupun, lepas sibuk baca update kawan-kawan dekat Facebook. Apa yang havoc sangat ni ek? Entahlah. Mungkin sebab saya bukan aktivis politik kot. Itu yang blur-blur sikit bab ni.

Cuma, sebagai rakyat Malaysia. Saya rasa, saya perlu jugaklah ambil tahu pasal perhimpunan Bersih 2.0 ni. Ok, apa sebenarnya Bersih 2.0 ni dan tujuannya untuk apa?


Dengan berhimpun secara aman pada 9 Julai ini, warga Malaysia dari pelbagai latar belakang etnik, agama, dan politik akan meIaksanakan hak perlembagaan mereka secara demokratik dan aman supaya suara mereka didengari – Website Bersih 2.0

Ok, sekarang saya tahu sikitlah pasal perhimpunan Bersih 2.0 ni. Kiranya, pada 9 Julai 2011 nanti. Semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan agama akan berkumpul dan bersuara tentang hak-hak mereka. Tolong betulkan kalau saya salah. Please.

Hmm, mungkin tujuan perhimpunan Bersih 2.0 ni bagus. Penting untuk rakyat Malaysia. Saya doakan semuanya berjalan lancar. Cuma, 1 je lah harapan saya. Bak kata blogger famous Ridzuan Richie, tidak mahu hilang hak istimewa saya sebagai orang Melayu di Malaysia ini. huhuhuhu

Korang setuju ke dengan perhimpunan Bersih 2.0 ni? Maklumat lanjut, sila klik Facebook Bersih 2.0 di sini

p/s: Bersih 2.0 ingat. Bagus jugaklah. Peristiwa Israk Mikraj pun penting gak.hehehehe

Artikel Berkaitan

43 responses to “Perhimpunan Bersih 2.0. Korang Sokong?

  1. sebenarnya bersih ni tak ada kaitan dengan hak orang melayu tu…ia cuma meminta beberapa perkara untuk di laksanakan kerajaan supaya pilihanraya di jalankan dengan lebih baik dan adil…dalam tv banyak telah di selewengkan isu yang sebenar…

    cuma orang yang tak sokong kerana ia menggangu kehidupan sebahagian maysrakat yg tak menyokong..kerana gangguan lalulintas je…rusuhan tak ada…kelam kabut adalah sebab bila fru sembur gas pemedih mata maka para pendemo lari lintang pukang…itu sebenarnya jadi huru hara tu…

    keburukan cuma gannguan aktivviti orang lain sahaja…

    tahniah liza dapat 4pr…hehe

    • owh..ok. macam tu rupanya. thanks yusri sebab menjelaskan kat kite yg mmg buta politik ni.kehkehkehkeh!!! rasanya boleh buat kalau betul niat nya bagus. cuma, kena sesuaikan tempat nak buat perhimpunan tu lah kot. betul gak, kalau dah ganggu lalu lintas. dengar2 PM tak sokong ek?

      thanks gak. a’ah.tetibe dapat PR4 lak.ekekekeke

    • betul ke bersih 2.0 tiada kaitan dengan melayu? cuba kita kaji betul2 siapa dalang bersih 2.0

      INI ADALAH SENARAI TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC

      1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

      2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh… dikenakan tindakan undang-undang.

      3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

      4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

      5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

      6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

      7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

      8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

      9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

      10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

      11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

      12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

      13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

      14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

      Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!

      bersih 2.0 tiada lagi kaitan dengan melayu? adakah menyebarkan flayer utk menghidupkan kembali fahaman komunis itu tiada kaitan dengan melayu? adakah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh negara itu tiada kaitan dengan melayu? adakah “Malaysia” ini negara tercinta yang rata2 bukan penduduk berbangsa melayu?

      fikir fikirkan lah…jangan kita hanya melihat luaran saja.. bagi saya kalau betul nak hantar tutuntan tu tak perlu pun nak panggil ramai2 sampai jadi huru-hara.

  2. akak pun tak tahu ape ni sebenarnye, igtkan nak bersihkan bandaraya ke ape kan. tp mcm perlu ke berhimpun ramai-ramai? kot kang jadi riot pulak.. huhu

  3. yg jd kecoh tu slalu disebabkan provokasi. hairan kalau permit utk pihak umno diberikan berhimpun, tp utk bersih tidak diberikan.

    • Denaihati

      Tiada yg peliknya bila menjadi pemerintah pasti akan buat sahaja bagi menghalang apa yg pembangkang buat begitu juga pembangkang akan membangkang apa yg kerajaan buat. Normal tu cuma sensasi ahli politik je jadi macam tak normal.

      • ER~hmm, baru tahu yang Bersih ni pembangkang yg buat. patutlah PM tak sokong.

        Denaihati~betul. memang macam tulah jadinya. mana ada pihak yang mahu ditindas. lagi2 idea tu datangnya dari pembangkang.ok,faham dah 😉

  4. Sudah sampai masa rakyat malaysia menuntut hak yg adil.Setelah sekian lama tidak dilayan permintaan rakyat malaysia yang mahukan keadilan.Memang kita rasakan kerajaan kita sekarang ni sudah adil tetapi jika adil mengapa masih ada lagi bantahan? (sekadar pandangan)

    • hmm, sebenarnya faham dengan komen ni. tapi masih was-was dengan tujuan perhimpunan ni. mungkin sebab daripada pihak pembangkang. atau maybe sebab kurang ilmu politik ni. apa2 pun, semoga kesannya positif

  5. tak tau nak kata yg mana 1 betul, yang mana 1 tak betul..cuma harap sangat negara malaysia akan terus aman

    alangkah bagusnya kalau berkumpul ramai2 lepastu buat solat hajat kat masjid negara 🙂

    • *gelak tutup mulut* hehehehe!!! jawapan paling bagus antara banyak2 ni. hehehehe!!! tapi,negara kita ni nama je negara Islam tapi cara pemerintahan tak adalah islam sangat, itu yg sedihnya -..-

  6. niat mereka nak hapuskan politik berat sebelah.mungkin cara tak berapa nak betul..apapun,semua rakyat ada hak memilih.lagi-lagi orang muda yg belum daftar 🙂

  7. Tak sokongla bersih ni
    nanti apa kata orang luar pulak ye tak ?
    bukan ke ada cara ayng lebih elok untuk menyuarakan pendapat

  8. ntah la, tak taw la nak sokong kuning ke merah… 😀

  9. Berharap agar ianya menjadi acara yang terkawal kerana tujuan yang murni dan tidak dipropagandakan atau diselewengkan bagi tujuan peribadi dan politik.

    Elok diisi dengan program motivasi, ceramah dan pameran Sejarah negara… agar dapat membangkitkan semangat nasionalisme dan patriotisme rakyat.

    Tapi kalau diisi dengan hamburan caci maki, fitnah-memfitnah, memburukkan antara satu sama lain, membangkitkan isu perkauman dan politik… itu tidak BERSIH…

    baik kempen BERSIH kan alam dari pencemaran. Beribu atau juta orang yang datang, pungut sampah dan gotong royong… baru BERSIH

    • kalau caranya betul,oklah kan.tapi,risau lah kalau ada udang disebalik mee segera ni.huhuhuhu. harap sangat 9 julai tu tak jadi perkara2 buruk. bila dah berkumpul ramai2 ni and tak dapat persetujuan PM ni bahaya jugak

  10. Kalaulah kerajaan betul2 nak gunakan semuala ISA, kan bagus. Bagi saya, perhimpunan bersih ni hanya bermotif politik tanpa memikirkan rakyat. peniaga terpaksa tutup kedai hari tu kerana takut barang-barang mereka dicuri/rosak. Kalau nak ke KL pun, kena pastikan tempat nak pergi tu bukan laluan kumpulan ni. Nanti tak pasal-pasal duduk dalam kereta.

    • kan?rasanya macam tu jugak. pentingkan diri sendiri. ada ke dia tanya peniaga2 tu setuju ke tak jalan ditutup ke apa…hmm, susah jugak wat camni.

  11. juang menentang korapsi
    tapi kompom dalam ramai2 akan ada yang radikal. tengok ja la nanti macam mana gaya

  12. setiap sesuatu ada hikmahnya

  13. apa pun aku masih was-was lagi dalam hal ni.kalau betul nak buat pon harap2 tak ada kejadian buruk.aku sayang tanah air aku.aku tak suka sesama kaum Melayu dan sesama agama bermusuh hanya dsebabkan beza fahaman politik.pd pendapat aku lbh sesuai buat d mana2 stadium aje, xperlu berarak dr KL ke PJ..takut ada perkara xbaik berlaku.risau tu tetap ada..(pndapat aku je)tapi yg paling aku risaukan ialah penganjur Ambiga tu sbb aku teringat 11 tuntutan yg pernah dia buat & kes lina joy.MM kalaulah….

  14. kalau dekat, aku gi. Kalau jauh. Aku tengok tv ajela..

  15. gno

    tolong bagi bukti pilihanraya x adil x suka la tuduh tanpa bukti

  16. Nas

    harap2 prhimpunan ni jgn jd mcm kat mesir ngan libya sudah…asal kecik2 tapi bila org luar amek kesempatan jd benda len pulak…jgn la ak tkot xsempat kawin

  17. Pingback: Perhimpunan Bersih Buat Semua Orang Jadi Susah? | Cerita Sensasi

  18. pembangkang buat perhimpunan sbb rs pilihanraya sebelom ini x telus ke..kalau tujuan pembangkang buat perhimpunan ni baik blhlah diteruskan tp jgn ada niat selaik batu pulak

    isk..x suka betul kalau sesama islam bermusuhan disbbkan parti politik..

  19. Pingback: Perhimpunan BERSIH 2.0 : Titah Khas Yang di-Pertuan Agong | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  20. Pingback: Pandangan Tentang Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011 | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge