Korang Ada Masalah Dengan Roommate?

Isu Masalah dengan Roommate bukan perkara baru kot. Rasanya, kalau korang pernah stay dekat asrama. Mesti dah biasa dengar. Masalah dengan roommate ni ada macam-macam ok. Tapi, bukan semualah yang “bernasib baik” dapat rasa pengalaman ni. Orang yang terpilih je lah.hahahaha!!!

Jangan main-main. Pengalaman berharga tuh hoi. *gelak perli sikit*

Ok, sembang pasal orang lain memang bukan cara saya. Jadi, untuk membebel pasal isu masalah dengan roommate ni, better saya cerita pengalama saya sendiri. Nanti korang cerita ceritalah pengalaman korang dengan roommate korang pulak. hahahahaha!!

Saya tak nak dapat dosa bercerita pasal orang lain woo. hehehehe!

Ok, Saya sambung. Masalah dengan roommate ni pada saya..bukan benda yang kita boleh buat-buat tak nampak je. Kamonlah. Nama pun roommate. Kita duduk dalam 1 bilik ok dengan dia. Mestilah “mental” sikit kalau ada problem dengan roommate ni.

Tapi, saya alhamdulilah tak adalah kronik sangat. (ini, kalau ex-roommate saya baca entry ni. Namanya saya kena redha ek. hehehehe!)

Masa saya di Kolej Matrikulasi Melaka dulu, tak dikira roommate lah sebab dalam 1 bilik berempat kan? Tapi dekat KMM ni saya tak ada langsung problem dengan housemate. Alhamdulilah. Even kepala ada 4 (hahahaha) tapi semuanya boleh bertolak ansur. Serious best!!!

Masa dekat UKM, Bangi pulak. Ada sedikit masalah dengan roommate. Saya tak sure, adakah sebab orang Johor dan roommate orang Kelantan yang buat we all macam susah nak rapat. Eh, tapi tak bergaduh tau. Nope. Cuma, kami tak “kamcing”. Dia dengan life dia, dan saya dengan life saya. Mungkin roommate saya tak selesa sebab cara saya yang agak kasar (memang ramai Johorean agak kasar tapi kasar bukan bermaksud hati kami jahat woo.hehehehe). Entah, saya tak sure. Tapi, kami tak begaduh. Tapi, tetap boleh diklasifikasikan as MASALAH DENGAN ROOMMATE gak kot. hahahaha!!!

Ok, Lepas tu saya pindah UTM, Skudai. Tahun pertama dengan roommate yang juga Johorean nampaknya best gila. Kami sekepala. Even dia lemah lembut tapi dia boleh terima cara saya yang agak kasar sikit. Tapi, bila masuk tahun ke 2, dah start lah ada MASALAH DENGAN ROOMMATE!! hahahaha!!! Silapnya apa? hmm, jap bagi saya ingatkan balik. hahahaha!!

Ok, masalahnya start bila roommate saya macam “culture shock sikit. Semuanya start bila dia kenal dengan sorang lelaki. Mula keluar malam-malam, balik pagi-pagi, mula nak melaram, and senang cerita totally bertukarlah style dia tapi tapi tapi.. (ok, sila faham sebab saya dah sebut CULTURE SHOCK tu ok) Sejak dari tu, saya tak boleh nak ikut cara roommate. Bukan sebab perkara-perkara yang dia buat tu, tapi cara dia berubah tu yang saya macam tak berapa nak selesa. Ok, MASALAH DENGAN ROOMMATE start!! miahahaha!!

Tak tahan dengan dia, saya duduk pulak dengan kawan yang lain. (kebetulan, dia pun ada masalah dengan roommate yang lama. hahahaha!!), Yang ini paling best. Saya dah buktikan yang cerita-cerita merepek yang kononnya Johor dengan Terengganu/Kelantan tak boleh klik tu palsu. hehehehe!!

Roommate baru saya orang Terengganu yang sangat Terengganunya. hehehehe!! Maksudnya?? Dia lemah lembut, melawa, pemalu and seangkatan dengannya lah. Tapi, tarahal. Sebab dia hormat cara saya dan saya pun tarahal dengan cara dia. Masing-masing ada personaliti diri kan??? Dia hormat saya, jadi saya hormatlah dia. Kekal sampai 2tahun dengan roommate yang ini.

Selesai. Korang ada cerita or masalah dengan roommate tak?

Pada saya, masalah dengan roommate ni memang dah biasa. Boleh kena dekat siapa-siapa je. Cuma, kena bijak lah nak handle situation jangan sampai jadi lebih teruk. Paling penting bila duduk sebilik dengan orang lain ni kena banyak bersabar, pandai respect kawan kita tu, jangan rude, jangan gunakan alasan dia roommate kita..jadi kita boleh guna barang dia sesuka hati ar. Pandai-pandailah jaga diri. Iye dak?

Kalau roommate yang jenis berkahwin masa belajar pulak macam mana??? hahahaha!!!! Mesti korang ada cerita lain 😛

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

20 responses to “Korang Ada Masalah Dengan Roommate?

  1. Ohmaaaaiiii *culture shock* k.hahahaha :p

  2. Dah duduk dengan orang lain tu kan, kenalah pandai untuk menyesuaikan diri dan bertoleransi kan? Tapi dah keja ni, baik kita jangan cari roomate. Rumah saya hampir dicuri segala perabot kerana roomate tu ingat saya takde kat rumah. Susah dapat roomate panjang tangan. Dah ler duduk free.

    • erk???? perabot pun roommate nak curi??? teruknya dunia!!!huwaa!!! so far, saya tak pernah ada problem curi2 ni dengan mana2 roommate cuma macam2 ragam tu biasalah -..-

  3. DD

    culture shock part paling payah skli nk handle..

  4. roomate saya best!

    Gado gado tu memang biasa la terjadi kalau dah rapat.wakaka,

  5. hoho tajuk menarik ni.

    pernah sebilik dengan roomate yg suka letak merata2 stokin dia. bau? pergghh…punyalah tengik sampaikan terpaksa spray perfume seluruh bilik. dia lak boleh buat dunno je macam takde perasaan.

    lagi sorang suka melalak nyanyi lagu tengah2 malam. spesies susah nak tido malam tapi senang tido siang. kalau nyanyi betul2 takpe, tapi sengaja buat2 suara sumbang. aku balas dgn pasang lagu metallica kuat2 haha. tapi dia tak dengar sebab guna headphone huhu.

    pengajaran kepada sape2 yg masih belajar tu ye 😉

    • aku terus gelak baca komen kau ni wei!!hahahaha. aku dapat rasakan kesengsaraan kau. huwaa!!! stress if dapat roommate yg pengotor camni. mmgla simple je..iyelah stokin tapi not nicelah kan kalau dah ada roommate nk wat camtu. pasal roommare suke melalakdgr lagu ni pun dah biase aku dengar. aku pun sama. ade gak prob!! menyakitkan hati tp masih boleh kawan kecuali time musim exam -..-

  6. meo

    wah… meo pun penh ade mslh yg same gak. tapi tulah… susah nk settle..

  7. perempuan maybe la suka berkongsi perasaan. kalau dok asrama smo laki dulu, saya pendam je srg2. abes sgt nk lepas pon time main ptg2. huhu

    • tapi lelaki cakap lepas time tuh jugak kan? jarang ada problem kot. ntah, so far xader lak dgr my fren yg laki problem berat ngn rumet. gurl ni suke ckp belakang. boring woo.hahahaha

  8. ken

    saya tak pernah ada roommate problem, coz saya selalu tinggal bersendirian 🙂

  9. gadisss

    xpnh klik ngn mn2 rumet kecuali rumate 1st year degree, tu pon maybe sbb 1 kuliah. xtau ape mslh tp mybe aku bkan sorg yg peramah, hoho

  10. masalah jugak kalau dah berubah…
    tu lah masalah sebenarnya…

  11. biasalah tu..perempuan..haha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge