Isu Blogger: Kualiti Atau Populariti?

Dunia blogging memang best kalau kena gayanya. Cuma,kalau silap langkah. Memang naya. Makin lama, makin banyak betul blog. Rasanya macam semua orang dah start nak ada blog sendiri. Personal atau tujuan bisnes tu biasa dah kita dengar.

Cuma, sekarang ni makin lama makin pelik-pelik pulak blog yang ada.

“Peranan blog” entah kemana-mana. Blog pada dasarnya kan untuk kita hebahkan informasi kepada orang ramai dan berkongsi pandangan bersama. Kan? Tapi, kalau korang semua perasan. Sekarang ni, blog-blog yang ada bukan more to untuk tujuan share informasi.

Tapi, masing-masing nak mengejar populariti. Mengalahkan artis lagaknya.

Saya tak kata semua. Siapa yang buat, dia mesti terasa pedasnya. Ikut logiklah kan. Saya memang tak ada hak nak complaint itu ini. Sebab, saya tahu. Dunia blogging ni luas. In fact, cukup luas. Hak individu nak tulis apa dalam blog beliau.

Tapi, kalau dah semua bloggers nak kejar populariti. Erk, tak ke kacau bilau?

Ok. Tipulah kalau saya cakap yang saya tak suka dikenali ramai. Pleaselah. Be honest. Mana ada manusia yang yang tak suka dan gembira bila dipuji? Ada?? 1 dalam 10000000000 juta. hahahaha!!

Cuma, pada saya. Some bloggers masa kini (saya tak kata bloggers lama atau baru ya) terlalu mengejar populariti. terlalu suka dan memaksa diri untuk “beri” something pada orang ramai dengan harapan mintak dipuji. Baca betul-betul. Saya guna istilah MEMAKSA DIRI.

Hmmm, best ke macam tu?

Buat blog bukan untuk kepuasan diri tapi macam dah jadi hamba abdi untuk mintak dipuji setiap hari.

Sakit memang sakit bloggers macam ni. Kalau korang bloggers baru (saya tak kata otai ya. Jangan salah faham aww), maybe korang tak perasan fenomena bloggers mengejar populariti ni. Tapi, pada bloggers yang dah berada dalam dunia blogging ni sejak 3 atau 4 tahun lepas, mesti perasan perkara ni. Setuju?

Berbeza betul.

Honestly, saya pun ada pandangan saya sendiri. Saya boleh bezakan bloggers tu menulis blog dia untuk tujuan apa. Samada memang dia memang menulis, jadi dia tulis blog. Ini, memang saya kagum. Ada bloggers tu, singgah blog dia kita tak dapat apa-apa selain “instant information” yang dia ambil daripada mana-mana source, lepas tu langsung tak credit pada penulis asal tapi dia punya cara PROMOTE entry tu seolah-olah dia yang karang pulak. Sikit pun saya tak respect. Sorry -..-

Tapi, bloggers macam di atas ni boleh tahan lagi. Bloggers yang jenis nak cari populariti ni, cara dia agak pelik sikit. Dia suka “cari pasal” dengan orang. Sengaja. Sebab dia tahu, denga cara tu dia boleh cepat dikenali. Aduh, puas ke jadi blogger dengan cara macam ni??

Hmm. Malas lah saya nak tulis lagi. Harap tak ada yang terasa (im sure mesti ada, jadi minta maaf awal-awal eh.hehehehe). Saya just menulis mengikut pemerhatian saya je. Mungkin salah da mungkin betul. Up to you. Mungkin korang ada pandangan lain. Share lah.

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

48 responses to “Isu Blogger: Kualiti Atau Populariti?

  1. Wah, macam meluahkan perasaan tak puas hati pada seseorang je ni. HAHA tapi sekarang ni bukan setakat nak kejar populariti, semua dok sibuk nak tambah follower la, itula inila, macam tak best dah~

    Kalau dulu, rasa macam ukhuwah antara blogger tu best gila, tapi sekarang macam tak berapa dahh.

    eh mende la zida ngarut ni~

    • eh tak lah. ni entry beri pendapat.hahahaha!! populariti tu sebenarnya akan datang sendiri kalau blog kita tu memang layak dapatkannya n kita boleh gak lah cari populariti sendiri if memang nak sangat popular.hehehehe tapi biar “senonoh” sikitlah kot.hehehehe

    • hoho biasa jer tu…aku pun kadang kala macama tu

  2. Assalam…saya baru blogging 7 bulan…tak tau sgt beza bloggosphere 2-3-4 thn lepas…

    tapi totally agree laa dgn kenyataan blogger skrg mostly mengejar popularity.yerlaa dh boleh masuk majalah…huhuhu.

    Soal yang ciplak2 tuu…penat dah tgk…ramai kot yg abaikan sumber/refference asal,(skali buat DMCA baru tau)huhuhu…

    and lastly yg cari pasal pun satu hal,terlebih nakal kih3.macam2…

    • salam, part masuk majalah dengan niat nak promot blog atas dasar bisnes rasanya semua boleh faham. tarahal yang itu. tapi,kalau sebab nak popular tu yang saya maksudkan PEPELIK tu.ekekekeek. but. ntah dah memang ada yang suka.xtau nak kata apa.

      blog yg ada dalam majalah tu,sy xsure bloggers kene apply or editor majalah yg mmg suggestkan blog diorang.if suggest,maksudnya blog tu mmg layak. itu bukan personaliti yg sengaja dicari. itu bagus.hehehehe. *awat xder orang nak masukkan blog kite dlm majalah ni????kahkahkah

  3. zik

    nak cari yang betul2 kualiti memang susah…yang instant sekarang nih dah ramai….

  4. Part menjadi hamba abdi tu memang setuju..
    Tepat.

  5. dulu start blogging bulan 11 tahun lepas. awal2 dulu mmg akui suka nk cr populariti dgn cara join kontest, lepas tu buat tajuk2 yg kontroversi. biasa lah, xdidedahkan lg dgn etika berblogging. yg dok cr just keyword camne nk naikkan trafik je. skg ni just nk maintain on niche blog je πŸ™‚

    • ER, kalau macam yang kau sebutkan atas ni aku rasa tak salah. itu memang cara n usaha kita untuk blog. populariti yang aku maksudkan ni more to tuan blog yang “over”. pada aku, if blog kau mmg bagus, and orang memang suka. secara xlangsung orang akan ingat kan, respect kau n populariti tu akan datang sendiri. itu tak apa.bagus. tengok bro denaihati. tu salah seorang blogger yang aku cukup respect.hehehehehe

  6. kejar populariti, kerja duit, semua itu lebih dari nak share pendapat peribadi yang berkualiti dalam blog.

  7. Dulu berapa kerat sangat blogger tapi hari ni setiap hari ada je blogger baru jadi bila dah ramai ragamnya juga macam-macam itulah warna warni blogger Malaysia.

  8. bagus kalau ada kedua2 ciri tu
    kualiti + popular..btw ni pulak sebaliknya pulak
    tak kan habis benda macam ni..hmm

  9. takde masa nak kejar populariti.. kejar alexa rank lg bagus.. hehe..

  10. salam..saya antara yg baru kenal dunia blog & saya setuju,ada yg gunakan cara yg agak tak sopan utk jadi terkenal.sampai tahap memburukkan seseorang.pada saya benda ni patut dielakkan sama ada yg baru atau lama πŸ™‚

    • salam, wah congrats izwan. berani mengaku salah. tak apa, memang biasa macam ni if baru2 jadi bloggers. next time jangan buat lagi ok. kita kena try ikut blogger2 yang dah berjaya dengan cara mereka yg “bersih”. not me but others.hehehehe. good luck izwan!

  11. blogging ni tak salah nak jadi popular.. tapi biarlah benda tu dtg dengan sendiri nya.. jangan dikejar sangat..

    biar orang lain yg anugerahkan sendiri.. popular tak menjanjikan pendapatan yang stabil dengan blog, lagi-lagi dengan sebuah blog saja.

  12. ST

    Aku blogger yg giler populariti… dasat tak pengakuan? wakaka…

  13. stuju. Part populariti. Hehe. Ak dah lama dah. Naik skt2. Dkat 3thn dh.. Skrg blogger bru smua lg tknl dr ak. Wahaha,. Lma btol ak mrgkak.

    • aku dah 4 tahun. lagi lama!!hahahaha. biar lambat,tapi kita dapat experience lebih banyak sikit.ehehehehehe. kalau nak cepat naik, boleh tapi segan. tengok orang lain buat pun aku segan,inikan pulak nk buat sendiri.ekekekeke

  14. salam.pada pendapat aku blooger yg kejar “FOFULARITY” dgn pi maki hahun pendapat blogger lain..ini memang tak patut..
    pada aku senang je..iktkan aku punya prinsip blogging ni..aku punya pemegang password blog aku..so..sukakaki aku la nak tulis apa..tak gtu..
    hehe..peace ..

  15. bagus artikel ni..
    lizarazak tak payah kejar populariti dah..
    sbb dia mmg dah popular. πŸ™‚
    tahniah..tahniah..

  16. meo

    tak slh kite dua nie mempunyai usia blogging yg same. meo agak memilih gak nk layan blog org2 nie. meo suke blog yang nampak die betul2 ikhlas blogging. maksudnye, bukanlah nampak sgt posting kejar trafik sana sini.

    Lg 1 meo tak suke bile blogger dulu xfeymes kwn2 ok je, dh feymes, meo sudah tidak dipandang dh… cedih… “siapa sbnrnya aku padamu, mungkin sama dgn teman lain yang bisa kau buat begini…”

    tp, mcm blog nie liza ni, meo suke… berkualiti dan cute πŸ˜€

    • semua blogger suka tengok trafik blog dia naik. mmg rasa dihargai. tapi, sebebnarnya trafik ni kene belajar jugak caranya, kalau dah tahu mmglah tak sesusah mana. yang penting belajar.

      kalau nk dapat trafik dr populariti pun boleh tapi macam xada kepuasan sangat kot. for me lah. biar populariti tu datang sendiri. bukan kita yang sibuk kejar -..-

      statement last tu, comel yek!!hehehehe

  17. aku perasan gak (bukan jejaka perasan :P) ramai bloggers yg nak kejar populariti. entri biasanya kosong, takde input atau faedah yg kita dapat walaupun sikit

  18. entry best tapi entry ni x abis bile dah baca feeling tup tup abis…adesh baru nak feeling

  19. manusia liza, kita cuma manusia biasa

  20. sekarang memang banyak tapi,memang menakutkan ramai yang mengejar populariti..termasuk aku nih huhuh..tapi diorang banyak ada imuniti tersendiri ler….

  21. sebab terikut jugak ..kadang-kadang nih…

  22. Blog lizz pun kena curi content juga ke?
    Saya ada terjumpa satu blog ni yang keja dia mencuri content dari SBC. Curi bulat-bulat pulak tu. Semua post dia curi, macam SBC tak boleh jumpa dia di alam maya ni.
    bagi saya blogger yang mengejar populariti ni tak lama. buat post sendiri pun tak tahu, kalau dah lama-lama orang perasan tu nanti, mesti pengikutnya akan lari. Dah tegur dalam komen, masih buat jugak. Sakit hati betul tengok blogger macam ni.

  23. biasalah tu. nama pun blogger. bagi aku semua blogger sama aje..

  24. lama ka baru ka aku tengok lebih kurang sama ja semua..semua gila trafik..manipulate tajuk n keyword..semua sebab syarikat iklan blog yang makin bercambah..masing2 konon nak cari duit dengan blog..

    dulu, blog lama aku dekat blogspot (born august 2009), aku camtuh gak..profit oriented..blog post semua stok nak catchy ja..last2 hilang feel..

    blog sekarang, just untuk kepuasan diri..more into personal..sebab tuh aku create identiti lain..from strangers to strangers..sedap sikit menulis bila orang tak kenal..tak ada maruah yang perlu dijaga..hahahha..

  25. sebenarnya blogger yg baik dan buruk ,tetap popular

    blogger yg baik popular sebab dia bagus,blog ada isi menarik dan berkualiti dan sering kongsi ilmu.oleh itu orang sentiasa doakan kebaikan dia maka dia bertambah popular.

    blogger yg buruk dia pun popular sebab suka pecah belahkan orang atau mencuri isi blog orang.dan dia lebih popular sebab orang sering bercerita keburukan dia.bila ramai sangat bercakap,jadilah doa.malanglah orang yg macam ini.

  26. aku dah berblog lebih kurang 2 tahun, mmg perasan fenomena ni.
    dulu lain tak macam skg.

    eh, aku dah berblog 2 tahun, asal tak popular ek? #troll

  27. usahkan blogger, dalam FB pun ada kateria blogger macam tu, semalam baru perasan si polan mention nama-nama sekian..

    all fake, insyallah hari-hari ada sesuatu yang baru.. macam colorland (banyak warna) macam tu juga kita πŸ™‚

  28. hm… sungguh benar bagai di kata… blogger sekarang nk berblog nak dptkan duit je…

    mungkin kerana skrg zaman inflasi…

    org sngt terdesak memerlukan duit…

  29. Pingback: 4 Sebab Kenapa Anda Perlu Sukakan Blogging | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge