Harta Paling Mahal Yang Susah Dimiliki Hari ini Ialah Kejujuran Bukan Perodua Myvi Baru Itu!

Perodua Myvi Baru memang tengah hot sekarang kan? Perodua Myvi Baru pun ada diceritakan di dalam blog Denaihati. Perodua Myvi Baru memang smart tapi saya masih sayang dengan Myvi lama saya. hahahahaha!!

Eh, tapi saya bukan nak ajak korang borak pasal Perodua Myvi baru tu. Nope. Saya nak ajak sembang pasal harta yang pada saya lebih susah dan lebih mahal harganya berbanding harga Myvi Purple tu. Apa? Harta yang saya maksudkan itu ialah KEJUJURAN.

Orang kaya boleh petik jari  dan keluarkan duit dari bank dan bolehlah beli Perodua Myvi baru tu. Tapi, adakah orang kaya yang sama ini boleh pergi bank, tulis check dan beli KEJUJURAN?? Boleh??? Sah-sahlah tak boleh betei.

Saya pun rasa KEJUJURAN ni susah kita nak miliki. Tidak semudah memiliki Perodua Myvi baru yang pastinya.Ok, saya listkan situasi-situasi yang maybe related dengan soal KEJUJURAN dalam hidup kita hari ini ok. Cuba baca, mana tahu korang pun ada yang terkena. hahahaha!! *Sengaja cari gaduh sungguh -..-

1. Suami isteri.

Lepas mencari jodoh yang dia inginkan, perempuan ini nampaknya mash gagal. Kawan-kawan sudah mula menghina itu ini. Jadi, demi mempertahankan maruah diri yang nampak macam tak laku tu..dia ambil jalan mudah. Ok, berkahwin dengan lelaki yang dia tidaklah cinta mana pun dan bukan pilihan dia sangat pun. Asalkan berkahwin, selesai masalah katanya. Ok, dia berkahwin, bergelar puan tapi dalam hati dia tidak gembira langsung sebenarnya. Mana KEJUJURAN dengan diri sendiri ya?

2. Ibu bapa

Semua ada ibu bapa kan? Lainlah saya, ayah dah meninggal dunia. Ok, ibu bapa kita ada cara mereka tersendiri nak didik anak-anak. Mereka ada kehendak sendiri nak tengok anak berjaya dengan pilihan mereka. Kalau nasib kita baik, kita akan dapat ibu bapa yang tidak campur tangan untuk pilihan hidup kita. Samada tentang kerjaya/jodoh/hidup kita. Tapi, ada juga ibu bapa yang 100% mahukan anak-anak “ikut saja cakap mereka”. Semua mereka yang tentukan. As anak, yang sayangkan ibu bapanya mesti kita akan ikut saja “arahan” tu tapi celah mana datangnya KEJUJURAN kalau dalam situasi macam ni??? Ada??

3. Pasangan Kekasih

Kalau dah sayang, apa saja pun kita akan ikutkan saja. Buat apa pun, kita tak nampak salahnya. Apa pasangan kita mahu, kita ikut sahaja. Bila dia tanya “eh ok ke kita makan dekat sini.Ke u nak makan dekat tempat lain?”. Kita pun jawab “eh i ok je. I TAK KESAH makan dekat mana-mana pun.” Dalam hati, “Dah tak ada tempat lain ke nak bawak aku makan?” . Ok, korang pernah buat?? Saya pernah!! hahahaha!! Dari mana pulak datangnya KEJUJURAN kan??? Memang tak lah!!!

4. Kawan

Ini kesalahan yang paling kita selalu buat silap. Paling kerap kita “mendera” diri kita sendiri. Menipu dengan harapan kita tidak akan menyakitkan hati kawan-kawan. Sudahnya, hati kita yang sakit betei. Kawan kita buat salah, kita cakap “suka hati kaulah, aku tak kisah pun kau buat apa-apa.janji kau suka”. Dalam hati yang paling dalam, kita nak jugak nasihat kawan kita tu sebenarnya tapi berapa ramai sanga antara kita yang berani nak berlaku JUJUR sampai camtu sekali. Susah. Tapi, sekarang saya tengah belajar untuk menjadi jujur dengan kawan-kawan. Niat baik, kalau mereka tak boleh nak terima. Terpulang.

5. Social Networking

Musim berfacebook dan bertwitter sekarang kan? Ramai kawan-kawan baru kita kenal. Seronok memang seronok. Semua orang puji kita itu ini, ada pulak yang guna term “RETIS”. Tak payah nak jadi artis dah sekarang ni kalau nak popular. Orang suka cara kita, diorang pun puji melambung-lambung. Tapi, JUJUR ke semua orang yang memuji kita tu? Wallahualam. Susah nak judge orang alam maya ni kan?

Penatlah!! hahahaha!! So, macam mana? Korang ada terkena dekat mana-mana tak? hehehe! Sorry. For me, as manusia biasa ni kita memang tak boleh jadi perfect tapi sejak akhir-akhir ini saya belajar 1 perkara ; Kalau mahukan hidup kita bahagia, JUJURLAH dengan apa saja yang kita lakukan. Sekian.

p/s: Jangan  lupa saksikan episod 1 Drama Dewa Cintaku lakonan Fasha Sanda dan Iqram Dinzly

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

11 responses to “Harta Paling Mahal Yang Susah Dimiliki Hari ini Ialah Kejujuran Bukan Perodua Myvi Baru Itu!

  1. jujur? susah nak tulis. sebab ia macam ikhlas… susah nak kenal. hati sendiri je yang boleh jawab…

  2. anak2 pon tak ternilai bagi sepasang ibu bapa mcm saya 🙂

  3. myvi Purple 2 saya pun tak mampu beli, sah2 anak orang biasa tapi kejujuran juga susah kita nak mencari, maka berbalik pada diri sendiri, bila kita jujur balasannya jujur juga

    • tak jugak. dunia sekarang carca marba. orang baik belum tenty dibalas baik. orang jujur pun macam tu tapi tak apalah. Janji Allah masih ada 😉

  4. Kejujuran tu memang tak boleh dijual-beli sebab kita tak nampak dengan mata, hanya kadang-kadang nampak dengan hati. Dah berkahwin tu sepatutnya tak simpan rahsia antara pasangan. Kalau tidak nanti rosak masjud yang baru dibina.

    • sepatutnya.tapi percayalah ramai sangat yang berkahwin bukan dasar sayang. nafsu pun iya dan tuntutan dunia pun iya. tapi bukan semua perkahwinan.

  5. Dasat laa…. di sebalik citer pasal kejujuran….KEYWORD MYVI BARU sure hinggap kat blog nie kan…bijak2x

  6. bab jujur ni, susah nak cakap la..susah nak ditafsirkan..banyak sangat kekangannya..

  7. harta yang paling berharta ialah IBUBAPA 🙂
    Promosi Hari Raya Aidilfitiri 2015 Perodua´s last blog post ..Promosi Hari Raya Aidilfitri 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge