Hari Susu Sedunia. Baru First Time Dengar!!!

Hari Susu Sedunia ? Sejak bila ada sambutan macam ni? Hari Susu Sedunia baru saja disambut atau Malaysia yang terlambat? Hari Susu Sedunia . Baiklah, Sebenarnya saya sendiri tak tahu cerita. Jadi, marilah kita sama-sama mencari info. hahahaha!!!

p/s: Sumpah, saya tak tahu menahu pun pasal Hari Susu Sedunia ni. Salah saya ke atau salah media massa yang kurang promosi? Sibuk sangat isu Video Seks Anwar Ibrahim sampai event yang sepatutnya diwarwarkan lupa nak promote?? hahahahaha!

First, saya search di Google dengan keyword “hari susu sedunia” dan ini antara website/blog yang pakcik Google beri dekat saya. bahahaha!!! So, meh kita baca sikit apa info yang kita boleh dapat sempena Hari Susu Sedunia ni ok. Jom!!

Sambutan Hari Susu Sedunia (Website Rasmi Dutch Lady)

Buat julung-julung kalinya, rakyat Malaysia bersama dengan negara-negara di seluruh dunia menyambut Hari Susu Sedunia yang diadakan pada setiap 1 Jun sebagai dedikasi khas terhadap kepentingan susu. Sambutan yang diketuai oleh Dutch Lady Malaysia bertemakan ‘Hari Susu Dutch Lady’ tersebut adalah hari susu pertama yang pernah disambut di negara ini di mana pada hari ini sahaja, 50,000 pek susu Dutch Lady diagihkan secara percuma kepada rakyat Malaysia di seluruh negara. Semua ini adalah sebahagian daripada kempen ‘Menyebarkan Kebaikan Susu’ yang dianjurkan oleh Dutch Lady sebagai tindak balas terhadap penyelidikan yang menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia hanya meminum susu sekali dalam tempoh dua minggu atau sebulan.

Berucap di majlis pelancaran, Encik Laarakker menyatakan kepentingan sambutan Hari Susu Sedunia tersebut bagi Dutch Lady dan Malaysia. Beliau berkata, “Kami sesungguhnya amat berterima kasih kerana selama 50 tahun kami telah diterima sebagai sebahagian daripada Malaysia, khususnya sebagai peneraju pasaran dalam kategori Susu Untuk Membesar serta produk-produk susu cecair. Oleh itu, sebagai sebahagian daripada sambutan ulangtahun ke-50 Dutch Lady di sini, kami telah memutuskan untuk menerajui usaha mendidik warga Malaysia berhubung nilai dan manfaat khasiat susu melalui kempen ‘Menyebarkan Kebaikan Susu’ ini.

Selanjutnya, klik di sini

Sambutan Hari Susu Sedunia (Website Promosi Kesehatan, Indonesia)

Peringatan hari Susu Sedunia diperingati setiap tanggal 1 Juni di seluruh dunia untuk mengingatkan masyarakat luas akan manfaat dari susu. Pencetus ide Hari Susu Sedunia adalah Badan Pangan dan Pertanian PBB.

Di Indonesia, perayaan hari Susu Sedunia didukung oleh berbagai lembaga negaradan organisasi seperti Departemen Pertanian, Departemen Kesehatan, Kementrian Negara Pemuda dan Olahraga, Dewan Persusuan Nasional, Gabungan Koperasi Susu Indonesia, Kelompok Peternak Sapi Indonesia, Industri pengolah Susu dan Perwatusi dan banyak lagi.

Kampanye Minum Susu 2008 yang digelar di Tennis Indoor Senayan Jakarta ini ditandai dengan kegiatan Kejurnas Bulutangkis Usia Dini yang diprakarsai oleh Tetra Pak Indonesia sejak empat tahun yang lalu agar masyarakat sadar akan pentingnya manfaat susu bagi tubuh dan peran susu bagi perekonomian Indonesia.

Selanjutnya, klik di sini

Gambar Sambutan Hari Susu Sedunia (Blog ciklilyputih.com)


hari-susu-sedunia1

hari-susu-sedunia

hari-susu-sedunia

Credit gambar : Blog Cik Lily Putih

Ok, Saya tak dapat info Asal usul Hari Susu Sedunia ni lagi. Jadi, saya search guna keyword English pula. hahahaha!! “Happy World Milk Day“. Jadi, ini yang saya dapat. Tapi, saya stress ya sebab…cubalah korang klik balik 3 link yang teratas (dalam gambar). Tengok apa yang korang dapat??hahahaha!! Kecuali, blog Daphne Iking tu lah. Just, alahai..tak dapat jugak info berkenaan Asal Usul Hari Susu Sedunia!!!  Mana nak cari daa???? Korang tahu???

happy-milk-day

Artikel Berkaitan

30 responses to “Hari Susu Sedunia. Baru First Time Dengar!!!

  1. saya suke susu.. hari ni saya nak minum susu.. 😀 weee

  2. Dutch Lady bagi susu free tu saya tahu…

  3. saya pun baru tahu… susu kambing tetap di hati

  4. hari susu sedunia ek…heee aku ni org paling tak suke minum susu..wekkk..ahhaha…ms aku sakit dulu jek TERpaksa telan susu tetiap hari…=.=’ skang aku da stop minum dh..kalo umi aku bebel baru aku minum balik heee

    • hah, mmemang ada orang yg tak suka minum susu. in fact, bau susu pun langsung tak boleh.hahahaha!!! aku plak,suka minum susu sangat2. susu unta paling best!!

  5. mari kita minum susu, yeah! =)

  6. dulu tak suka sangat susu…last minum pun lepas brceria susu ngan mak..pastu sekarang dah mula minum balik ngah diet and n tambahkan kalsium balik

  7. teringat zaman sekolah rendah beratur amek susu UHT subsidi..hahaha

  8. kat worldmilkday.com ada citer asal usul kot

  9. Pernah je dgr, cuma kekadang tak ingat dan tak perasan. Dulu kalau tak salah, sempena hari susu sedunia ni, ada perhimpunan minum susu dekat area KL. Blh dapat susu free… wah… kalau ada lagi, nak gak join…
    Sedap tu susu, baik utk tulang, boleh elak esteoprosis terutamanya untuk wanita…

    • diorang bg susu free 31 may tu kat pavillion.huhuhuhu. terlambat.hahahahaa!!! tak pernah dengar plak. maybe sebab Malaysia baru sambut kot.

  10. Dulu masa kat sekolah selalu dapat susu. tapi susu sekolah tak sedap, lagi best susu jual kat kedai ni.

  11. baru saya tahu ada jugak hari susu sedunia ye?..

  12. Abdul Halim

    aslmualaikum…
    susu mmg makanan brkhasiat slain madu, habatu sauda (jintan hitam) kurma, minyak zaitun…dan yg paling peting bila kita minum susu niat utk ikut sunnah nabi muhammad, mana tahu dgn minum susu utk ikut sunnah dpt duduk skali dgn nabi kt surga….kak liza nk susu unta ke? nk sy tlg carikan ke?

    • waalaikumusalam..

      suka sangat dengan habatus sauda, if pergi mekah mmg cari menda tuh. hehehehe. susu unta? best best. nak bagi free ke??hahahahaha. susu unta ni best time minum kat ladang unta. wooott. bestnyer -..-

      • Abdul Halim

        habatus sauda kira dh pernah rasalah….serbuk ke minyak? kalau nk susu unta blh je sy tlg adjustkan 2 pon kalau nk lah…

  13. memang ada hari ini. oleh sebab aku tak suka susu..jadi, malas nak sambut hari ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge