
Buku La Tahzan, Jangan Bersedih Memang Terbaik dan tak rugi saya beli walaupun agak mahal. Buku La Tahzan, Jangan Bersedih Memang Terbaik antara yang terbaik!! Itu yang saya mampu katakan. Buku La Tahzan, Jangan Bersedih Memang Terbaik untuk korang yang ingin mencari “sesuatu” dalam hidup korang ar.
Itu yang saya boleh katakan. Jujur.

Apa yang best sangat? Apa yang buat saya berani kata “Buku La Tahzan, Jangan Bersedih Memang Terbaik”? Ok, saya ringkaskan untuk korang. Mudah-mudahan berjaya hasut korang beli! bahahahahahaha!!
Ok, serious balik.
Sebenarnya, buku ni memang popular dah lama dah pun. Cuma, saya yang tak tergerak hati lagi nak beli. Tapi, last 6 month saya terbeli jugak akhirnya *terbeli sebab mula-mula rasa macam rugi.ok,jujur betul aku ni.haih* Saya baca tajuk pada muka surat terawal buku La Tahzan, Jangan Bersedih ni satu-persatu. Erk, menarik!!! Antaranya:-
1. Merenunglah dan Bersyukurlah
Saya belajar tentang pentingnya kita sebagai Hamba Allah ni, tunjuk rasa syukur kita pada Allah yang menjadikan kita. Siapalah kita kalau bukan Allah yang berkehendak menjadikan kita dan beri kita peluang untuk menikmati hidup di dunia ni. Kita perlu belajar bersyukur dengan apa yang ada, tangan, kaki, mulut, hidung dan semuanya Allah yang jadikan. Sempurna kejadian saya. Jadi, saya perlu bersyukur sebab ada manusia yang dilahirkan kurang fikizal sana sini. huhuhuhu
2. Yang Lalu, Biarlah Berlalu
Saya belajar tentang apa yang ada depan mata, kita perlu jalani seadanya dan lupakan semua perkara yang dah lepas. Saya tidak akan kemana-mana kalau terus dibayangi dengan perkara lepas. Dapat apa? Buang masa sebab perkara yang lepas memang TIDAK AKAN boleh diulang. Jadi, baik tutup buku dan move on.
3. Hari Ini Milik Anda
Saya belajar tentang menghargai hidup. Allah sudah berikan saya peluang untuk hidup dan bernafas pada hari ini dan saya perlu lakukan yang terbaik pada hari ini , seolah-olah esok KEMUNGKINAN peluang ini saya tidak akan dapat lagi *mati, senang cerita*. Jadi, saya perlu buat semuanya sebaik mungkin. Bahagiakan diri sendiri, dan lupakan semua kejahatan orang lain pada saya. Buang masa.
4. Masa Depan Akan Datang Dengan Sendirinya
Saya belajar tentang dalam hidup ni, kita tak perlu menjadi tukang tilik untuk diri sendiri. Manusia yang bersedih, rupanya terlalu memikirkan masa depan yang dia pandai-pandai mereka sendiri. hahahaha! Sebenarnya tak perlu. Masa depan kita, masih dalam genggaman Allah. Tak perlu difikirkan. Bila sampai masa, masa depan kita akan datang dengan diri sendirinya. woot!!
5. Allah Akan Menggantikan Yang Lebih Baik
Saya belajar tentang bersangka baik pada Allah itu perlu. Tak mungkin Allah saja-saja “ambil” sesuatu daripada kita tanpa sebab. Mesti ada hikmah. Apa hikmahnya? Wallahualam. Tengok saja kejadian Tanah Runtuh Hulu Langat lepas, Allah saja yang tahu tetapi yang pasti mesti lebih baik daripada apa yang di “ambil” tu. Senang cerita, belajarlah bersangka baik pada Allah. Jadi, kita tak akan bersedih terlalu lama lah kan??? hehehehe.
Ok, ini antara 5 topik dalam Buku La Tahzan, Jangan Bersedih. Banyak lagi. Beratus!!! hehehehe. Nak banyak-banyak sila beli sendiri. Penat tahu nak menulis. bahahaha!! Cuma, apa yang saya boleh beritahu kat korang. Buku ni TAK RUGI BELI, TAK RUGI BACA!!!!
Berbaloi. Ada yang sibuk-sibuk sangat tanya kenapa saya macam happy kan? Inilah salah satunya!! hahahaha. Bila ada something happen, rasa sedih je saya bukak buku La Tahzan, Jangan Bersedih ni. Terus tak jadi nak sedih, Macam buang masa nak bersedih,apekes. bahahaha!!!
p/s: Hidup terlalu singkat untuk bersedih. Jalani saja apa yang ada. Thanks!!!!! Ce terai senyum!!








yeaahhh! dulu aku nampak buku ni dalam bilik adik aku, tetiba terlintas nak baca dan semamngnya best sebab buat kita bersemangatt kembali!
[Reply]
Lizz Reply:
June 3rd, 2011 at 3:04 pm
yessss!!!!betul kan???? bila rasa “down” selak mana-mana topik berkaitan n baca betul2. rasa macam “sejuk” balik hati ni. rasa macam redha jelah. hahahaha!!!
[Reply]
wuuaaa.. there is still a good n soft part of u la liza.. hehehe.. la tahzan ea?? nice! aku ske bace buku gak
we’ll see how k. thankx for the info
[Reply]
Lizz Reply:
June 3rd, 2011 at 3:15 pm
hahahahahaha!!! thanks dude
semue jenis buku aku layan, memang hobi baca buku.hahaha!! sama! if tak nak buy yang besar (full version) cuz takut tak best…just buy yg pocket size lah dlu. ada 4 books if tak silap. beli yg 1st dulu
[Reply]
betul liza… saya baca tak pernah habis… asik ulang baca
[Reply]
Lizz Reply:
June 3rd, 2011 at 3:19 pm
betul tuh. kira dah jadi macam buku rujukan dalam hidup. hehehehe.
[Reply]
macam serius ja dia punya content..aku liat sikit benda-benda serius camtuh
[Reply]
Lizz Reply:
June 3rd, 2011 at 3:23 pm
memang serious. ini jelah satu-satunya buku serious yang aku dah buy and tak cakap macam ni “apekebende ntah mengarut penulis ni tulis”. hahahaha!!! selalu aku tido jek baca buku serious tapi so far yg ni tak. aku baca setiap pagi before start kerja
[Reply]
masa depan akan datang dengan sendirinya…terbaik ayat 2
[Reply]
Lizz Reply:
June 3rd, 2011 at 5:25 pm
terima kasih daun keladi,nanti puji lagi.hahahaah *gurau*
thanks yek
[Reply]
nak sudahkan baca buku yang tak habis baca lagi ni..hahhaa
[Reply]
Lizz Reply:
June 4th, 2011 at 12:17 am
hahahahaha. kat umah saya ni melimbun yg tak habis baca. tapi susah lah kalau dah mmg suka membaca ni. nampak buku baru jek nak beli.hahaha
[Reply]
nampak sangat baru baca kan? kan?
[Reply]
Lizz Reply:
June 6th, 2011 at 4:32 pm
tak jugak derr. cuz banyak topik. dah lama baca cuma tak habis.hahahaha. bagus buku ni sebenarnya. pada aku lah
[Reply]
sedih sangat dah ridi aku ni.
kena beli satu ni.
[Reply]
Lizz Reply:
June 6th, 2011 at 4:33 pm
beli please.good for you.hehehehe
[Reply]
sy stuju…baru beli n baca chapter yg ke4, rasa nk baca lagi…sangat sesuai untuk menaikkan semangat…
[Reply]
menang best lah buku nie.. saya pun dah beli satu semalam.. nak bagi dgn seseorang.. semoga dgn buku ini akan memberi senyuman kpdnya..
[Reply]
tau x buku ni ad bape siri? ke ad yg ni je?
[Reply]
thank
[Reply]
baru je beli buku ni mmg best ….tapi blm katam lagi .. nadia buku ni 3 dalm 1..kalo beli yg kecil ade 3 siri.. murah ckt dan senang nk bawa kemana-mana…
[Reply]