Top 5 ‘Breakup Excuses’ Oleh Lelaki

Breakup Excuses atau dalam bahasa Melayu, Alasan untuk berpisah (lebih kurang ye). Saya pilih tajuk Breakup Excuses sebab saya dalam mood nak ingat balik cerita cinta dulu-dulu.hahaha. Ok, gurau. Ok tak tajuk Breakup Excuses ni korang??? Jom sembang!!!

Masa mula-mula bercinta, kadang-kadang kita tak sedar pasangan kita tu OK ke tak OK dengan kita. Serasi ke tidak serasi. Biasalah, tengah angau bercinta. Macam monyet dapat pisang emas. hahahaha! Tapi, kadang-kadang tengah-tengah syok bercinta tu, tiba-tiba je pasangan kita tu cakap nak berpisah.

Erk!!! Tak ada ribut, tak ada petir, tak ada Tsunami, tanah runtuh pun tak. Tetiba nak berpisah!!! Takkan nak salahkan Facebook or Twitter pulak!!! Sakit hati tahu tak??? Ok, entry kali ni saya fokuskan untuk Breakup Excuses yang digunakan oleh LELAKI sahaja. Iyalah, saya perempuan, sah-sah pengalaman putus bercinta mestilah dengan LELAKI. hahahaha!!!

Saya bukan pengkid. Itu lain cerita. Jadi, di bawah ni saya listkan antara Top 5 ‘Breakup Excuses’ Oleh Lelaki yang pernah saya kenal.

1. Saya busy sangat, tak ada masa nak fokuskan untuk hubungan kita

Stupid. hahahaha! Sorry, tercakap jujur pulak. Iyalah, alasan ni terlalu sengalisme for me. For me lah. Kalau perempuan lain, saya tak tahu. Kamon. bukan budak kecik kot tak tahu nak bahagikan masa antara hubungan cinta dengan hal-hal lain. kan??? Saya tak boleh terima alasan ni. PUTUS! hahahaha

2. Sorry, Bukan salah awak. Semuanya silap saya

Hello. Silap apanya? Tak ada apa-apa, tiba-tiba je nak berpisah. Mesti ada something wrong kan? For me, sebenarnya pasangan lelaki kita ni ada benda yang dia tak puas hati dengan kita aka tidak comfortable dengan kita tapi tak mahu berterus terang. Jadi, untuk tidak mengecilkan hati kita. Dia guna ayat “Sorry, Bukan salah awak. Semuanya silap saya”. Tapi, gurl!!! Sila faham dan terbalikkan ayat lelaki itu. Sebenarnya, lelaki tu nak cakap “Semuanya silap awak” . hahahaha!!! Maybe. Breakup Excuses ni saya boleh terima. baiklah, PUTUS! Ajaklah couple balik,malas!!! hahahaha

3. Maaf, saya belum bersedia

Breakup Excuses paling kurang cerdik dan daripada lelaki yang pastinya kurang cerdik juga.hahahaha!!! Opss, sorry lagi sekali kaum adam semua.hehehe!! Apa yang tak bersedianya? Kenapa mesti tengah-tengah bercinta baru nak sedar belum bersedia? Masa mula-mula nak mengurat, tak sedar diri pulak? Apekebende ni. hahahaha. Oklah, lelaki macam ni loser. Bye, PUTUS!

4. Saya tak mampu beri apa yang awak patut dapat daripada lelaki lain

Alasan nak berpisah yang konon-konon macam bermaruah daripada lelaki tapi tapi tapi…hmm, yang ini malas saya nak komen panjang. Lelaki, tolong huraikan sikit!! HELP ME!!! hehehehehe

5. Kita tak ada jodoh, sudah ditakdirkan

Chet. hahahahaha!!!! Mungkin ini adalah Breakup Excuse yang paling selamat antara yang selamat untuk digunakan oleh lelaki. Rasanya, bila kita beragama Islam, dan teman lelaki kita gunakan alasan ni untuk putuskan hubungan yang NAMPAK MACAM TENGAH BAHAGIA secara tiba-tiba.. nak atau tidak, kita terpaksa redha jelah kan??? kan??? Takdirlah katakan. Haih!!! PUTUS!!! Tapi menangis teresak-esak.hahahahaha!!!

So, cukuplah kot Top 5 ‘Breakup Excuses’ Oleh Lelaki yang pernah saya kenal. Sorry sekali lagi. Entry ni mungkin dan pastinya mengundang kemarahan lelaki yang baik hati.wakakakaka!!!! Relax, ini bukan untuk semua lelaki. Cuma, kalau terasa tu anda lah orangnya.hehehehe!!!

Ada nak tambah????

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

40 responses to “Top 5 ‘Breakup Excuses’ Oleh Lelaki

  1. number 4 aku suke liza!! hahahaha. tp xfair la kau kuar kan untk laki je… nak aku balas entry ngan 5 alasan breakup permpuan pulak ke??

  2. kalau dah tak suka tu, beribu2 alasan pon boleh diberi. huhu.

  3. add up > saya tak sesuai untuk awak, awak terlalu baik… wut??? hahhahha

  4. menggeletar rasa baca entri ni sebab pernah berlaku pada saya…geram pun ada..tapi bila dah heal dari luka baru tahu hikmahnya…tapi serius memang lelaki yang bagi alasan yang 1st tu tak matured langsung..sedangkan tuptup pengganti mak ngai…just nak bagi excuse jer laaa

  5. aku setia so aku tak perlu amek port pasal alasan kat atas tuh..plus, aku tak suka benda common. must come out with something rare. hahahaha

  6. alasan mcmni bkn nye lelaki je selalu guna. aku sendiri mmg pernah kena. tp lg indah lg kalau ko ubah title jd “Top 5 ‘Breakup Excuses’ oleh Players” hihi

    • tak sesuai kalau tukar tajuk sebab antara 5 yang kat atas ni,ada yang perempuan x guna. majoriti kot. yang 1st tuh. biasanya perempuan tak guna alasan tuh. hahahahaah

  7. saya tambah

    6. Saya terima pilihan ibu bapa

  8. Abdul Halim

    Aslmualaikum..
    saya pilih alasan no 5 nampak alim ckit…haha, kalau alasan 1-4 tu poyooo sngt. Apa2 pon laki biasanya kalau dh nmpk pempuan lg cantek tu yg die nk break up 2…kalau nk tgk alasan lg lawak tgk je zizan show…hehe

    • Walaikumusalam…

      hahahahahaha!!!! memang.tahu tak apa. poyo and minta pelempang karat je,hahaha. alasan macam tu mmg menyakitkan hatilah. huhuhuh. laki mmg suka perempuan cantik tapi patutnya dia boleh fikir cantik fizikal tu setakat berapa lama je? huhuhuhu

  9. alasan 3 dengan 5 aku paling tak suka.. menyampah!
    like sekilo..

    • hahaha. alasan no 5 tu pun aku nyampah tapi sebab dia guna alasan macam tu n related dengan agama, malas nak merayu dah! biarlah..pi cari yang lain

  10. emm..betul la alasan tu. Semua alasan tu aku pernah guna. Haha..

  11. Kalau alasan camni..

    “sorilah, isteri saya tak bagi kahwin dua…”

    huahua

  12. Suka point no 2 tu “Sorry, Bukan salah awak. Semuanya silap saya”
    Dalam kes ni semua tak lari dari buat kesilapan

  13. ok aku dah tahu alasan apa yang aku nak guna nanti. hahaha.. 😀

  14. Tambah lagi dalam list ni,

    “Awak sanggup jadi madu saya tak?”

    Ngeee…

  15. oyeah!sy dtg utk menghuraikan sebab no.4 itu..”Saya tak mampu beri apa yang awak patut dapat daripada lelaki lain”..

    Kalau SESETENGAH wanita yg agak materialistik..x mampu bg lelaki yg serba kekurangan utk melayannya..come on la..baru couple nak mintak banglo, cerek emas bagai..kami bkn anak org kaya..diri sendiri pn kami x mampu tanggung..lg nak tanggung anak dara org??haissssh…pastu kalau sebulan sekali kuar dating x mau..klu boleh hari2 nak keluar dating..sekali dating beringgit2 duit habis tau x…nak derma rm1 kat masjid pn kami jarang2..lg nak melabur utk keluar dating….mati mak nak……=p

  16. there are several points that i would like to rebut, however i guess it’s better for me to put my thought away and silent. there are your opinions, however there are also points which not as what you think they are.

    [^.^]

  17. -k.ina-

    kalau nak fikir, alasan org nak break mmng banyak yg x masuk akal..

    jgn sedih bila ditinggalkan..hidup ini percaturan..
    kadang2 orang yang ditingglkan itu lebih cepat kahwin (menemui bahagia) drp orang yang meninggalkan..

  18. Pau

    Kalau alasan no.3 tu dikatakan tidak logik, saya kurang setuju. Kadang-kadang pada mulanya kita rasa yang kita bersedia untuk mencintai seseorang. Namun pada hakikatnya, kita belum bersedia. Apabila hati tergerak menyatakan sebegitu, kemungkinan Allah memberi petanda atau peringatan yang kita benar-benar belum bersedia.

    Tapi ni cuma pandangan saya. Saya tahu lambat-laun kamu akan membidas pandangan saya dengan mengatakan, “kalau dah tahu belum bersedia, kenapa bercinta?”

    Jawapan saya, “Mungkin dia belum tahu atau tidak sedar yang dia belum bersedia.” Manusia ni kalau sudah terhantuk baru terngadah…

  19. Bagi saya, kalau tak nak bercinta jangan bercinta. Tak perlu bagi excuse. Tiada alasan break sebenarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge