Tips : Elakkan Diri Daripada Mendapat Email Spam

Saya cukup benci dengan email spam. Rasa macam nak maki je tapi itulah nak maki pun tak tahu dekat siapa. Iye dak???bahahaha!! Lagipun, time online ni memang macam-macam lah kita tak suka itu ini. Saya tak banyak tips pun nak share, cuma adalah dalam 7 tips bagi mengelakkan diri daripada mendapat email spam ni. So, selamat mencuba!!!

1 – Jangan menjadi terlalu jujur dengan memberi email korang yang sebenar di ruangan forum online, chat atau semasa meninggalkan komen di blog yang korang rasa was-was (yang ini kena guna gerak hati.bahahaha!!!)

2 – Jangan klik link dalam mesej spam. Dah nama pun spam, janganlah memandai percaya sangat dengan link-link tu.

3 – Make sure anti-virus korang ‘up to date’ lah. Kebanyakan virus dan Trojan mengimbas hard disk untuk alamat e-mel untuk menghantar spam dan virus.

4 – Gunakan firewall yang dibekalkan dengan sistem operasi korang tu. Enable kan firewall tu.

5 – Jangan biasakan diri tu suka suki mendaftar email korang dekat mana-mana website. Kena pandai-pandailah kenalpasti website tu memang betul atau memang di “create” semata-mata untuk nak kumpulkan email-email orang je!!!

6 – Jangan berikan butiran login anda kepada sesiapa pun melainkan kepada orang yang betul-betul anda percaya yang tidak akan mengkhianati anda.

7 – Last, kalau dah rasa-rasa macam alamat email korang dah tak selamat aka dah selalu sangat kena spam..apa kata korang tukar je alamat email yang baru!!bahahahaha!!!

Selamat tidak menjadi mangsa spammer!!!hahahahaah

p/s: Kalau ada sesiapa yang pakar pasal spam spam ni, boleh lah share dekat ruangan komen!!!hehehehe.

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

10 responses to “Tips : Elakkan Diri Daripada Mendapat Email Spam

  1. Nak spam, spam la. Saya dah ambik langkah2 perlu untuk mengelakkannya. Ibarat kata ayah saya, biar orang buat kita jangan kita buat orang

  2. memang nak kene spamkan email spam kan…sepam sangat lah..

  3. Thanks for the tips. Memang semak klo dapat email spam nih.

    Latest: Lunch hari ni, Gulai Tempoyak Ikan Patin

    Anak Dara SAKIT MATA

  4. aku buat camana pun, mesti ada yang terlepas gak. grrr..

  5. Tiada siapa pun menyukai emel spam ni. Terima kasih kerana berkongsikan tip-tip di atas. Yang paling best sekali ialah tip ketujuh tu,hehehehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge