(Sinopsis dan Trailer) Filem Karak- Laluan Puaka

Filem Karak-Laluan Puaka merupakan filem terbaru terbitan KRU Studios dan Filem Karak-Laluan Puaka ini diarahkan oleh Yusry Abd Halim (Yusry KRU) dan Filem Karak-Laluan Puaka ini katanya menghimpunkan kisah-kisah seram yang menarik pada era 80-an, 90-an dan juga tahun 2000! Mesti best cerita ni. Harapnya lah.hahahaha!

Barisan pelakon yang membintangi Filem Karak-Laluan Puaka ini antaranya ialah Shahir AF8, Sheera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussin. Rasanya, mereka semua ni pendatang baru kan? So, nak komen pun tak bolehlah sebab tak pernah lagi saya tengok lakonan mereka ni semua. huhuhu.

Kena tunggu Filem Karak-Laluan Puaka ni keluar di pawagam (26 Mei 2011) ni dulu and tengok. Barulah boleh review (kalau majoriti orang kata best,baru saya tengok.hahahah!!). Jujur kan?? So, sebelum tu. Meh lah baca Sinopsis Filem Karak-Laluan Puaka dulu dan saya sertakan sekali video trailer filem ni. Enjoy kalau nak! hahahaha

p/s:  Sinopsis Filem Penunggu Istana , Sinopsis Nur Kasih The Movie

SINOPSIS FILEM KARAK-LALUAN PUAKA

Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway.

Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Credit to : Ezany

VIDEO TRAILER FILEM KARAK-LALUAN PUAKA

Credit to: Carca-marba

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

9 responses to “(Sinopsis dan Trailer) Filem Karak- Laluan Puaka

  1. filem kru selalunya best…

  2. ada macam jalan cerita sini ada hantu ke?

  3. meo

    special efek je yg power kot… :p

    meo keciwa tgk cite ‘kongsi’ baru2… tertipu dgn trailer movie tue…

  4. hohoho, buat crite berdasarkan rumors yang femes.. tapi takdelaa rumors sgt.. sebab kawan2 aku pon penah kene gak kat tempat tue.. volkswagen kuning.. hahaha

  5. bila tgk trailer karak mcm best sgt..
    rasa mcm nak pergi tgk jer..
    sebulan dua ni byk plak citer best2..tak tau nk tgk mana..huhu

  6. baru je tengok semalam. 😀

  7. Pingback: Barbican haram pulak? | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  8. Pingback: Koleksi Review Hantu Bonceng 2011 | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge