Silakan Baca Kalau Mahu. Saya Ada Diari!

Dulu, saya cuma menulis diari dalam buku diari saya dan simpan elok-elok.  Saya tak tahu kepentingan diari tu dalam hidup saya. Tapi, sekarang ni. Saya rasa perlu lah diari ni. hehehe!!!

Mungkin saya boleh belajar sesuatu daripada diari. Saya boleh betulkan kesilapan lepas yang mungkin saya terlepas pandang, mungkin saya boleh ingat balik perkara-perkara yang boleh buat saya happy untuk hari tersebut. Best jugak kan?

Lagi 1, kalau dulu saya tak suka nak beri orang ramai baca diari saya sebab nanti dah tak jadi diarilah kan. bahahaha!! Tapi, ada pulak hamba-hamba Allah yang nak jugak baca diari saya. Hah, silakan!!!

Jangan menyesal sudah. Diari, saya cuma tulis dalam Tumblr. Simple sangat diari ni. mungkin ada yang dah tahu, tapi ada yang belum. Jadi, kalau rasa nak kepochi tahu apa saya buat setiap hari (cuba update setiap hari) bolehlah follow (tak paksa, sebab tak best!).

Korang, mana yang sudi nak baca diari tuan blog cap ayam ni, bolehlah klik di sini. Untuk permulaan, saya copy paste kan diari saya untuk 12 Mei 2011. Saja-saja. Semoga tak gelakkan!!hahahahaha.


Baiklah. Apa yang aku belajar hari ini?

1. Jangan sesekali tinggalkan solat. Bila kau tinggalkan solat, otomatis hati kau tak akan tenang. Walau nampak macam tenang, tapi hakikatnya tak tenang. Jadi, sila solat walaupun kau solat kerana terpaksa. Buat saja. Itukan wajib

2. Jangan penat menyayangi kawan-kawan kita. Walau, kawan kita buat palat dekat kita, tapi jangan sesekali kita balas. Kalau ada niat, silakan tapi jangan buat niat kau tuh. Ikut je cakap aku ni. Kalau tak ikut, aku tak nak kawan. bahahaha!!!

3. Ambil berat tetang kawan-kawan itu tanggungjawab kita. Mak aku cakap, buatlah apa saja dengan ikhlas. Jangan minta balasan. Even, terima kasih sekalipun jangan sesekali kita mintak. Mak aku nak sampaikan apa sebenarnya wei? Ok, mungkin mak nak cakap yang bila kita ikhlas..kita akan rasa lebih bahagia. Apa kaitan ni? Ok, lupakan.

4. Aku jugak belajar. Jangan over. Jangan over dalam apa saja. Nanti orang tak suka. Noted.

5. Lagi,aku belajar tentang ilmu diet tak senonoh. bahahahahaha!! Ok, ini tipu. Aku mana ada berdiet. Mak cakap, selagi hidup makan jelah apa yang kita nak makan. Nanti dah nazak, jangan mengada mintak itu ini pulak. Eh, pandailah mak aku melawak.Huh!

6. Kalau tengah meroyan, jangan tweet!hahahahaha!!! Sumpah, nampak bodoh betul kalau aku merepek tweet time tengah meroyan. Lepas ni, aku tak nak buat. Kamon. Takkan nak bagi orang gelak kan?? Tidak!

7. Lagi, aku belajar. Jangan terlalu bagi muka dekat manusia sangat. Maksudnya, aku kena tegas. Aku mesti ada pendirian dan maruah. Even aku pakai baju agak ketat ke apa, bukan bermaksud aku murah nak layan ayat lucah orang. Kamon. Aku ada maruah tahu.

8. Jangan bawak kereta waktu tengah marahkan orang. Lagi sikit aku nak terlanggar muntut kereta depan aku tadi. bahahaha!!!! Bahaya. Noted

9. Ikut kata hati selalu. Macam tadi, kata hati aku mengatakan. Jangan sepam timeline waktu siang sebab aku tengah meroyan dengan seseorang. Kalau aku sepam timeline time meroyan, mesti jadi lain. Mesti punyalah.

10. Lagi, aku jugak belajar something. Jangan suka fikir bukan-bukan pasal orang lain. Satu, belum tentu perkara tu betul. Kedua, buang masa der!!!!!

Jadi, ini saja pengajaran yang aku dapat untuk hari ini (12 Mei 2011). Seronok pulak aku menulis diari macam ni. Macam perasan jugaklah lebih kurang.bahahahaha!!

p/s: Bahasa yang digunakan dalam diari saya memang super kasar! Harap maklum

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

5 responses to “Silakan Baca Kalau Mahu. Saya Ada Diari!

  1. satu lagi blog untuk dibaca.. kiki

  2. super kasor? kamonn..biasa aje tu..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge