Jawapan Balas Bagi Entri:: Perempuan Yang Tak Tutup Aurat Jarang Nak Solat

Statement perempuan yang freehair jarang nak solat ni, saya tak sure asal daripada mulut siapa. Tapi, ayat perempuan yang freehair jarang nak solat tu pada saya macam tak eloklah kan nak suka-suki cakap macam tu. Ada bukti ke yang kata perempuan yang freehair jarang nak solat???

Ada? Berapa ramai? Semua ke? ke tak tahu, tapi memang jenis suka cari dosa tambahan nak jatuhkan hukum dekat perempuan yang free hair je? Ce citer ce citer.

Sebenarnya, entry ni saya tulis bukan nak cari gaduh ke apa. Tak kuasa nak cari gaduh.hehehe!! Saya sekadar berkongsi pengalaman saya berkawan dengan orang-orang free hair. Yes, memang kawan-kawan saya free hair sebab saya pun pun baru je pakai tudung.

Ada masalah ke kalau saya kawan dengan perempuan yang free hair? Tak kot. Mak saya tak marah pun. Berkawan dengan pengkid ke lesbian pun dia tak marah. kehkehkeh!! For me, setiap manusia tu sebenarnya dalam hati kecil dia ada niat nak berubah ke arah lebih baik. Percayalah. Cuma, belum sampai masa je.

Ok, lari topik. Isu tudung boleh baca dekat entry ini.

Ok, saya terbaca blog Mr Kodet yang menulis entry pasal perempuan yang freehair jarang nak solat sebenarnya. Tapi, korang jangan nak bambu Mr Kodet pulak. Dia just beri pendapat bagi pihak dia saja. Tak baik woo gaduh-gaduh. hehehehe.

Mr Kodet tanyakan pendapat blogger IniWootWoot berkenaan isu “perempuan yang freehair jarang nak solat” ni dan ini jawapannya.

Pendapat aku , perempuan yang freehair kawasan KL ngan Sarawak nih , memang malas solat . Solat wajib bagi semua tak kira dia penyamun or whatever . Walaupun soal dia dengan tuhan , tapi kalau nak ikotkan kalau solat diterima pasti dia akan rasa takut untuk buat dosa (freehair) . Memang ramai yang cakap kalau freehair camtu baik tak yah solat , tapi yang wajib tetap wajib .

dan ini pulak, pendapat Mr Kodet.

Jadi aku pun sependapat dengan Iniwootwoot sebab jika mereka solat pasti mereka takut akan dosa mendedahkan aurat serta tahu betapa pentingnya aurat . Mana boleh kata ” saya masih tak sedia ” … Aurat tu wajib . Tapi ada setengah yang suka pakai tudung tapi baju yang tak berlengan panjang .

P/S: Hah!!!! Jangan nak bambu Mr Kodet & IniWootWoot ok. Dah warning ni. Jangan gegaduh kat blog saya. bahahahaha!!! Itu pendapat mereka ok, sila hormati ;)

—————————————————————————————————-

Dan Ini pendapat blogger picisan Lizarazak. kehkehkeh!!


1. Isu perempuan free hair ni, bukan isu baru. Ada je entri baru, pendapat baru daripada blogger. Ada yang sokong, ada yang membahan -..- . Well, terpulang. Saya tak kisah kawan saya tu free hair ke bertudung sebab for me, manusia bukan semuanya sempurna dan hidup ni 1 proses bukan perlumbaan siapa yang baik, siapa yang jahat. Tuan empunya diri lebih tahu arah hidup dia.

2. Berkenaan perempuan free hair jarang nak solat seperti yang dinyatakan oleh Mr Kodek & IniWootWoot pulak, saya tak setuju. Kecuali kalau mereka guna ayat “sesetengah perempuan yang free jarang nak solat” atau “sesetengah manusia jarang nak solat” and tak sebut KL ke Sarawak ke mana-mana baru saya setuju calit jari dengan diorang.hehehehe!!

why?

Sebab pertama, saya pun free hair dari kecik sampai umur saya 25 tahun kot. (On off tudung seriously kronik.bahahaha!!). Tapi, saya solat. Tak terfikir pulak saya tak nak solat. Tapi, saya tak kata solat saya sempurna sebab saya manusia biasa. Lubang-lubang jugak. Yes, saya mengaku -..-

Sebab kedua, kawan-kawan saya yang free hair ni diorang solat jugak. Cuma, bukan type asal bunyi azan terus pergi ambil wudhu’. Nope. ┬áDiorang pun just like me -..- tapi diorang solat aww. Tak baik aww cakap semua yang free hair tak solat. Yang color rambut tu solat jugak tapi sebab dia yakin jawab “aku pakai yang ada cop halal” Wallualam. Tak berani nak hukum solat dia sah ke tidak tapi dia solat ok!!!

Sebab ketiga, janganlah pandang sisi buruk pada perempuan yang free hair saja. Ce try tengok sisi buruk perempuan yang bertudung jugaklah. Baru adil. Siapa kata yang bertudung tu semuanya solat. Tak pun. Alah,ramai je kawan-kawan Universiti saya tak solat walaupun pakai tudung. Ini realiti woo.

Sebenarnya, kita ni sama je. Buat dosa setiap hari cuma cara kita buat dosa tu je beza-beza. Ada perempuan yang bertudung tapi mengumpat mengata orang lain. Hukumnya? Dapat pahala pakai tudung tapi dapat dosa mengata orang. Ada perempuan yang tak bertudung tapi dia selalu bersangka baik. Hukumnya? Mungkin dosa tak menutup aurat tapi tak dapat dosa berburuk sangka dekat orang. dan begitu sebaliknya sampai korang SENDIRI MAHU INGAT. hehehehehe!!!

Senang cerita, jangan bersangka buruk dekat orang. Sekian. Nak komen boleh, tapi jangan nak gaduh-gaduh and please guna bahasa yang sopan sikit. mekasih.

Artikel Popular

  • No Related Posts

29 Thoughts on “Jawapan Balas Bagi Entri:: Perempuan Yang Tak Tutup Aurat Jarang Nak Solat

  1. ni apesal xde org komen? ce cite.. Sbnrnya isu ni dh lama jugak,pokoknya disini nawaitu dan niat masing2. Dosa pahala itu Allah yang tentukan,bukan kita manusia nk mnjatuhkan hukuman. eh dia sebut negeri pulak,ok nk marah ni nak marah ni,*jgn halang!*

    *kdg2 aku xtau ape yg aku komen sbnrnya hehehe peace*

    • sebab tak semua berani beri pendapat padahal diorang ada something je tuh nak share.hehehehe!!! yeah, tapi blogger ni dedua beri pendapat guna bahasa yang tak rude. suke macam ni lah. cume kami berbeza pendapat sket je.hehehehe

  2. ada lah juga terbaca dan dengar-dengar, kalau tak tutup aurat, ibadah kita tidak diterima.. tapi semua tu urusan kita dengan Allah, tak leh nak jatuh hukum camtu je kan.. Tapi aku rasa, yang pakai tudung ke tidak, diorang solat diorang jaga je.. jadi tak betul lah kalau nak generalize kan yang tak pakai tudung tak solat, salah dan tak tepat sama sekali.

    Solat kena jaga, ibadah lain pun kena jaga.. tapi walaupun kita tak mampu buat semua, jangan tinggal semua :)

    • kau punye komen, aku macam malas nak komen sangat sebab dah betullah tu kau tulis.hahahaha!!! paling aku suke statement yang bawah tu lah.

      “Solat kena jaga, ibadah lain pun kena jaga.. tapi walaupun kita tak mampu buat semua, jangan tinggal semua”

      tu motto aku dulu woo.sebab kalau nk sempurna mmg xkan sempurna sebab aku tau ibadah aku takat mana, so mana yg mampu aku buat,,aku buat -..-

  3. Selalu jugak nampak perempuan free hair Solat..memang la dia tak bertudung tu dosa tapi tu urusan dia dengan Allah =) dedoa jelah diorang nak bertudung satu hari nanti. =P

    *free hair tapi hati baik takpe beb! HAHA =D

    • akak dulu free hair gak, sakit jiwa bila ada yang suka suki cop macam2.hehehehe.tapi,now pun tak adelah tutup sempurna jugak tapi insyaAllah,sentiasa try ubah diri sikit demi sedikit -..-

  4. naik berbuih juga nak explain pasal ni. ada orang dah jelas tau hukum hakam tapi buat2 tak tau. so jalan terbaik kita sekadar menerangkan mana yg betul. keputusan terletak pada pemikiran dia sendiri

    • tapi kau rasa yang kat atas tu…menerangkan ke seakan menuduh? -..- pada aku bila menerangkan lain sikit caranya tapi maybe cara orang lain menerangkan tak sama *think positive

  5. betul tu..sentap hati mak baca nak..tak semua org free hair tu x solat..jgn lah judge org dr luaran je ye tak?

  6. erm, tuelah masing2 ade pendpt masing2…

  7. senang cita perkara wajib tetap kena buat.tinggal dosa.
    kadang2 salah ibubapa pasal anak x tutup aurat ni.didikan masa kecil

    • yeah,memang. aku ngaku family aku tak ajar dari kecik pasal aurat.bila dah besar paksa2 aku pening.aku salahkan diorang.serius aku salahkan diorang tapi bila dah besar..banyak pengalaman…dah rasa perlu berubah sikit..sikit..so berubahlah ;)

  8. Bismillah.nak cakap apa ye. Ha, yg wootwoot cakap tue ada betul sikit. Yg kak liza cakap pun betul cuma… cumanya solat itu kan mencegah kemungkaran. Jadi, kalau kita solat tapi masih buat kemungkaran maknanya solat kita tak sempurna lah. kan? (itu urusan dengan Allah). Namun,itulah yg Amir tahu..heheh

    tapi kan..kalau nak kata orang yg tak tutup aurat (rambut) ni tak solat..tak betul jugak tapi kalau diorang solat tentu diorang bertudung.. Cuba renung ayat ini ” Innasola tantaha anil fakhsah iwalmungkar” (sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan fasakh dan mungkar).

    Jadi, jawapanya yg dicari sudah ada. hehe.

    ” org yg bertudung pun ada yg tak solat”

    Hurm, kalau bab nie..panjang nak cerita sebab atas niat. Kita solat sekadar solat ataupun kita melaksanakan erti solat yg sebenar. (kena tanya ustak dan ustazah ni)

    hehe..Amir pun tak berani nak jatuhkan hukum cuma kita hidup kat bumi Allah ini kena ikut la peraturan-Nya..hehe..Manusia tak lepas dari dosa dan Allah kan Maha Pengampun. itu je la kak. Maaf kalau ada salah silap ke dalam komen ini..sekadar pendapat la. wallahualam. Assalamualaikum.

    Jom bersangka baik dan mengajak ke arah kebaikan! hehe. :)

    • kita kena bersangka baik selalu. memang,kalau tengok cara pemakaian yang tak sempurna aurat tu..mesti orang kata macam-macam tp menda ni berbalik pada iman seseorang.

      semuanya depends on iman. tapi,betul.solat tu tiang agama. percayalah, selagi orang tu solat walaupun dia free hair..lambat laun, dia akan berfikir jugak. huhuhuhuhu. asas dah ada, cuma manusia ka…tersasar tu biasalah ;)

  9. sebenarnya smo ni tak perlu ditegur dgn emosi. mmg Allah dah mewajibkan hambaNya utk menutup aurat, tapi Allah jugalah yg berhak utk memberi hidayah kpd setiap hamba pilihanNya utk kembali ke jalan yg benar. jadi kita sbg sesama hambaNya ni mmg wajib menegur, tapi perlu berhikmah. lps tegur, kalau tak ikut, berdoa supaya stiap insan yg kita tujukan teguran tu diberi Hidayah Allah, insyaAllah.

    • aku ke sape yang emosi???hehehehehe.if aku,sorry.hahahaha!!! menegur tu perlu tapi tu lah silap sikit je.niat dah baik.insyaAllah, sama-sama ar kita ke arah kebaikan kan…

  10. Anda buat, anda dapat…salam perkenalan…

  11. Fahami hakikat sebenar di sebalik tudung itu lagi bagus rasanya :)

    betul, kita tak boleh skeptik ataupun berfikir secara stereotaip nak kata yang tak bertudung tue tak solat & yang bertudung tue solat. cuma persepsi manusia tue kadang-kadang susah kita nak elak. redha je laa.

    kawan tak bertudung tapi solat tue bagus dah tue. mungkin dy kurang faham kenapa perlunya menutup aurat. jadi tanggungjawab kita sebagai orang yang bertudung & nampak kepentingan bertudung tue untuk terangkan sikit-sikit, pelan-pelan jalan. kalau terus nak suh pakai tudung direct memang harapan je laa. Nabi nak ubah orang arab jahiliah pun amik masa 23 tahun.

    yes solat yang sempurna tue mencegah kemungkaran. macam mana pula nak dapatkan solat sempurna? yang tue balik kepada hubungan dengan Allah. aqidah pulak tue. jadi saranan saya, kita kenal Allah dan Rasul dengan sebenar-benar pengenalan, insya-Allah tanpa disuruh hati akan tergerak utk melakukan kebaikan.

    • thanks sebab beri komen yang bagus sangat. Nampak ikhlas dekat sini. Tak mungkin ada yang terasa dengan komen macam ni. Inilah yang saya maksudkan. Boleh menegur, boleh mengingatkan sesama muslim tapi tidak perlu menuduh sebarangan.

      berlembut tu perlu. Lagi kita kasar, lagi tak kemanalah jadiknya. Saya sendiri dulu, lagi kawan menghina..lagi saya buat benda tu sebab nak tunjuk bagus. hmmm.

  12. hahahah aku suka

  13. Isu yang tak habis-habis. T_T . Yang tak bertudung mengata yang bertudung, yang bertudung mengata yang tak bertudung. Cuba sama-sama bagi motivasi antara satu sama lain. Lagi elok.

  14. tutup aurat pn xsemestinya xbuat dosa besar ;)

  15. Pingback: Sham Kamikaze dah Dapat Hidayah Allah. Turn Kita Bila? | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  16. Rambut merupakan aurat yang WAJIB ditutup oleh wanita apabila berada di hadapan lelaki ajnabi. Oleh itu, mendedahkannya adalah berdosa dan merupakan suatu kemaksiatan yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak sekiranya dia tidak sempat bertaubat. Dia akan tetap menanggung dosa itu selagi tidak bertaubat daripada perbuatan itu walaupun dia bersembahyang lima waktu dan melakukan ibadat yang lain

  17. rajeIm on August 31, 2011 at 4:32 am said:

    asSalam :)
    sy terpanggil utk membuka halaman ni :P
    sy adalah perempuan tidak bertudung, tp sy tahu menutup aurat itu wajib. sy sdg melakukan dosa dan menzalimi diri sendiri :(
    pendapat sy, semua org wajib menutup aurat, alhamdulillah bg mrk yg memakai tudung, mrk jauh lbh baik dr sy :) soal mrk tidak solat itu adalah urusan lain, paling tidak pun, dosa membuka aurat tidak mrk peroleh ^^
    dan utk insan mcm sy, solat tetapi tidak menutup aurat, ya Allah, sy masih menanggung dosa tidak menutup aurat tetapi solat sy itu diterima atau tidak, wallahualam namun sy hrp solat sy itu lambat laun akan membawa sy ke arah yg lbh baik iaitu menutup aurat

  18. Tak semestinya yang tidak bertudung itu baik dan semestinya yang baik itu bertudung dan menutup aurat. Betul tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation