Nur Kasih The Movie – Fenomena Baru Untuk Filem Melayu di Malaysia!

Nur Kasih The Movie dah keluar pawagam!!!! Yay!! Tak sabar. Nur Kasih The Movie ni pastinya akan menjadi fenomena di Malaysia ni. Nur Kasih The Movie diterbitkan selepas drama Nur Kasih mendapat sambutan yang sangat superb suatu masa dulu.

Pergh!!!! Bangga sangat kalau semua cerita-cerita di Malaysia ni setaraf atau lebih baik dengan apa yang dipersembahkan dalam Drama Nur Kasih. Walau setakat drama tv, bukan bermakna penerbit drama boleh buat “asal boleh” je ok. Tengok, hasil daripada kepuasan yang penonton dapat dengan tayangan Dramanya. Akhirnya Drama Nur Kasih maju setapak. Now, Nur Kasih The Movie!!!! Syabas!!!


Nanti kita sama-sama baca review penonton yang tonton Nur Kasih The Movie ni ok. Saya pun tak sabar nak tengok jugak ni!!! Mintak-mintak boleh jadi box office dan rasanya memang confirm kot!!! hahahahaha!!! Popular kan Nur Kasih ni. Pelakon pulak, jangan main-main. Ada adik Mia yang comel!!!!

Tiz Zaqyah? Kamon. Siapa tak kenal, memang ketinggalan zaman ni.Opsss. hehehehe!! Pelakon drama meletup, GEMILANG ok!!! Saya pernah jumpa dengan pelakon utama Nur Kasih The Movie ni waktu Jom Heboh baru-baru ni. Serius, cantik sangat Tiz and dia tak sombong! Celah mana orang kata dia sombong ek? Hello, dia yang hulur tangan nak salam kot!!!

Remy Ishak? Tak pernah jumpa in person. So,tak tahu macam mana orangnya. Tapi, baru tadi tonton dia dalam filem CUN. wallawe!!!! As usual, Remy Ishak memang hebat lah dalam lakonan. So, nantikan lakonan dia dalam Nur Kasih The Movie ok.

Fizz Fairuz? Pun tak pernah jumpa in person. Lakonan beliau dalam Drama Nur Kasih memang menjadi. Macam mana pulak dengan lakonan beliau dalam Nur Kasih The Movie ek?? Hah!! Nanti kita tonton sama-sama ok.hahahaha!!

Tak sabar nak tengok Nur Kasih The Movie!!!!! Sebelum tu, siapa-siapa yang belum baca sinopsis dan preview Nur Kasih The Movie. Bolehlah layan di bawah ni ok. Enjoy!!!

SINOPSIS NUR KASIH THE MOVIE

Nur Kasih The Movie ini yang turut menjadikan Jordan sebagai lokasi utama penggambaran mengisarkan kehidupan 6 tahun kemudian 3 jiwa yang sentiasa diuji ini. Aidil yang sememangnya seorang lelaki yang tabah kini meneruskan hidupnya bersama dua anak kecilnya tanpa isteri tercinta disisi. Adam yang mula menjumpai jalan lurusnya, berusaha untuk mngekalkan laluannya tanpa menyimpang lagi dan Nur Amina, seorang gadis suci ini semakin kental melalui cabaran hidup sebagai seorang isteri. Ketiga-tiga jiwa ini masih memerlukan antara satu sama lain. Di saat getir seakan mahu memisahkan Adam dan Nur, Aidil setia diantara keduanya walaupun dirinya juga dihimpit kerinduan teramat. Masih adakah sinar bahagia untuk mereka bertiga akhirnya? Inilah perjalanan hidup mereka dalam usaha mereka mendapatkan pencarian sebenar erti kehidupan. Abadi selamanya.

Filem yang juga membawakan tema cinta sejati ini bakal ditayangkan untuk tontonan umum bermula 19 Mei 2011. Rasai satu kesyahduan indah bak bait-bait lirik lagu temanya, Nur Kasih, yang turut dinyanyikan kembali oleh Tiz Zaqiah, ‘Aku kembali kerana masih, mencari yang hakiki, sinar pasti, janji suci yang abadi…’ Filem ini akan membawa anda untuk berfikir sejenak apakah sebenarnya yang sudah anda lakukan sepanjang kehidupan ini, adakah anda menikmatinya atau sekadar membiarkan ia berlalu begitu saja. Yang jelas, setiap apa yang terjadi mempunyai hikmahnya. Hanya mata hati yang ikhlas akan dapat merasakan nikmat ujian yang diturunkan Tuhan.

Full credit to: Oh Bulan dan Budiey

p/s: Boleh tak semua filem dekat Malaysia ni buat macam Nur Kasih ni??? Bermaruah lah sikit kan???


NUR KASIH THE MOVIE (TRAILER)

Artikel Berkaitan

16 responses to “Nur Kasih The Movie – Fenomena Baru Untuk Filem Melayu di Malaysia!

  1. bagi aku, filem terbitan kru agak berkualiti..agak bermaruah..

  2. semuanya tak pernah jumpe depan mata…
    rasa macam terlepas nak tengok cite nih…
    kongsi pon tak tgk2 lagi…

    • nak sangat jumpa remy ishak depan mata pas tengok CUN!!!!hahahahaha. orang kata kongsi tak best.entahlah…tapi nur kasih ni macam wajib tengok plak rasanya.hehehe

  3. Huwaaaaaaaaaa nak tengok!! Tapi celah mana pulakkan orang kat Mesir ni nak tengok T___T

  4. pawagam aku x tengok lagi, tapi yang drama memang aku layan, best giler,

    • so,kenalah layan nur kasih the movie pula!!!hehehehehehe. bagus cite ni. tengok yang drama pun dah meremang bulu roma cuz rasa macam 1st time tengok drama yang ada jalan cite n mesej bagus macam nur kasih ni

  5. aku minat jalan cerita dan cara filem ni dibuat. memang lain.

  6. Khabir Bahtia pandai bermain dengan emosi, agama, pandangan Timur, dan wanita. Dasar filemya adalah pandang ke depan maka kualitinya jauh lebih hebat berbanding filem biasa.

  7. Nur kasih, nur kasih jugak. Solat jangan tinggal pulak.

  8. Belum berkesempatan nak tengok lagi cerita ni
    kerja terlalu banyak plak T_T

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge