Meatball IKEA – Halal Ke Tidak Ni?

Meatball IKEA tengah jadi bahan hangat kan sekarang? Status Meatball IKEA sebenarnya dikatakan tidak halal kerana Meatball IKEA ni ada bahan berunsur babi. Katanya. Saya pun dah naik pening masa satu yang betul. hahahaha!!

Ok, jujurnya saya memang tak nak tulis panjang isu yang saya tak berapa nak pandai ni. Isu halal haram ni bukan boleh main-main. Tapi, ada antara rakan blogger saya yang dah update pasal isu Meatball IKEA ni. Korang boleh baca entry kak Yan bertajuk Ikea Foodcourt – Ikea Meatball Tak Halal? dan juga penulisan yang cukup panjang oleh Nailah Azman bertajuk Isu IKEA Meatballs : Mana Awak Dapat Sumber? .

Cuma, apa yang saya boleh komen berkenaan isu Meatball IKEA ni, janganlah besar-besarkan isu ni sampai non-muslim berpeluang nak “caci dan hina” Islam. Mungkin betul ada penyelewengan dalam JAKIM, (isu orang dalam ambil rasuah logo halal ni bukan benda baru pun. opsss) tapi tak ada bukti susah jugakkan.

Dekat Twitter tadi, wah kemain havoc sesi perli memperli halal haram. If melawak, kita boleh faham (memang ada yang melawak and terbahak jugak saya gelak) tapi yang serious sampai keluar isu minum arak semua tu macam dah melebih kot. Kawan-kawan dekat Timeline tu ada perasaan jugak. Diorang maybe tak reply tweet sindiran tu tapi dalam hati siapa tahu kan???

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

14 responses to “Meatball IKEA – Halal Ke Tidak Ni?

  1. No comment…

    (tapi ngengada nak komen gak? macam layak kena delete jer kan) huhuhu

  2. saya tak pernah makan meatball ikea, cuma dengar dan tahu saja…eloklah diselidik kalau sudah timbul was2

  3. Undang2 halal ni patut dah lama buat dah. Kata negara Islam. mengetatkan prosedur mknn halal tu la ciri-ciri negara Islam. bukan stkt pada majoriti penduduk dan masjid yg byk sahaja. di europe, meatballs mmg sedia maklum mmg akan ltk unsur babi even beef meatball. sbb tu bila kt IKEA ni, saya mmg was2 nk mkn dr dulu sbb kt IKEA di europe, mmg sediamaklum akan ada unsur babi.

    • itulah masalahnya dekat Malaysia ni. nama negara Islam tapi banyak undang-undang islam xdilaksanakan. kalau sebut, xakan tamat malam ni.huhuhhu.

  4. Mmm….yang terbaiknya kita elakkan makan, sbb dah ragu2 kan?

  5. tulah harap pihak jakim dpt buat pengumuman pasal status halal/haram, sbb akak call ikea diorg cakap halal. apapun klu rasa was2 xyah mkn

  6. emm, tak pernah cuba. sedap ker?

  7. Hohoooo baru je pigi Ikea Sabtu lepas! Tak sempat pon jengah foodcourt dia. Tapi selalu suh member dok dkt situ tapau karipap di emmm besarrr n sedapp!

  8. tak pernah lagi makan kat ikea..
    sebabnya selalu rasa ragu2 sebab majoriti yg makan kat situ Chinese

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge