Masa Untuk Berfikir – Apa Yang Perlu, Apa Yang Tidak?

Masa untuk berfikir bagi manusia sebenarnya sesuatu yang perlu. Bukan untuk melarikan diri daripada itu ini, cuma kita perlukan masa untuk berfikir demi diri kebahagian kita sendiri. Rasanya, tidak ada yang salah. Iya kan? Berfikir dan kemudian bertindaklah. Boleh dapatkan info kemahiran berfikir di sini

Bukannya berfikir, kemudian sudah dapat solusinya. Diam tanpa bertindak. Itu sengal namanya. Sorry sengaja. hahahaha!!

Entry ini saya tulis untuk motivasi diri sendiri. Ini blog saya. Iya kan? Suka hati.hehehehe! Tapi, kalau korang nak tumpang sekaki payung. Iya, silakan!! Tarahal. Saya menulis, korang baca. Nak komen, silakan. Pun boleh!

Ada masa, kita leka dengan urusan duniawi. Setuju? Kita sibuk dengan hal itu ini. Masalah dengan teman baik. masalah dengan kekasih hati. masalah dengan ibu bapa juga. Ah, macam-macam masalah hoi dalam dunia ni. Serious lah kan?

Tapi, perasan tak satu perkara? Bila kita terlalu sibuk dengan urusan duniawi, kita TERLUPA urusan kita dengan Allah. Kita solat 5 waktu, iya bagus. Alhamdulilah. Kita menutup aurat, pun syukur (saya tak berapa nak tutup lagi. Masih kurang sana-sini. hehehehe.) Tapi, korang rasa dah cukup ke apa yang korang “BERIKAN” pada Allah tu? Solat dan menjaga aurat? Cukup?

Kebelakangan ini, saya banyak belajar perkara baru dalam hidup. Saya sedar, kadang-kadang apa yang terjadi, kita tak boleh nak salahkan sesiapa. Mungkin sudah takdir. Kan?

Manusia sekeliling saya dan manusia di dalam dunia maya yang mengajar saya. Memang saya happy dengan life sekarang cuma ada masa saya tefikir “aku gembira hari ni. tapi esok lusa macam mana? Masih bernyawa ke?”. Ok, ini maybe sindrom takut dengan kematian. hahahahaha!!!

Banyak sangat saya TERfikir sejak akhir-akhir ini. Tanda-tanda apakah ini? miahahahaha! Tak perlulah saya senaraikan apa yang saya fikirkan tuh. Cukuplah saya katakan, saya memang sedang berfikir tahap kawkaw sekarang!!! hahahaha.

Soal kerjaya, soal teman-teman sekeliling, soal teman-teman alam maya, soal manusia yang hipokrit kemain, soal teman hidup (ok,siapa nak kahwin dengan saya??bahahahaha!!! Lelong.Adekepatot), soal keluarga, soal manusia yang pentingkan diri sendiri, soal manusia sarkastik pun iya jugak. Paling saya suka fikirkan ialah soal HUTANG saya pada Allah. Erk. Takut!!! 1001 perkara saya sedang fikirkan.

Sebenarnya bukan ada masalah pun. Cuma, saya memang jenis suka berfikir untuk BEKALAN waktu darurat nanti.hahahaha!! Iyalah, hidup ni bukan selalunya di atas. Kalau sekarang, maybe kita bahagia. Esok-esok, kita tak boleh jangka ok.

Berfikir ni bagus sebenarnya. Bila kita berfikir, otak kita berkerja babe. Jadi, secara langsung. Otak kita tak LEMBSSSS. hahahaha!! Jadi, apa kata korang pun ambil sedikit masa. Duduk dalam bilik diam-diam. Fikir balik tentang hidup korang. Apa yang terlebih, apa yang terkurang dan apa yang korang rasa perlu buang saja dalam hidup.

Kamon. Semua orang nak terbaik dalam hidup. kan? Jadi, Berfikirlah!!! Apa yang terbaik untuk masa akan datang. Soal masa silam, soal korang sedih putus tunang, gagal dalam exam ke, pernah jadi mat rempit bertauliah ke, lupakan!!! Fikirkan something yang boleh merubah hidup korang.

Maju setapak ke hadapan itu lebih bermaruah daripada berpatah balik beribu langkah ke belakang. Fikirkan!!!

Artikel Popular

  • No Related Posts

12 Thoughts on “Masa Untuk Berfikir – Apa Yang Perlu, Apa Yang Tidak?

  1. entri penuh motivasi dari cik lizz! terbaik.

  2. Aku suka berfikir..boleh kata tiap-tiap masa aku fikir..time nak tido pon aku fikir..lepas tuh aku susah nak lena..insomnia..tido tak cukup..
    aku fikir balik sebab apa jadi macam tuh..aku fikir macam mana nak stop fikir. but I failed. Can’t stop thinking..
    bole gila oh..hahahha

  3. haiii…lamew x masuk sniiiiii..huhuhu

  4. mungkin itu salah satu tanpa anda semakin matang dalam menempuh hidup…

  5. pernah jadi mat rempit. tapi secara sambilan la. haha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation