(Gambar) Tragedi Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat

Tragedi Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat petang ini buat saya terkedu sebentar. Macam mimpi pun iya. Tragedi Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat berlaku begitu pantas kan? Kita tak sangka pun akan berlaku macam ni. Tragedi Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat pengajaran buat kita semua. Musibah boleh berlaku bila-bila masa saja. *mengucap*

Al-fatihah buat mereka yang terkorban. Sesungguhnya Allah lebih sayangkan mereka. Moga tenang mereka di Sana bertemu Pencipta mereka. Al-fatihah. Di sebabkan kejadian ini baru sangat berlaku, jadi saya tak dapat nak pastikan berapa angka sebenar kematian. Info yang saya perolehi setakat ni, katanya 2 orang yang disahkan meninggal dalam Tragedi Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat ni.

Baca berita lanjut di bawah. Nanti kalau ada update, akan saya inform here. huhuhu. Sedih tapi perlu terima Qada’ dan Qadar Allah. Baru semalam saya beriya mencari info pasal Rumah anak yatim di Malaysia. Niatnya mahu membantu mana yang boleh. Kalau bukan dengan wang, mungkin dengan tenaga atau ilmu yang ada. Tapi, petang ni dapat berita sedih ni.

Tragedi Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat ni memang berita sedih tapi pasti ada hikmahnya. Pasti. Al-fatihah sekali lagi buat yang telah pergi dan salam takziah pada keluarga mangsa yang terlibat.

KAJANG: Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, seramai 49 orang berada di kawasan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis ketika kejadian tanah runtuh itu berlaku.

Katanya, seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20
pelajar dan empat warden.”Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian,” katanya

ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau juga berkata, dua mangsa yang maut masing-masing berumur 11 dan 14
tahun.

Sementara itu, Tun Hisan meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian
supaya menjauhkan diri mereka kerana bimbang tanah runtuh berlaku lagi.

Credit to: Berita Harian

p/s: Boleh juga baca update dari semasa ke semasa di Blog Denaihati berkenaan Tragedi Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat ini.

p/s/s: Saya tak sampai hati nak letak gambar jenazah mangsa. Tak sampai hati.huhuhuu.

UPDATED 1:

Tragedi tanah runtuh: Tiga mayat kanak-kanak dikeluarkan

2011/05/21

KAJANG: Sehingga jam 6.30 petang tadi, mayat tiga kanak-kanak Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat, dekat sini, dikeluarkan dari tanah runtuh.

Sementara itu, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan enam kanak-kanak lain dan semua mereka dikejarkan ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.
Kejadian tanah runtuh itu berlaku jam 2.15 petang tadi ketika penghuni asrama rumah anak yatim terbabit sedang membuat persiapan untuk satu majlis makan tengah hari dan ramah mesra dengan FINAS.

Berita Harian

UPDATED 2:

10.20pm – Seorang berjaya dikeluarkan, Abang Iwan (33), selamat.

10.30 – Jumlah terbaru yang terperangkap ialah 25 orang. Dua maut iaitu Abang Farid, Shahrul.

Jumlah terbaru: seorang yang baru dikesan bernama zaid aswad, 18, masih tertimbus.

Maklumat terbaru: Zaid ashwal, 18, boboy, 10, meninggal dunia. Jumlah terkini, lapan pelajar dan dua penjaga dewasa meninggal dunia. Enam pelajar terselamat dan tiga dewasa manakala enam orang masih terperangkap.

Harian Metro

UPDATED 3:

Mangsa terakhir tanah runtuh dikeluarkan

2011/05/22

KUALA LUMPUR: Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.

Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Azman Ayob, ketika memberikan perkembangan terkini mengenai insiden itu kepada pemberita di lokasi kejadian pagi ini berkata mangsa yang terkorban 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat.

Berita Harian

UPDATED 4:

Lebih 500 sembahyang jenazah

KUALA LUMPUR: Lebih 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, waris dan penduduk setempat hadir di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14, Hulu Langat di sini, semalam bagi menunaikan solat jenazah untuk tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.

Ketujuh-tujuh jenazah itu disembahyangkan selepas solat Zuhur di masjid berkenaan.
Masjid berkenaan mulai dipenuhi jemaah sejak jam 10 pagi untuk menunaikan solat jenazah bagi mangsa terbabit.
Tujuh jenazah itu ialah Dzahir Haziq M Muin, 18; Mohd Zaid Azahari, 14; Mohd Mustakim Mamat, 12; Wan Ahmad Hasrim Hazim, 11; Mohd Hazim Sapri, 10; Mohd Imal Fahad, 9, dan Mohd Azret Azahari, 8.

Semua mereka disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Batu 14, Hulu Langat.

Dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.30 petang semalam, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah.

Enam belas terkorban dalam tragedi itu manakala sembilan lagi yang turut terperangkap dalam runtuhan selamat.
Semua mayat mangsa dihantar ke HKL untuk bedah siasat dan selesai dituntut ahli keluarga pada jam 12.05 tengah hari semalam.

Berita Harian

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

18 responses to “(Gambar) Tragedi Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat

  1. meo

    kesiannye anak2 yatim…

  2. kawasan-kawasan yang memang tak berapa terjamin keselamatannya kan?

    • a’ah. kes camni buat aku terfikir. orang kita kalau bab nak buat menda baik camni (dirikan rumah anak yatim) tak ade pulak nak sediakan tempat yg strategik sikit. huhuhuhuhu. tapi xperlah.dah takdir

  3. buat kita insaf dan terfikir soal maut itu pasti benar

  4. sangat sedih wehh..sampai aku nk update sal dorang rasa cam huhuhu tak leh nk menaip…terharu sangt..just tgk berita n baca blog2 yg update sal kes ni..kesian kan..dah la anak2 yatim…terjadi pulak tragedi macam ni..Allah sayangkan mereka kan…semoga mereka ditempat di tempat2 terpuji disisi Allah..Amin…

    • Aku tahu kes ni lepas aku bangun tido petang smlm.berderau darah aku.huhuhu. rasanya sebab diorang anak yatim n kite tahu tempat diorang kat mana kan…makin sebak ar.huhuhuhu. tak apalah, Allah sayangkan mereka

  5. Takziah & Al-Fatihah kepada mangsa yang terlibat… Subhanallah… Sessungguhnya Allah lebih mengetahui segala-galanya….

  6. alfatihah untuk adik² ini…
    tribute untuk mangsa dan ahli keluarga,
    Wajah-wajah suci itu.

  7. aku kalo bace post pasal anak yatm ni kompem jd down n sedih gle. aku yg mcm brad pitt ni pon rase nk nanges.. kesian.. da la anak yatim.. tgh trainng nasyid pak tu:( tp liza boleh upload gmbar yg diorng tgh nasyid x?? aku nk tgk la…

    • aku ni hati kering. tapi, bab anak yatim n kematian mmg xleh nak kawal ar.huhuhhuhu.tadi aku baca paper pun, nanges lagi.huwaa!!! takmo lah wei. tak sampai hati aku. ko klik kat link “wajah-wajah suci” kat komen siti lyana ni. kat situ ade gambo tuh

  8. tim..

    mm.mungkin jugak salah satu tanda akhir zaman..orang baik-baik dan soleh diambil nyawanya dulu

  9. Pingback: Barbican haram pulak? | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge