Gambar- Selamat Menyambut Hari Ibu!!

selamat-hari-ibu

Selamat Hari Ibu,Mak!!!!!

Selamat Menyambut Hari Ibu buat semua wanita-wanita yang bergelar ibu dan Selamat Menyambut Hari Ibu juga buat ibu tersayang saya yang ada di rumah ni. Selamat Menyambut Hari Ibu, mak!!!! I love you so muchhhhhh!!!!

Nak hadiah ke???? hahahaha!

Kalau cerita pasal Hari Ibu ni, memang sampa ke sudah tak akan habis. Percayalah. Sejahat mana orang tu, sekeras mana pun hati orang tu, mesti dalam hati dia yang paling dalam…dia sayang sangat sangat sangat dan sangat dengan insan yang bernama IBU dalam hidup dia.

Sambutan Hari Ibu ni bukan sambutan untuk kita, anak-anak ni nak tunjuk dekat adik- beradik yang lain siapa yang mampu berikan ibu kita hadiah paling mahal, siapa yang mampu bawa ibu kita ke tempat makan paling mewah, dan bukan soal siapa yang mampu beri wang beribu riban pada ibu sempena Hari Ibu ni.

Bukan itu protokolnya.

Percayalah, bukan itu semua yang ibu kita mahukan daripada kita. Apa yang ibu kita mahukan, cuma kasih sayang anak-anaknya. Anak dia ada di sisi nya selagi ada umurnya, dan tidak jemu-jemu beri perhatian pada dirinya macam mana dia tidak jemu-jemu memberi kita makan, minum, dan apa saja semata-mata nak besarkan kita.

Jangan sibuk fikirkan hadiah apa yang korang nak beli untuk tunjukkan kasih sayang korang pada ibu masing-masing. Harta benda bukannya bernilai pun pada seorang ibu tu. Nothing. Cuba buat ibu korang tersenyum gembira sepanjang hari dengan menghabiskan masa korang dengannya. Layan ibu sebaik mungkin!

Jangan jadi anak yang tak mengenang jasa macam dalam telemovie Ampunkan Dosaku Mak di  TV9 tempoh hari.

Ingat, ibu kita bukan selama-lamanya bersama dengan kita. Hukum alam tak boleh nak sangkal. Yang hidup, lawannya mati. Saya dah merasa perit kehilangan ayahanda tercinta, tapi apakan daya. Lumrah alam. Allah lebih sayangkan arwah ayah saya. Ayah saya milik Allah.

Jadi, memang hidup saya kini cuma untuk bahagiakan ibu saya saja. Ibu saya pun amanah Allah pada saya jugak. To be honest, kadang-kadang bila kita menjaga ibu bapa yang sudah agak tua ni mencabar sangat. Perlu ada kesabaran yang tinggi. Ada masa, karenah ibu bapa kita tak ubah seperti anak-anak kecil. Sensitif pun iya. Tersilap cakap, merajuk.

Sabar sabar sabar sajalah jawapannya!!!! hahahahahahaha.

For me, daripada kita sibuk menghabiskan masa dengan kawan-kawan yang belum tentu ada bersama dengan kita waktu kita sakit tua, lebih baik kita berkorban masa “muda” kita yang singkat ni dengan ibu bapa kita.

Sebab, Allah kan kata..Kalau kita berbakti dengan ibu bapa kita masa muda, insyaAllah anak-anak kita pun akan berbakti pada kita nanti. Hah, takkan tak nak kot??????

Selamat Hari Ibu sekali lagi untuk semua ibu-ibu di Malaysia dan seluruh negara!!!!! hahahahaha!! Terima kasih menjaga kami dari kecil sampai besar. Loveeeeee!!!

p/s: Saja letak gambar 1 jek. Saya memang kedekut gambar.bahahahaha!!! Dan entry ini ditulis sempena contest anjuran joegrimjow dan disponsor oleh Faridzulashraf.com dan Denaihati.com

Artikel Popular

  • No Related Posts

17 Comments

  1. eiyda says:

    selamat hari ibu jugak buat mak ko..hehehhe…
    kalau lah kita ni da kawen,mesti kita pon dah bergelar ibu kn skang ni..hahahha *tetiba..
    betul weh, ibu kita ni bila makin tua..makin berumur,,dia makin sensitif…kena selalu jaga hati dorang…cam ko cakap kena la salu sabar sabar dan sabar.. kan…nnti bila tiba giliran kita cam tu lah jugak…kan..

    • Lizz says:

      very the tetiber!!!!!hahahahahahaha. belum sampai jodoh.hehehe

      aku memang bersabar jelah.kena marah ke apa buat bodoh je.dok diam-diam,kang kalau kena suara kang tertinggi suara berdosa -..-

  2. Twit N View says:

    rindu kat arwah mak kita…tapi sy redha kerana mak saya hak Allah, sayang Allah juga…

  3. Dauspozi says:

    Masaya Ina Ng Araw (Selamat Hari Ibu) buat ibumu kak Liza… dan buat ibuku jugak… Sayang Ma ketat2.. hahaha

  4. rasa rindu dekat emak tercinta skang ni…

    yelah.. masa mudalah paling sesuai untuk kita berbakti kepada mereka..

  5. titan says:

    emm..aku nak cakap, aku sayang mak aku. hehe..

  6. wazy says:

    Selamat hari ibu untuk mak ko dan semua ibu-ibu termasuk mak aku jugak la
    hehe

  7. neyra says:

    aku rasa entry aku lg best. mak joe, jgn bg entry ni menang! bahahahaha

  8. syahrilhafiz says:

    selamat hari ibu :)
    gambar sikit sangat tuh..hehe

  9. salam singgah dari PCL…

  10. Norasikin says:

    Salam, sori main terjah je
    Harap dah tunaikan semua permintaan mak. Jangan nanti menyesal tak sudah. Di hari ibu juga, sangat sesuai untuk memohon ampun dan maaf. jangan tunggu raya je

  11. Husna Hanim says:

    SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU SEDUNIA
    MOGA IBU SAYE BAHAGIA HINGGA KE AKHIT HAYAT SAYA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge