seo

Facebook dan Twitter Boleh Merosakkan Hubungan

24 May

 Banner
  • Sharebar

Facebook dan Twitter Boleh Merosakkan Hubungan. Eh, betul ke statement yang saya buat? Facebook dan Twitter Boleh Merosakkan Hubungan. Yes, kali ni saya nak tulis pasal social media. Facebook dan Twitter Boleh Merosakkan Hubungan tajuk yang saya pilih. Jom join, nak??? hehehehe.

Sengaja ek saya tak mention hubungan apa. Jadi, terpulanglan pada korang nak kaitkan dengan hubungan cinta, hubungan dengan ibu bapa, hubungan adik beradik atau persahabatan, Suka hati babe!!

Tek nologi maklumat makin lama, makin maju kan? Sains dan Teknologi ni kalau kita tahu cara menggunakannya, bagus. Alhamdulilah, saya ada sedikit ilmu berkenaan teknologi maklumat yang saya dapat di Universiti Teknologi Malaysia. Tahulah jugak sikit-sikit pasal isu-isu teknologi ni.

Siapa yang pernah ada experience, bolehlah share. Tak perlu details kalau malu. Cukuplah bagi hints pun boleh.bahahaha! Ok, dekat bawah ni saya list kan pendapat saya. Mungkin benar, mungkin tak. Saya tulis based on experience saya sendiri dan orang keliling. Ce baca dekat bawah ni!!

1- Facebook dan Twitter Boleh Merosakkan Hubungan cinta :-

Photo tagging (Facebook & Twitter). Kemain syok kan kadang-kadang tag sana, tag sini. Tapi, biasanya hati orang bercinta ni lain sikit. Sensitif. Mungkin niat kita tag gambar kawan kita tu ikhlas, nak share gambar. Tapi, mungkin pasangan kita tu fikir lain. Konon ada hati agaknya dengan orang yang kita tag tu. Kes cemburu tak bertempat. Sudahnya. Adalah masalah cinta lepas tu.  Jom putus! Padan -..-

2- Facebook dan Twitter Boleh Merosakkan Hubungan keluarga:-

Update status (Facebook & Twitter) dengan cerita masalah dalam keluarga. Kemain buat Facebook and Twitter macam diary, niatnya nak melepaskan geram/ sedih/ tak puas hati. Sebenarnya. Kita, orang luar maybe boleh faham. Tapi, family kita? Dah nama pun tengah ada MASALAH. Waktu ni, semua orang tengah emosi. Kan? Sah-sah lah update yang tak sampai 140 perkataan pun boleh jadi isu sensitif ok. Facebook and Twitter memang hak masing-masing. Itu saya pun tahu. Cuma, bila update status, gunalah otak. Jangan ikutkan hati. Sendiri mahu ingatlah, bak kata lawak sarkas Pak Pandir. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian…tanya Nabil ek.hahahaha!!

3- Facebook dan Twitter Boleh Merosakkan Hubungan dengan kawan baik:-

Hmm, sensitif betul saya dengan kawan baik ni. Boring nak tulis ni (ayat ni pun, kalau ada yang baca boleh rosakkan hubunga. hahahaha! Whatever). Ok, serious. Pernah tak korang rasa atau terasa macam makin lama, makin jauh dengan kawan baik korang sendiri lepas masing-masing aktif dengan Facebook and Twitter? Ce jawab dengan jujurnya. Kalau ditanya pada saya, yes! Kamon. Setiap hari bilangan orang dalam Facebook and Twitter ni bertambah ok. Kadang-kadang kita atau mungkin kawan baik kita tu TERLUPA dekat kita tanpa sengaja sebab leka melayan kawa baru. Bukan perkara baru. Sendiri mahu ingat juga.

4- Facebook dan Twitter Boleh Merosakkan Hubungan AKHLAK (bahahahaha!!) :-

Ok, ini saya sengaja tambah. Tak ada kaitan pada yang hidup mahu yang telah mati. Tetiba dapat idea nak merepek. Hubunga akhlak. Perasan tak korang, kita makin lama makin tak tahu nak jaga akhlak bila dalam social media ni? Saya tak berani nak kata korang yang rosak akhlak, jadi saya beri contoh diri sendiri. ehem. Saya kadang-kadang terlalai melayan Facebook n Twitter, akhlak saya dengan Allah saya TERabaikan. Saya lewat solat derr. huhuhuhu. Merosakkan hubungan juga namanya tuh. kuikuikui.

P/S: So, korang ada nak tambah? Kalau terasa dengan apa yang saya tulis dekat atas ni, saya minta maaf awal-awal. Macam saya katakan awal tadi, saya menulis mengikut pengalaman sendiri dan orang keliling. Hope, tak ada yang berkecil hati. Kalau ada, im sorrry!!! Bak kata Amir dalam Maharaja Lawak. wakakakaak!


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

30 Responses to “Facebook dan Twitter Boleh Merosakkan Hubungan”

  1. Ekspresi Ruang 24. May, 2011 at 1:17 pm #

    mmg btol pon. kalau yg suami isteri tu, masalah dalam kelambu jgn dibawak kluar. perumpamaan org tua2, jgn salah faham lak. hehe

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahahahahaha!!! masalah suami isteri tu selalunyer kat facebook. kkite yg bace ni sumpah gelak air mate jek lah. ntah ape2. hahaha.

    [Reply]

    Orang Akaun Reply:

    “abang lemahh”
    hahah..status yang kalau laki dia baca, boleh kena terajang bertubi-tubi…

    [Reply]

  2. farass 24. May, 2011 at 2:13 pm #

    setuju.. n point last sekali tu pown setuju…
    aduhai… ape la nak jadi dengan far nie…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    samalah. khayal kadang2 tak perasan pun, huhuhuhuh

    [Reply]

  3. cik dara 24. May, 2011 at 2:45 pm #

    Tak pernah pulak melalui situasi keretakan hubungan ni tp yg last tu adik sokong k kak. hahaha leka yg teramat sampai hubungan dgn Dia diabaikan.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    no 4 tu rasanya ramai terkena kot.hehehehehe. teknologi tak salah, yang salahnya kita ni hah kan???

    [Reply]

  4. Eizil 24. May, 2011 at 2:49 pm #

    Kali ni terpaksa komen sebab dah lama nak tulis artikel berkaitan, tapi tak tulis2 gak… Semua isi yang ko senaraikan aku boleh kata setuju, sebab pernah gak dulu zaman memuda (macam aa skang ni tua sangat) terjebak ngan kegiatan tak sihat ni, sampaikan isu status kat memaner social network (bukan fb n twitter jer lebih menyeluruh) pun akan boleh dijadikan punca bergaduh.

    Tak kurang juga yang menggunakan social media untuk mengajar pasangan (kalau kes suami isteri atau sebagainya) yang pastinya akan tidak memberi kesan, sebab tegur kat public (semua boleh baca kot kalau tak set private)dan seperti ingin memalukan. huhuhu.

    Okay, tetiba macam nak tulis panjang, tapi aku stop dulu, sambung komen kat artikel kalau rajin. :)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    aku suka komen panjang2 kalau berkaitan ngan tajuk. tarahal woo!!hahahaha.

    betul apa yg ko huraika tuh. semua betol n mmg aku dah ade pengalaman. gado sana sini just pasal status facebook je. aku rasa nak gelak bila tengok gelagat kengkawan macam ni. malu sangat.huhuhuhu

    suami isteri pun ade yg bercerai sbb kantoi berfacebook ngan orang lain. true story ni. hampeh kan?

    [Reply]

  5. Ronaldmohoni 24. May, 2011 at 2:58 pm #

    No 4 tu, saya setuju 200 peratus. :)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahahahahaahha. itulah.silap sendiri ni -..-

    [Reply]

  6. Anarm 24. May, 2011 at 3:02 pm #

    setuju dengan semua point yang dibentangkan..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    terima kasih daun keladi, lain kali setuju kan lagi.hehehehehe

    [Reply]

  7. eiyda 24. May, 2011 at 3:03 pm #

    hubungan cinta? selamat! sebb aku xder bf hahah.

    kalo hubungan ngan ibu bapa tu rasenyer adelah sikit, time online memalam kn..terperap lam bilik..so skang aku jarang online dh bila kt umah..sebb siang time keje 8 jam aku online jek..so mlm untuk family, umi n abh sebolehnyer.

    dengan kawan baik? aku ni xder istilah BFF hee..kawn biasa tu ramai..kitorang salu berhubung melaui FB twitter gak..so no prob!

    Akhlak? hahah tak kot..tp kalo dr segi percakapan mmg yer kot..haha terpengaruh ngan ayat2 kat FB ngan twitter…

    aku nak tambah: merosakkan hubungan dengan Tuhan tu kemungkinan besar is YES! yer lah, bila da tercongok depan lappy..memasing mula la lekaaa…dah terlepas solat, tak pon..alah..jap g la..jap gi lah..dah cuai kan kan..heee..
    Wallahualam…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    bagus sebab ko boleh kawal nafsu malam2 xmo online.aku tak boleh lah.maybe sebab dah belajar bertahun-tahun pun dalam bidang computer. xleh jauh wei ngan computer.hahahahaha!!

    cumam dulu tak separah camni aku tengok. sejak ada twitter lagilah,kemain hp lekat kat tangan xleh jauh.mak aku pun pening wooo. hehehhee

    [Reply]

  8. Rara 24. May, 2011 at 11:43 pm #

    eeee i setujuuu sangat entri ni +10000000! T_____T

    [Reply]

    Lizz Reply:

    thanks rara sebab setuju.hehehehehe

    [Reply]

  9. azura 24. May, 2011 at 11:53 pm #

    yang boleh ditutup tutuplah…yang boleh dihebah hebahkan

    [Reply]

    Lizz Reply:

    nice. cuma manusia ni pelik kadang-kadang. menda aib yg dia pi share

    [Reply]

  10. Hxnis 25. May, 2011 at 12:36 am #

    uhuks.
    yang ni pernah gak terjadi.
    pastu sket-sket nk kena deactivate akaun tak pun delete terus.
    tapi skrg, aktif je akaun fb. tp tak add pun.
    rasanya dia pun selesa mcm tu. kalau nk login pun tade sorok-sorok. selalu gak cerita apa yg menarik kat news feed akaun masing-masing.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    deactive akaun tu mmg ramai buat. itulah kesannya facebook ni.kadang2 jadi parah kalau jenis amik serious semua menda dalam facebook pasangan die.

    [Reply]

    Hxnis Reply:

    dah masing-masing hati macam tisu.
    cepat terasa.
    hahaha

    [Reply]

  11. Denaihati 25. May, 2011 at 1:13 am #

    Ibarat pisau kalau digunakan utk membunuh maka pisau itu jadi senjata yg bahaya.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    pisau tak cukup ni, parang baru betul.kikikikiki

    [Reply]

  12. tarmizishukri 25. May, 2011 at 1:27 am #

    aku break dgn awek aku pun sbb facebook, salah faham, padahal aku tak buat.. tp nak buat macam mana, nasi dah jadi briyani. terima je, single pun best ape, tak pening kepala. boleh sambung master lepas ni :)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahahahaha.nice pulak aku baca komen kau ni. baguslah kalau kau jenis tak down terus menerus. elok jugak sambung master ;)

    [Reply]

  13. Sabahan Bloggers Club 25. May, 2011 at 8:41 am #

    Kalau dah bercinta tu jangan terlampau berfacebook untuk mengelakkan sebarang masalah kemudian…. ;)

    [Reply]

  14. shafie 27. May, 2011 at 11:07 am #

    setuju ngn entri ni..sgt best hokey..ade yg terkene kat batang idung aku gak.senang kata kalo x digunakan ngn betul FB ni mmg leh wat rosakkan diri..tp kita gak kne tahu yg FB juga leh menguntungkan diri kita..aku sendiri iklankan bisnes kat FB..Alhamdulillah masyukk..

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks

  1. Top 5 'Breakup Excuses' Oleh Lelaki | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 31. May, 2011

    [...] Tak ada ribut, tak ada petir, tak ada Tsunami, tanah runtuh pun tak. Tetiba nak berpisah!!! Takkan nak salahkan Facebook or Twitter pulak!!! Sakit hati tahu tak??? Ok, entry kali ni saya fokuskan untuk Breakup Excuses yang digunakan oleh [...]

  2. Panduan Penggunaan Facebook dan Twitter Untuk Bloggers | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 10. Oct, 2011

    [...] Facebook dan Twitter memang medium terbaik untuk semua bloggers. Ada blog tapi tak ada akaun Twitter dan Facebook macam tak kena je rasa. hahahaha!!! Orang lain saya tak tahulah, tapi bagi saya 2 akaun ni sangat penting bagi setiap bloggers. [...]

Leave a Reply