Drama Nora Elena Slot Akasia di TV3 – Sinopsis

Drama Nora Elena yang kini disiarkan di slot Akasia TV3 nampak macam menarik. Drama Nora Elena ini menggantikan drama Cinta Antara Kita dan dengarnya Drama Nora Elena ni menampilkan pelakon-pelakon yang hebat!

Drama Nora Elena bersiaran mulai semalam (9 Mei 2011) jam 7 malam dan apa yang menarik drama Nora Elena ni merupakan drama adaptasi dari Novel karya Meen Zulaikha. Hah, makin menjadi trend pulak kan drama yang diadaptasi daripada novel. Drama Trilogi Cinta lakonan Fouziah Gous dan Rosyam Nor pun diadaptasi daripada novel jugak.

Antara pelakon-pelakon yang menjayakan Drama Nora Elena ialah Aaron Aziz, Siti Saleha, Miera Liyana, Ery Putra, Zul Ariffin dan ramai lagi. So, selamat menonton!!!

Sinopsis Drama Nora Elena

Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.

Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.

Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut?

Credit to: Qimie

Credit photo: En Nakal

p/s: Berbelah bagi ni. Hati nak tengok cerita Nora Elena tapi at the same time nak tengok Cinta Melodi jugak!!!hahahaha

UPDATED: DOWNLOAD DRAMA NORA ELENA

Episod 1

Episod 02
Episod 03
Episod 04
Episod 05
Episod 06
Episod 08
Episod 09
Hotfile
Episod10
Episod 11

Credit to: Raja Copy Paste
UPDATED:  OST DRAMA NORA ELENA

VIDEO PROMO DRAMA NORA ELENA

Artikel Berkaitan

Posted in Artikel, Review

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Permalink 21 Comments

21 responses to “Drama Nora Elena Slot Akasia di TV3 – Sinopsis

  1. Haaa cerita ni best,semalam dapat tengok separuh je,suka lakonan heroin dia Siti Saleha 😀

  2. Saya pn follow cite ni dari awal. Suka sebab ada Aaron Aziz yg kacak tu! Hihi..

  3. seth tu kan yang rogol elena?

  4. iqa

    dh bce novel ni..best sgt…so drama ni pn sure best! plakon best2…

  5. Tak sempat nak tgk cite ni..just tgk skali imbas.Nampaknya kena tgk siri ni kat tonton.com.my la

  6. mesti golongan mak dan mak mertua suka tengok termasuklah tuan blog nih. hehe..

    mak aku cukup suka tengok cite-cite macam ni. tak faham aku..

    • mak aku tak leh tengok sangat sebab anak2 layan cinta melodi.bahahahaha!!! so,kena tengok 30minit terakhir je tu pun jap jelah cuz solat lagi.ape ntah tv3 pi tukar masa siaran tu

  7. kepada sesiap yg x sempat nak tgk kt tv…
    bleh la download kt cni..

    http://zulmovie.blogspot.com/2011/05/nora-elena-tv3-akasia-avi.html

    SHARING IS CARING!!!

  8. hisammudin

    best la citer nie… sya suka tgk heroin klu dia pakai tudung… sangat cantik

  9. asyraf

    perghh!!! cte ney mmang bez!! heroin dy pun… heee… cute larh!! klau mnghayati cte ney btul2.. slap2 leleh air mte weyh!!

  10. Pingback: (Sinopsis dan Trailer)Drama Kitab Cinta Arahan Erma Fatima | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  11. Pingback: (Gambar Eksklusif) Siti Saleha Pelakon Drama Nora Elena | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  12. Pingback: TwtUpKaseh. Tweetup Pertama Twitterjaya Ke Rumah Anak Yatim | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  13. Pingback: Episod Akhir Nora Elena. Saya Dah Tahu! | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  14. nur izzati shamiza

    tolong ulang blik siaran nora elena..cbb byk ketinggalan la episod die..haha

  15. Pingback: (Sinopsis) Drama Dewa Cintaku Slot Akasia TV3 | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge