Barbican haram pulak?

Barbican haram pulak? Eh, ape kes sebenarnya dengan Malaysia? Barbican haram pulak tiba-tiba. Sebelum ni senyap je. Tup-tu- Barbican haram pulak!!!!! Malaysia ni sebenarnya pandai ke tidak bab jaga status halal haram makanan dan minuman ni???

Ni yang nak mengamuk ni. Sudahlah air Barbican ni sedap. Favourite drink hoi!! hahahahaha!!! Ada kang saya mogok baring dekat highway Karak Laluan Puaka tu kang!!!bahahahaha. Satu-satu kes jadi kan? Minggu lepas kita dikejutkan dengan Tragedi Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat.

Bertimpa-timpa musibah. Ini pun dikira musibah untuk saya juga ni. Musibah tak boleh minum air Barbican lagi -..-

Adoi, Apa nak jadi dengan Malaysia ni? Negara Islam, tapi macam ada yang “tak betul” lah. Nasib baik ada Filem Nurkasih The Movie! Tak malu sangatlah nak ngaku Malaysian. Ada juga benda yang boleh dibanggakan dan tonjol sisi Islamik sikit. miahahahaha!!! (ok,ini melawak je)

Tak tahu nak salahkan siapa. Nak salahkan JAKIM 100% pun tak boleh jugak kot. Nak salahkan pengusaha mungkin boleh tapi kalau difikirkan balik, kalau tak ada yang “melepaskan/mengizinkan” isu macam ni, mungkin pengusaha pun tak berani nak buat.

Entah! Hari tu kecoh status IKEA meatball. Lepas tu, keluar pulak cerita Secret Recipe pun tak halal. Sekarang, Barbican haram pulak? Kemain kan!!!! Saya dah berbotol minum tahu. Gila. bahahahaha! Memang my favourite sebab best air tuh.

Tapi, kalau dah terang-terangan kata Barbican haram pulak sekarang ni. Terpaksalah saya stop minum. Kalau dah was-was ta boleh teruskan. Cuma, harap-harap JAKIM ambillah tindakan dan kerajaan pun please lah ambil serious hal ni. Adoi!!!

Cuba korang baca artikel berkenaan Barbican haram yang dikeluarkan dalam harian Metro ni. Sedih woo!!! hehehehehe

JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin (gambar) ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.

“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.

Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.

Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.

“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.

“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.

Credit to: Harian Metro

UPDATED:

Tadi, di Twitter ada orang beri saya link blog yang ada sertakan sijil halal Barbican ni. So, ce terai korang check betul ke Barbican haram ke tidak di sini

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

34 responses to “Barbican haram pulak?

  1. erk…nape saya tak pernah tau pun air ni….huhuhu

  2. dia tak tulis pun barbican kan? cuma kita syak barbican je sebab jenama tu fames. ade lagi beberapa jenama lain bir halal dari timur tengah, aku penah minum satu. rasa macam haram.

    so skarang ni xtau lagi jenama mana yg dimaksudkan. 🙂

  3. ish.. macam2… daripada rasa was2.. eloklah dijauhkan.. dan first time dengar minuman ni.. hehehe..

  4. tp sbnrnya mmg byk bnda yg pelik2 dlm pasaran.cuma barbican ni pak arab kt u sy semua pun minum.sy pun suka minum.perisa apple.

  5. saya org kampung…tak tahu pun ada air ni

  6. malu juga kan kalau foreigner tnye, “is malaysia a muslim country?” ..sebab bnyk je perkara2 yg meragukan yg kurg mnunjukkn aplikasi tatacara,budaya,prundangan islam di malaysia

    • so far, kawan2 foreigners saya tak pernah pulak tanya soklan macam tu cuma diorang lagi suka pulak sebab “bebas” kat Malaysia ni tapi itulah “bebas” yg dia kata tu merujuk kepada negative part lettew -..-

  7. entahla..aku tak penah minum air nih..

  8. aku pernah rasa sekali… dapat free2 test…
    1st time tgk botol tu mmg pikir mcm minuman alkhohol…
    walaupon ada yg kata halal, tapi bila dah ragu2 sgt, better jgn minum lagi lepas nie… dah siap ada pengesahan kan?cemana lak leh lepas kan…dh berapa ramai orang yg minum?ish3…tak pasal-pasal

    • rasanya asal2 minuman ni mmg halal masa mula2 masuk malaysia.cuma, pengusaha dalam malaysia ni yg ntaj apa2 naikkan kandungan alkohol tu.kan dah haram jadinya.hukhukhuk.

  9. Dah kata HARAM tu HARAM la..jgn jadi HARAM JADAH????

  10. Liey

    Dah tu yg sparkling plak cmner?barbican tu uptown byk da beb..

  11. maybe JAKIM trlepas pandang kot..tp ak mmg x minum sparkling ke barbican ke sebab tak minat minuman2 macam ni..minum air kosong sudah,baik untuk kesihatan,hihi

  12. Minuman ini dah lama aku minum kalau makan Nasi Arab.. ciskek betol la dorang neh.. cek la bebetol.. tak pasal2 ade benda HARAM dalam tubuh aku.. cesss….

    mood: MARAH!

    yours
    SH

  13. salam,

    patut ler tetiba banyak jer pelawat datang terjah kat umah ari ni. ada link kat sini yer…. huhuhuhu

  14. kawan pernah bagi rasa..rasa semacam aje..tapi itu ajela sekali pernah minum.

  15. salam..

    tumpang komen:

    isu produk malta ni haram atau tidak masih lg tergantung sbb pihak yg berwajib yakni JAKIM-HALAL masih lg blom sahkan nama produk yg dikatakan haram tu. di pasaran ada Barbican dan juga Istak. both produk dah kuarkan kenyataan akhbar memasing, menolak isu tidak halal ni. so kita jgn lg tegesa menidakkan mana2 produk pun. tunggu sehingga betul2 ada info sahih then kita buat keputusan nak ckp ia halal or sbaliknya.

  16. akuXpaham

    aku tak phm knp org minum air yg ade alcohol 0.5%…
    teringin minum arak ke ape…
    punye byk air kt malaysia ni yg sedap…milo ais ke..sirap ke…haiiiihhhh… xphm2..
    ni la org kate bute hati buta minda…
    hidayah dr allah tak dpt…
    renung2kan dan slmt beramal…

  17. Prihatin

    skrg barbican dah boleh diminum oleh umat Islam sbb UKM dah wat kajian thdp air 2 dan die kata dia bebas alkohol. FAHAM

  18. Pingback: HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce Tak Halal Ke? | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  19. Harun

    Lepas tu mengharamkan mentega GOLDEN CHURN. Hanya Malaysia satu-satunya negara yang kononnya detect ada dna babi dalam tu.

  20. agent c

    dah, klu x mau minum beer x halal, jgn minum beer halal jugak… nie cam

  21. man

    sjak bler lak ni??xpnah tau air ni x halal…haha…aku mnum slamber je…bknye memabukkan pn…bkn ke syarat dlm islam air y x memabukkan halal diminum?ish3

  22. adi

    korang semua..cuba try air LONGCHAN plak..botol sama macam air barbican ni tapi air ni kurang gas..lagi kurang gas lagi sedap untuk di minum..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge