Telemovie Istimewa Sempena Hari Ibu – Ampunkan Dosaku Mak di TV9

Salam, sempena sambutan Hari Ibu tak lama lagi, TV9 telah menyediakan pelbagai program yang menarik untuk tontonan semua. Malam ini, 4 Mei 2011 jam 8:30 malam jangan lupa untuk menonton telemovie istimewa khas sempena Hari Ibu “Ampunkan Dosaku Mak” lakonan mantap Elly Suriati, Fouziah Gous, Ridzuan Hashim dan ramai lagi.

* Saksikan juga lakonan mantap Fouziah Gous dalam Slot Seram TV3 Mantera Anjasmoro setiap hari Khamis 9:00 malam

Saya confirm cerita “Ampunkan Dosaku Mak” ni sedih!!!hahahahaha!!!! Tengok promo pun dah tahu sedih. Ada sesiapa yang belum tertengok lagi promo telemovie istimewa khas sempena Hari Ibu ni ke??? Hah, relax dulu. Kat bawah ni saya ada letakkan sekali video Promo telemovie “Ampunkan Dosaku Mak” untuk korang. hehehehe!!! Jangan lupa menonton ok!!!

Sinopsis Skrin Di 9 – Ampunkan Dosaku Mak
4 Mei 2011 (Rabu), 8.30 malam


Drama terbitan Nasreen Pictures Sdn Bhd ini menampilkan lakonan terbaik Elly Suriyati sebagai Suhana perlu membesarkan anak tunggalnya Karmila (Fouziah Gous) sehingga ke menara gading. Suhana telah ditinggalkan oleh suaminya Farouk (Ridzuan Hashim) kerana tidak mahu hidup susah dan pergi memburu kekayaan di bandar meninggalkan mereka dua beranak. Sejak itu, Hassan yang dilakonkan oleh Haryanto sentiasa menjaga kebajikan mereka berdua kerana kasihan melihat Suhana bekerja keras siang dan malam bekerja untuk menampung kehidupan anak tunggalnya. Karmila pula berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti hasil keputusan cemerlang yang diperolehinya. Hassan sama-sama membantu Suhana mencari wang untuk pengajian Karmila. Namun apabila sudah merasai hidup berasingan dengan ibu apatah lagi bergaul dengan anak orang kaya, Karmila mula lupa daratan. Ingin hidup mewah dan memiliki barangan berjenama.
Haykal (Afiz Muiz) pula secara tidak sengaja telah memperkenalkan Karmila dengan bapa ayam bernama Marco. Sejak perkenalan mereka, Marco telah memperdagangkan Karmila dan memberi kemewahan kepadanya. Namun pada suatu hari, Haykal telah meminta Karmila supaya melarikan diri kerana dia mendapat tahu Marco ingin menjual Karmila ke luar negara. Ketika cuba melarikan diri itulah muncul Suhana dan Hassan yang kebetulan tahu tentang misi ini daripada rakan sebilik Karmila. Pergelutan berlaku antara Marco, Haykal dan Karmila. Keadaan menjadi semakin cemas apabila Hassan yang mengenali Marco memanggilnya dengan nama Farouk. Adakah Marco dan Farouk merupakan orang yang sama? Dan jika ianya benar, bagaimana pula perasaannya apabila mengetahui dia telah memperdagangkan darah dagingnya sendiri?

Credit to: TV9

Download Ampunkan Dosaku Mak


Part 1
http://hotfile.com/dl/116767759/0ed51c9/Ampun_Kan_Dosa_Ku_Mak_-_Part_1.avi.html
Part 2
http://hotfile.com/dl/116779702/b02031d/Ampun_Kan_Dosa_Ku_Mak_-_Part_2.avi.html

Credit to: Jiwang.net

Artikel Berkaitan

10 responses to “Telemovie Istimewa Sempena Hari Ibu – Ampunkan Dosaku Mak di TV9

  1. nak tengok..nak tengok.. 🙂

  2. aku ambng suke lah drama cam ni hehehhe…mesti sedih…

  3. meo

    oh, mothers day dah dekat…

    i miss my ibu….

  4. sue

    hi, da tgk cite tu mlm tadi. best.. sedih masa karmila tanak jumpa mak dia masa mak dia dtg kolej.

    btw, ada correction kt nama pelakon akhir cerita tu. pelakon watak baby tu bukan Khalif Qail Khairil AKbar… tapi Khalif Uqail (bin) Khairul akbar.

    sebab baby tu adalah anak sy, doktor perempuan dlm citer tu adalah saya (huhu gumuksnye..nanges tengok!)

    • hehehehe!!!! glemer uolsss jadi doktor!!!saya perasan doktor tuh.hehehehe!! owh, biasalah diorang selalu tersilap tulis nama. nama fouziah pun jadi fauziah kadang2.

  5. Pingback: Gambar- Selamat Menyambut Hari Ibu!! | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  6. Pingback: Halaqah Sentuhan Kalbu Musim Kedua di TV9 | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge