Tak Ambil Tahu Jumlah Followers Pun.Korang Pulak?

Kadang-kadang, saya try jugak nak buat macam excited-excited tengok followers blog or followers dekat Twitter bertambah setiap hari. Dah cuba, tapi tetap tak menjadi. hahahaha!! Bukan tak hargai followers yang baik hati nak follow blog or Twitter saya.

Mestilah saya appreciate sangat kan!!!

Cuma, saya rasa tak perlu sangat nak ambil tahu jumlah followers. Seriously, macam blog cap ayam ni contohnya. Saya pun tak perasan bila masa followers saya ada sampai 400 lebih. Even setiap hari bukak blog, baca balik entry. Tak ada pulak saya sibuk-sibuk nak tahu jumlah followers blog ni. hehehehe!!!

Orang kata, followers ramai kita bolehlah agak yang blog tu famous. Katanya. Tapi, for me tak macam tu. Followers tu saya letak sebab 1 je. Nak tolong siapa-siapa yang sudi nak dapat update bila ada entry baru dekat blog ayam ni.

Tak ada lah pulak terfikir. Nak letak widget tu sebab “oh nanti orang bolehlah tahu ramai yang follow blog aku”. Oh, tak adalah pulak. huhuhuhu.

Kalau Twitter pun sama. Saya tak tengok sangat jumlah followers. Saya cuma excited tengok jumlah tweets.bahahahaha!!!! Siapa nak follow, siapa nak unfollow saya tak kisah sangat pun. Cuma, kadang-kadang bila ada problem dengan Tweetdeck or Seesmic Desktop barulah terhegeh-hegeh bukak Twitter Web. Nak tak nak, sah-sah lah tertengok jugak jumlah followers. Iye dak?

Tak payah plastik sangat. Memang time tu saya baru buat suara macam ni “aik,rajin bebudak ni follow aku”. hahahaha!!! Poyo kan saya? Mengaku tu afdal tahu tak -..-

Macam ni jelah. Setiap blogger ada cara dia sendiri untuk “naik” kan blog dia. Terpulanglah. Kalau niat berblogging tu sebab nak orang kenal, then maybe followers yang bertambah setiap hati tu mampu buat korang bahagialah kot.kehkehkeh!!

Tapi, kalau niat berblogging tu sebab memang dah “hantu menulis” rasanya ada followers ke tidak, bukan sesuatu yang penting bebenor. Kalau ada followers, alhamdulilah. Mungkin orang suka karya kita. Kalau tak ada followers pun tak menjadi 1 masalah sebab kita menulis untuk kepuasan diri. Tarahal lah.

Kadang-kadang saya garu kepala sekejap. Ada juga blogger yang nak bergaduh and bangkitkan isu followers ni. Kalau buat entry baik-baik, tak apa. Tapi,janganlah ada unsur cemburu tak bertempat. Kutuk-mengutuk sesuka hati. Malu woo!!!!

Antara blogger yang honestly saya rasa kesian sangat, Cik Epal. Ramai sangat yang suka nak cari salah dia. Itu kan dah rezeki dia famous dengan blog. Biarlah. Ini tidak, followers dia pun orang pertikaikan. Dia pakai itu ini pun orang sibuk, eh macam-macam lah orang kenakan dia. Saya bukan bodek. Nak bodek buat apa?

Jumpa Cik Epal pun tak pernah.hahahahaha!!! Kenal dia as blogger saja tapi tak kenal secara dekat. Cuma, saya menulis mengikut pemerhatian saya saja. Tak baik tahu dengki mendengki ni. Dunia blogging ni carca marba sekarang. huhuhuhu.

Hmm, oklah. Selamat mengira jumlah followers memasing!!!hahahaha!!!!

p/s: Tak semestinya followers tu suka blog or twitter kita. Maybe diorang stok kepochi suka-suka

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

11 responses to “Tak Ambil Tahu Jumlah Followers Pun.Korang Pulak?

  1. slalunya yg berdengki2 ni adalah newbie yg masih tak berkembang lagi blog2 diorang. huhu

  2. fuyo aku orang pertama yang komen!!!!! hahaha
    errr aku rajin dok perhati jumlah followers.. yang musykilnya bila aku main unmention.. dok tweet benda mengarut-ngarut followers makin naik haha.. bila aku tweet benda2 yang sweet ya diulangi sweet dan berilmiah ramai plak yang unfollow aku hahaha

    • perasan eh kau topo!!!ada orang lagi laju!!!hahahahaha. kan?sebab tu aku cakap,kengkadang yang follow kite tu bukan nak ape pun cume tak nak ketinggalan kot2 kite ade mende yg die bley “kenakan” kite -..-

  3. tak perlu kot nak mengira, terpulanglah nak follow ke idak. jji aku hepi, haha. nak unfollow pun tak kisah. fokus benda lain lagi bagus. 🙂

  4. buat apala nak dikisahkan sangat berapa ramai yang nak follow…aku pun x kisah sangat dengan benda macamni, terpulanglah nak follow ke tak…

  5. ermm kengkadang tengok gak jumlahnya sebab boleh tau orang suka ke tak dengan blog kita.. Saya blogging ni tak tentu arah.. takde konsep yang tetap.. mungkin sebab tu susah nak tambat ati pembaca untuk follow…

    jujur cakap yang saya ni suka bila ada orang follow sebab itu tandanya masih ada yang support bila dah takde ‘geng’ yang nak support kita..
    .

  6. Pertama kali komen 🙂 saya setuju dengan pendapat cik liza.

  7. yup..sapew nk follow silakan..xnk follow blh jalan…xde sape nak mrh…

    tp kdg2 mnyampah gak ade sesetgh blogger pkse duk follow..i dah follow u..follow i plak eh..haish..mcm2

  8. dah lupa kira dah sejak dulu..

  9. Salam admin,

    Pandangan saya mungkin agak berbeza sedikit.Saya selalu melihat perkembangan followers saya.Bagi saya dengan meningkatnya jumlah followers bermakna blog saya kebarangkalian berfaedah adalah tinggi.

    Yang keduanya ianya akan dapat menaikkan semangat saya untuk terus menulis.Buat apa menulis kalau takde orang nak baca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge