Sinopsis Filem- Penunggu Istana

penunggu_istana

Filem Penunggu Istana ni merupakan filem yang akan ditayangkan di pawagam tak lama lagi. Woo, tak sabar punya pasal. Saya search sendiri berkenaan Filem Penunggu Istana ni awal-awal.hahaha!! Excited tak tahu kenapa. Tapi,maybe sebab saya memang suka Filem Penunggu Istana yang terang-terang bergenre “seram”. Paranormal babe!!!! Oh, i love it!!!

Hari tu sempat tengok dekat TV3 The Making Of  Penunggu Istana ni. Wah, teruja ok!! Macam ada “sesuatu” je dengan filem ni. So, sekarang ni memang tak sabar nak tengok dekat pawagam 21 April 2011 ni. Harap-harap filem Penunggu Istana ni tak mengecewakanlah. Jom baca sinopsis dulu!!!

Filem Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Billah, istana tua yang terbiar di Perak.

Pada Februari 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’).

Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza.

Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ.
Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.

Credit to : Uncle Seekers

p/s: Amacam? Teruja tak nak tengok filem Penunggu Istana ni?

Artikel Berkaitan

14 responses to “Sinopsis Filem- Penunggu Istana

  1. salam…macam best,pelkon dia sape ye

  2. tengok promo dia ada macam cite paranormal activity je ek..

  3. saya tak mau tengok sbb takut ngan hantu jahat

  4. huhu aku tak suke si uncle seekers tu…so xrase pon nk tgk heeee

    • tapi bukan uncle seekers yang main cast diorang pun. aku tengok TMO die kat tv3 aritu.excited jadinyer!!!nak tengok ade kematian ke tidak last2 tuh -..-

  5. Erkkk tak suker citer2 begini.. dah tengok nanti bagi review ek (spesis tukor cenel lain cepat2 bile tertekan cenel serita serammm)

  6. macam bosan jerk?huhuhu

  7. yeah, paranormal aktiviti versi malaysia. tapi rasa was2 pun ada tentang filem ni, sebab nampak it just too good to be true..

  8. Pingback: (Sinopsis dan Trailer) Filem Karak- Laluan Puaka | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge