Rahsia Kaabah

Salam. Ok,kali ni saya nak share apa yang saya jumpa di blog Zikir Ibadat ni and saya dah share pun dekat Twitter. Tapi,ada yang request suruh masukkan dalam blog. So,bolehlah baca dekat bawah ni. Antara Rahsia Mekah / Rahsia Kaabah yang pada saya menarik sangat untuk kita as Muslim ni tahu. Honestly, saya pun tak pernah tahu sangat, lepas baca entry blog zikir Ibadat ni baru tahu. So, jangan lah anggap entry ni macam entry nak menunjuk yang saya baru buat umrah. huhuhuhu. I just wanna share with my readers here -..-

Next, ada jugak saya jumpa di blog Jalan Akhirat berkenaan serba sedikit info berkaitan Kaabah sendiri. Rasanya best jugak kalau dapat share dengan korang kan? Saja-saja tambah ilmu pengetahuan.hehehehe!!! Jom baca!!

kaabah

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermak na peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu ada lah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu ba nyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelom bang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Sejarah Binaan keliling Kaabah

Hajarul Aswad

Hajarul Aswad adalah sepotong batu yang berasal dari syurga. Warna asalnya adalah lebih putih daripada susu. Dikatakan ia menjadi hitam kerana luruhnya dosa manusia yang mengucupnya. Pelbagai peristiwa sejarah dilalui oleh Hajarul Aswad. Hinggalah ke hari ini yang masih tinggal daripada Hajarul Aswad adalah sebanyak lapan kepingan sebesar biji tamar yang diikat pada lilin yang dicampur kasturi di dalam lingkungan perak. Sesiapa yang ingin mengucupnya hendaklah meletakkan mukanya ke atas kepingan itu.

* Alhamdulilah. kali ni, saya dapat mencium Hajarul Aswad. Memang nak sangat dan syukur ar kiranya Allah izinkan kali ni. Seronok tak terkata tahu -..-

Hijr Ismail


Pada asalnya kawasan Hijr Ismail termasuk dalam binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim. Ia dikeluarkan dari Kaabah ketika binaan Quraisy. Justeru, solat di dalamnya menyamai solat di dalam Kaabah.

*Tempat ni kecik je. Each time lepas buat Tawaf Sunat, kalau berkesempatan memang we all akan solat sunat dalam Hijr Ismail ni. Solat tak boleh lama-lama sebab ini salah 1 antara tempat yang dimakbulkan doa. Jadi,berpusu-pusu orang.huhuhuhu

Multazam

Multazam adalah kawasan hadapan Kaabah di antara Hajarul Aswad dan pintu kaabah. Dikatakan Multazam adalah kawasan yang paling mustajab doa. Menurut sebahagian riwayat orang Quraisy sebelum Islam menjadikan Multazam tempat melafazkan sumpah terutama bagi menyelesaikan perbalahan di kalangan mereka.

*Umrah kali ni saya tak dapat nak sentuh sebab sumpah umrah kali ni dah macam masa Ramadhan pulak. Ramai orang!!! Tak berani nak ke depan sangat. Takut kena rempuh.huhuhu. Tapi, umrah yang lepas, alhamdulilah selalu dapat pegang.

Telaga Zamzam

Telaga Zamzam adalah sebuah telaga di hadapan Kaabah di kawasan di antara Hajarul Aswad dan Multazam. Ia dikatakan terbit daripada terjahan kaki Nabi Ismail. Ada riwayat yang menyatakan ia terbit hasil pukulan sayap Jibrail. Kelebihan air dari Telaga Zamzam ini dinyatakan di dalam beberapa hadis.

*Rasanya, kalau pergi Madinah and Mekah memang tak sah tak ada zam-zam kan? Memang kiri kanan dalam mesjid disediakan tong-tong air zam-zam untuk jemaah. Puas sangat!!!!

MAKAM IBRAHIM

Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu dan di atas batu itulah Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya. Di sini kita dituntut berdoa selepas melakukan sembahyang sunat tawaf 2 rakaat. ::)

Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.
Atas perintah Khalifah Al Mahdi Al Abbasi di sekeliling batu makam Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung.

* Lepas kita selesai buat tawaf, kita kena solat sunat belakang makam Ibrahim ni. Saya memang suka solat dekat sini. Walaupun cuma 2 rakaat, tapi each time dahi menyentuh mozek tu…entah. Rasa sayu sebab depan kita betul-betul Kaabah -..- Rasa hina sangat. Tak menangis tak sah.

p/s: Sekian. Please, entry ni sekadar niat untuk berkongsi saja. Tak ada niat lain. Mekasih!!!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

22 responses to “Rahsia Kaabah

  1. kagum.. kagum.. hebat betul perancangan yang Tuhan buat..

  2. disebalik ciptaanNYA tersimpan pelbagai rahsia kan..

  3. Perkongsian yang sangat baik, terima kasih… teringin juga ingin menjejakkan kaki ke sana, tapi belum ada rezeki, semoga akan tercapai suatu masa kelak.

  4. subhanallah. banyaknya rahsia Allah kita tak tahu.
    thanks for sharing!

  5. wahh teringin nak minum air zam zam bila baca entry ni. Banyak rahsia kaabah yang saya tak tahu sblum ni. Ingatkan bila tawaf tu takde hikmahnya dari segi kesihatan. Thanks sebab share 🙂
    .

  6. subhanallah, sesungguhnya tuhan maha mengetahui setiap apa yang dijadikan…sebelum kita kemana2 tempat di seluruh dunia ni seelok2nya pergila ke mekah tak kirala buat haji ataupun umrah…jika dimurahkan rezeki memang dah berniat nak ke sana, insyaallah

    • hmm,dulu before pi umrah..dah pernah pi uk.rase tulah tempat paling rugi sape tak pernah pergi.after that,ade rezeki we all pi umrah.sumpah,tak ada tempat paling tenang dalam dunia ni selain duduk ngadap kaabah n ingat balik dosa-dosa kita kat dunia ni -..-

  7. ok, sgt2 menarik info ni. secara hormatnya saya nk retweet utk sebaran 🙂

  8. huhuhu….nak sangat g sana wehhh

  9. point no 11 tu memang betul sesangat. semua yg hebat2 berputar mengikut arah lawan. dari sekecil2 ion dalam badan hinggalah kepada tornado dan planet2. subhanallah… 🙂

  10. Pingback: Peristiwa Israk Mikraj, Sejarah Agung Umat Islam | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge