Jangan Nak Mengata Orang Sangat!

Manusia ni, memang pelik. 1001 perangai manusia tu sebenarnya tak betul kot. For me, perangai manusia ni ada berjuta-juta lemon. Malas nak pot pet panjang-panjang. Saya ni jenis kawan dengan sesiapa saja. Honestly, saya dah diajar daripada kecil lagi oleh mom.

Bila berkawan tu, biar ikhlas. Jangan berkawan sebab kita nak “something” daripada kawan kita tuh.

Lagi 1, perangai saya. Saya tak suka sangat nak ambil tahu latar belakang hidup kawan saya tu. Bukan tak amik kisah langsung, tapi maksud saya. Tidak terlalu amik kisah. Maksudnya, cukuplah setakat saya tahu dia bukan pembunuh.hahahaha!!!

Selagi bukan pembunuh bersiri, perogol bersiri, pencuri bersiri dan apa saja yang berkaitan dengan siri. Saya tak kisah berkawan dengan dia. Saya tak pernah ambil kisah samada kawan saya tu solat ke tidak, puasa ke tidak, perokok ke tidak, dia kaki mesjid ke tidak, dia tahu baca Al-Quran ke tidak, dia tahu baca jawi ke tidak.

Ah, itu bukan urusan saya. Siapalah saya nak memilih kawan berdasarkan semua-semua tu.

Bukan meremehkan hal agama. Bukan. Cuma, prinsip hidup saya senang je. Setiap manusia ada “jalan cerita” hidup masing-masing. Kalau kawan saya tidak solat sekalipun, pasti bersebab. Memang dia berdosa besar tapi itu urusan dia dengan Allah. Kita siapa nak membenci dengan manusia yang tak mengerjakan solat?

Ce citer? Kita bukan Tuhan tahu.

Macam ni. Baru-baru ni, saya bersembang dengan kawan-kawan dekat kedai kopi. Sembang kosong tapi for me tak ada istilah kosong sebenarnya bila dah start bersembang ni.hahaha!!! Ada something.

Kawan yang minum sekali ni agak “baik”. Yes, saya akui dia baik. Semua dia buat. Solat, menutup aurat, sopan santun pun yek. Cuma, bila dia bertanyakan 1 soalan pada saya petang tu, saya terkejut ayamas tahu! woooo. So kesian dekat dia. Pendek akal sungguh.

Kawan saya ni, maybe dah lama kot nak tanya soalan pada saya. Jadi, dia tanya. “Liza, kau tak takut ke kawan dengan pengkid? Lepas tu, aritu aku nampak kau keluar dengan perempuan yang pakai baju tak cukup kain je.” Saya diam. Sebenarnya dalam hati, dah start nak memaki hamun memanja.hahahaha!!!

Dia sambung lagi “Kawan-kawan kau tu solat ke?”.

Phew!!!!! Rasanya dah melampau bila kita berfikir sampai macam tu. Saya tak berminat nak jawab sebab tengah marah kot. Saya cuma jawab “mengumpat macam ni lagi berdosa wei. Kalau dia tak maafkan kita, kita berhutang dengan dia sampai mati k”.

Kawan saya tu diam. Dia cukup kenal saya. Kalau saya tak menjawab soalan tu, maksudnya saya tak suka soalan tu. hahahaha!!!

Melampau kan? Mak saya kata, kita tak boleh ada pra sangka buruk dekat orang. Lagi-lagi soal agama. Itu urusan dia dengan Allah. Bak kata mak, manusia ni boleh berubah. Lambat laun, nanti dia akan berubah juga. Kita yang dah berubah ni, yang ada otak ni kena beri full support bukan MENGUTUK, MENGEJI, MENGHINA bagai nak rak! Berdosa tahu!

p/s: Cuba mulai hari ni, belajar berpra sangka baik dekat semua orang. Cuba!!! Good luck!

p/s/s: Jangan pandang hina kalau orang tu tak pandai baca Al-Quran. Ajarlah dia. Bukan mengejek ok.

p/s/s/s: Kalau kawan kita tak boleh baca jawi, jangan cakap macam-macam. Bukan semua orang berpeluang belajar jawi masa kecil. Ajar diorang, bukan hina!

Artikel Popular

  • No Related Posts

29 Comments

  1. Fitrihadi says:

    entry ni buat saya berfikir sejenak.. memang betul kita kena support saudara seagama kita bila diorang memerlukan.. bukannya mengejek dan mencela diorang..

    saya pun ada ramai kawan tak solat..dan ada yang berani buat dosa besar..tapi saya malas nak campur sebab diorang semua dah dewasa.. kena ar tahu mana baik dan mana buruk… dosa pahala diorang tanggung sendiri ar.. tak perlu ar saya nak campur tangan hal agama diorang..

    kengkadang, manusia ni bila ditegur dia marah, bila tak tegur perangai macam sampah.. dan akhirnya kita pun naik menyampah.. adehh pening pala eden..

    .

    • Lizz says:

      biasanya jarang nak menegur orang kecuali family sendiri n kawan yang memang rapat.itupun ada caranya. bukan sampai nampak macam diri kita ni bagus sangat. annoying je nanti jadinya.

      thanks Fit baca entry ni.hohohoho

  2. Fariq says:

    kawan lak pasal berkawan ni kdg2 tgk2 gak,, sebab bile dah terlampau tak amek kisah sgt hal memilih kawan ni, nanti diorang sng nak amek kesempatan. mcm kes 3 tahun lepas masa kawan baru start masuk kolej, nak cari kawan punya pasal, takde la nak memilih sgt, makin lama dak tu makin buat perangai, pelik gak la,, sok luse dgr cite member lain duit kena songlap ngan dia,, orang dia pun lesap ntah kemana, haish.. nak kawan pun baik tgk2..

    • Lizz says:

      oh, sebab tu saya tulis selagi dia buka pencuri bersiri saya akan ok berkawa dengan dia. kalau dah mencuri susahlah kan. tapi,kalau kena gayanya…orang yang pandai nasihat dia,mana tahu boleh ubah dia.

  3. Richie says:

    hohohooo.. klau skadar nasihat atau tegur dgn baik tu bleh terima lagi kan.. tak suka kalau ada org anggap diri tu plg bgus

    • Lizz says:

      yes. boleh menegur.tak salah sebab tu pun ibadah jugak tapi kalau dah macam ni…nampak sangat tak betul caranya. buruk sangka tahu -..-

  4. w/o name says:

    sindrom org pkai tudung labuh! (jhtnye aku..) tp bkn nk mengata diorg, tp mybe diorg sgt spesifik smpai sume bende nk mengata. dhla suke terasa tp mulut pedas bak cili. pd aku diorg sgt sensitif dgn keadaan sekeliling dats why diorg bertudung labuh. lepak ngn diorg mnyebabkan aku penat jiwa raga. grrr

    • Lizz says:

      yeah, boleh faham apa yang u tulis.hmm, bukan semue yang tertudung labuh macam tu.ada jugak yang betul2 faham cara nak nasihatkan orang. maybe my fren ni tak tahu cara kot. *think positive olok-olok. bahahahaha

  5. Dauspozi says:

    Assalamualaikum kak,
    Perghh.. terkedu ku baca entry ni kak… Pernah jugak mengata org… Huhu.. tapi daus mcm kak Liza jugaklah, tak suka sgt amek tahu kisah kawan2 ni.. Kalau artis tu, selalu sgt daus amek kisah.. *kantoi*

    Okey, nak try berprasangka baik lepas ni.. InsyaAllah.. btw, saya pembunuh bersiri (sudi lagi ke tak berkawan?.. hahaha)… Setiap maghrib, 2-3 ekor nyamuk telah dibunuh kejam oleh ku.. Dan bangkainya dihumban ke lubang keyboard. *merapu dh*

    P/s: Mintak izin share entry… =)

    • Lizz says:

      walaikumussalam,

      hahahaha!!!!!artis memang selalu jadi mangsa tapi diorang kena redha.public figure. tapi tu lah,kite selagi boleh jangan pandai2 judge orang. bukan semua orang yang tak bertudung tu tak solat. and bukan semue yang bertudung tu solat pun *kisah benar*

  6. wazy says:

    salam
    entri yang sungguh berguna untuk semua
    pernah gak ada sorang kawan,dari a-z semua nak ambik tahu
    haizz hanya sabar je la yang mampu

    • Lizz says:

      salam,

      a’ah.bersabar selagi boleh.hahahaha!!! aku pun tak suka jugak orang mulut camni tapi sebab kengkawan sendiri…redha jelah -..-

  7. Eizil says:

    Artikel yang menarik, terlalu ramai yang bersikap sebegini, terpulang kepada kita bagaimana untuk menghadapi mereka. Semoga kita tidak tergolong dalam mereka-mereka yang sekadar tahu menuding jari kepada orang lain.

  8. eiyda says:

    betul..memang bila berkawan biarlah ikhlas..jgn sebb nk something kan.kalo kawan kita tu xsolat ke hape ke..tu hal dia…tp kalo dh depan2 kita dia wat benda tak baik dosa..xsalah kalo kita sekadar mengingatkan kot.dan lagi satu, kita kn pandai lah jaga diri kan…biar kawan kita yang buat tak baik jgn kita pulak terikut2 dh la..jnji same2 pandai lah jaga diri diri memasing…

    • Lizz says:

      yang ini, aku katakan…kite kena ada pendirian n prinsip hidup. a’ah kawan2 aku ada yang tak solat, aku pun ada gak rongak2 solat. kawan aku merokok even gurl n macam2 tapi kena ada prinsip n doalah jangan ikut mende yg tak elok tapi xade lah pulak aku tak nak berkawan dengan diorang. diorang tu semua boleh ajar aku dari segi lain ;)

  9. aBEL Rubella says:

    uhh uhh.. pok cik teraso

  10. emanthehalia says:

    itulah die manusia. penuh dengan ragam yang kita tak sangka.

  11. syahirul says:

    Tertarik baca entri ni Liza.. Tapi aku tak mahu kata banyak. Aku beri beberapa hadith ni untuk semua fikir-fikirkan.

    Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil. [H.R. Muslim]

    Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. [H.R. Tirmidzi]

    Sesiapa di kalangan kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, dia mesti memperbetulkannya dengan tangannya; dan sekiranya dia tiada cukup kekuatan untuk itu, maka dia mesti melakukannya dengan lidahnya; dan sekiranya dia juga tiada cukup kekuatan untuk itu, maka dia mesti membencinya dalam hatinya dan ini adalah selemah-lemah iman. [H.R. Muslim]

    Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan? Nabi SAW menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka”. [H.R. Muslim]

    • Lizz says:

      rasanya faham komen kau ni. and thanks untuk hadis ni wei. apa yang aku faham, memang betul Islam suruh kita memperbetulkan mende yang salah. dengan lidah, yes tapi itulah kadang2 kite ni selalu merasa diri kite bagus sangat sampai tak fikir perasaan orang lain bile menegur.

      pada aku, kita bukan dilahirkan dan dibesarkan dengan keadaan yg sama. family main peranan. macam aku, family aku tak pernah pun beratkan hal tudung dr aku kecik. bile dah besar, orang kutuk2 aku kenapa tak pakai tudung. padahal, pada aku susah nak berubah bila mende tu aku tak buat sedari kecik. contohlah. oprang mengutuk tapi tak tahu jalan cerita sebenar pun -..-

      dalam agama, untuk diri aku sendiri. aku cari info sendiri. now, bile aku dah berubah sikit (tak banyak pun) aku try support kengkawan lain tapi aku tak pernah paksa diorang. aku tunggu diorang yang sebut “aku nak berubah jugak” -..-

      • syahirul says:

        sebenarnya org yg ditegur adalah org yg paling beruntung, kerana Allah gerakkan hati org yang menegur itu supaya memberi nasihat kepada org lain. jika org yang ditegur itu org yg bijak, dia akan mensyukuri apa pun teguran ke arah kebaikkan. siapa tahu hidayah dan taufik datang dari Allah untuk menerangi hidup kita yg jahil..

        tapi dalam menegur ada adabnya. tak boleh kasar dan tak boleh menghina org lain. Wallahua’lam..

  12. myCeloteh says:

    betul jugak ea..

  13. donha says:

    aha! betul..yang aku paling penting kan, “kau bukan pencuri”. woot! memang susah kalau kawan sendiri ni khaki curi. silap2 kekasih hati pun dye curi, how? -_-

  14. anonymous says:

    err.. salam..
    rasanya kamu kena tegur org yg tak solat tu.. jgn wt tak tau je.. nnt dia masuk neraka, bukan sorang2 tau. tp kamu jugak akan ditarik.. mmg kite tak perfct. tp kite nak mantapkan diri bersame2 org sekeliling. kite nak masuk syurga Dia ,bersama2 dgn saudara seIslam kite yg lain. jgn pentingkan diri,saudari.. kamu jgn terlalu pndg remeh dgn hal agama.. ambil tahu ttg rakan & tegur dia selagi boleh.. smbil2 tu, boleh mengelakkan kita dr melakukan prkara2 yg kamu tak suka tu.. bak kata org, smbil mnyelam minum air.. kamu marah si dia mengutuk & mengumpat.. TP blog kamu ni juga menceritakan ttg si dia sama erti dengan mengumpat. sedar kah saudari juga melakukan kesalahan yg sama..? :) jom sama2 ke arah kebaikan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge