DEBAT PERDANA UBM: Sikap Mengipas Blogger Otai

Salam. Bagus tajuk debat yang Universiti Blogger Malaysia berikan untuk semua. (Tak pasal-pasal aku ada lagi 1 Universiti) Saya tertarik dengan tajuk bahas yang diberikan. Jadi, apa salahnya kalau saja-saja nak join kan??? Bukan contest pun!!! Belasah ikut pendapat masing-masing sudah -..-

Pada saya, sikap blogger ni ada 1001. Kadang-kadang saya sendiri pun tak faham apa sebenarnya blogger ni nak atau akan dapat dengan komen berkali-kali dekat entry di blog ni. Mungkin, blogger atau readers blog kita tu ikhlas memang sukakan entri blog kita.

Jadi, dia pun komen macam ni “saya suka sangat entry ni!! Tak rugi baca.Banyak info saya dapat”. *padahal info yang tuan blog tu beri cuma 2 je, itupun dah boleh jumpa dekat Google.

Ok. Itu pun salah satu contoh bentuk “mengipas”jugak sebenarnya. Cuma, mengipas tu ikhlas ke tidak lah persoalannya. Tapi, kalau dah kata mengipas..celah mana datangnya ikhlas kan??? kan??? Sendiri mahu ingat.

Sekarang ni, blogger tumbuh macam cendawan. Bersepah-sepah macam sepah Maharaja Lawak. hahahaha!!!

Kalau dulu, blogger yang dikenali ramai boleh dikira dengan jari. Jari tangan je dah cukup. Tapim zaman sekarang dah berubah! Dengan adanya Twitter, Facebook, gathering sana-sini rasanya macam peluang nak dikenali ramai tu tinggi.

Maybe itu salah satu punca kot semua orang dah start nak jadi blogger. Lainlah dulu. Masa saya mula-mula jadi blogger, 4 tahun yang lepas. Agak boring. Kerja saya, pagi-pagi bukak blog dan tulis entry. Yang datang komen tu semuanya saya tahu diorang ikhlas memberi komen.

Now, cuba tengok komen lepas-lepas. Kadang-kadang beri komen setakat 3 perkataan sahaja. SAHAJA yek. Nampak sangat tak ikhlas, baca komen pun dah tahu nak mengipas dan sambil-sambil tu tempek link blog dia. Well, zaman dah berubah!!

Saya jarang nak komen dekat blog blogger yang famous or di blog-blog otai kecuali saya rasa dia betul-betul LAYAK digelar otai. Sebab, maybe saya lebih sukakan blogger yang menulis entry yang boleh buat saya berfikir dan bukan buat entry sebab nak tarik trafik. Entry tu kosong kadang-kadang. Kalau sesekali bolehlah. Itu biasa, tapi kadang-kadang blogger tu famous atau digelar otai bukan sebab entry dia bagus tapi tuan blog tu memang dah dianugerahkan muka cantik/handsome/pandai melawa/pandai menggedik barangkali.

(Sorry to say.Kata bahas, aku balun ar.hehehehe) sebab tu dia digelar otai. Celah mana otai pun saya tak tahu.huhuhuh. Bila baca komen-komen, semuanya ayat mengipas. Lagi lah saya tak masuk campur. hehehe!!

Berbalik pada tajuk bahas, saya rasa memang blogger yang suka mengipas blogger otai/lama/famous ni akan dapat kelebihan daripada usahanya itu.hahaha!!! Maybe boleh menumpang glamour dengan orang famous tu, blogger lain akan tertanya-tanya siapa yang “baik” dengan blogger famous tu, seterusnya dengan cara tak langsung, dia pun akan famous sikit demi sedikit -..-

So, tepuk dada tanya hati.hahahaha!!! Jadi blogger, kena pandai jugak tengok readers kita tu. Bukan semua berkawan dengan kita ikhlas. Ada yang suka main kipas-kipas ni. Pasang aircond pun ada gak kadang-kadang.hahahaha! Dan dengan ini, saya nak beritahu yang saya sokong tajuk bahas ni. Memang ada sesetengah blogger yang kaki kipas untuk kepentingan mereka.

Artikel Berkaitan

40 responses to “DEBAT PERDANA UBM: Sikap Mengipas Blogger Otai

  1. cuma pelik.. macam mana mereka ini mengkategorikan otai itu? blogger famous? blogger lama?

    otai tak otai siapa peduli.. janji happy.. =)

    • pada aku, otai tu bila orang tu pakar dalam sesuatu bidang. aku ada beberapa blogger yg pada aku dia otai.tapi,tak perlu nak bgtau.hahahaah!! aku tak sker nk kipas2 -..-

  2. Eizil

    Baru pertama kali dengar pasal Universiti Blogger Malaysia ni, bila baca artikel ni, terfikir dua tiga kali untuk tulis komen ni, takut timbul isu tak ikhlas… Tapi apapun, setiap yang berlaku pasti ada dua benda yang berbeza, positif dan negatif, sentiasa cuba bersangka baik, biarlah mereka melakukan apa yang mereka lakukan walau apa jua niat atau tujuan mereka melakukannya.

    • yeah.depends. aku pun tak suka nak bahas tapi sebab dah daftar as student UBM kena ar join.wakakakaka!! *poyologos*

      isu komen ikhlas ke tak, kita as tuan blog sendiri kenalah pepandai. sebab tu, even alhamdulilah ada jugak yang kata blog ok ke ape..aku tak suke nak beriye rase glemer ke ape cuz hmm, aku sendiri as tuan blog tahulah level mana blog aku. sedar diri .hahahahaha

      • Tadi sempat berjalan-jalan melihat UBM ni, macam menarik, tapi masih lerh daftar ke sebagai student erk? *soalan kuar topik jap*

        sebab ko sedar diri, tuh yang tadi macam takut bila komen kat sini nanti aku jadi tak ikhlas, maklumlah, empunya blog ni tak kurang glamer gak, walaupun aku baru jer terjebak kat sini. 🙂

        • hahahahaha!! gegeli.celah mana aku glemer. kau boleh jek register. just pi blog tu and join jek.free.hahahahaha. aku macam suka lak dengan tajuk bahas ni.tu yg join.

  3. otai ni layak utk gaya penulisan yg otai. bukan pada rupa paras

  4. kiranya kalau femes tu kira otai la kot..

    ntah undang – undang mana depa pakai ntah

    • dia kena otai dulu, baru boleh jadi femes tapi kalau dah rezeki dia nak femes dengan cara dia sendiri mempromosikan blog dia ke atau maybe dia cantik ke apa…itu terpulang. cuma, yang mengipas ni lah ntah apa2. kadang2 senyum2 je bace komen org mengipas ni -..-

  5. skang ni tgh on aircond no 20,so dh sejuk ke tak kene aircond ni? ingat blogger otai tu raja kappor ke ape nk kene kipas bebagai? keymonlah geng,xpayah nk kipas..blogging ni kene ikhlas,xpayah nk kipas2. makan brg berangin spt kipas ni boleh buat perut sakit. (ok ape aku tulis ni?) okbai

    • hahahahaha!! boleh tahan mengarut gak cik dara ni yek!! tapi, kipas mengipas ni memamg wujud. tapi,tak berminat nak join sebab menulis pun suka-suka.

  6. kadang perjumpaan sesama blogger ada yg gunakan sebagai loncatan nak femes cepat, kita berjumpa untuk bertukar2 pendapat bukan nak menempek bergambar dengan blogger otai pastu kecoh2kan dalam belog kan kan kan 🙂

    • ok.thanks sebab faham dengan entry ni.hehehehe. memang sekarang dah ada sindrom menempel. tp,so far mmg tak pernah join gathering. belum berkesempatan.hehehe

  7. Salam admin,

    Pada saya kita boleh mengetahui tujuan sebenar pelawat kita memberikan komen pada setiap entry yang kita tulis.Dengan melihat apa yang dikomennya.

    Kalau komen yang diberikan benar-benar berkait dengan entry atau memang ada point-point yang membina, itu bolehlah dikatakan yang mereka memang benar-benar hendak memberikan komen.

    Tetapi kalau sekadar koemn ringkas-ringkas je, mungkin sekadar nak menumpang traffik atau pun mungkin juga nak mengipas.

    • salam,

      hmm, ye betul sangat!!!! kite as tuan blog kena fahamlah kan cara readers kite tu beri komen macam mana. tapi,benda ni bukan isu besar. cuma, kalau dibesar-besarkan memanglah besar.hehehehe.

  8. Assalamualaikum kak Liza…
    Daus pun perasan, kalau orang famous sikit… Mesti komen² kat entry tu penuh dengan ayat kipas-mengipas… Lagi satu, kalau orang yang konon² otai ni add diorang kat FB, mesti tulis entry penghargaan bagai…

    No wonder kalau suatu hari nanti, ada red carpet untuk bangsa blogger… kah3. Paling kelakar, bila blogger famous bergaduh dgn blogger famous sorang lagi, mesti ramai tukang kipas yang mengipas blogger2 tersebut..

    P/s: Cik Dara guna nama Cik Virgin?, muntah darah aku…

    • macam cipanssss jer nickname kau!!!!!bahahahaha. siut aww. ah, aku pun rasa tak lama lagi memang akan ada award kot untuk blogger.hehehe. tapi,mende tu ok jek. perubahan macam tu xper tapi kipas mengipas ni…adoi!!! yg mengipas tu lah hawau -..-

  9. Bloger otai tu macam blogger lama la kot
    tapi rasa-rasanya belum lagi jumpa blogger otai yang terlebih “otai”.Seronok jugak sesi debat perdana ni yer

  10. as’mualaikum…salah sejahtera ..duduknya saya disini adalah untuk membahaskan…*ala2 perbahasan gayanyer -.-
    …bagi aku kan..orng yang suke kipas mengipas blogger otai ni..sebb dorang nak menumpang geglameran itu.heee..enth, bg aku, xder kot istilah otai2 bagai ni..mn dorang dapat gelaran ni ek..huhuhuh…
    bak kata orng kn..BAIK ADA MAKNA TU WEHH..

    • waalaikumsalam… kau nyer komen ni lah paling aku tak tahan!! terase macam dalam dewan bahas kau tahu!!!hahahahaha.

      senang cerita, mengipas dalam dunia blogging ni memang wujud dan nak glemer kot tujuan die or trafik barangkali.hohohoho

  11. Kengkadang baca komen dalam blog famous ni uihhh rasa muak je.. ayat semua nak sama je.. ermm rakyat malaysia ni memang mesra alam betul ar.. heheh

    saya rasa saya ni dah jadi blogger kosong.. entry pun mengarut je mamanjang. Sebab tu kot kurang dapat perhatian. Dulu rajin menulis. Tapi ntah ar.. dah kurang ‘ghairah’ sebab kurang dapat respon. Kengkadang saya tinggalkan persoalan dalam entry tapi takde siapa jawab pun. Kalau ada yang bagi komen pun just sekadar tinggalkan komen ditangga. ermm saya tak dilahirkan untuk menulis kot.
    .

    • jangan cakap macam tu ar. jangan cepat give up. bila menulis entry tu, cuba jangan harapkan sangat org komen. memang happy bila ada yg komen tp cume jgn terlalu mengharap. tugas kite as blogger ni tulis entry. komen tu lain cerita. kadang2 tak semestinyer org xkomen, org xbace blog kite. better lah dr yg komen tp tak ikhlas -..-

  12. ayat mengipas? tu aku tak perasan. mungkin aku kurang sensitif kut dengan jenis-jenis ayat nih…

    P/s: kipas blogger dapat ape? Projek 50 juta? keh keh keh…

  13. cuma ada beberapa orang je aku rasa aku boleh kategorikan betul-betul otai. Itu pun tengok kategorinya..

    tapi kalau kategori blog famous atau blogger famous, itu memang berlambakkk..yang anggap diri sebagai blogger famous pun banyak dah sekarang..

    • perasan tak, yang betul2 otai diorang tak ada nak promote bagai nak rak diri memasing. pergi gathering pun tak kot. maybelah. diorang otai dengan cara diorang sendiri. yang macam tu barulah otai rasanya.

  14. sepatutnya blogger otai tu blogger orang lama yang dah tua tapi masih berblogging,baru dipanggil otai..:)
    apa2 pun pasal komen,kami akan komen pada blogger yang datang ke blog kita dan komen juga,baru ada give and take,takkan kita sembang sorang2 je kan..
    paling penting berblogging kena happy bukan terpaksa kerana duit..:)

    • hahahaha!! sabo jeklah. tu blogger veteran kot kami.hehehehe. niat berblogging tu masing-masing. biasanyer yg ade domain sendiri ni mesti ade niat buat duit sikit.hehehe 😉

  15. aku blogger percisan je…

    bab kipas mengipas….memang aku x paterikan dalam jiwa aku….aku tarak minat itu…

  16. agreed..kadang-kadang semak pon ada tengok kaki kaki kipas kaki kaki jilat ni..point blogger tuh buat tak setara mana lepas tuh dia punya komen mengipas bukan main lagi..pulak tuh bila ada orang cam bangkang blogger tuh, dia lak yang lebih lebih nak defend..bangang

    • lari topik pun ade gak!!!kadang2 lawak je bace komen diorang. kelaut habis.uhuhuhu. terus tak jadik nak komen cuz tak sanggup nak bace yg mengipas byk sangat ni. puji n kipas tu macam lain sket woo

  17. muahahahah…blogger kaki kipas mmg ramai aku rasa..tp yg penting pada aku teruskan jerk ber blog lantaklah ada org nak baca ke tak..femes ke tak..ada aku kisah..aish..sape suke dikipas tu no komen lah.

    • hahahaha!! kan! kadang2 aku tulis entry xder orang komen jugak. kadang2 banyak pulak tp tarahal lah. takper cuz aku menulis sebab mmg suka menulis.muahaha

  18. kalau aku cakap aku blogger otai..ko ada rasa nak muntah tak? haha 😛

    otai ke feymes ke, depends pada pembaca. lain orang lain minat dan pandangannya. tapi kalau blogger tu betul2 ikut niche dia, ada harapan dia akan menjadi blogger otai dalam niche sendiri..kecuali yg kopipes punya blogger eheh

    • *muntah sekarang* nak elakkan mengipas.bahahahahha!!!

      blogger yg ade niche die sendiri n dah lama, dah ada banyak pengalaman. itu pada aku, baru btol otai kot. tp yg jenis femes sebab muke cantik ke ape ke…aku xanggap die otai n aku xmasuk campur sangat.tp,bukan xsuke blogger tu. tak. cume aku dlm dunia blogging ni suke mcm blogger yg matured sket. twitter tu lain ar.hehehehe

  19. Pingback: 3 Blog Malaysia Yang Cukup Berinformasi Untuk Blogger | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge