10 Perkara Saya Paling Benci Bila Tengah Online Internet

Saya ni memang tak boleh hidup kalau tak ada internet. Kiranya dah biasa hidup dengan internet. Tapi, kadang-kadang dalam syok online internet ni, ada jer beberapa perkara yang boleh jugak buat saya rasa annoying lah pulak. Ce baca 10 perkara yang saya benci bila tengah online internet:-

1. Pop up

yang ini rasanya korang pun mesti tak suka kan? Lagi-lagi pulak bila pop up yang keluar tu ada unsur lucah. Kalau kita yang dah boleh berfikir ni, maybe tak akan klik link yang diberikan. Tapi, kalau budak-budak???? Hah, tak pasal-pasal tahu pulak “apa itu kondom”. Sengal kan?

2. Ambil Masa Terlalu Lama Loading

Boleh bikin panas. Ibarat, bukak 1 website, lepas tu kita pergi dapur then masak maggi. Dah siap makan maggi tu baru habis loading website yang kita nak access tu. hahahaah!!! Sakit jiwa kadang-kadang. Macam saya, ada problem bila nak lawat blog-blog readers entry saya sekirannya blog mereka ni terlalu berat dengan widget yang tak perlu sangat pun sebenarnya. Tak kiralah blogspot atau wordpress tapi blogspot lah yang paling perlukan kesabaran yang tinggi (jujur ni) -..-

3. Muzik Yang Otomatis

Hmm, pleaselah. Kalau saya bukak blog atau website mana-mana dan tetiba habis loading terus dengar lagu. Lepas tu, tak boleh nak stop pulak tu. Erk, memang boleh buat saya maki hamun. Sorrylah. Bukan nak mengutuk ke apa, tapi kalau iya pun nak cakap ikut suka hati masing-masinglah kan sebab dah tuan blog suka muzik ke apa..sekurang-kurangnya IZINKANLAH KAMI KLIK PAUSE kat lagu tuh.hahahahaha!!!

4. Teks Yang Bergerak

Annoying. hehehehe. Saya tak berapa suka aka benci bila ada teks dekat website yang bergerak-gerak sangat. Kalau bergerak, tak kacau pemandangan mata saya nak baca entry tak apa lah jugak. Ini tidak, saya nak baca entry, ada tulisan bergerak-gerak. Macam mana nak baca???? Ce cite !!

5. Search Button Yang Tidak Efektif

Sakai jugak lah macam ni. Iyalah, apa tujuan button SEARCH tu??? Untuk tolong readers cari maklumat dengan lebih mudah kan? Tapi, ini tidak. Ada sesetengah website search button tu tak berfungsi pun sebenarnya. Baik tak payah letak woo!! Benci awwww

6. Wajib REGISTER sebelum boleh dapat Full access

Paling benci!!!! hahahaha. Ok, sebenarnya tak boleh nak benci sangatlah kan.hehe! Saja mengada-ngada. Cuma,kalau saya free. Betul-betul free barulah saya rajin nak register bagai ni. Itupun, kalau betul-betul perlu sangat nak access website tuh. Leceh kot!!!!

7. Link Ada, Tapi Tak Boleh Klik Link Pun!!!

Sengal kan? Link kemain. Ada link ke blog itu ini. Website itu ini tapi bila kita klik, hampeh!! Klik 80 kali pun tak ke mana-mana. hahahaha!!! Memang mintak baling dengan mouse ar kan website macam ni.

8. Flash Terlalu Banyak

Flash ni sebenarnya ok jek sebab boleh tarik minat users nak tercanguk dengan sesebuah website tu. Iyalah, flash tu kadang-kadang menarik. Tapi, kadang-kadang je!!hahahaha. Bila dah terlalu banyak bersepah-depah dekat header ada, footer ada, sidebar ada, entry ada 70 flash..apa kes bebeh???? opsssss

9. Iklan Bersepah

Bukan tak boleh nak sediakan iklan dekat blog atau website. Boleh. Tapi, kena susun elok-eloklah sebab kadang-kadang bila banyak sangat iklan dan tak disusun ni boleh buat readers rimas. Try atur betul-betul iklan tu. Bagi kemas.

10. Link Lain, Bila Klik Keluar Lain Pulak!

Pernah kena tak? Bila kita baca text link tu tulis “tips belajar” tapi bila klik kita akan dibawa ke 1 page yang merepek sungguh contents dia!! Tak ada kaitan dengan tips belajar pun. eeeee, rasa tertipu awww.

p/s: Ok, Kalau korang pulak macam mana? Ada nak tambah apa-apa? Sila sila!!!hehehehe

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

25 responses to “10 Perkara Saya Paling Benci Bila Tengah Online Internet

  1. blogspot lambat? mungkin terlalu banyak widget luar kot. sebab kalau wordpress ni akan berhati2 dalam taruk banyak widget, flash dan gambar atas tiga sebab
    1. server diorang tak selaju google
    2. bandwith server diorang tiap bulan terhad
    3. seo. google tak suka nak bukak page yang berat

  2. salam.. nak tambah leh??hehehehe….
    satu yg saya…emmmm ..bukanla benci sgt2..taula sstgh blog taknak di kopipes isi kandungannya… tapi kdg2 tensen gk bila nk click link,i suke right click utk bukak di “tab” lain psl kdg2 xhabes lg baca current page tu.. then, xleh kann.. kene la jenuh2 tekan ctrl click…uhuhuhu… (dah dasar pemalass..bnyk je komen..hahahah)

  3. sangat setuju…. huhuhu…
    sume2 pown betol…
    kadang2 kalo x berape rajin tu..mase bw…
    mmg pangkah jew…
    malasnye nak tggu nak dgr lagu bagai….

  4. haha..kesemua yang diatas btol..sume da penah lalui…huhu..xkire la pe puncanya..ttp xsuke! huuuuu ^o^

  5. Sy sokong!!

    Popup, muzik autoplay & tulisan bergerak itu sangat annoying. Huhu! Menci makk.. Auwww~

    1 lg, bila nak letak komen kena verify words tu. Adoiii.. Lomah den. Tp sbb nak letak komen, isi sajolah word verification yg pelik2 tu.. Huhu..

    p/s: Suka tak masuk blog I cik lizarazak?? ;p

    • walaupun blog ni ade spam protection. tapi, bab verify words yg kat blogspot tu sy xberkenan sgt jugak tp masih boleh diterima.hahahaha

      p/s: jap,i masuk.hahahahah

  6. semua liza dah tulis, tak tau nak tulis apa lagi.

    cuma seperti orang lain juga, tak gemar sungguh kandungan blog yang terlampau-lampau panjang, malas nak membaca. lainlah kalau nak cari bahan utk tesis, kan. apa pun hak tuan punya, kita yang membaca ni ada pilihan utk tidak membaca seterusnya.

    satu lagi, seperti ramai yang orang lain dah tulis, ejaan yang disingkatkan terlampau banyak… pening terutama orang tua seperti saya yang membacanya

    • hahahahahahaha!!ok, terkena kat muka sendiri!!! suka tulis entry panjang2.hehehehe. yang ejaan tu memang tak suke. pening. kalau budak2 tak pelah kot.tapi,bila dah masuk uni ke apa ke..macam dah tak sesuai. tapi,sekali lagi.terpulang pada empunya blog tu.dia dah suka nak wat acaner.uhuhuh

  7. x suker biler masuk belog tu, terlampau banyak warna. kalau warna yang nice2 ok gak. warna yang sangat pelangi. meansss kaler2 terang. pastu background, lip lap2 plak. sakit mataaa. heee

  8. Salam

    hai.. saya pun benci jugak dengan blog yang ada automatik keluar lagu.. especially kalau yang keluar lagu yang tak best.

    padahal orang yang buat ni semua pun blogger jugak, and rasanya dah ramai orang tulis pasal ni.. i mean pasal kriteria blog-blog annoying..

    tapi buat jugak.. entah apa la.. gagal nampak rasional untuk touch up blog dengan plug in, template, effect yang menyusahkan pembaca

    • salam.

      btol gak. ramai je yang dah kupas isu muzik ni tapi tu lah.masing2 kan? tapi,memang saya akan close tab terus if blog tu ada lagu yang tak best.if best, boleh ar layan. best gak.hehehehe

  9. uikss..marah nampak..

  10. meo

    betui2…

    tp meo rase blogspot tak slh sbb blogspot laju gak. cume widget2 gadget2 tue yang lambat loading…

    meo paling tak suke blog ade lagu…

    sbb meo dgr lagu2 kegemran meo semasa tgh online… huhuu

  11. blog saya berat tak? kalau berat tu gitau ar.. nak buat bagi jadi lagi ringan…
    .

  12. xsuke bila tiba2 bukak blog tu..makaihh..leh mati jantung kejap..lagu tahpape bagai..oppss..

  13. Pingback: Tips : Elakkan Diri Daripada Mendapat Email Spam | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge