Tips: Positif Untuk Hidup Lebih Enjoy!!

Bukan mudah untuk hidup dalam dunia yang serba demand ni. Tapi, bukan mustahil jugak untuk korang dapat mengubah hidup masing-masing. Jadi lebih baik dari hari ke hari. Bukan makin teruk. Belajar daripada pengalaman. So, saya ada beberapa tips positif untuk hidup lebih enjoy dengan korang. Nak ikut, silakan. Tak nak sudah. kikikiki

1. Buang fikiran negatif

Nama pun dah negatif babe. Cuba elakkan daripada fikir merepek-merepek. Memanglah dalam hidup akan ada waktu-waktu kita dapat “bad luck” tapi perkara-perkara yang belum tentu jadinya tu..tak usahlah fikir. Kita ni, suka sangat fikir bukan-bukan. Takut jadi macam ni lah, jadi macam tu lah. Padahal, bendanya entah jadi entah tidak!!! Buang masa tau!! As orang Islam, serahkan urusan “masa depan” tu pada Allah. Selesai.

2. Syukur dengan apa yang ada

Bila kita dapat something, reti-retilah bersyukur. Kalau dapat rezeki lebih (duit) bawak-bawaklah share dengan orang-orang tersayang sikit. Bila kita share, rezeki kita akan bertambah wei. Orang kita ni, ada penyakit kedekut. Makan solo-solo. hahahaahah!!! Ikut orang kot. Pada saya, bila share ada keberkatannya. Sebagai tanda, kita syukur dengan apa yang Tuhan dah beri. Dapat rezeki, kita bersyukur. Share dengan orang, Tuhan tanbah rezeki kita lagi. Sure enjoy hidup macam tu. Allah akan lapangkan dada wooo. Mak saya kata bukan saya eh -..-

3. Nikmati hidup sebaiknya

Belajar terima apa saja seadanya. Memang manusia tak pernah ada yang sempurna. Fizikal dan mental wei. Tapi, cuba belajar terima kekurangan kita tu sebaik mungkin. Lagi cepat kita menghargai diri dan hidup kita, lagi cepatlah kita tahu betapa nikmatnya hidup ni!!! Enjoy!!!!

4. Jangan berfikir yang buruk-buruk saja tentang kawan-kawan kita

Yang ini, kalau terkena…nasib ek. Sebab saya pun dah terkena awal-awal lagi. hahahaha!!! Pernah kena sound dengan my mom. Waktu tu, saya skool lagi. Asal balik sekolah je saya komplen itu ini pasal kawan-kawan. Yang A ni macam ni, yang B ni jahat macam ni pulak. My mom cakap “Kalau kita dah berkawan dengan orang, jaga aib kengkawan. Jahat macam mana pun kawan-kawan kita, jangan burukkan dia. Nanti bukan dapat pahala, tambah dosa pulak”.

Tak tahu nak letak muka kat mana time tuh. hahahahahahaa!!! Betul jugak. Suka cakap itu ini pasal kawan-kawan ni penyakit paling teruk dalam hidup saya. Benda tu boleh jadi bebanan dalam fikiran kita tanpa kita sedar ok. Bila dah ada beban, mana nak enjoy hidup kan????? Acaner tu??? -..- So, cakap yang baik-baik je pasal kawan kita. Boleh bercerita, luah perasaan tapi SESEKALI ok. Kalau tiap-tiap hari, parah!!!!

5. Tampil sempurna

Ok. ini tips last. Sempurna yang saya maksudkan bukan sempurna daripada segi fizikal semata-semata tapi dalaman and pemikiran ar. Setiap hari, bangun tido..cakap pada diri sendiri. Nak cuba tampil sempurna hari ini. Untuk diri kita dan untuk orang lain. Nak pakai kemas-kemas. Nak senyum pada semua orang dan bukan “memilih bulu” untuk kita sedekahkan senyuman tu. Nak tolong orang sebaik mungkin. Nak gembirakan hati orang jugak. Secara tak langsung, korang dah set kan dalam diri…nak jadi positif untuk hari itu!!!! yay!!!!

p/s: Done. Ada nak tambah????? Silakan!!!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

22 responses to “Tips: Positif Untuk Hidup Lebih Enjoy!!

  1. haah memang betul pun kat situ…dengan buat benda2 ni aura positif manusia akan terbentuk

  2. aku boleh dikatakan mang enjoi ngan hidup aku ni weh..bersyukur sangat2 dengan apa yang Allah kurniakan..dari segi kehidupan, kerja aku, mak abah, adek beradik dan kawan2..tapi kadang2 agak sensitif dan suke pk bebukan time mood down..macam2 lam kpl hotak ni dok pk..semua negatif jek.huhuhu….
    Tapi tu lah…bila kita bersyukur berfikiran positif, InsyaAllah hidp akan lebih CERIA! heee

    • kene start sikit2 ar wei. ikutkan memang kite ni semua nak itu ini. ada je yg xpuas hati. nape org tu ada, kite xder. tu yang sibuk fikir bukan2…pasni sama2 ar kite fikir yg baik2 aje. take it easy. semua ada rezeki masing2 Tuhan dah beri

  3. kalau kita sentiasa bersyukur dgn nikmat yg Allah berikan..insyaAllah hidup kita akan tenang

    dan sentiasalah berpikir yg positif setiapkali ditimpa ujian @ bencana..kerana setiap yg berlaku terselit hikmah dan pengajaran buat kita.. 😀

    • pasti ada hikmah. mula2 memang takkan perasan tapi kalau kita sabar n fikir yang baik2 aje..insyaAllah adalah something untuk kite nanti.iye dak?

  4. tambah sikit, kalau nak lebih enjoy jgn pk2 negatif sebab akan membebankan otak aje 😛

    Terkini : Slower Is Better

  5. banyak sangat rasanya cas negatif kat badan hari ni…

  6. jangan kita sampai jadi macam tin kosong..kerje tak buat tapi pandai main wayang dan isap darah kawan-kawan…minta simpang…amalan yang baik ialah senyum selalu..orangpun suke…awet mude lagi
    apaajanews

  7. Bab berfikiran buruk terhadap rakan tu…
    kadang agak susah juga nak buang terus rasa tak senang pada rakan, terutama kalau dia dah buat sesuatu yang teruk pada kita, contohnya kata yg bukan2 padahal kita tak buat…
    tapi kalau saya sendiri, cara nak redakan perasaan pasal tu… saya hindarkan daripada berjumpa dgn dia.. ambil cuti rehat 1-2 hari.. esok2 jumpa semula perasaan okeylah balik.

    • yes.sama ar. bile rase marah dekat kawan2, now sy buat macam tu. jangan jumpa dia dulu. risau kalau jumpa nnti bertambah teruk. mulut mula nak maki2, nak gosip dengan kawan lain pula nnti…so, the best is jgn jumpa/ bercakap dengan dia dulu….bagi keadaan ok sket baru jumpa.hehehe

  8. Salam Liza, betul la kadang2 bila kita mood tak baik senang sgt nk fikir benda -ve.

    Satu lg kalau nk hidup lebih enjoy, selalu lah berikan hadiah pada diri sendiri. tak perlu beli/cari benda2 mahal. cukup utk keperluan kita aje!

  9. kadang kalau sendiri2.macam2 yang difikirkan.lagi2 kalau sedih ke apa ker.kalau senang hati.tak der pula menda2 negatif datang.so untuk elak berfikiran negatif,sentiasa enjoykan diri, borak2 ngan kawan ker,buat aktiviti riadah ker…kan

    eh.nak komen ain, lain pula jari ni menaip. jari pon boleh berfikir erk??hahaha..mereng la aku ni 😛

  10. semua orang tak sempurna, sebab tu kita kena hidup dengan lebih positif.

  11. waahh… bagus sekali tipsnya… terima kasih ya… ^_^

  12. Pingback: Happy Teacher's Day- Aku dan Cikgu Sekolah | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  13. confuse man

    ok..got it…tp camana nak buangkan prasangka lak…..sebagai contoh….kita kenalkan teman baik kita kat kekasih kita….tup2….selama ini kita dijadikan rujukan nya untuk membuat keputusan apa saja…such as…minta translate….minta pendapat kita tentang itu…tentang ini…tetap sejak dia rapat dengan teman baik kita…kita seperti di abaikan….kemudian terus dikatakan kita tak boleh bagi keputusan yang baik berbanding dia…atau terjemahan awak selama ini buru…tidak sehebat dia….bohong kalau saya katakan saya tak cemburu…malah lebih parah lagi…saya anggap dia sedang flirting….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge