Kenapa Kena Belajar Tinggi-Tinggi?

Kenapa kena belajar tinggi-tinggi? Wajib ke? Ok, sebenarnya tak wajib tapi sunat. hahaha!!! Macam selalu sangat orang tanya saya “kau tak bosan ke belajar ni?”. Jawapan saya biasanya macam ni “bosan jugak.” Lepas tu saya buatlah alasan apa-apa pun. Asalkan tak nampak poyo.

Saya rasa, perkara macam ni depends lah pada orang tu sendiri. Cara didikan dalam family dia juga maybe main peranan. Saya tak tahu family orang lain. Kalau family s aya, we all memang pentingkan education. My mom sangat-sangat-sangat (3 kali sangat tu,sila faham maksudnya!!!hahahaha) pentingkan pelajaran anak-anak.

Baik ilmu dunia and dunia akhirat. Sama je my mom tekankan. Cuma, anak-anak je yang kadang-kadang degil sokmo.hahahaha!!

Mak saya selalu sangat cerita kisah-kisah dia yang hidup susah dulu masa zaman tok kaduk dia lah. My mom tak ada duit nak belajar, jadi sekolah pun sampa darjah 6 je kot. Jadi, dalam hidup saya adik beradik memang setiap hari dengar cerita mak yang so sadis tu.muahahaha!!!

Setiap kali mak cerita, saya mesti cakap dalam hati. “Tak mau aku hidup susah macam tu. Aku kena belajar.”

Mak selalu cakap. Kita boleh hidup senang lenang kalau ada kecantikkan sikit. Apa susah, dah memang cantik, gunakanlah. Boleh cari suami/isteri kaya raya, then kahwin. Settle. Memang boleh hidup senang tapi puas ke hidup macam tu? Kita boleh senang lenang kalau pandai menggedik sikit dengan orang. Ada rezeki, boleh lah kahwin dengan orang kaya. Hidup pun senang lenang tak payah buat kerja. Tapi, tetap sama. Puas ke hidup macam tu?

Mak cakap lagi. Kalau boleh, bila kita hidup ni jadi orang yang ada ilmu. Cuma dengan ilmu je yang boleh tolong cara kita berfikir dan buat sesuatu keputusan dalam hidup kita nanti. Tak rugi kalau ada ilmu lebih sikit daripada orang lain. Bukan untuk berbangga-bangga dengan orang, tapi mak saya suruh belajar tinggi-tinggi sebab cuma dengan ilmu je yang boleh tolong saya bila dia dah tak ada nanti -..-

Dulu, saya tak faham sangat tapi bila dah besar panjang ni. Dah boleh faham.

Masa mak ayah ada dengan kita, yes. Memang hidup kita tak akan sesusah mana. Even rasa susah macam nak mati sekalipun, tapi..kalau selagi ada mak ayah tu lain juga. Tapi, mak saya kata. Kalaulah ditakdirkan dia pergi awal dan waktu tu saya tak ada ilmu sangat. Macam mana? Nak cari kerja guna apa? Nak makan macam mana?

Mak tambah lagi “Orang tak pandang kita kalau kita tak ada ilmu. Ingat tu.”.

Macam malas pulak nak sambung. Boleh tak stop entry ni kat sini je?????hahahahahaha!!! Macam banyak pula pecah lubang cerita personal daku -..-

p/s: Dalam kepala hotak ni macam nak sambung lagi study.hmmmm.

p/s/s: Statement perempuan tak payah belajar tinggi-tinggi sangat, sebab nanti sudahnya ke dapur juga sangat bodsss ok. Seriously. Saya suka buat kajian sendiri. Memang beza sangat. Kita boleh tengok cara perempuan tu “ikut je” cakap suami even arahan entah apa-apa. Tapi,malas nak komen pasal ni. Agak sensitif. Nanti ada yang terasa, Malas iolsss!!!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

24 responses to “Kenapa Kena Belajar Tinggi-Tinggi?

  1. Truthfully I really like your post. This is really good. Made me realize how important education is. Not mainly for the world to judge us but for the right way. Thank you so much 🙂

    and I agree with the statement perempuan takyah study susah2. Like you said, puas hati ke macam tu? teeeettt hehe 🙂

  2. belajar mestilah sampai pandai.. setuju, lain cara isteri yang berilmu ikut cakap suami, dengan isteri tak berilmu ikut cakap suami.

    • huhuhuhu. bukan semua yang tak berilmu macam tu tapi yang depan mata aku macam yg kau cakap tu lah -..- kadang2 kesian. maybe sebab tak ada ilmu,risau kalau tak ikut nnti kena cerai ke ape…sape nak sara itu ini..itu yg ikut je cakap laki even mende xlogik

  3. Aku dulu mAng bercita-cita nak sambung blajar sampai PHD giteww..Master ker kan..tapi tu lah mybe xder rezeki SPM jek lahh huhu mang arr cam kecewa..sedih weh tapiiiiii aku redha jek la…
    aku actually bangga tau ngan org yg boleh belajar tinggi2 ni..cam kazen2 aku ramai gak yg belajar tinggi2 ni…
    nak2 yg lehy belajar sampai kt luiar nehara tu..perhh my dream tu dulu lahhh _._ ..ko kalo nak sambung lg ok gak..tp bila nk kawen ni? asik belajar je? *mesti akan Ader yg tanyer soklan ni HAHAHHA ;P

    • selalu sangat!!!! tapi,yang tanya soklan camtu kawan2 n org yang tak belajar lagi jelah. kadang2 aku nak je cakap macam aku yg tulis kat atas ni kat org2 ni tp wasting my time cuz mmg ada some people yang pemikiran macam tu.bile kawen,setel semuenyer. but family aku ajar lain. so,malas nak berdebat. kita kan ada cara masing-masing dalam hidup ni.hehehehehe

      kau jgn sedih. abg aku pun spm je tapi rajin,pastu dpt restu parents..alhamdulilah..success lebih dr abg aku yg ade phd. soalnyer skrg…nak atau tak nak je 😉

  4. bagus topik ni dik. masuk tahun 2011 akak dah tak keje. blajar tggi2 yup. sampai degree level ok la kan. kelas kedua atas. cantik kan? then, 6 tahun kerja. apa nak tak dapat. semua rezeki ditentukan. kita terima je ketentuan Allah. ok. bila duk umah mmg tak best duk diam. so amik kelas wat choc (b4 pencen awal) then jual choc dr umah. kire bergune tak ilmu kita? Insya Allah berguna. apa pun semua dari hati, nawaitu dan redha dari Allah. semoga ilmu yg ada jgn lah dipersiakan cerdik pulak buat perkara tak senonoh…. belajar dan amalkan… 😀

  5. meo

    erm, skrg 1st degree dh mcm spm. ramai graduate…

  6. Tu lah pesan ayah saya selalu. Dia cakap, dia takde harta nak bagi. Boleh sekolahkan anak-anak sampai ke peringkat tinggi, itu dikira harta terbaik dia boleh beri.

    Pada pandangan saya, perempuan kena belajar sampai ke peringkat yang tinggi dan bekerja. Tetapi bukan meletakkan kerja sebagai tempat teratas. Cuma untuk membantu suami dalam menangani kos sara hidup sekarang, melainkan suami memang betul-betul mampu. Juga untuk persediaan masa depan, kalau2 ada musibah datang. Naudzubillah. Itu pendapat bakal suami.

    Walau bagaimanapun, family tetap no. 1. Dan mencari ilmu tu membantu untuk menjaga dan mendidik family.

  7. tak salah kalo berkemampuan untuk sambung blaja.
    layan~

  8. Abdul halim

    aslmualaikum…

    sabda nabi : tuntutlah ilmu dr buaian hingga ke liang lahad.

    ilmu ibarat harta menolong waktu kita x de harta
    ilmu ibarat cahaya menolong kita waktu brjln dlm gelap
    ilmu ibarat nuklear blh menghancurkan sebuah rumah

    fikir2kan lah dan selamat beramal…hehe

  9. kena belajar tinggi-tingi sebab hidup ni adalah peluang.. selagi ada peluang belajar..belajar ..ya..pembelajaran sepanjang hayat ..memang konsep bagus.. tapi kalau dah tua..susah sikit la nak sambung..pikir anak , laki , bini ,perniagaan ..susah..so kalau boleh belajar jer terus sampai peringkat yang tertinggi

  10. herm kalau tak belajar tinggi nanti susah jugak….

  11. kita memang harus menambah ilmu setinggi mungkin, bukan?

  12. ayooo… semangat! jangan pernah berhenti belajar,,, karena dengan ilmu kita bisa mulia di hadapan Allah… ^_^

  13. Wan

    makin tinggi belajar makin byk jugak hutang

  14. pesanan mak juga yang terbaik 🙂

  15. belajar tinggi tu memang penting tapi sekarang kalau ada sijil tinggi experience takde susah jugak dapat kerja…melainkan kerja kerajaan

  16. Salam kenal!
    Nice postings! Jaraaaang jumpe blog gini dah. Banyaknye blog kekanak ribena je kat luar tu.
    Mintak ijin polo yeee!
    P/S: baru tumbuh gigi di dunie blog. Satu ari ni akan kuar taring haaa jaga-jaga Cik Salmah!* *pinjam dialog samseng kampung dusun

  17. maunya kena belajar tinggi suapaya senang nak mendididk anak-nanti tak adalah kita didik anak kita cara tak betul…

  18. Dengan ilmu, derajat kita akan dinaikkan oleh Allah… ^_^

  19. nur akmar bt noor azmi

    mak ada selalu cakap kalau nak berjaya harus belajar rajin – rajin baru boleh berjaya.Dan mak cakap lagi satu kalu nak main , mainjelah tapi pelajaran jangan lupa itu pesan mak . kalau pesan abang, dia kata kalau ada kerja sekolah kene siapkan baru boleh main atau buat kerja-kerja rumah seperti menyapu rumah,mencuci pinggan atau pun mendengar radio.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge