seo

Dunia Blogging Kini: Blogger Popular Dah Macam Artis?

1 Mar

 Banner
  • Sharebar

Blogger Popular Dah Macam Artis? Rasanya dah ramai blogger yang menulis tentang isu ni. Saya bukan tidak mahu menulis soal isu Blogger Popular Dah Macam Artis ni tapi mulanya malas nak timbulkan soalan macam ni. Risau gak kalau-kalau ada yang terguris hati kan? Well, blogger pun manusia biasa jugak.

Kental mat rock macam mana pun, kalau dah kata manusia tu..tetap ada perasaan dan reti jugak nak terguris mak ris hati ni.hahahahaha!! So, kena berhati-hati kalau nak menulis hal blogger popular dah macam artis ni. Saya tak mahu mencari masalah dengan blogger mana-mana.

So, sebelum semua nak meroyan. Biar saya minta maaf dulu awal-awal ar before start goreng entry ni. kikikikiki.

Macam ni. Perasan tak dunia blogging sekarang dah tak macam dulu? Blogger bukan lagi someone yang rutin harian dia menulis blog, bercerita pengalaman hidup di dalam blog, dan menyebarkan informasi dengan orang ramai melalui blog.

Itu dunia blogging yang dulu. Dahulu ok. Sekarang ni, dah tak praktikal sangat dah kalau nak cakap yang blogger ni sekadar penulis blog. Mereka lebih daripada itu. Blogger dah macam artis hokey. Saya pun tak tahu macam mana “fenomena blogger  jadi artis” ni bermula.

Setahu saya, blogger yang saya kenal and cukup popular mula-mula dulu cuma kak RedMummy je. hahahaha!! Tapi, makin lama makin hebat pulak  ”fenomena blogger  jadi artis” ni. Rezeki masing-masing babe. Tak payah nak sibuk-sibuk sangat rezeki orang.

Pada saya, benda-benda macam ni terpulang pada diri blogger tu masing-masing. Terpulanglah samada blogger tu selesa dia digelar artis blogger ke atau apa saja. Rasanya tak pelik pun kalau blogger boleh same level macam artis. Bukan dari segi kerjaya sebagai pelakon or penyanyi tapi maksud saya level POPULAR macam artis.

Blogger yang dikenali orang ramai.

Kalau dulu, blogger blog hiburan macam Zon Artis, Beautiful Nara, Rotikaya, Oh Artis dan banyak lagi je yang boleh popular. Iyalah, Blogger blog hiburan ni diorang handle blog berkaitan seni hiburan tanah air kan? Sah-sah semua orang nak terjah. hehehehe!!!

Blogger blog hiburan ni memang tak payah nak heran lah kalau diorang popular. Fikir logiklah. Diorang memang patut popular sebab blog sentiasa beri informasi tentang benda yang orang suka nak amik tahu. Kan?

Sekarang ni. Tak payah nak jadi blogger blog hiburan pun boleh popular kalau korang mahu. KALAU MAHU ok. Saya tak mahu. Ok tipu kalau tak mahu langsung. bahahahaha!!! Macam ni. Honestly, saya menulis blog pada mulanya suka-suka. Tak terfikir pun nak ada blog dengan domain dah hosting sendiri macam sekarang.

Bertatih daripada bawah. Hampir 4 tahun dalam dunia blogging ni. Saya buy hosting dan domain bukan sebab apa, tapi sebab waktu tu baru saya sedar hebatnya dunia blogging. Even tak sampai RM10K yang saya dapat, tapi dalam RM2K hingga RM3K ada dah saya jana daripada blog ni. Ada blog, ada domain sendiri, ada hosting sendiri..bolehlah dapat income lebih sikit.

Berblog sebab nak dikenali ramai? Tak pun. Saya menulis isu yang saya rasa perlu je dalam blog ni. Saya suka berdiskusi. Kalau di Twitter, saya agak santai. Tapi, di blog ni saya lebih serious bila menulis. Memang itu style saya cuz for me readers  akan menilai kita daripada cara kita menulis.

Soal popular ke tak. Belakang kira babe. Saya selesa macam sekarang. Rasanya, saya jarang letak gambar sendiri dalam blog. Maybe sebab as student yang dah biasa didedahkan dengan isu privasi dan security dalam alam maya ni..saya perlu berhati-hati. (Faham-faham sendiri).

Tapi, alhamdulilah. Ada jugak yang memuji penulisan saya yang cap ayamas ni. Terharu kadang-kadang, terharu ok bukan bangga!!!bahahahaha!!! Alhamdulilah, tak banyak sikit pun jadilah bila readers ada yang dapat “something” daripada apa yang saya share di sini. Thanks a lot sebab baca!!!! weee  *tutup muka -..-

Saya tak nak popular. Cukuplah kawan-kawan artis saya je yang popular. kikikiki. Saya nak menulis syok sendiri je here. bahahahaha!!!

p/s: Sekarang ni, saya dah jatuh hati dengan penulisan Hami Asraff. Blog macam ni memang saya suka. Sekian.


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

38 Responses to “Dunia Blogging Kini: Blogger Popular Dah Macam Artis?”

  1. Mr.Bintang 01. Mar, 2011 at 11:21 am #

    Betul3… dulu lain.. skrg dah lain..
    tp rasanya fizz antara yg belum berubah lg kot.. hahaha.. :P

    [Reply]

    Lizz Reply:

    berubah lah.kalau perubahan tu tak menyusahkan diri sendiri n orang lain,hahahahahaha!!! lame xdengar cite.amacam??

    [Reply]

  2. cik dara 01. Mar, 2011 at 11:41 am #

    menulis hanya suka2,bukan mncari populariti. haha betul ke eja populariti tu?

    [Reply]

    Lizz Reply:

    betul tapi sebab dah tanya…jawapannyer salah!!!!bahahahahaha. kalau suka-suka tu, up sket jadi menulis suka-suka + tambah income pun boleh. ape salahnyer kan???kikikiki.gud luck!!

    [Reply]

  3. eiyda 01. Mar, 2011 at 12:17 pm #

    blogger da glamer cam artis ni dah jd trend skang kan…xpe lah…jnji pandai bawak diri heee…aku ni blogger memain jek..retis2 ni aku xreti sangt hee…
    so pada yg blogger retis tu moga pandai jaga diri..jgn lupe diri tu jek..kn..heee

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yes.aku pun tarahal.suke atilah nak jadi retis ke ape.cume,aku xtaulah cam ade yang start lupe itu ini. ntah,aku jek kot rase camtu. aku nk menulis je.tu je hobi aku.hahahahaha

    [Reply]

  4. Ayie 01. Mar, 2011 at 12:36 pm #

    Wow, tak sangka betul penulisan anda pada hari ini seperti lain dpd yg lain

    [Reply]

    Lizz Reply:

    chet.banyaklah kau.hahahahaha!! maceh membace n rajin komen,hehehehe

    [Reply]

  5. Kujie 01. Mar, 2011 at 12:45 pm #

    msh tetap nak jadi mcm dulu walau kadang2 tergelincir…masih cuba menjadi ‘blogger’

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kan? samalah kak. kadang2 tergelincir gak. bila tersedar,cepat2 terus fokus balik dengan menulis kat blog. selesa macam ni

    [Reply]

    arnamee Reply:

    Salam yg. samelah mcm k.kujie ckp, kdg2 tergelincir gak. Tertarik dgn entri ni bukan pada tajuk, tapi pada bab twitter tu, xtipu ckp, kdg2 duk baca twitter lizarazak. Haha. *Larikkk. ;D

    P/S ;pepun, all the best dear, always skong kawan2 blog anem yg humble2 gni :)

    [Reply]

  6. shahroll photo 01. Mar, 2011 at 12:54 pm #

    As salam tuan belog,

    Pendapat saya sebagai penyokong hak asasi manusia di dalam alam maya, tak bersetuju ngan apa yang diperkatakan oleh anda! serius! its lame!

    hahaha.. joke! papai LR! huahuahuahu~

    [Reply]

    Lizz Reply:

    macam mengkarung!!!!!!!!!!!hahahahahahaa. hak asasi menjatuhkan hukuman ok dengan komen macam ni!!!

    [Reply]

  7. fz 01. Mar, 2011 at 12:59 pm #

    style yg nak popular dgn cara tergedik-gedik tu gua tak gemar… mencapub tak tentu hala… steady sudah

    [Reply]

    Lizz Reply:

    ye.terima kash sebab faham jugak n tolong aku update entry ni care tak langsung,hehehehehehehe.

    [Reply]

  8. zaidi 01. Mar, 2011 at 1:00 pm #

    ku menulis tanpa punca……….

    [Reply]

    Lizz Reply:

    ku tahu.dari dulu.tapi ku suka penulisanmu.hehehehehehe

    [Reply]

  9. apisv2 01. Mar, 2011 at 1:47 pm #

    salam kunjungan dan perkenalan;)
    dtg dr blog RM;D

    blog apisv2

    [Reply]

    Lizz Reply:

    awww.nice.maceh datang melawat.hehehehehe.salam kenal jugak ;)

    [Reply]

  10. Sabahan Bloggers Club 01. Mar, 2011 at 2:40 pm #

    Blogger=artis di alam maya.
    kalau blogger popular komen di blog kita, mesti rasa teruja kan?

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yes.memang happy n teruja sangat.see.kak kujie popular n die baru lepas komen.kehkehkehkeh.

    [Reply]

  11. zuls 01. Mar, 2011 at 3:14 pm #

    Dunia blogging memang tak macam dulu, ye lah, dah ramai yang menulis blog.

    Blogger part time macam saya, cuma cuba menulis seelok mungkin jer. Bagi puas hati menulis.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kepuasan sendiri tu lagi penting. betol. ramai yang menulis.yes, tapi ramai yang cari musuh pun yek jugak. bukan semua.tapi….entahlah.

    [Reply]

  12. Hami Asraff 01. Mar, 2011 at 4:18 pm #

    Assalamualaikum w.b.t

    Patutlah rasa tersedak. Taktau sebab apa. Rupa-rupanya namaku termasuk di sini. First, toche toche a.k.a terima kasih. Terima kasih sebab suka penulisan picisan saya. Baru tahu apa itu picisan. Picisan bermaksud biasa-biasa je.

    Sangat akui. Dunia berblogging sudah tersasar jauh di landasan. Matlamat sudah tidak menghalalkan cara. Agenda asal telah disalahguna. Blogger tumbuh dengan pesat sekarang. Mengejar trafik dan duit menjadi matlamat utama. Sedih.

    Ah! Sapa aku untuk berbicara begini. Masih baru bertaktih dalam dunia blogging ni. Masih letakkan matlamat ‘mahu berkongsi sesuatu dengan pembaca’. InsyaAllah. Itu yang ku cuba terapkan dalam setiap penulisan aku.

    Moga kita terus sampaikan matlumat/info/ilmu kepada pembaca. Itu yang terutama. Dan mungkin saham di akhirat sana. InsyaAllah. Wallahu’alam.

    p/s: Kesorianlah kalau terbuat entri di sini.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    Waalaikumussalam…

    hehehehe.yes, suka sangat. selalu dengar ur nama dekat twitter tapi tak pernah tergerak hati nak cari blog pun.hahaha!!so kejam daku -..-

    perenggan kedua tu dah tolong aku untuk tambah isi dalam entry ni. harap ada yang dapat “something” bile bace komen ni.

    terpulanglah dengan niat masing-masing.maybe memang ada blogger yang suka bila dia jadi popular ala-ala artis. dikenali ramai, dapat perhatian. itu hak masing-masing. berbalik pada diri masing-masing. kan?

    nak berbunyi banyak pun, diri sendiri pun tersasar gak kadang-kadang,kite semue manusia.

    tak payah say sorian tu.hahahha!!memang suka kalau ada readers yang boleh komen macam ni.

    [Reply]

  13. Zida 01. Mar, 2011 at 4:40 pm #

    Wahh kak lizz dah berblog sampai dapat RM2k dahh? Hebat gila lah! Heheh tapi zida rasa blog zida dah tak meriah macam dulu. Huwaaaaaaaa tak sape dah sudi nak tinggal komen T_____T

    [Reply]

    Lizz Reply:

    menang contest je yang dapat banyak sket n duit2 nuffnang n churp2.hehehehe.adelah sket2. jangan sedey.cuba improve dari segi content.buat research.apa yang readers suke n xsuke.

    [Reply]

  14. neyra 01. Mar, 2011 at 7:24 pm #

    blog hami best. sekian, komen. haha

    [Reply]

  15. aizuddin 01. Mar, 2011 at 8:30 pm #

    saya tak nak jadi popular boleh? :p

    [Reply]

  16. Zeq 01. Mar, 2011 at 9:31 pm #

    Selamat merendah diri,assalam malam.
    Fikir tenung idea n idealogik.

    [Reply]

  17. heliantuse 01. Mar, 2011 at 9:55 pm #

    Dulu artis realiti TV, kemudian artis YouTube sekarang blogger artis. Lajunya dunia berputar.

    [Reply]

  18. khairil 02. Mar, 2011 at 12:08 am #

    aku dah bersara jadi blogger..tak sempat nak merasa jadi artis :P

    [Reply]

  19. yus 29. Mar, 2011 at 1:06 am #

    huhuh bestnya dapat Rm2k…ok lah 2….kebtulan pula sya nak cari kwn baru…..nak popular mcm awk hehehe

    saya ini baru buka blogger..saya asal dari sabah…..kalau sudi kunjung2 lah ke blogger saya..kalau sudi..le follow….Terima Kasih.

    [Reply]

  20. Miza Yusof 20. Apr, 2011 at 8:14 pm #

    kebanyakkan blogger zaman sekarang kejar populariti. nak dikenali ramai. bermacam-macam cara diorang buat untuk naik. ini berdasarkan pemerhatian miza lah.

    [Reply]

  21. Ayabizz 23. Jun, 2011 at 3:58 pm #

    Betul la, blogger sekarang dah glamour macam artis dah…
    Macam penulis abang nara dan kak red dah memang popular tu.. Kelebihan populariti ni, trafik blog naik, duit pun naik gak..Hehe..
    Yang penting kita berblog, jangan aibkan orang lain, beri informasi yang sebaiknya.. Ceh..Ayat skema…hehehe.. :)

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks

  1. Ada Blogger Kekwat Ke? | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 07. Mar, 2011

    [...] Salam, kalau korang terlepas entry saya berkenaan blogger popular dah macam artis, boleh baca di sini. Kalau dah baca, boleh komen. Mana tahu korang ada pendapat yang bernas. Share ar kan, lagi bagus. [...]

  2. Sangunis, Melankolis, Koleris Atau Phlegmatis.Mana 1 Sifat Korang? | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 03. May, 2011

    [...] Banyak ke arah nombor 1, Sangunis tapi masalahnya tak popular pun!!!! [...]

  3. Nur Kasih The Movie - Fenomena Baru Untuk Filem Melayu di Malaysia! | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 19. May, 2011

    [...] Zaqyah? Kamon. Siapa tak kenal, memang ketinggalan zaman ni.Opsss. hehehehe!! Pelakon drama meletup, GEMILANG ok!!! Saya pernah jumpa dengan pelakon utama Nur [...]

Leave a Reply