Ada Blogger Kekwat Ke?

Salam, kalau korang terlepas entry saya berkenaan blogger popular dah macam artis, boleh baca di sini. Kalau dah baca, boleh komen. Mana tahu korang ada pendapat yang bernas. Share ar kan, lagi bagus. Ramai yang boleh baca.

Kali ni, saya nak goreng pasal isu blogging lagi. Korang suka, bolehlah baca. Kalau tak suka, ce cuba tekan button X dekat belah kanan ni. muahahaha!!!

Tak ada apa-apa pun, cuma saya ada terbaca dekat Twitter baru-baru ni. Actually, before ni pun saya dah selalu terperasan jugak ada sesetengah blogger yang bangkitkan isu ni. Isu apa? Isu Blogger kekwat. Tak tahu apa tu kekwat? Awww, korang so suci.bahahahaha!!!

Kekwat ni maksudnya berlagak, adik beradik kepada poyologos (poyo) dan sepupu kepada perasan bagus. Kalau si PojiePooh pulak, dia maksudkan kekwat as “perlakuan atau aksi seseorang yang boleh dikira sombong, cakap besar ada berlagak diva”. Samalah kan??? Ada faham sekarang? hehehehe.

Entahlah, saya tak tahu sejak bila isu blogger kekwat ni start. Ke dah lama start, tapi saya yang lemau sangat baru tahu ek??hahahaha!!!! Tak sure lah pulak.

Macam ni lah, samada blogger ke bukan blogger… sama saja. Kalau dah kekwat tu, kekwat jugak. Depends pada perangai seseorang tu jugak in real life. Pada pada sayalah, tak tahu korang setuju ke tak. Jap, perlu ke nak kekwat-kekwat ni? Bukan ke kekwat ni sah-sah perangai yang boleh buat orang tak selesa ngan kita ek?

Kenapa mesti nak buat jugak??? Ce cita ce cita sikit. Hmmm.

Or, maybe blogger yang kekwat ni pun tak perasan yang dia dah terkekwat kot. muahahaha!!! Tak nak cari gaduh, so cubalah dengan berat hatinya berfikir positif.hahahaha!!! Iyelah, manusia kan..kadang-kadang dia sendiri tak perasan silap dia. Dia tak sedar pun, yang dia terkekwat sikit. SIKIT saja. Maybe.

Saya peliklah kenapa mesti nak kekwat. Saya perasan jugak tapi ingatkan saya yang rasa macam tu. Jadi, malas nak komen itu ini. Tapi, bila ada yang rasa perkara yang sama…nampak sangat memang wujud blogger kekwat ni. Cuma, siapa dan blog mana saya tak tahu.

Sebab tak tahu? Sebab saya malas nak amik tahu.hahahaha!!! Tak penting for me.

Punca kekwat pun saya tak tahu. Nak kekwat sebab dah start popular? kekwat sebab dah selalu sangat dapat invitation from nuffnang ke event sana sini? kekwat sebab blog dah dapat trafik mencanak? kekwat sebab dapat bergambar dengan artis? hahahaha!!!

Kalau nak listkan memang banyak benda saya nak tulis tapi buat penat je. Siapa yang kekwat tu, insyaAllah terasa. hehehehe. Eh, saya pun ada gambar-gambar dengan artis sebenarnya. Dalam rumah saya ada, dalam bilik hotel ada, santai tepi pantai pun ada. Nak kekwat boleh tak??? boleh??? hehehehehe.

Aww, sorrylah. Kalau ada yang terasa dengan entry ni. Saya bergurau je. Rasanya, orang yang kekwat memang akan terasa tapi kalau korang tahu yang korang bukan blogger kekwat sangat..sah-sah korang boleh terima lawak ayamas saya kat atas tu pasal gambar dengan artis.

Im just kidding lah pun!!!hahahahaha.

Suka hatilah korang. kan? Hak masing-masing. Cuma, orang akan gelar kita kekwat bila orang lain mulai perasan perbezaan sikap kita dari mula blogging dengan sikap kita sekarang. Orang lain tak buta babe. Orang pandang kita, orang nilai kita cuma kita je tak perasan. Takut kan???

Saya tak nak ajdi blogger kekwat!!!! Blogger kuat makan kek, nak lah.hehehehehe

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

16 responses to “Ada Blogger Kekwat Ke?

  1. alahai x kemana kalau kite kekwat ni, manusia level tetap sama kan 😛

    Terkini : Kedai Menjual Aiskrim Susu Badan Disaman

  2. I believe that a blog is a place where someone can pour their heart out in whatever they feel or think. Indirectly being themselveslah. If other people dont like it then by all means they can stop reading it. Dont need to go all HUHA kekwat2 sume kot. lols.
    Simple said, if u dont like the entry just dont read it.

    • hahahahaha!!! yeah,thats the best way i think. just dont read this “kekwat” blogger’s entry 😉 susah nak cakap, but for me..lantaklah.hehehehe. but some people do care about this. its about our ethic in blogging world kot. not sure

      • ethic? really? It’s hard when we wanna talk abt ethics when we ourselves are unethical? I also taktau hahaha. susah kot. Cause we’re talking abt individuality as well? what u think? haha

  3. apalah nak kekwat.
    ingat best ke? buat biasa dah la..
    blog tu bukan boleh bawak mati 😀

  4. aku kn kekwat tu pon taktahu hapekebendenyer nyah hoi hahahah macam mana aku nak pe tadik? keknot? eh kekwat eyh./..HAHAHHA

  5. saya ingat kekwat tu sejenis kek haha 😛

  6. baru tahu kekwat tu apa.hehehehe….
    kalau ada yang kekwat,saya buat tak tahu jer.malas nak layan..blog dia pon malas nak singgah.hehehe….lantak ko laa…..

    err…saya kekwat tak? hehe

    p/s :dari mana perkataan kekwat ni datang erk?hehe…

  7. kat mana-mana pun ada kekwat nih. biasalah..

  8. pes taim dgr word kekwat haha..igt kek ade dakwat..dulu pernah la minum air kotak teh kekwa

  9. aku pun dah bengang dengan sesama bloger dekat malaysia nih huhu

  10. Tak Perlu layan orang mcm nie.Buek sakit hati ajo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge